Kenapa Lelaki Merogol..

October 11th, 2007 by eddyra on news

Lelaki merogol kerana mereka percaya mereka mempunyai hak untuk mengawal dan menghukum wanita yang tidak menurut sikap semula jadi lelaki. Rogol merupakan satu expression terhadap hubungan yang tidak seimbang antara lelaki dan perempuan dalam kemasyarakatan yang menjadikan wanita adalah kelas kedua.
Source

Recent News from mymetro.

KUALA LUMPUR: Ketika polis berusaha menyelesaikan kes penderaan seksual dan bunuh Nurin Jazlin Jazimin, 8, sekurang-kurangnya sembilan perogol bersiri yang sangat dikehendaki belum dapat ditangkap.

Berdasarkan senarai ‘orang dikehendaki’ di laman web rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat sembilan penjenayah berbahaya itu diburu polis kerana disyaki terbabit dengan kegiatan rogol dan cabul.

suspect perogol

Semua suspek turut disertakan identiti dan gambar masing-masing bagi membolehkan orang ramai membantu menjejaki mereka.

Bagaimanapun, lakaran wajah suspek lelaki yang diburu polis berkaitan kes Nurin Jazlin belum dipaparkan di laman web PDRM setakat ini.

Tindakan polis mendedahkan wajah suspek mampu memberi amaran kepada umum supaya berhati-hati jika terserempak dengan mereka yang terbabit dengan kes rogol dan cabul sejak lebih 10 tahun lalu.

Perogol yang masih diburu berdasarkan maklumat di laman web itu adalah Abdul Halim Mohd Noordin, 48, bernombor kad pengenalan 591215-71-5001 yang dikehendaki berkaitan siasatan kejadian rogol di Manjoi, Perak.

Dia disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Seorang lagi suspek ialah Idris Suradi, 45, (620412-01-6293) dengan digambarkan mempunyai ketinggian 5 kaki 6 inci, fizikal badan kurus, muka bujur, rambut beralun serta kulit berwarna sawo matang.

Alamat terakhirnya ialah No 23, Jalan Sri Sarawak 1, Kawasan 2, Taman Sri Andalas, 41200 Klang, Selangor.

Polis turut memburu Kali Muniandy, 31, (760222-08-5495) berkaitan kejadian rogol di Serdang, Selangor, Mohd Nizam bin Hj Osman di Bagan Serai, Perak, dan Rauf Kassim, 45, (620124-10-5857) yang tinggal di Batu 12 1/2, Jalan Cheras, 43000 Kajang, Selangor.

Ada seorang suspek hanya dikenali dengan nama Hu Ting Chu manakala Sudin bin Hashim, 38, (690419-03-5503) bukan saja disyaki dengan kejadian rogol, malah dipercayai terbabit dengan kes samun bersenjata mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan.

Sudin tinggal di Kampung Permatang Sungkai, Pasir Puteh, Kelantan.

Seorang lagi suspek ialah Yahya Omar, 52, (550621-03-5123) yang tinggal No 1084, Kg Tg Duff, Tumpat, Kelantan, Yap Kok Wee (780521-05-5155) di No 174, Kawasan 3, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Melalui maklumat pada laman web terbabit, sesetengah suspek yang dikehendaki polis itu dipercayai bersenjata dan amat merbahaya.

Oleh itu, orang ramai dinasihati jangan cuba mengambil tindakan bersendirian atau menangkap penjenayah itu.

Jika mempunyai maklumat, sila hubungi Pusat Kawalan Polis di talian 03-22626555 atau balai polis berhampiran.

Sementara itu, berdasarkan statistik Bukit Aman, jenayah rogol membabitkan wanita berumur 18 tahun ke bawah menunjukkan peningkatan sejak tiga tahun lalu dengan Melayu adalah yang paling ramai menjadi mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee, sebelum ini mendedahkan pada 2005, jumlah kes rogol yang dicatatkan ialah 1,274 dan meningkat kepada 1,708 pada 2006, sementara dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, 1,327 kes sudah dicatatkan.

Menurutnya, dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, Selangor mencatatkan kes rogol membabitkan mangsa kanak-kanak paling ramai iaitu 240 kes, diikuti Johor dengan 223 kes.

Sejak tiga tahun lalu, kanak-kanak Melayu paling ramai menjadi mangsa iaitu daripada keseluruhan 1,327 kes yang dicatatkan dalam tujuh bulan pertama tahun ini, 1,056 ialah Melayu, diikuti Cina (95), India (56) dan lain-lain (120).

Bagi kes rogol membabitkan wanita berusia 18 tahun ke atas, sebanyak 657 kes dicatatkan pada 2005, 720 pada 2006 dan 493 pada 2007.

Mengikut pecahan umur, Wan berkata, sebahagian besar mangsa adalah kanak-kanak berumur antara 13-15 tahun, yang mana pada 2005 sebanyak 743 kes dicatatkan, 2006 (1,065) dan tujuh bulan pertama 2007 (818).

Katanya, suspek kes rogol dan cabul turut membabitkan warga asing masing-masing berjumlah 38 dan 94 dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Majoriti suspek datang dari Indonesia iaitu masing-masing sembilan dan 30 kes pada tahun ini.

Ketika diminta pandangannya, penganalisis jenayah, Dr Kamal Affendi Hashim menasihati masyarakat supaya tidak leka dan beranggapan kes Nurin sudah selesai dan tidak akan berulang.

Menurutnya, sikap masyarakat yang mudah ‘terlupa’ boleh menyebabkan tragedi sama yang menimpa Nurin Jazlin berulang kembali.

“Saya nasihatkan ibu bapa supaya sentiasa beringat dan berhati-hati dengan tindak tanduk anak masing-masing. Penjenayah sentiasa mencari peluang di atas kelalaian ibu bapa,” katanya.

10 Responses to “Kenapa Lelaki Merogol..”

  1. 1
    waliz Said:

    adakah ini menunjukkan yg org melayu tidak tahu jaga anak2 mereka dgn membiarkan anak2 mereka lepas bebas tanpa pengawasan sehingga memberi peluang kpd penjenayah2 ini utk mengambil kesempatan? beribu yg jadi mangsa berbanding dgn puluh2 bg bangsa lain…fikir2kanLAH..

    Reply
  2. 2
    eddyra Said:

    best agaknya merogol ni kut.. huhuhu..

    Reply
  3. 3
    ucu Said:

    bagus info neh!…

    Reply
  4. 4
    firdaus Said:

    banyak iklan pompuan seksi2 hampir bogel menaikkan nafsu lelaki,artis seksi,media patut b’tanggungjawab.tu antara sebab makin ramai perogol aku rase

    Reply
  5. 5
    al-amin Said:

    Selagi tidak tertegaknya hukum Allah maka akan bertambah lah segala bentuk kemaksiatan dan kemungkaran,hanyalah Allah sajalah yang tahu peraturan yang terbaik untuk hambanya kerana dia yang menciptakan kita.kenapalah masih ada lagi golongan islam sendiri yang menakutkan orang lain tentang hukum Allah,Allahuakbar

    Reply
  6. 6
    Shah Said:

    firdaus wrote:

    banyak iklan pompuan seksi2 hampir bogel menaikkan nafsu lelaki,artis seksi,media patut b’tanggungjawab.tu antara sebab makin ramai perogol aku rase

    jangan kate gambar hampir bogel firdaus… yang terlanjang bulat lagi berlambak… hahaha… tp kadang2 kalo kite tgok lah pompuan yang kene rogol tuekan mase die kene rogol tue pakaian die bukan men seksi lagi… kalo lalu sebelah pak imam… pak imam pun tanggal serban… hehehe :P

    Reply
  7. 7
    abdullah bin ali Said:

    Bercakap jaga sikit. Jangan pukul sedap jer.

    Reply
  8. 8
    wanita89 Said:

    lelaki merupakan ketua bagi kaum wanita,jadi anda harus membimbing kami…kalau cakap wanita seksi yang selalu menjadi mangsa,kenapa budak kecil yang tidak tahu apa-apa pon kena perkosa? cuba anda fikir..sebenarnya nafsu itu sudah menguasai diri…

    Reply
  9. 9
    abdullah bin ali Said:

    Baik jahat seseorang itu terletak pada hati. Hati yang baik saje yang dapat mendidik nafsunya bukan orang lain.

    Baik itu pula bukan boleh dilukis oleh perkataan atau kelakuan. Baik itu adalah cahaya hati yang putih lagi jernih. Tiada noda dan tinta hitam. Jika hati itu penuh karat jangan sangka perkara jahat boleh dihalau jauh-jauh dari dirinya.

    Lambat laung berjayalah nafsu seseorang itu memandu tuannya. Maka berlakulah apa yang tidak patut berlaku keatas tiap-tiap diri.

    Garis panduan sudah ada. Tapi manusia rela menjauhkan …….. jalan yang boleh mendidik hawa nafsu menjadi baik.

    Reply
  10. 10
    firdaus Said:

    huh…abdullah bin ali ni copy paste dari mane ekk….
    hehe…

    Reply

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Any view or opinion represented in the blog comments are personal and is accredited to the respective commentor / visitor to this blog. The owner reserves the right to moderate comment suitability in support of respecting racial, religious and political sensitivities.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me