Memahami Resale Rights: Master Resale Rights, Resell Rights, Private Label Rights & Give Away Rights

December 6th, 2007 by eddyra on Making Money

Kelebihan membeli resale rights product ini ialah kita tak perlu ada product, tak perlu membina website dan tak perlu membuat sales letter. Beli resale right hari ini, hari ini juga kita boleh jual di online market.

So apa yang boleh aku kongsi di sini, pemahaman aku setelah meneliti maksud resale rights ni. Macam biasa, aku gunakan bahasa kampung supaya pembaca dapat memahami macamana aku paham, sebab aku sendiri pun susah nak paham hahaha..

OK resale rights ni hampir sama dengan affiliate marketing jugak, di mana anda membuat promosi barang (product) yang orang lain hasilkan. Cuma perbezaan yang paling ketara ialah anda mendapat 100% dari hasil jualan barangan tersebut.

OK mari kita perhalusi satu demi satu.

Basic Resale Rights
Apabila anda membeli sesuatu product daripada A:

  • Anda hanya diberikan hak jualan semula (resale rights) SAHAJA. Anda boleh menjual semula product itu kepada B dan mendapat hasil 100% dari jualan tersebut.
  • Anda TIDAK BOLEH memberi hak jualan semula tersebut kepada B. Bermakna, B TIDAK BOLEH menjual product tersebut kepada C.
  • Anda TIDAK BOLEH kata product itu anda yang punya.
  • Anda TIDAK BOLEH ubahsuai product itu.

Master Resale Rights
Apabila anda membeli sesuatu product daripada A:

  • Anda diberikan hak jualan semula (resale rights).
  • Anda BOLEH memberi hak jualan semula tersebut kepada B. B pula boleh menjual dan memberi hak jualan tersebut kepada C. C boleh menjual dan memberikan hak jualan tersebut kepada D. D .. E .. F .. sampai la abis
  • Anda TIDAK BOLEH ubahsuai product itu.
  • Anda TIDAK BOLEH kata product itu anda yang punya.
  • Kebiasannya, Master Resale Rights ni datang sekali dengan website template dan sales letter untuk memudahkan anda menjual semula. Ini yang biasanya orang buat iklan ‘tak perlu pengetahuan website, tak perlu ada product’ tu.

Private Label Rights
Apabila anda membeli sesuatu product daripada A:

  • Anda diberikan hak jualan semula (resale rights).
  • Anda BOLEH memberi hak jualan semula tersebut kepada B. B pula boleh menjual dan memberi hak jualan tersebut kepada C. C boleh menjual dan memberikan hak jualan tersebut kepada D. D .. E .. F .. sampai la abis
  • Anda BOLEH ubahsuai product itu mengikut kemahuan anda.
  • Anda BOLEH kata product itu anda yang punya, letak nama anda sebagai owner kepada product tersebut.

Give Away Rights
Bagi free jer, dan tidak melibatkan keuntungan. Anda tidak boleh jual semula atau mengeditnya.

All Right?

3 Responses to “Memahami Resale Rights: Master Resale Rights, Resell Rights, Private Label Rights & Give Away Rights”

  1. 1
    man Said:

    ooo faham dah TQ bro eddyra.

    Reply
  2. 2
    fatiah Said:

    Jgn marah tuan eddyra, ada typo error sikit. MRR usually comes with websites designs or website templates only. Bukan dgn website. Kalau diorg provide hosting package mahallah produk tu.

    Reply
  3. 3
    eddyra Said:

    yep, website template. Typo error. Terima Kasih.

    Reply

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Any view or opinion represented in the blog comments are personal and is accredited to the respective commentor / visitor to this blog. The owner reserves the right to moderate comment suitability in support of respecting racial, religious and political sensitivities.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me