Aku setuju!
Mungkin ada yang memandang sinis dengan entry aku kali ini. Tak mengapa itu biasa. Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin dan Dr Yusuf Qardhawi sendiri ada mengeluarkan fatwa haram merokok ni atas pendapat masing-masing. Rasanya semua dah tahu dan aku tidak berniat untuk berdiscuss tentang fatwa mereka.
Isu ini sebenarnya lebih kepada kenyataan Mursidul Am PAS, YB Dato’ Nik Aziz Nik Mat kepada
wartawan di satu majlis pelancaran kempen kesedaran berhenti merokok. Sebab dijadikan isu ialah kerana kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang Menteri Besar, seorang ulama. Kalau beliau seorang tukang kebun, rasanya tak ada yang ambil pusing.
Pada pendapat aku, ungkapan perbandingan perokok dengan makhluk yang tidak mahu berfikir adalah sama dengan haiwan memang kasar, pedas dan tajam. Dah elok jadi manusia apa hal pulak nak diumpama kan dengan haiwan pulak. Apa hal ni..? Tak boleh berbahasa lembut lagi ke, takde cara yang lebih lembut lagi ke?
Sebenarnya, aku telah lali dengan kaedah keras seumpama ini. Tok guru aku sendiri ketika menyampaikan ilmu kepada anak muridnya lebih kasar lebih pedas dari ini. Pedih sampai ulu hati. Ketika beliau menghuraikan bab-bab batasan iman dan kufur dari kitab-kitab ulamak terdahulu, mau menangis bang. Bahasanya cukup keras, kasar dan pedih. Beliau pernah berkata, biar terasa hati, biar nampak kasar, biar datang perasaan takut. Perkara-perkara ini perkara besar dan bukan main-main. Aku tak nampak rasionalnya untuk bercakap dengan nada yang lemah-lembut dalam perkara ini. Kalau nak dengar bahasa yang lemah lembut, kena tunggu bab Fekah. Ahaa.. boleh lah bila beliau bercerita tentang cara-cara amik air sembahyang, cara-cara mandi hadas dan sebagainya.
Begitu juga di sebuah madrasah gang-gang tabligh, maaflah nak dengar suara azan yang mendayu-dayu.. keras bang, biar mari rasa gerun tu.
Berbalik kepada kenyataan Tuan Guru Nik Aziz, pada aku atas penilaian masing-masinglah. Kalau kenyataan beliau ditujukan kepada perokok-perokok seperti aku, aku cuma kata, padan muka aku.
So, any comment?

Keputusan undian SMS di TV3: 82% setuju dengan kenyataan Tok Guru, 18% tidak bersetuju.
Tetapi kenapa perokok tidak mahu menggunakan akal untuk berfikir untuk berhenti merokok sedangkan mereka sedar tentang bahayanya. Makhluk yang tidak mahu berfikir adalah sama dengan haiwan, kerana haiwan tidak dianugerahkan pemikiran,
Meminum arak dan berjudi merupakan perlakuan yang dilarang Islam kerana ianya memudaratkan dan ini sama juga dengan merokok kerana ianya memudaratkan diri sendiri,
YB Dato’ Nik Aziz
Related posts:
Perjalanan diteruskan. Menyusuri Sg Rajang yang penuh dengan misteri dan mitosnya. Permulaan perjal...
I recently (18/08/08) had a major hard drive situation. I accidentally moved the files to wrong hard...
I was so shocked when i saw this in my Maxis Statement 14/11/07-13/12/07 Internet2go GPRS/EDGE/3G...




Perokok yg tak menjaga kesihatan sama seperti haiwan? Hanya perokok sendiri yg dapat menjawab knape mereka tidak menggunakan akal yg dianugerah Allah.
Saya cuma nak kongsi satu cerite yg diceritekan pada saya bebrape tahun dahulu kisah seorg hamba Allah bermimpi bertemu Rasulullah(SAW) didlm satu majlis. Rasulullah(SAW) bersalaman dgn semua org kecuali dgn hamba Allah,yg juga seorg perokok. Ini menyedihkan beliau. Eventually, siperokok berhenti merokok dan satu hari dia bemimpi lagi bertemu Rasulullah(SAW). Tapi kali ini Rasulullah(SAW) sudi berjabat tangan dgn nya.
BTW, Nov is Lung Cancer Awareness Month. Give your support.
best hisap rokok ni.. kuikukui..
**edited** bagi mereka yang mengatakan perokok itu sama seperti haiwan. **edited** **edited****edited** Merujuk kepada keratan akhbar Kosmo! 21 October 2007, saya sama sekali tidak setuju. Orang yang mengatakan rokok itu haram, mungkin tidak merokok. Tapi, bagi ulama yang merokok, itu makruh. Apa le you ni NIK AZIZ, **edited**! Memang you **edited**! Nanti le kalau u jadi PM @ **edited** Haramkan penjualan rokok. Jangan import! Itu pun kalau sempat! **edited**! Kalau perokok tak merokok, nak buat apa lagi?! Buat **edited**? Tak payah buat…..
eddyra.net ~ rilex brader, nak maki hamun gi blog makihamun.com
Perokok Indonesia Bersatu Memperjuangkan hak-hak kebebesan merokok tanpa didiskriminasi oleh siapa pun. Memperjuangkan hak-hak untuk mendapatkan persamaan hukum sebagai warga negara yang membayar pajak lebih dari orang yang tidak merokok.
http://aliansi-perokok-indonesia.blogspot.com
Aliansi Perokok Indonesia (API) adalah organisasi formal di Indonesia yang melakukan gerakan penyadaran untuk merokok nasional. API adalah organisasi nonprofit yang berorientasi pada pembelaan terhadap hak-hak perokok. Program Kerja API terfokus pada peningkatan jumlah perokok aktif di Indonesia.
doktor kate ” kalau x sakit x per kalau rokok , rokok ler puas2 tp kalau sakit alamat menyusahkan……..
mengapa kasar? semua org kata tak patut,
bila tok guru nik aziz kata org umno mcm
org hutan pun dijadikan isu..
bukan nak politik, tapi bila khairy kt
bersih spt “beruk-beruk di jalan raya”
sapa kisah? x de org..
sdgkan dlm Quran pun byk Allah mmbndgkan
mnsia dgn binatang.. Nik Aziz org yg slalu
bc Quran sama gak dgn Ustaz2 lain sbb tu
perbandingan byk dgnkan..
mksd nik aziz sbnr
“org yg duk bwt sseuatu yg mmdrtkan diri = org
yang tdk mahu brfkr = haiwan(krn haiwan x de akal)
renung2 lah..
aku berhenti merokok kerana anak2
Apa la melenting sangat ni. Jadi ke haiwan kalau cuma dengan kata2 dari nik aziz tu. Nik aziz cuma manusia biasa. itu pandangan peribadi dia saja. kenapa penagih dadah tak melenting pun walau dikata mereka sebagai penagih NAJIS dadah.