Jatuh cinta sekali lagi..

April 21st, 2008 by eddyra on Life

Rilex.. bukan aku, tapi orang lain.

Kisah seumpama ini mungkin pernah di alami oleh orang lain, atau mungkin pernah tersiar di dalam cerekarama atau kisah benar kat TV. Bujang putus cinta kemudian bercinta lagi, itu biasa. Wanita bujang bercinta dengan laki orang, itu biasa. Anak teruna bercinta dengan bini orang, itu biasa juga. Ini kisah laki orang yang jatuh cinta lagi dengan bini orang, biasa ke tak biasa dengar tu?

Di mana perkara ni berlaku? Di office. Di mana tu? Ada ler.

Laki orang ni, dah nak masuk 40. Bini orang tu pun lebih kurang lah usianya. Anak-anak masing-masing dah ada, masing-masing dah ada pengalaman buat anak, lahirkan anak dan jaga anak. Laki orang tu memang lah takde pengalaman lahirkan anak. Tapi kenapa ler hatinya boleh terpaut kat barang lama tu. Apa kelas.

Aku tak nak bersembang pasal dosa pahala, orang kalau nampak dosa besar bukit nescaya orang tak kan buat dosa, masalahnya dosa tu tak nampak. Orait.

Aku tanya kenapa ler si laki kabaret ni boleh jatuh cinta kat bini orang tu, maka dijawabnya sebab bini orang tu nampak gebu, body cantik, syok tengok, orang Ganu kata sting.. kakakaka. Aduhai sebab nafsu rupanya.

Aku tertanya-tanya sendiri apa specification yang ada pada isteri dia. Sport light tak terang ka, rear bumper jatuh ka, alignment lari ka, piston cylinder jam ka.. mesti ada sebab kenapa dia syok kat bini orang lain.

So salah kah jatuh cinta sekali lagi, jawapannya tak salah. Kalau tanya wife aku memang salah ler.

Salah sekiranya bercinta dengan bini orang lain, lain ler kalau jatuh hati kat anak dara atau mak janda. Itu pendapat aku, tak kiralah apa alasannya namun lelaki tidak salah dalam hal ni. Jangan marah, betul tu.

Mari kita cari kesalahan orang lain. Siapa nak di salahkan kalau laki jatuh cinta lagi. Salahkan laki yang tak cukup satu barang? Atau salahkan isteri yang tak tau jaga.. err jaga penampilan diri dan tak pandai jaga laki.

Kata orang, lelaki berkahwin dengan wanita tersebut kerana dia rasa wanita tersebut tidak akan berubah, wanita berkahwin dengan lelaki tersebut kerana percaya lelaki itu akan berubah.

Orait..

Apabila ini berlaku, yang biasa kena tuduh ialah si laki tersebut. Kaum sebelah satu lagi akan bermesyuarat tingkap dan menuduh si laki tersebut gatal. Kaum lelaki tak akan bermesyuarat tingkap, sebab itu bukan kerja mereka.. hahaha.

Aku pernah bertelagah dengan seseorang dari kaum ibu, dia cakap perempuan ni sama jer. Aku cakap tak. Berulang kali aku cakap tak. Last-last dia cakap lepas kahwin sama jer, mula-mula jer lain. Tang ke situ pulak makcik ni.. so agaknya ini lah yang menyebabkan si laki tu suka kat perempuan lain.. tapi kenapa pada bini orang..?

..ahh jalan terus..

Dari satu email, entah siapa penulisnya telah menghantar kepada aku.

Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha

Kalau suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..

Aku percaya ini semua ditulis oleh kaum yang suka bermesyuarat tingkap tu.

21 Responses to “Jatuh cinta sekali lagi..”

  1. 1
    bukan buaya Said:

    Bro confirm, perempuan sama jer.

    Reply
  2. 2
    zol Said:

    kah..kah..kah…kelakarlah…

    Bercinta memang syok…bercinta laki pompuan yg
    dah kawin…tambah trill…nak trill lagi…kena tangkap basah…sebab semua orang nak tahu, mcmmane kesnyee…he..he..

    Reply
  3. 3
    lea Said:

    erm..leh nak komen sket? hehe.. lelaki atau suami org jatuh cinta kali kedua pn, tu sy tak heran sangat…biase la..golongan lelaki..anak dara jatuh cinta kali ke 100 pn tak ape, biase, blum kawin, blum jumpa mr right, anak teruna? kali ke 1000 lagi la org tak kisah…

    tapi, yang saye kisah, kalu bini org jatuh cinta kali ke 2…kenape?? bodoh namenye tu..dh tentu2nya dh ade husband, nak lagi jatuh cinta dgn org lain…ikut nafsu ke? husband ke mana? anak2 dah lupe? dh lupe mase bercinta? bulan madu bersame?

    kenapa disangkakan pulau disebelah lagi indah dr yang ade di depan mate? entahkan dipulau sane penuh dgn kera? entahkan di sana penuh dengan ular berbisa? kenapa tidak diharmonikan saja hubungan antara suami isteri yang sudah tentu sahnye? kenapa nak diharap simpati dan cinta dari org ketiga? bergelar suami org pulak tu…k

    enapa tak yainkan diri sendiri bahawa suami yang dipilih dahulu adalah yang pertama dan terakhir dalam hidup kita? baiknya suami ketika bercinta sudah hilang ke? tak romantis seperti dulu ke? kehambaran dan kebosanan tu dari mane? mesti dari diri sendiri jua..mengenali suami org atau lelaki lain yang menjadi org ke tiga dalam hidup berumahtangga adalah kesalahn yang besar, bagi sy…

    si lelaki? macam tu lah jugak..bini org pn jadi ke? melambak janda2 n ank dare, bini org jugak nk jadi mangsa? kalaulah bini dia sendiri main kayu tiga, ape yang dia rasa? tak ke tercabar maruah dan wibawa?

    sy suka membaca karangan Dr Tuah Iskandar Al Haj..memetik kata2 beliau, jangan disangka yang datang kepada kita adalah yang lebih baik dari yang berada digenggaman kita…mungkin ia akan mendatangkan lebih mudarat pada diri kita…

    renung2kan dan selamat beramal…hehehe

    Reply
  4. 4
    eddyra Said:

    wah lea.. tulisan dari pengalaman nampaknya.. hehe

    Reply
  5. 5
    lea Said:

    en eddy…im not a married woman yet..menulis dari pembacaan n pemikiran..kite kongsikan bersama…hehe

    Reply
  6. 6
    eddyra Said:

    oh yer ke gitu.. tak jumpa mr perfect lagi la ni yer. There is no mr perfect i tell you lea.. grab what you think he is better than others pun cukup ler.

    Reply
  7. 7
    lea Said:

    yup..thats right..there’s no perfect person in this world…setiap org ade kelemahan dan kelebihan..i found 1..hehe..he is nice, i think…tp banyak jugak kelemahannye…what to do? nobody’s perfect..but we can make it better…

    Reply
  8. 8
    Sue Said:

    ehh nak bagi komen gaklah menarik pulak topik nih..masa bercinta takleh berenggang bila dah kawin tak sampai 10 hari rasa bosan…setan..bila yg halal nak diharamkan…yg haram lak nak suruh dihalalkan…tu yg jadi kes bini org jugak jadi idaman kalbu…bini sendiri jelak dah nak tgk…laki org jugak memahami perasaan hati…laki sendiri dah mcm kayu…

    Reply
  9. 9
    eddyra Said:

    aaaa..sue sudah panas, rilex sue.

    Laki bini semua ni manusia, bukan robot yang boleh diprogrammed kan, tak gitu sue. Ada otak, ada akal dan sudah semestinya ada iman dan nafsu, cewah pandai pulak aku.

    Jadi semuanya tu bergerak berdasarkan gerak akal, iman dan nafsu. Kalau ikut nafsu tu jadi lah macam natang kaki 4 tu kan sue..

    Satu yang saya boleh komen lah, bini-bini ni kalau pergi opis mak aiiiii wangiiiiiiii, pejam mata kaler biru bukak mata kaler merah, lipstik jenis gloss yang berair. Masalahnya depan laki tak pulak nak make up cantik-cantik tapi macam hantu opera cina tu.

    Sebab tu lah agaknya saya larang wife saya pakai perfume kat opis, minimize kan make up, sekadar tak nampak pucat jer.

    … sekian saja ceramah kita untuk kali ini, wassalam hahaha

    Reply
  10. 10
    Sue Said:

    hehehe…a’ah tul tuh en eddy bila nafsu menguasai akal makanyer jadilahh..selera berubahh2 mengikut keadaan cuaca..

    Reply
  11. 11
    nadzim Said:

    tul tu… mende2 yg boleh dianugerahkan dosa nii mmg ler syok wat. sbbnya…. adrenaline rush. masa bujang dulu, dok usha2 anak dara ujung kampung, sonok tak? ada rasa cam adrenaline skit tak? dosa tak? dosa beb.

    1 petua hidup: jgn mengharapkan org lain akan memberi apa yg kita suka. cth, nak suami tu romantik, jgn la mengharap dan meminta tapi memulakan dulu. apa nak malu kan dan ada ikatan yg sah, wat je la yg 18sx skali pun, idok le menjadi ke hai nyer (bak kata org perak).

    yg si suami tuu kalau nak tgk ppuan seksi, pakai bikini la, pakai bju ketat la, ppuan pakai g string la.. haaa mulakan dulu. bukan laa si suami pakai bikini dulu. hahahahahha. tapi belikan atau hadiahkan kat isteri bikini phtu suh pkai (kat dlm bilik jer laa, gile kau org islam nak pkai bikini kat public).

    isteri tu seperti ladang, suami plak spt petani. wat lah apa yg suami tuu nak asalkan jgn bertentang ajaran islam. nmpk isteri cam dah bumper jatuh ker spotlight tak terang ke, anto isteri g wat body shaping. mmg la makan modal bang oiii, nama pun dah isteri kene la tanggung. kalau kawin lain lagi mahal belanja nyer… yer dak?? adalah dayus bagi seorg suami itu skiranya isterinya menggunakan duitnya sendri utk mcantikkan body khas utk suaminya. tak gentle langsung.

    Reply
  12. 12
    fatiah Said:

    Saya seutju!Memang tak salah kalau suami jatuh cinta lagi kat mak janda ke,anak dara ke asal jgn kebas bini org. ok ape,quota korang 4.Asal mampu ikut syaratlaku sama adil dlm beri kasih sayang, nafkah zahir dan bathin, jln terus bang.Kalau tak boleh (which i think is mission impossible) lupakan saje niat tu.

    Reply
  13. 13
    eddyra Said:

    wahhh semua orang lama-lama ni.. semua banyak pengalaman..

    Reply
  14. 14
    Shah Said:

    Alamak xde komenlah tentang nie sebab xda exp… yg tau nyer zaman skang nie pekara macam tue dah slalu kite semua dengar.. mybe kate org dunia nie dah dekat nak kiamat…

    Reply
  15. 15
    zol Said:

    orang lelaki kalau ada lebih dari satu bini..hidup tak senangpun…kalau kategori lelaki loaded…masa hidup tak susah duit rgt..tp bila mati..duk dlm kuburpun tak aman, bini-bini duk gaduh bw masuk court hal harta pusaka.

    kalau kategori lelaki sengkek mcm aku ni lagi teruk, masa hidup menyusahkan orang…mati menyusahkan sedara mara…mana taknye..anak kecik-kecik lagi, berderet2 mcm keretapi.. tak sampai ati tengok…

    Reply
  16. 16
    zol Said:

    zol wrote:

    orang lelaki kalau ada lebih dari satu bini..hidup tak senangpun…kalau kategori lelaki loaded…masa hidup tak susah duit rgt..tp bila mati..duk dlm kuburpun tak aman, bini-bini duk gaduh bw masuk court hal harta pusaka.

    kalau kategori lelaki sengkek mcm aku ni lagi teruk, masa hidup menyusahkan orang…mati menyusahkan sedara mara…mana taknye..anak kecik-kecik lagi, berderet2 mcm keretapi.. tak sampai ati tengok…

    lelaki sengkek mcm aku ni, bukan maksudnya aku ada dua bini yee..maksudnya mmg aku ni kaki sengkek je..

    Reply
  17. 17
    abdullah bin ali Said:

    Pak lah tenguk je ikut jendela telatah orang lening. Sememangnya isteri orang tu memang menarik kerana pengalamannya.

    Reply
  18. 18
    mummy shie Said:

    wah..!!panjang2 komen dan semua nye dr pengalaman..aper pun cam kata iklan…zaman dah maju…laki org ker…bini org ker…same je naiknye..kalau dah gatal n tak ingat diri tuh tak boleh nak salahkan maner2 pihak…huhuhuhu…

    laki org..~setakat nak kejar anak dara..janda..bini org sebab benda yg kat dlm seluar dlm tuh…jgn luper susah senang dgn bini tuh..jgn sibuk nak kawin muda..kang beli baju anak..org ingat beli baju cucu…hahahahaa

    bini org..~suami yg bersusah payah cari rezeki untuk kita jgn luper pulak…ingat…!!dlm islam pun ade sebut…jln singkat ke neraka adalah bila kita mengkhianati suami kita…dosa kita takkan terampun selagi kita tak beritahu suami kita aper yg kita buat belakang dia…huhuhuhu…

    sama2 la ingatkan diari kita yer…

    Reply
  19. 19
    oral Said:

    hmmmmm………kdg kdg ada….kdg kdg tiada yg berlaku pada seseorang itu…..hingga ke akhir hayat tetap bersama ngan pasangan nya……tapi jatuh cinta skali lagi…perghhh atas alasan cinta lagi….kenapa asyik cinta yg menjadi bahan serta alasan apabila tertangkapnya suami atau isteri itu sedang ada affair ngan pasangan lainnya??? kerana cinta mmg payah….cinta si suami pudar pada isterinya yg di ketika itu…hanya nampak kekurangan n keburukan si isteri shjmaka mula beralih arah apabila berjumpa ngan seseowang wanita yg mula d bandingkan ngan isterinya…..begitu juga pada si isteri yg akan lakukn perkara yg sama terhadap suaminya yg mula dapat kesan akn kekurangan segala nya….kekurangan atau keburukan ini terjadi akibat keadaan semasa….rupa wajah bentuk badan bilangan anak masalah bertimpa layanan termasuk layanan seks..makan minum keluarga masing masing..dan pelbagai faktor lagi bisa menyumbangkan jumlah pandangan seseowaang suami atau isteri itu akan kekurangan pasangannya……..hmmmmm
    dalam keadaan ini….mana mana insan yg terdekat atau cuba merapati akan berpeluang utk mendapatkn status kapel dan yg terjadi…ada yg bercinta ngan isteri owg….suami owg….ank dara…ank teruna…..yg peliknya…secara rahsia …atau sulit kerana tau pulak malu….pada owg sekeliling…bukan pada pasangan hidupnya….bila kedapatan berpacaran ngan yg lain…maka CINTA adalah alasan…..hmmmmm
    tapi yg paling sedey….bila cinta itu hanyalah palsu pd pasangan lainnya…..jika yg lelaki…hanya tuk hiburan kepuasan seks…wang ringgit…..yg pompuannya lak…hanya tuk rm dan suka suka……kesian pasangan hidup mrk….kerana mempunyai pasangan hidup yg merahsiakn sesuatu d blakang mrk…..sebagaimana kata mummy shie tak terampun dosa …hmmmm bagi oral mmg tak leh terima perkara seperti ini….kerana yg paling menjadi mangsa dan akan menerima tekanan….adalah anak anak…..no way!

    Reply
  20. 20
    abdullah bin ali Said:

    Tak usahlah bercinta dan bercita-cita dengan makhluk. Lebih baik jatuh hati dengan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w.

    Ada faedahnya. Dapat kebaikkan di akhirat dan kebaikkan di dunia.

    Untungnya berpanjangan.

    Buat apa bercita-cita dan bercinta dengan bini orang. Silap hari bulan atas dunia nin kena katak di orang. Akhirat lebih teruk lagi kena bakar macam ayam pusing tu.
    Takut…….ttttt.

    Buak boleh buat main gurau dan suka-suka. Jasad sendiri yang terseksa….

    Nauzubillah…..

    Reply
  21. 21
    Teratai Said:

    “Kalau suami mula berahsia..
    Itu tandanya dia tak setia

    Kalau suami meninggi suara
    Itu tandanya dia dah ada mak we

    Kalau suami mengaku bujang tua
    Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

    Kalau suami selera tak ada
    Itu tandanya dia nak pasang dua

    Kalau suami lambat balik aje
    Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha

    Kalau suami tidur di ruang tamu
    Itu tandanya dia dah jemu

    Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
    Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

    Kalau suami garang macam singa
    Itu tandanya hati dia dah tak cinta

    Kalau suami asyik komplen aje
    Itu tandanya dia dah tak suka

    Kalau suami mula sepak terajang ke muka
    Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA.. “

    Rasanya tinggal para ke 10 je lagi yg aku x kene….. Sejak dia pandai pecahkan TV ari tu, skrg asyik ugut nak pecahkan bende lain pulak. Suka hati lah nak pecahkan ape pun….aku dah x kisah…..

    Reply

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Any view or opinion represented in the blog comments are personal and is accredited to the respective commentor / visitor to this blog. The owner reserves the right to moderate comment suitability in support of respecting racial, religious and political sensitivities.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me