Takut Bini..
May 22nd, 2008 by eddyra on LifeHe He…
Takut bini ataupun takut pada isteri merupakan satu fenomena di mana seorang laki yang takut pada bini dia. Perasaan takut pada bini timbul apabila bini dia memuncungkan bibir mulutnya sehingga 2-3 inci, atau perasaan takut kena belasah dek bini dia (mungkin sebab bini dia berbadan besar dari dirinya), atau takut kena tidur di luar ruang tamu, atau pun takut muka bininya akan bertukar kepada muka singa betina ataupun takut bininya merajuk.
Mana datangnya istilah takut bini ni, mengikut kajian aku pun tak tahu siapa yang mula-mula mencipta istilah ni tetapi masa aku kecik dulu aku dah tahu istilah ni. Pernah tengok tak movie Tan Sri P.Ramlee cerita Do Re Mi.. masa scene gang mesyuarat tingkap AR Tompel dan Ibrahim Din tu.. AR Tompel menurut semua kehendak bininya hingga Ibrahim Din kata “takut bini rupanya…”
Cerita tu berterusan bila bini Ibrahim Din datang dan menarik telinganya..
Hari ni, aku juga dah berbini macam orang lain yang berbini. Jadi istilah takut bini ni masih ada cuma yang penakut pada bini ni dah tukar kepada sayang bini. Aku pelik juga kenapa orang takut pada bininya, kalau muka bininya macam muka hantu ada ler logiknya jugak kan..
Contoh bila tengah lepak-lepak minum air tengok jam dah pukul 11.00 malam, kita nak blah jer kawan-kawan perli kita ‘takut bini marah la tu’ …
Contoh lagi, bila ada perempuan lain hantar SMS, cepat jer kita delete SMS tu walaupun SMS tu hanyalah SMS berkenaan hal kerja (tak ler termasuk aku, aku berkecuali dalam hal ni heheheh..) Kenapa takut bila bini baca SMS tu?
Aku tak takut bini, dan bini aku pun tak takut aku ha ha ha.. buat apa ler nak takut pada kat dia, atau dia nak takut kat kita kan.
Ada seorang kawan lama, dia kata bukan dia takut pada bini dia tapi dia malas nak dengar bebelan dan leteran biniiiii dia, korang pun sendiri mau ingatlah kalau kaum perempuan ni membebel.. pot pet pot pet dan pot pet so kawan aku ni kena balik awal setiap kali pulang dari kerja.. nak nak kalau bebelan tu diakhiri dengan kata-kata ‘tidur luar ler’ …
Jadi bila aku sendiri tengok nasib kawan-kawan aku ni yang ‘teraniaya’ ni, aku pun berfikir. Lelaki yang takut bini ni salah satunya memang penakut dengan bininya, takut macam .. macam apa eh? Alah memang takut bini lah.. tak berani angkat muka punya depan bini.. hahaha aku terfikir jugak camana dia orang dapat anak eh.. kena sergah jer terus lembik. Ni kalau ada jenis lelaki macam ni, memang memalukan kaum lelaki ler. Kalau terkantoi apa-apa sekalipun memang mati kutu lah.. nampak macam ayam bodo.
Jenis yang lainnya, bukan takut pada bini tapi malas nak dengar orang tu membebel pot pet pot pet dan pot pet.. sebab tu ler ada yang delete SMS perempuan, cover sana sini, dan termasuklah balik awal ke rumah.
Macam aku cakap kat atas tadi, aku tak takut bini walau pun aku selalu balik awal lepas kerja. Kalau lambat jer balik musti handphone berbunyi.. leceh kan..



May 22nd, 2008 at 7:30 pm
‘Kalau lambat jer balik musti handphone berbunyi’
itu maknanya wife sayangkan u, risaukan u, to make sure u safe, to make sure nothing happen to u….ada faham ka?
kalau wife tak phone…maknanya she doesnt care, doesnt bother, kalau tak balik pun takper…ada faham ka?
kesimpulannya..phone salah tak phone pun salah….kwang kwang kwang…
ReplyMay 22nd, 2008 at 9:27 pm
TAkut Bini?’ istilah yg ditakuti para lelaki budiman selepas istilah ‘Mati pucuk’.
..gara-gara tak tahan dgn gurauan kawan-kawan ajak pegi karaoke…kalau tak gi maknanyer “takut bini”…
ReplyKawan aku diserang bininyer kat kedai kopi karaoke.. .aduus, malunya kami semua…nak tergelakpun ada…hahaha…masih segar dlm ingatan…
May 22nd, 2008 at 10:09 pm
aku tak takut bini sbb bini aku bkn jenih sergah2 maki2. dan aku pun bukan jenih tu gak. tapi kalau hal lepak2 dgn mber phtu dah kul11 kene balik tuu, bukan laa maknana takut bini. tapi kene respek dan sayang bini kita.
bagi yg menganggap balik awal sbb takut bini tuu, cuba letak diri anda di tempat isteri. katakanla, si suami dok umah jg anak dll, bini lak kuar pi keje 8 - 5. tup2 kul 6 tak balik2, kul7 pun belum. aku brani gerenti si suami nii mesti tepon bini tye katne, bile nak lik, tak ingat umah ke dll. silap2 si suami tu berleter dan bebel petpotpetpot.
bagi isteri lak, kdg2 bg la chan kat kawan tuu nak bersosial dgn kawan opis ka kwn skolh lama ka. penat woo keje dan penat woo memegang tggug jawab sbg suami nii. sume dosa2 ahli keluarga nya si suami yg tanggung. tapi kalau dah isteri bg chan, suami jgn salahgunakan plak.
semoga suami isteri di malaysia ni kekal harmoni dan dpt mngubah simpulan bhs dari “takut bini” kpd “sayang bini”.
cam filem allahyarham t.s. p.ramlee gak ayatnya “sapa tak sayang bini oooiii” hheheheheh
ReplyMay 23rd, 2008 at 4:41 am
waliz wrote:
1lagi nak tambah nanti takut laki cari lain kalo balik lambat… hahahaha
ReplyMay 23rd, 2008 at 9:34 am
nak tambah lagi satu. laki takut bini sbb betul-betul takut. takut kene belasah kalau lwn ckp bini. mmg terbukti dalam kajian, lelaki juga menjadi mangsa penderaan umah tangga. bukan hanya perempuan je tau.
cuma tak digembar-gemburkan krn malau takut org akan kata lelaki lembik, dayus bla bla bla…..
ReplyMay 23rd, 2008 at 11:27 am
camana eh kalau laki dia kena pelempang dengan bini dia.. siap kena terajang semua.. perhh zalim tu.. zalimm
ReplyMay 23rd, 2008 at 12:21 pm
Hahaha.. dh lama x singgah ni. Where’s fatiah. Takut bini? Bini ni x de masalah bila lelaki x buat hal? Suami takut bini? Betul ke Tuan Eddy x takut? Lelaki bila dh buat salah..jerk skit je ..gagap. Itulah yg slalu jd. Si isteri ini bukan main sergah je. Sergah2 berisi. Punca? Dari lelaki jugak. Slalu benar buat hal. For your information bila perempuan dh kawin dia selalu pk bila lelaki balik lmbt… takut kena blasah ke? Accident ke? Masuk lokap ke?Kena rompak ke? Bini ni sayang si suami… Kata nk sehidup semati. Kenalah berkongsi.
ReplyMay 23rd, 2008 at 2:56 pm
smartebiz wrote:
ambik kau.. lelaki jugak yg kena
ReplyMay 23rd, 2008 at 4:57 pm
sehidup semati dah takleh gunapakai. sbb sa-hidup dan sa-mati, sorg je yg mati, sorg lagi masih idup ahahhahahahah
ReplyMay 23rd, 2008 at 5:06 pm
Itu le lelaki. Bila dh kata sehidup semati…takut betul. tapi sebelum akad tu , bercinta tu pandai plak..u jump i jump. Kalo bini ni tahu..sa hidup dan sa mati…sorang2. Sebelum kawin… u jump i tgk je la… HAhahaha
ReplyMay 23rd, 2008 at 10:24 pm
Lelaki takut bini kiranya dah dikira biasa je…
ReplyKalu ditanya lelaki kenapa takut bini
jawapan lelaki ” Malas nak layan bini bertengkar”
P. Remlee pernah berkata “sapa tak sayang bibi oooi”
Kira ok la tu……………………..
Tapi jangan terkena Nasik Kangkang sudah…
May 25th, 2008 at 9:03 am
sepatutnya perasaan takut tuh takde, yang patutnya ada adalah perasaan hormat. itu pandangan sy lah.
ReplyMay 25th, 2008 at 1:19 pm
sipuri wrote:
ya that right answer sipuri… i sokong tang tue…
ReplyMay 26th, 2008 at 3:26 am
smartebiz wrote:
I’m here. I took a break gi shopping kat KL n lepak2 kat PutraJaya. That is one place I like to go cantik kawasan kat sana.
ReplyBetul kata smartebiz kita org pompuan takde masaalah kalau laki jln straight. Lakiku pun takut bini… takut bini dia hilang pasl bini dia suka jalan.
May 26th, 2008 at 3:53 pm
Wah dh ada geng la. Last saturday nk gi Putrajaya tp ….. Ada problem skit. So saya kalo hari Jumaat saya suka pegi sana. Ada pasar malam Mega. Pekena mee goreng. Sedap. Sbb saya duduk area Puchong je. X jauh.
ReplyMay 26th, 2008 at 4:48 pm
STREAMYX akuk manaaaa… weekend tanpa streamyx ibarat malam tanpa bini.. huhuhu
ReplyJune 2nd, 2008 at 4:25 pm
Tukar takut ke bini kepada takut kepada Allah. Barulah bini takut ke suami. Dok payah sepak terajang.
ReplyJune 4th, 2008 at 2:53 pm
Macam tidak takut ke bini, barang naik saje.
ReplyBini nama nak larat tanggung masalah.
Ini kena tanya Pak Lah……. dia bapak………
June 4th, 2008 at 2:58 pm
Ana pun abdullah jugak. Tapi tak sampai hati nak buat orang lain susuh.
Pak Lah PM tak tahulah saya pulak. Kalau dia tergamak melihatnya hidup dalam kesusahan.
Asalkan negara capai kemajuan. Walhal hidup sehari semalam aje.
Entah esok lusa dah balik ke kubur pun dok tahu.
Beras dengar cerita pun nak naik sampai RM50.00 10kg.
Minyak RM5.50 seliter.
Hancur ahhh…….
ReplyJune 4th, 2008 at 3:03 pm
huihh.. hehehe bab takut bini sampai keluar Pak lah Badawi.. hebat tu..
ReplyJune 4th, 2008 at 5:17 pm
RM 50 tuh berat Faiza Basmathi je kot! Beras tu je mahal. Kalo beras lain kan murah. Takkan naik smpi RM 50. Mahal tu..Betul ke?
ReplyJune 4th, 2008 at 5:33 pm
beras siam cap arnab mas jugak yang best. Dulu 22KG RM50.. lani RM85 wa cakap lu..
ReplyJune 5th, 2008 at 11:38 am
Pergh!… Makan ubi kayu je la
ReplyJune 5th, 2008 at 12:42 pm
smartebiz wrote:
makan ubi kayu best lea.. bole jaga badan. Angin badan boleh keluar..
ReplyJune 6th, 2008 at 12:18 pm
ni apa pulak ni….
Replytajuk beras pulak ke?
June 6th, 2008 at 12:19 pm
ntah la sheera.. pelik jugak.. jauh benor beras dengan bini.. apatah lagi dengan ubi kayu..
Reply