Nyanyian dari penjara
April 22nd, 2008 by eddyra on LifeMmm.. Nyanyian dari penjara. Aku rasa ramai orang yang dah dengar lagu ni. Aku tak pasti tentang kebenaran cerita orang di mana si lelaki tersebut telah dikenakan hukuman mati di atas kesalahannya membunuh suami kepada bekas girlfriendnya.
Dan sebagai permintaan terakhirnya sebelum dia dijatuhkan hukuman mati, dia telah mencipta satu lagu yang liriknya ditulisnya sendiri. Lagu ini, Nyanyian Dari Penjara dikatakan suara asal lelaki tersebut.
Aduhai.. ada pula yang menyatakan ianya adalah hasil dari seorang komposer terkenal di Malaysia, well malas nak gaduh-gaduh tapi anyway dia punya lirik dan melodynya.. syahdu abisss.
Itu lah bercinta hingga tak de batasan jiwa raga.. sakit bang.. sakit.. Bila dah terjadi tragedi macam ni, bermacam-macam lah orang punya ulasan dan tohmahan. Salah orang tu salah orang ni, orang tu curang orang ni tak setia lah.
Bila ada 2 orang berchenta, berjanji setia itu ini sehidup semati, ku nanti mu di pintu syurga dan bla bla bla..
Bila salah seorang tarik diri, tak kira lah apa sebabnya dah jumpa orang lain ka, tak serasi ka, mak ayah tak restu ka, tak sekufu ka atau apa-apa lah biasanya salah seorang tu akan kechewa punyalah.
Bila tang kechewa itu lah yang boleh membuat orang bertindak melampaui batasan hingga lah sampai bertindak membunuh. Pasal apa dia orang sanggup buat itu semua, kena kaji balik tekanan emosi yang di hadapi oleh orang-orang seperti ni. Sebab apa orang bergaduh kerana chenta, berperang kerana chenta membunuh kerana chenta.
Ada yang sanggup bunuh diri minum racun kerana kechewa, why.. why.. think about it.
Satu email yang dihantar berserta dengan berita yang ditulis, mungkinkah ini ada kaitan dengan peristiwa ini. Wallahuaklam..
Pasangan muda mati dibunuh di rumah sewa
18-06-2007 09:28:54 PM
SEREMBAN: Sepasang suami isteri ditemui mati dibunuh di rumah sewa mereka di Taman Desa Anggerik, Senawang dekat sini, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan ACP Huzir Mohamad berkata mangsa dikenali sebagai Syed Herie Azimi Syed Kassim, 25, dan isterinya, Aniza Ayob, 24.
“Kes ini adalah kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kes ini masih dalam siasatan polis dan kita percaya ia bukan kes samun kerana barangan kemas yang dipakai mangsa (Aniza) masih ada manakala rumahnya dalam keadaan yang teratur,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Katanya kedua-dua mangsa mempunyai kesan luka di badan dan punca kematian hanya akan diketahui selepas bedah siasat dijalankan. Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai untuk membantu siasatan. Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian hotline 06-76 19 99 9 (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan) atau 06-60 14 99 9 (Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban) atau mana-mana balai polis.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk dibedah siasat.
Sementara itu emak saudara Syed Herie Azimi, Rosnah Abu Kassim, 30, berkata Aniza yang bekerja di Jabatan Pendaftaran Negara di sini sedang mengandung tujuh bulan.
Katanya Syed Herie Azimi adalah seorang penganggur dan baru dua bulan mereka berpindah ke rumah itu.
Seorang lelaki hanya mahu dikenali sebagai Mohd Shafiq, 22, yang mendakwa rakan Syed Herie Azimi pula berkata beliau ke rumah mangsa setelah panggilan telefonnya tidak dijawab.
“Kali terakhir saya jumpa Syed Herie di rumah saya pada Jumaat lepas dan saya datang ke rumah mangsa kira-kira pukul 1 petang hari ini dan mendapati mayat kedua-dua mangsa yang berlumuran darah di bahagian ruang tamu rumah,” katanya. BERNAMA



April 22nd, 2008 at 4:16 pm
de dengar cite pasal ni…tp yang sy dengar lak, laki ni just bunuh pakwe bekas awek dia tu, bkn dgn awek2 dia skali..kwn2 pd laki ni yang bunuh awek dia..hmmm…entah la…wallahuaklam…
jangan kerana cinta, nyawa jd taruhan..adussss…nyawa bkn senang nk dapat bang…huhu
ReplyApril 23rd, 2008 at 1:53 am
Erm.. banyak jugak citer pasal lagu nie… xtau yg mane satu yg betulnyer… tp ape pun lagu nie best jugak… pada yg sedang bercinte tue ingat2la.. jangan sampai jadi macam dalm lagu nie.. jdlah yg setia.. n pada yg solo mcm aku nie wat xtau dah la… huhuhu..
ReplyApril 24th, 2008 at 2:26 pm
Saya ada gak dapat email ni. Kalau itu permintaan akhir dia rasanya tukang jaga jail atau orang atasan hendak layan ke?? Tapi wallahualam…the moral of the story kalau bercinta jangan ikut sangat perasaan.
ReplyApril 24th, 2008 at 6:34 pm
Pokok pangkal sebelum buat apa apa keputusan
ReplyOtak kurniaan Allah mesti digunakan sepenuh penuhnya
Kalu salah perkataan bole la kata sori
kalu dah salah perbuatan apa lagi tanggung akibat ler….
April 24th, 2008 at 7:27 pm
Betul tu En Hashim, kalau dah berchenta tu tak ingat donia dah.. itu yang banyak TERmengandung, terbuang anak, dan macam-macam lagi lah..
ReplyApril 28th, 2008 at 6:24 pm
sedih la….siannn
ReplyApril 28th, 2008 at 9:40 pm
I ada gak tgok video bdak pompuan tu kena belasah and dengar lagu tu…. tapi klu pikir2 logik x logik…. tapi apa2 hal pikir dulu sbelum brtindak… yea utuk anak2 muda.. aweks boleh cari, tpi hidup kt nia ni skli aje.. pikiu2 le… wassalam
ReplyApril 28th, 2008 at 10:46 pm
ooo ada video juga ek.. menarik tu..
ReplyApril 30th, 2008 at 10:22 am
nih ader satu lagi email berkenaan dengan lagu ni…
aku paste kat sini…justbaca jer lahh
—– Forwarded Message —-
From: Adie Adie adie_fewett@yahoo.com
Baca kisah dr empunya lagu asal
ATTENTION ALL:
Saya Ayie nk bobal bahasa melayu pulak memandangkan ade lagi org yg TAK PAHAM BAHASA ENGLISH.Sebelum saya mulakan,cerita tentang wujudnya video Hazwan membunuh tunangnya itu sebenarnya adalah TIPU.. Pls search for “HONOR KILLING - IRAQI GIRL STONED TO DEATH”.. itu bukan video sebenar pembunuhan yg dikatekan dilakukan oleh Hazwan..
Tolong hentikan cerita yg MENGARUT ni k.Tajuk sebenar lagu ni adalah “PERANGKAP CINTA”. Bukan CINTA TIGA SEGI ataupun PERMINTAAN TERAKHIR. Saya adalah pencipta sebenar lagu ni yg SAYA cipta sendiri pada tahun 1998 dan hakcipta lagu ni dibawah nama saya sendiri pada 20th March 1999.
Bukan tujuan saya nakkan nama disini tapi memandangkan lagu ni BARU DISEBARKAN DI MALAYSIA selepas hampir 5thn popular di singapore,saya terpaksalah membuat penerangan sekali lagi disini bahawa memang saya AYIE yg mencipta lagu ni. Dan memandangkan saya mempunyai HAKCIPTA YG SAH di COMPASS SINGAPORE,saya boleh dgn suke hati mak bapak saya SUE sesiapa saja yg mengeluarkan lagu ni TANPA IZIN dari saya.
Tapi oleh kerana ianya adalah silap saya sendiri yg menyebarkan lagu ni kepada kawan2 yg saya percayai,dan ianya tersebar luas hingga mcm2 cerita yg timbul,saya tk dapat buat apa2. Lagi satu,cerita tentang BANDUAN yg mati DIGANTUNG di malaysia yg dikatakan mencipta lagu ni adalah TIDAK BENAR. Saya juga TIDAK MENGENALINYA. Kalau betul dia yg mencipta lagu ni SILA DAPATKAN KELUARGA ARWAH untuk menghubungi saya secepat mungkin supaya nama baik arwah dan juga nama saya dapat dibersihkan. Saya juga mahukan BUKTI KUKUH dari keluarga arwah.
Lagu ni juga BUKAN DARI KUMPULAN STRATEGY. Rakaman versi rock lagu ni ialah dari kawan baik saya yg merakamkan lagu itu mengunakan PC dirumah. Kepada pihak2 tertentu yg SENGAJA mengeluarkan cerita yg TIDAK BENAR atau dlm ertikata lain MEMFITNAH,satu saja yg boleh saya katakan- Kamu semua lebih teruk dari ‘arwah’ yg dikatakan membunuh sebab DOSA MEMFITNAH TU LEBIH BESAR DARI MEMBUNUH.. Dan kalau tak tahu cerita sebenar,baik DIAM saje ok. Saya tak marah tau,ni pun saya type dgn penuh sopan santun (”,)..
Saya pun tak perlu nak perasan sendiri sebab memang lagu ni saya yg cipta. Yg dikatakan suara banduan yg nyanyikan dari penjara tu adalah suara saya sendiri yg dirakam dirumah. Saya tak takut kalau ada org yg nak cakap saya menipu sebab bukti ditangan saya dan kawan2 saya semua tahu tentang kesahihan lagu ni dari saya sendiri.
Akhir sekali,saya ingin meminta maaf kepada semua jika ada pihak yg tidak puashati tentang kesahihan lagu PERANGKAP CINTA. Yg benar akan tetap benar,tapi yg SALAH selama-lamanya TIDAK AKAN MENJADI BENAR.
Sekarang semua dah FAHAM?? Kalau tk FAHAM2 jugak,sila hubungi saya secara peribadi. Buat masa sekarang saya harap anda semua terhibur dgn lagu PERANGKAP CINTA ini dari saya,Ayie dan kawan saya Berd..
Terima kasih…
ReplyRegards,
AYIE.
E-Mail: guastyle2023@hotmail.com
April 30th, 2008 at 10:43 am
eddyra wrote:
act mungkin video yang dikatakan tu adalah video same yang dimaksudkan oleh email dr sdr slemang kecik..sy ade tengok..tp cite yang sy dengar lak, pmpuan tu minah rempit yang meragut beg..then dia jatuh dari motor, pastu la dia ken blasah dgn org2 awam n last skali dihentak dengan batu (divider jalan) kalo tak silap la..
and bg sy sendiri, tak mungkin banduan boleh cipta lagu dalam mase singkat..ape tidaknye dia bertaubat dulu sebelum ajal mnjemput, ni nak cipta lagu lak..siap dgn melodi menarik lak tu..tp, ape2 pn,sy tak tahu cite yang sebenarnye..hanye kabar2 angin je..
ReplyApril 30th, 2008 at 10:46 am Reply
April 30th, 2008 at 11:43 pm
kalau betul berlaku kt malysia, I x pernah dengar pun kt berita… tapi kalau you all tengok video bdak pompuan kena hentak ngan batu, memang dasyat la.. tapi I rasa itu pun bukan kt mlaysia….
ReplyMay 1st, 2008 at 7:14 am
Betul tue sheera… video clip tue bukannya berlaku kat malaysia… tak silap shah vedio tue mase zaman shah skolah dah ade… dieorg kate bende tue berlaku kat ARAB.. dun know where… n yang terbaru skali pasal lagu nie ade plak yang bagi vedio clip gambar orang tue menyanyi lagu tue… tp vedio tue nampak xlogik kalo di perhatikan betul2… kalo sheera ade tengok perhatikan orang men gitar tue… ngan tempat yg die lepak tue…
ReplyMay 1st, 2008 at 7:49 pm
kenapa ngan tmpat yg dia lepak ? sbab sheera tgok 2 kali aje video tu.. dah x brani nak tgok lagi.. ngeri… rasa kesian sangat mati dalam keadaan cam tu..
ReplyMay 18th, 2008 at 8:19 pm
AMBIK JLN SINGKAT MCM TU KIRA MACHO KE? DOSA BESAR ADA LAH. GOB BLOK!
ReplyMay 18th, 2008 at 8:29 pm
NGKORANG APSAL SUKA AMBIL JLN SINGKAT HAH? MAK&BAPAK PERABIH DUIT SURUH BELAJAR BETUL2. NGKORANG P MENGGATAL. JANTAN/BETINA 2X5. BILA FRUST NAK BUNUH2 PLAK. INGAT MACHO SANGAT LE TU. KALAU MACHO SGT AMBIL CTH 1 ORG TUA BARU2 NI. DAH 3 NAK TAMBAH 2 LAGI. ITU BARU JANTAN TERHEBAT.
ReplyMay 18th, 2008 at 11:23 pm
BAPAK NGKORANG. wrote:
Yang tue bukan macho… xde machonyer… itu terlalu ikut sangat hawa nafsu… biase lah zaman skang nie… bercinta tue dah jadi lumrah dunia… xtau lah plak bapak ngkorang nie dulu xpenah bercinta… ahakz….
ReplyJuly 19th, 2008 at 5:35 pm
sy tak mna cite sbnrnye…huahua
Reply