‘Rusuhan’ pembangkang di Batu Buruk, Terengganu.

September 9th, 2007 by eddyra on news

Aku menerima berita ‘rusuhan’ penyokong PAS serta pengunjung yang hadir di ceramah PAS di Batu Buruk, Kuala Terengganu malam tadi 9 September 2007. Walau bagaimana pun aku tidak berada di tempat kejadian, so aku tak nak memandai-mandai menokok tambah mengenai hal ini.

Di blog ntbn ada cerita mengenai tindakkan provokasi polis dalam menangani kumpulan orang awam di ceramah tersebut. Ada yang terkena tembakan, ada yang cedera. Apa dah jadi ni.. di ceritakan 23 ditahan, 7 cedera termasuk anggota polis di dalam kejadian tersebut.

Petikkan dari Utusan Malaysia turut menceritakan bilangan orang awam dan anggota polis yang tercedera serta yang di tahan di dalam kejadian malam semalam. Aku tak mahu bias dalam hal ini, namun sepanjang pemerhatian aku akhbar Utusan Malaysia adalah pro kerajaan dan rasanya tak kira apa yang sebenarnya berlaku, berita yang tersiar adalah berpunca dari pembangkang yang bertindak aggresive dan melakukan rusuhan. Aku bukan berprovokasi.

Harakahdaily, online web PAS mengulas tindakkan polis yang keterlaluan dengan melepaskan live bullet dalam menangani kejadian semalam.

“Apabila polis menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan demonstrasi, bagi saya, ia merupakan satu rekod selepas 50 tahun kita merdeka,”
Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu

batuburuk.gif

Gambar dari www.harakahdaily.net

frupancut2.gif

Gambar dari www.harakahdaily.net


Malaysiakini wrote :

Two shot, sent to hospital
Tear gas, water cannon used

NST online web reported that DPM, Datuk Seri Najib Tun Razak said

The police acted against the supporters of opposition political parties who rioted in Terengganu last night in the best interest of enforcing the law..
Datuk Seri Najib Tun Razak

So.. tak banyak news yang boleh kita baca buat masa ini, pembangkang sebolehnya nak satu Malaysia tahu manakala kerajaan nak hal ni kalau boleh jangan heboh-heboh. Itu pandangan aku memandangkan Malaysia baru sahaja menyambut 50 tahun merdeka dan isu babi di Melaka yang masih panas, semuanya ini membuatkan pemimpin kerajaan khususnya UMNO tak duduk senang.

Cuma apa yang boleh aku katakan di sini, sepanjang 3 abad aku menjadi anak Terengganu, sekali pun aku tidak pernah mendengar kejadian merusuh ni, tak kira lah sebelah PAS atau UMNO. .. err kecuali masa Negeri Sembilan vs Terengganu masa musim bola .. itu semangat sebenarnya, bukan rusuhan.. huhuhu.

Apa-apahal sekalipun, politik tetap politik, kalau rusuhan sekalipun adalah rusuhan politik, pencegahan pun berupa pencegahan politik juga, itu pendapat aku.

*title edited.

9 Responses to “‘Rusuhan’ pembangkang di Batu Buruk, Terengganu.”

  1. 1
    kont Said:

    Di dalam mana mana berita tidak dinyatakan penyokong pas kerana perhimpunan itu dianjurkan oleh BEBAS. Badan yang memantau pilihanraya untuk menjadi lebih bersih. Dinyatakan oleh akhbar bahawa huru hara adalah disebabkan oleh penyokong pembangkang sahaja. ok

    Reply
  2. 2
    eddyra Said:

    yep..
    Itu lah berita yang aku terima. “Rusuhan” penyokong PAS.

    Walaubagaimana pun, di Terengganu ni di kalau disebut pembangkang tu tu biasanya PAS lah. Kalau ada ceramah yang kena ganggu tu ceramah PAS lah walaupun Keadilan dan PKR ada sekali.

    So lebih senang tulis PAS dari pembangkang walhal bendanya sama jer, cumanya di sini akhbar tak boleh nak tujukan pada PAS sebab ceramah itu dianjurkan oleh Bersih.

    Terima kasih atas peringatan. Wassalam.

    Reply
  3. 3
    capayam_123 Said:

    kalau benar kita rakyat malaysia… walau apa parti sekali pun… bendera nagara jagan dibakar…. itulah hakikatnya yang terjadi pada malam tersebut… negara kita mempunyai undang-undang… kenapa tidak patuhi??? bila berceramah mesti ada permit…. kalu berceramah di tempat sendiri pun tulis lah surat untuk mengadakannya… saya ni cuma bukanlah penyokong kerajaan mahupun pembangkang… saya ni cuma sedih masyarakat diporak perandakan tidak seadilnya… kerja politik biarlah bersih… jgn aniaya minda masyarakat… terutamanya bila mendapatkan sokongan… rakyat pasti menyokong dengan syarat kita telus bila berniat, lurus bila bercakap, berjuang bila menegakkan keadilan dan jgn menghebohkan perkara yang mungkin akan memesongkan minda masyarakat… polis yang buat tembakan… kita kena kaji kenapa… saya ada disitu… saya melihat polis itu dipukul.. dimana maruah mereka… bila dia terancam… dia akan bertindak membela diri.. polis tu cedera parah org tak heboh pun… inilah politik… mainan minda di malaysia… … sekian… maafkan saya….

    Reply
  4. 4
    Perang dah start.. « eddyra.net Said:

    [...] di pasang di bertentangan dengan Pejabat PAS Chukai. Banner ini ditujukan kepada PAS ekoran dari tragedi rusuhan di Batu Buruk 8 Sept 2007 [...]

    Reply
  5. 5
    shafril Said:

    Apakah yang menyebabkan polis itu di pukul?

    Kalau saya ler saja-saja tak berani pukul polis, gila nayer yer kena tembak.. mesti ada sebab orang tu pukul polis tu?

    Reply
  6. 6
    kijing Said:

    dari ape yg aku bace, penulis ni mcm dari sebelah pihak….. kpd penulis, jgn tgk and bace sebelah pihak. umno ada tv…..pas ada harakah. layarilah harakahdaily.com @ Tvpas.com.

    martabatkan islam…

    Reply
  7. 7
    eddyra Said:

    kijing tujukan kepada saya ke?

    Tidak, saya tidak menyebelahi mana-mana parti di dalam posting ini. Saya menyokong pergerakan PAS yang mahukan sebuah pemerintahan Islam, nilai-nilai Islam di dalam pemerintahan yang adil, saksama dan diberkati Allah. Saya juga tidak bersetuju apa-apa (sekiranya ada) yang PAS lakukan yang bertentangan dengan syariat dan perundangan negara yang tidak menyalahi syariat lah. Saya tidak pernah menjadi ahli berdaftar PAS.

    Saya menyokong kerajaan BN apa sahaja yang mereka buat dan lakukan untuk ugama, bangsa dan negara yang tidak bertentangan dengan syariat Islam. Mana-mana perbuatan mereka yang bertentangan dengan Islam, saya WAJIB menentangnya, walaupun hanya selemah-lemah iman yang ada. Saya tidak pernah menjadi ahli berdaftar UMNO.

    Parti mana yang saya undi? Rahsia kerajaan..

    Reply
  8. 8
    hamPAS Said:

    Seelok2nya penunjuk perasaan tu jangan ditembak dengan pistol tapi dgn M-16 baru ada uummmphhh. nak tunjuk perasaan konon. Ingat ini negara bapak hang punya ke?

    Reply
  9. 9
    ixam Said:

    sebenarnya sapa2 pun x salah dalam hal ni.penyokong parti je yang terlampau fanatik sangat. bertindak membabi buta……….. harap kejadian ni tidak berulang lagi.kita sepatutnya bersyukur kerana negara kita aman…. cubalah kita tengok negara lain yang kucar-kacir. saling membunuh dan kanak-kanak menjadi mangsa keadaan. adakah kita ingin melihat negara kita begitu? fikir-fikirlah.

    assalamualaikum…………

    Reply

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Any view or opinion represented in the blog comments are personal and is accredited to the respective commentor / visitor to this blog. The owner reserves the right to moderate comment suitability in support of respecting racial, religious and political sensitivities.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me