Semalam aku MC..

May 13th, 2008 by eddyra on Life

Semalam aku MC. Gi klinik kat town, ada appointment dengan doc untuk blood test. Last week aku gi berbekam kat kepala tapi darah keluar sikit, tukang bekam tu kata darah aku pekat. Homoglobin lebih. Last 3-4 years pun aku pernah derma darah, tapi dapat sikit jer, doc kata darah aku beku. Ceh ingat darah ikan ka apa.

Selesai amik darah dan bayar RM100.00 kat doc, dan mintak MC sekeping. Dapat. Yahoo! Dapat MC.

MC ni kalau ikut term yang aku paham ialah Medical Certificate. Bukan Menstrual Cycle, bukan Metallochaperone dan bukan MC Hammer. Bagi aku MC ialah ‘aku malas nak gi kerja’. Dan MC bukanlah bermaksud aku akan berbaring atas katil, atau baring atas sofa depan TV di rumah dengan tuala lembab atas dahi. Aku malas nak kerja sebenarnya semalam. Tapi tensen jugak bila hp berbunyi client call. Layan jer lah.

Memang lately aku malas nak gi kerja. Bukan aku malas nak kerja, tapi malas nak gi kerja. Aku malas nak gi kerja sebab aku bimbang. Aku bimbang kalau aku terajang orang. Wah, kuat sangat ke aku sampai nak terajang orang.. dulu aku pernah terajang lembu masa aku form 3. Aku pun tak tahu kenapa aku terajang lembu tu. Kasihan lembu tersebut.

Berbalik kepada cerita aku MC tadi, aku malas nak gi kerja sebab aku bengang dengan seseorang yang telah membawa mulut dan mengadakan cerita yang tidak masuk akal pasal aku. Aku ingat perempuan jer yang suka bawa mulut, suka tabur fitnah, lelaki pun ada rupanya iyer. Mengalahkan perempuan-perempuan yang bermesyurat tingkap tu. Kalau dia bercerita tu takde orang percaya, syok juga aku gelakkan dia, masalahnya orang lain percaya bang.. adulaaa.. Sorang, dua orang sudah tarik muka tak bertegur dengan aku.

Am I loser? NO! Aku bukan sore loser bang. Aku tak pi kerja sebab aku malas nak berconfrontasi dengan dia. Kalau aku rasa bengang dengan cara dia, adakah aku loser? Kalau ikutkan cara Ahli Sufi, mereka tak bengang dengan perbuatan manusia, sebab bagi mereka semuanya itu adalah dari Allah. Semua yang datang adalah ujian untuk mengetest keimanan mereka.

Aku bukan Ahli Sufi, atau gang-gang tasauf yang boleh tersenyum kalau didatangi ujian. Aku bimbang kaki akan bercakap. Salah kah aku kalau kaki bercakap.. sakit hati punya pasal ni ada yang aku bongkarkan dia punya corruption ni kang..

Aku bukan lah baik sangat pun, tapi takde lah nak fitnah, nak membawa mulut menjaja cerita macam CNN. Cerita aku ni begini dan begini dah pun sampai di KLCC, nun di Petronas Twin Tower tu. Aduhai, kalau ler dia orang kat sana pun percaya jugak.. mmm.. susah jugak tu.

Fikir-fikir punya fikir, kenapa aku mesti rasa bengang pada orang macam dia, kenapa aku perlu bertindak seperti itu kan, yang best punya solution untuk sedapkan hati ialah kenapa aku mesti layan orang macam dia.. jangan sama kan taraf dia dengan kita.. he he he

Cuma aku berharap, Tuhan akan membantu orang yang teraniaya err macam aku ni, kebenaran pasti datang, bak kata orang-orang tua kampung aku, the truth will prevail. Cewah..

17 Responses to “Semalam aku MC..”

  1. 1
    lea Said:

    bagi sy en eddy, biarkan saja kaki yang berbicara…br dia tahu langit tu tinggi ke rendah..tak gitu?

    org2 mcm tu kalu dibiarkan makin naik lemak…tak yah cakap ape2, jumpe dia je, terus bg kaki cakap. abis cite..

    Reply
  2. 2
    sipuri Said:

    seingat saya, jika ada lelaki yg menjaja cerita, mereka lebih teruk dari perempuan (berdasarkan pengalamanlah).
    oh, sudah mula bekerja di petronas ke?

    Reply
  3. 3
    Zol Said:

    lea wrote:

    bagi sy en eddy, biarkan saja kaki yang berbicara…br dia tahu langit tu tinggi ke rendah..tak gitu?

    org2 mcm tu kalu dibiarkan makin naik lemak…tak yah cakap ape2, jumpe dia je, terus bg kaki cakap. abis cite..

    Orang yg mcm tu kalau ada kat keje mmg problem…orang mcm tu kita kena bijak sikit…jgn ikut ere(faham tak “eere” tu?…

    Reply
  4. 4
    Zol Said:

    kite orang lelaki benda-benda mcm tu malas nak ambik pot sangat…tp jika sampai menjejaskan nama…itu sudah dikira lebehh…Orang kite, mcm tu le, bermodal air liur je boleh jatuhkan kredibiliti org yg telah dibina bertahun lamanya…

    ..dengan berkasar, utk puaskan hati boleh le..tp itu tak selesaikan problem,lagi memburukkan keadaan ade lerr..

    Pro sikit Bro..walaupun nak tengok mukapun tak nak, (marah punye hal)..gunakan psiko..act mcm biasa dah le,

    Jika dia under engkau…cari pasal dan argue (ttg kerje ke..),biar dia bengang atau tahu kau memang cari pasal dengan dia..’let them feel pain too,ajar Manager aku…

    Jika dia above kau, ’show on’ yr value, all time voice, voicing out…throw yr loud when necessary then later he will realise who you are…

    Walaupun apa-apapun…kau kene tunjukkan memang kau nak cari pasal dengan die dan die perlu tahu…..

    Reply
  5. 5
    fatiah Said:

    Inilah yg tak mahu, fitnahkan org dan bawak cerite. Yg menyedihkan lagi kalau yg buat tu sebangsa dan seugama. This case i cannot help . It happend to me in my last job too and i could only cry as i hate to fight with anyone. So i quit and was called a loser. It was a difficult decision for i loved my job but me having a Finance Minister to fall back make it easier. but ur case is differnt as u are the main breadwinner so whether u stay or go u hve to handle the case wisely. And i think berkasar may make things worse. Confront him if necessary to clear urself but stay cool. I’m sure u can do it , insyaAllah.

    Reply
  6. 6
    hashim Said:

    macam kenal je orang tu……….
    he he he…
    stay cool
    life goes on…..

    Reply
  7. 7
    eddyra Said:

    oh yeah en hashim.. kenal orang tu eh, aduhai susah nak cakap lah, tak cakap pun susah. Jalan terus bak kata Zamri CSR.

    Reply
  8. 8
    Ana Said:

    eddy, lelaki jaja cerita ni bukan baru..
    saya pernah kena jugak..
    sampai nak ranap dunia saya..
    biarkan lah dia…
    Tuhan terbalikanlah apa yang dia buat tu
    kat eddy…
    sabar aje lah ye..

    Reply
  9. 9
    syam Said:

    eddy,
    perghh, gila dasat ek. ade gak org kaki wat cite gampang kt tmpt ko.
    klu perlu terajang, terajang je
    klu perlu diam, diam je bro
    apa2hal semoga tuhan akan membantu mu

    Reply
  10. 10
    Shah Said:

    Sabar ajelah eddyra… kalo di layan orang macam tue wat sakit ati jer… bek la wat xtau… kalo di kate ko wat xlayan lame2 die pun bosan… sebab xluak (tau ker luak tu ape ) skit pun…

    Reply
  11. 11
    eddyra Said:

    thanks to all commentators, aku tak boleh nak respond hari ni, teramat busy. Perlu habiskan kerja hari ni, petang ni kena travel ke KL, esok ke Menara Exxonmobil dan terus ke Tractor Malaysia di Puchong.

    Anyway thanks for all ya supports guys. I really mean it. Musuh jangan di cari, ada rejeki kita kawin lagi.. hahah jangan marah..

    Reply
  12. 12
    Ana Said:

    Anyway thanks for all ya supports guys. I really mean it. Musuh jangan di cari, ada rejeki kita kawin lagi.. hahah jangan marah..

    kalau gitu saya tujukan lagu untuk Eddy
    “Madu Tiga”..
    sebagai pembakar semangat hari ini..

    Reply
  13. 13
    waliz Said:

    take care bro…drive carefully…:D

    Reply
  14. 14
    nadzim Said:

    waaaahhhh dasat laa org2 tua kampung kau… speaking tuu hehahhahaha…

    byk cara utk mhadapi kes2 begitu. tapi jgn dgn cara yg sama cam dia wat kat hang. kalau hang wat lagu mana yg dia wat kat hang, mmg laa hang lagi loser.

    so… bertindak dgn cara yg tersendri. tak kesah laa cara nya kaki yg berkata2 atau tsenyum ketika musibbah menimpa, asalkan cara tuu tersendri lagi original.

    hahahahah
    good luck with ur decision

    Reply
  15. 15
    jaja behh Said:

    en.Eddy….go go chiayok !

    Reply
  16. 16
    Zol Said:

    errr…Eddy you lupa leer..MC tu istilahkan kat keje aku “Mintak Cuti”…hehehe…

    Reply
  17. 17
    smartebiz Said:

    Eddy…eddy.. apapun lmbt comment. Psssttt… lelaki kalo dia dh dpt mengumpat lagi teruk dr pompuan. Nk tau kenapa? sbb pompuan hari2 mengumpat…Jd x de citer sensasi dh… Kalo lelaki jrg mengumpat..bila dh ada citer… 1 citer tu dengan mengumpat dn disudahi dengan Dunhill /Peter 20 btg… Hahahaha..

    Reply

Leave a Reply

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me