Bandaraya Kuala Terengganu
December 24th, 2007 by eddyra on news
Kuala Terengganu akan dinaikkan taraf sebagai sebuah bandar raya berkuatkuasa 1hb January 2008. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu merupakan pihak berkuasa tempatan ke-12 yang bertaraf bandar raya selepas Kuala Lumpur, Johor Baharu, Ipoh, Shah Alam, Melaka, Alor Star, Petaling Jaya, Kota Kinabalu, Kuching Utara, Kuching Selatan dan Miri.. aikk mana Bandaraya Islam Kota Bharu?

Bandar Kuala Terengganu akan dinaik taraf kepada sebuah Majlis Bandaraya dengan tema “Bandar Raya Warisan Pesisir Air“.
Apa criteria untuk mendapat taraf bandaraya?
Untuk mendapat taraf bandaraya, bandar tersebut perlu merupakan sebuah pusat pentadbiran negeri, jumlah penduduk lebih daripada 300,000 orang, mempunyai pembangunan yang pesat, pusat perniagaan dan perindustrian, mempunyai institusi kewangan yang kukuh, pusat pengajian tinggi yang lengkap, mempunyai ciri-ciri istimewa sejarah yang panjang, pusat aktiviti kebudayaan dan pendapatan tidak kurang daripada RM80 juta.
Kuala Terengganu dikatakan memenuhi semua kriteria tersebut kecuali pendapatan yang kurang daripada RM80 juta. Pusat perindustrian tu kat mana eh, Gong Badak dengan Chendering kut. Kat mana aku copy criteria ni.. lupa la pulak.
Apa pendapat aku sebagai anak Terengganu..
Aku mengalu-alukan bandar Kuala Terengganu dinaik-tarafkan sebagai sebuah bandaraya, secara tak langsung menaikkan taraf pandangan orang luar terhadap rakyat Terengganu. Baru-baru ni aku balik ke Kuala Terengganu untuk berhari raya Aidiladha, macam supo skalo keadaan bertukar menjadi sesak terutamanya di bandar Kuala Terengganu, rasanya yang ramai tu bukan rakyat Terengganu atau mungkin juga rakyat Terengganu yang bermastautin di luar Terengganu.

Pasal apa aku kata gitu, pasal pakaian dia orang especially kaum perempuan tidak menunjukkan ciri-ciri orang Terengganu, pehh tengok pakaian pun boleh tahu ke. Tidak juga tetapi boleh lah di buat petunjuk.
Sesekali aku balik ke Kuala Terengganu, aku duk perhati peel orang Terengganu ni, orang negeri aku ni lah. Bukanlah bermaksud aku ni riak sebab dah keluar jauh dari kampung, namun ada beberapa perkara yang membuatkan aku rasa ada perbezaan antara mentaliti orang Bandaraya Kuala Terengganu dengan orang dari bandaraya di negeri-negeri lain.
Perkara yang paling selekeh yang aku biasa nampak ialah slow drive sebelah fast lane. Bawa kereta kancil, awek ada kat sebelah ngek ngek ngek tak sedar kereta lain berbaris di belakang. Sama juga time bawak kereta tu asal boleh masuk lane, tak kira dah orang lain kena brek mengejut ke atau tak, asal kereta dia boleh masuk lane je. So apa masalahnya? Takde masalah pun cuma bila dah naik taraf jadi orang bandaraya, kena la berubah ikut cara orang bandaraya bawak kereta. Nak bawak slow-slow duduk ler sebelah kiri. Kalau depan trafic light tu, bila dah hijau terus jalan jangan tunggu lama-lama. Orang KL bila lampu hijau terus tekan minyak.. orang kita bila lampu bertukar hijau pun slow sangat nak jatuhkan hand brake, lepas cluth dan tekan minyak.. huhuhu.
Mungkin juga Terengganu ni kurang persaingan dengan bangsa lain seperti Cina dan India menyebabkan menyebabkan mentality orang Terengganu (macam aku lah) jadi jenis macam aku ni. Kalau jalan-jalan kat Kg Tanjung ka, Kg Ladang ka, Kuala Ibai ka masih boleh tengok keluarga yang masih miskin, cukup makan pakai jer.
Duk lepak kat bus stand Kuala Terengganu, pun masih ada saki baki peel kampung yang asal berselisih je nak bergocoh. Kalau ada pesta pantai ada je lah geng kampung ni gocoh dengan geng kampung tu. Set darat gocoh dengan set bandor. Set-set deber jumpa set-set gong. Tak abih-abih..
Pakai selipar Jepun, kain pelikat dengan baju Pagoda masuk Astaka atau Hock Kee Seng. Setakat ni tak nampak lagi yang pakai kain pelikat masa shopping kat Maidin atau kat Giant. Menarik juga kalau identity ini diteruskan di Bandaraya Kuala Terengganu.. aku pakai kain pelikat dengan selipar Jepun di Shah Alam pun orang duk pandang-pandang. Hahaha..
So guana agaknya selepas peristiharan ni nanti, boleh ke kita jumpa Tea O dengan harga 50 sen lagi? Roti canai 60 sen? Rokok Dunhill separuh dengan separuh harga? Atau lepas ni semua harga dah jadi harga bandaraya.. Manalah tahu, orang Kuala Terengganu dah kaya-kaya sekarang bila MPKT bayar pampasan nak besarkan jalan. Juta-juta dapat tu.



December 26th, 2007 at 12:45 am
Kuala Terengganu tak layak jadi bandaraya lagi.
Semuanya politik belaka kerana pilihanraya umum tak lama lagi. Buat bekalan dalam manifesto nanti. Buktinya jelas, walaupun income tak sampai 80 juta, dapat juga diisytihar bandaraya !!? Kepala otak berjambul mana yang buat kriteria itu semua ? Semudah itu boleh dibelakang kira ? Nampaknya takde kredibiliti la barisan si penilai tu ! Memang sah, semuanya kerana politik !
Menurut kajian konsultan bebas,
dari segi kepadatan penduduk dan aktiviti ekonomi penduduk, Kota Bharu adalah kedua selepas Kuantan di Pantai Timur. Begitu juga dari aspek perbandaran, Kota Bharu adalah selepas Kuantan. Dalam banyak kriteria, Kota Bharu tetap di atas Kuala Terengganu. Perkara ini dapat dilihat dengan kehadiran banyak gedung membeli belah berprestij, dari luar ke Kota Bharu berbanding Terengganu. Yang terkini, TESCO akan membuka pintu di KB sedikit masa lagi manakala GIANT pula hanya sedang menunggu bangunannya siap dibina. Itu tak masuk banyak hypermarket lain yang sedia berselerak di KB. Selain tu, pembukaan banyak pusat perbankan Islam, yang terkini, cawangan Bank Ar-Rajhi dari Dubai. Ciri ciri yang lain tu toksah citer laa .. memang mencakupi kecuali berikut …
Seperti dikata, cuma yang malangnya,
pendapatan hasil Kota Bharu boleh jadi tidak setinggi Kuala Terengganu berikutan warga bandar yang gemar lari dari menjelaskan cukai, meyembunyikan pendapatan sebenar masing masing. Begitu juga aktiviti perindustrian, agak terbantut bagi Kelantan kerana ketiadaan pelabuhan dan sistem jalan raya dan keretapi yang baik. Kasihan Kota Bharu …
Namun, kerana KB berada di tangan bukan parti pemerintah negara, ia secara sistematik diabaikan. Dan status Bandaraya Islam yang diwar wakan hanyalah sekeping retorik semata dan bukannya maksud ” bandaraya ” yang diterima pakai umum di Malaysia.
ReplyDecember 26th, 2007 at 1:32 am
Abuya Ashaari, good comment abuya.
Memang ramai yang berpendapat sedemikian. Rata-rata yang saya jumpa berpendapat Kuala Terengganu memang jauh lagi nak dinaikkan taraf sebagai sebuah bandaraya. Kuantan sepatutnya mendahului Kuala Terengganu. Boleh dikatakan semuanya berpendapat ianya adalah modal pilihanraya nanti.
Sebagai anak Terengganu, saya sendiri merasa sangsi dengan pengistiharan ini, nampak drastic sangat seolah-olah ada agenda politik. Tapi apa-apa pun, politik tetap politik, sampai masa nanti undilah sapa-sapa pun. Pastikan undi untuk untuk Ugama, bangsa dan negara.
ReplyDecember 27th, 2007 at 3:31 pm
saudara eddyra
sememangnya kuala terengganu tidak layak lagi diiktiraf sebagai bandaraya… malahan beberapa bandaraya di malaysia memang tak layak langsung di gelar bandaraya seperti alor setar dan shah alam
pengiktirafan bandaraya di dunia sebenarnya di iktiraf oleh Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC)
salah satu kriteria pengiktirafan bandaraya adalah penduduknya mestilah berjumlah 1juta.. sekarang di malaysia hanya kuala lumpur sahaja layak di gelar bandaraya.
mungkin bandar besar agak qualify diiktiraf pada istilah sebenar adalah penang, johor bahru, kuching dan melaka sahaja. yang lain tu lambat lagi la nampaknya
kalau diperhatikan gambar kuala terengganu ni… hanya ada 3 sahaja banggunan tinggi melebihi 10tkt… malahan di kota baharu lebih banyak… malahan di KB atau Kuantan dah ada mall yg moden-moden berbanding di KT ni… takkan nak harapkan Astaka lg kot… Pertama Kompleks lg bagus nampaknya
Nampak sgt nak iktiraf bandaraya pasal politik semata-mata
Hahaha so harap pikir-pikirkan la… jgn la nk sindir KB bandaraya islam pulak.. hehehe
ReplyDecember 27th, 2007 at 11:49 pm
saya dengar kerajaan terengganu hendak membelanjakan 10 juta semata-mata untuk mencantikkan bandar untuk merayakan hari sempena penaikkan taraf sebagai bandaraya tu..
alangkah baiknya jika wang sebanyak itu dapat digunakan untuk membantu mangsa-mangsa banjir…kesian dengan mereka..hari-hari makan biskut, maggie dan sardin saja.
ReplyDecember 28th, 2007 at 1:42 am
saudara ghuyup,
ReplySependapat kita.
December 28th, 2007 at 1:42 am
waliz wrote:
Cikgu Waliz,
ReplyYep sebagaimana yang diberitakan. Begitu lah.
January 1st, 2008 at 3:19 pm
btul 2… bandaraya ke balairaya? hairan la…tak nampak pun mcm sebuah bandaraya mcm balairaya besar adalah…jgn sekadar nak dapat nama rakyat tertindas…lepas dapat gelaran bandaraya tengok la nanti wahai rakyat terengganu…semua cukai sama naik tarafnya dengan bandaraya walaupun terengganu sebuah balairaya…huhuhu
ReplyJanuary 1st, 2008 at 3:45 pm
chreastinuar..
Replywait and see.. kita sama-sama tunguuu..
January 4th, 2008 at 7:20 pm
assalamualaikum…kepada abuya…sila teliti semula apa yang anda tulis..kaji sebelum bertindak..jangan libatkan politik dalam semua perkara..jgn menilai darisegi luaran..batu yang berputar, tidak dapat mengumpulkan semua lumut..fikirkan..
ReplyJanuary 5th, 2008 at 10:35 am
sebenarnya kalu nak dibandingkan dengan negeri2 lain. aku pun setuju yang negeri lain jauh lebih layak dari terengganu. tapi dari segi baiknya mungkin selepas ni pihak kerajaan akan lebih berusaha nak majukan negeri kita yang ketinggalan zaman ni,kalu tak buat macam tu may be kerajaan lambat nak buat progress. ape2 pun moge pihak yang berkenaan akan lebih tekun buat pembangunan dan naikkan taraf negeri kita ke taraf bandaraya yang sebenar.
ReplyJanuary 14th, 2008 at 4:08 pm
saya amat setuju apa yang dikatakan oleh assyu…
Replykalo kerajaan tidak buat begitu mungkin terengganu sampai bila2 pun tak akan menjadi BANDARAYA.oleh itu g lantaklah apa dia orang nak buat dengan cara APA PUN politik ke o apa2 ke…MEMANG DAH LUMRAH DUNIA…NOBODY PERFECT…
January 21st, 2008 at 4:48 pm
apela korang ni..kt patut syukur la our state dpat naik taraf jadi BANDARAYA..i respect r kat mb kita.yelah dah banyak dia develop tganu nie..
ReplyJanuary 27th, 2008 at 1:25 am
[...] sambutan tahun baru 2008 dan bersempena dengan sambutan naik taraf Bandaraya Kuala Terengganu. Anyway photos ni aku dapat dari gang yang kebetulan berada di sana, aku snap semula, so quality tu [...]
ReplyJanuary 29th, 2008 at 10:17 am
assalamualaikum…… ni nk kbr jgn duk bangga sangat kelate 2 rakya doh la suka numpang negeri org kalo betul maju bakpe org2 kelaye behijrah ni la org melayu bukan nk br sokongan tapi kutuk sokmo.x dp yang molek kalo kerajaan buat.arap2 org kelate 2 pk2 lah jangan duk bangga negeri kte 2 ngat.kalo negeri 2 hebat ebenor e per gok.hidu anak2 ganu!!!!!!!!!
ReplyJanuary 31st, 2008 at 9:13 pm
Terengganu mmg xptt jadi bandaraya lagi..Bandar KB lebih besar berlipat ganda dari K.tgganu..Penduduk di Kota Bharu Lebih Padat kalau hendak Dibandingkan ngn ganu..
ReplyOrg Kelate g tempat org pun sbb nak cari rezeki..bgus la dari org ganu yang dok terperak kat dlm ganu yg tidak ada kemajuan 2..
February 1st, 2008 at 12:17 am
aduhai..
ReplyRilex jangan duk gaduh klate ganu la weii.. Saing-saing belako semo.
March 10th, 2008 at 4:38 pm
Anok Kelate wrote:
JGAN BANGGA SGTLA DEH…BUDAK2 KLATE YG KUO DRI NEGERI SME KENA CULTURE SHOCK..LEBIH TERUK DARI ORG KL..
ReplyAugust 8th, 2008 at 9:54 pm
alahai..bdak ganu pun sme je ngn bdak kelate..culture shock..tpi aku support bdk kelate lgi..dieorg 2 ada jati diri yg kukuh..ok la..PEACE
ReplyOctober 14th, 2008 at 5:35 pm
kota bharu sepatutnya dinaik taraf sebagai bandaraya terlebih dahulu berbanding kuala terengganu.kelantan ade pasaraya besar dan bangunan tinggi.pasaraya:tesco,giant(akan dibuka)parkson(akan dibuka)the store,kb mall,pelangi mall dan lain lain.
ReplyOctober 14th, 2008 at 5:37 pm
terengganu adalah negeri termiskin di malaysia
ReplyOctober 14th, 2008 at 11:23 pm
Kepada Ghuyup,
saya nak perbetulkan status sesebuah urbanisasi yang anda nyatakan sebentar tadi. Sebenarnya sekiranya sesebuah kawasan urbanisasi tersebut mencapai jumlah penduduk seramai 1 juta atau lebih, maka kawasan tersebut digelar metropolis. Sesebuah metropolis itu kebiasaannya merangkumi sebuah bandaraya atau lenih dan hasil penggabunggan bandar2 satelit berhampiran. Sesebuah kawasan metropolis juga kebiasaannya merangkumi kawasan yang amat luas. Seperti contoh
Kuala Lumpur, Putrajaya, Seluruh Negeri Selangor, Selatan Perak (Teluk Intan, Tanjung Malim & Tapah), Utara NS (Seremban, Nilai, PD, Rembau & Kuala Klawang) & Pahang Barat (Bentong, Raub & Genting Highland) - Metropolis Kuala Lumpur atau Metropolis Lembah Klang Raya
Seluruh Negeri Pulau Pinang, Taiping, Selama, Parit Buntar, Sungei Petani, Yan, Kulim & Bandar Baharu - Metropolis Pulau Pinang
Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Perak Tengah, Kuala Kangsar & Sitiawan - Metropolis Ipoh atau Metropolis Lembah Kinta Raya
JB, Skudai, Kulai, Pontian, Kota Tinggi, Desaru, Simpang Renggam, Kluang & Pasir Gudang - Metropolis Johor Bahru atau Metropolis Iskandar Raya
Seluruh Negeri Melaka, Muar, Tangkak, Segamat, Labis, Batu Pahat, Yong Peng, Kuala Pilah & Tampin - Metropolis Melaka
Pahang Timur (Kuantan, Rompin & Pekan), Terengganu Selatan (Kemaman & Dungun) & Mersing - Metropolis Kuantan
Definisi bandaraya ini berbeza-beza mengikut negara. di kebanyakkan negara2 di hemisfera barat terutama sekali Amerika Syarikat, jumlah penduduk seramai 100 ribu pun sudah melayakkan sesebuah kawasan itu mendapat taraf bandaraya.
Di Malaysia, buat masa ini, seramai 300 ribu penduduk diperlukan untuk mendapatkan taraf bandaraya selain daripada kriteria lain termasuk pungutan cukai.
Berdasarkan kriteria jumlah penduduk, semua ibu negeri di Malaysia kecuali Kangar, Perlis, sudah boleh bergelar bandaraya sebelum tahun 2010 sekiranya hanya jumlah penduduk sahaja menjadi kriteria utama. Saya menjangkakan Kangar akan mendapatkan taraf bandaraya selewat-lewatnya menjelang tahun 2020 seiring dengan pengistiharan Malaysia sebagai sebuah negara maju (Isyaallah wa Amin).
Saya tidaklah mahu menyebelahi mana2 idelogi politik sama ada pemerintah atau pun pembangkang tetapi pada pandangan saya, MPKB sudah layak bertukar nama kepada MBKB dari segi jumlah penduduk. Mungkin dari segi pungutan cukai dan sistem infrastruktur asas serta pengangkutan sahaja yang menyebabkan MPKB tak dapat bertukar kepada MBKB (Tidak ditolak juga, atas faktor politik).
Saya berani katakan sebaik sahaja BN dapat tawan Kelantan, 2-3 tahun selepas itu, MPKB pasti akan bertukar kepada MBKB (Seperti mana yang berlaku kepada Terengganu). Pada pandangan saya melihat keaddan politik di Kelantan, majoriti rakyat Kelantan sudah terbiasa dengan pemerintahan PAS. Kesimpulan disini, sekiranya org2 Kelantan mahu MPKB bertukar kepada MBKB, tukar sahaja pemerintahan Kelantan kepada parti pemerintah persekutuan pada PRU13 dan selepas dapat apa yang dihajati, berikan semula pemerintahan itu kepada PAS menjelang PRU14. :-). Saya sendiri tak pasti sama ada idea ini brilliant atau stupid tapi saya berharap kalau anda di luar sana itu marah, saya minta maaf. :-). Sekian, terima kasih.
ReplyOctober 15th, 2008 at 12:03 am
Kepada Anok Kelate dan yang lain2, sudah banyak blog-post yang saya baca terutama sekali yang di-postkan oleh anak2 kelantan yang mendakwa, kalau kelantan itu miskin, kenapa ada orang kaya dan shopping mall-shopping mall di KB. Saya faham akan perasaan anda apabila ada orang mengatakan negeri anda miskin walaupun saya bukan anak kelantan tetapi kalau orang kata sesuatu yang negatif mengenai negeri saya (walaupun bukan makian), saya akan terasa. Pada mulanya dakwaan Kelantan negeri miskin itu saya memikirkannya adalah satu dakwaan palsu oleh pihak pemerintah tetapi setelah memasuki lelaman web UNDP Malaysia iaitu satu pertubuhan dibawah PBB aka UN yang sememangnya bebas dari pengaruh pihak pemerintah, saya dapati masih lagi Kelantan di ranking bawah dari segi kekayaan dan kemisikinan sesebuah negeri itu di Malaysia
http://www.undp.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=344&Itemid=650
KL
Penang
Selangor
Terengganu
Melaka
Johor
NS
Perak
Perlis
Pahang
Sarawak
Kedah
Sabah
Kelantan
Mungkin ada yang tertanya-tanya, kalau Kelantan miskin, kenapa ada orang kaya dan shopping mall di Kelantan? Agak sukar untuk saya memberi jawapan yang mudah untuk anda semua fahami akan hakikat ini. Tetapi saya akan memberi contoh cukup mudah. Cukuplah saya membandingkan Singapura dan negara kita yang tercinta ini, Malaysia. Rata-rata sedia maklum bahawa pendapatan perkapita rakyat Singapura 3 kali ganda berbanding Malaysia. tetapi dari segi kuasa beli iaitu pendapatan perkapita didarab dengan jumlah penduduk, sudah semestinya Malaysia mengalahkan Singapura. Anda sendiri boleh lihat bertapa kita ada bangunan pencakar langit, sedangkan Singapura tiada. Jumlah mall di seluruh negara Malaysia sudah semestinya lebih banyak berbanding di Singapura. Mungkin ada yang mengatakan bahawa perbandingan saya tidak adil disebabkan Singapura mepunyai tanah yang cukup terhad. Baiklah, bagaimana pula dengan Brunei? Brunei sememangnya negara yang sangat kaya di Asia Tenggara tetapi tahukah anda bahawa hypermart yang ada di sana hanyalah sekadar Giant? Kesimpulannya disini, dari segi tersirat, Terengganu merupakan negeri yang kaya di Pantai Timur tetapi disebabkan jumlah penduduknya tidak sampai satu juta dan negeri2 lain di Pantai Timur mempunyai jumlah penduduk lebih 3 kali ganda berbanding Terengganu, maka sekiranya perkiraan kuasa beli iaitu pendapatan perkapita didarab dengan jumlah penduduk, sudah tentulah Terengganu di belakang Kelantan. Berkenaan cakap2 mengenai kalau Kelantan itu negeri miskin, kenapa ada yang duduk di banglo? jawapan saya cukup mudah, India dan Indonesia juga merupakan antara negara termiskin di Asia tetapi mereka mempunyai jumlah billionairre melebihi negara kita bahkan kediaman mereka juga bukan sekadar banglo tetapi tidak ubah seperti istana. India juga antara negara yang melahirkan billionaire2 teramai di dunia walaupun semua sedia maklum, India itu masih lagi sebuah negara miskin dengan penempatan setinggan jauh lebih padat berbanding Indonesia. Di India juga ada banyak mall walaupun mall2 tersebut dibina terlalu berhampiran dengan penempatan setinggan tersebut. Renung2kan dan selamat beramal.
Reply