Pocong yang hampeh..
August 3rd, 2008 by eddyra on jokeSelepas minum-minum dengan member member malam tu, aku pun start motor dan blah balik ke rumah ler. Macam biasa lah perjalanan pulang ke rumah aku mesti melalui jalan kampung yang agak gelap dan suspen. Oleh kerana dah biasa lalu jalan tu, jadi aku lalu je lah kan..
Setibanya aku di kawasan yang agak ‘unik’ sikit tu aku ada rasa sedikit lain macam, kawasan tu memang ada aura yang tersendiri, mungkin disebabkan semak samun dan beberapa batang pokok tinggi di kiri jalan tersebut membuatkan area tu nampak lebih suspen.
Tiba-tiba….
Aku nampak mayat berkain kapan putih tegak berdiri betul-betul di tepi sebelah kiri jalan, di bawah pokok besar. Betul-betul di depan mata aku. Seriau bang.. abis berdiri semua bulu yang ada. Mata aku memang tak tipu punya.. memang confirm pocong bodoh.

Serentak dengan itu aku terus pulas minyak motor, terkejut beruk punya pasal.
‘Woiiiiiiii…’ Aku jerkah kat pocong bodo tu.
Natang punya pocong.. Kemudian aku pusing balik, kuatkan semangat untuk tengok semula pocong bodoh tu. Seriau jugak, maklumlah malam, gelap pulak tu. Sampai betul-betul di depan pocong bodoh tu aku tengok ada asap berkepul-kepul, memang real macam dalam cerita kat TV. Siap dengan daun kering yang di bakar untuk jadikan asap. Bodo betul.
Memang bengong lah siapa punya kerja ni. Aku call member yang sama-sama minum tadi mintak dia datang settlekan pocong ni. Kalau boleh kita liwat pocong ni. Atas rasa tanggung-jawab sebagai masyarakat yang prihatin, perkara-perkara bodoh macam ni perlu dihapuskan. Aku bimbang kalau ada makcik-makcik yang lalu jalan tu terkejut lalu pensan.

Kalau tak settle jugak malam ni, aku khuatir esok lusa akan heboh cerita pocong di kawasan aku. Biasalah masyarakat kita ni kan. Kecoh nak mampus.
Satu dua motor yang lain berhenti untuk melihat pocong tersebut, orang ramai yang lalu kawasan tu ada yang berhenti dan ada yang buat tak tau.
Member aku pun datang lalu rebahkan pocong bodo tersebut dan bakar kain putih yang membalutnya. Ada seorang mamat ni kata semalam dia dah nampak pocong ni dekat dengan rumahnya nak tegur rasa takut, mungkin ingatkan pesanan orang tua jangan ditegur. Bangun pagi katanya dah takde.

Orang ramai semakin ramai berhenti untuk melihat pocong bodo yang sedang terbakar sambil menyumpah-nyumpah.

Abis jer kain bungkusan pocong tu terbakar, nampak lah ‘mayat’ tersebut. Buah kelapa yang diletakkan di hujung batang kayu sebagai kepala pocong, kain batik yang tebal sebagai dada dan paha.
Anyway.. good job boys. Good job. I know who you are..



August 3rd, 2008 at 10:18 am
rezak sunguh orang tukang buat tuh..
ReplyAugust 3rd, 2008 at 11:37 am
ahahahahaha… area maner la pocong tu eh.. geliga? mak lagam? sib baik smlm x lalu kwsn tu sblum eddyra lalu.. fuhhh…
**pembaca silent…
ReplyAugust 3rd, 2008 at 5:08 pm
Rajin betul orang yang buat pocong tuh. Kreatif jugak. For at least, ada juga makhluk Tuhan yang bernama Eddyra terkena. Hehe..Btw, happy belated birthday. Dapat hadiah atau tukang keluarkan duit belanja makan family?
ReplyAugust 3rd, 2008 at 5:25 pm
sipuri wrote:
Malam yang suwey sipuri.. memang suwey betul.
Mmm.. bercakap pasal hadiah harijadi, 2 anak seorang isteri campur aku jadi 4 orang. Tak kira hadiah harijadi untuk siapa dan siapa yang akan BELI. Yang kena bayar hujung bulan.. akuuu jugak. Sebab itu untuk hadiah hari jadi kali ini, tak payahlah wife aku susah-susahkan beli.. sebab yang bayar nanti akuuu jugak. Ha ha ha..
ReplyAugust 3rd, 2008 at 5:28 pm
adk77 wrote:
wahaa Bukit Kuang.. budak-budak hingusan punya kerja.
ReplyAugust 3rd, 2008 at 5:29 pm
ST wrote:
ya memang rezab abihh..
ReplyAugust 3rd, 2008 at 10:09 pm
apa motif la diorg buat cenggini? bengong ke ape diorg ni?
ReplyAugust 4th, 2008 at 9:07 am
huk alohhh , banyak betul masa bebudak tuh buat keja nih.
ReplyAugust 4th, 2008 at 9:07 am
eddyra wrote:
….rezab tuh apa?…. ehehehe, sori la mintak tanya….
ReplyAugust 4th, 2008 at 9:17 am
rezab tu macam kuih baulu tu..
ReplyAugust 4th, 2008 at 11:06 am
Kire berani gak eddry patah balik gi nengok semula pocong tu ek…..
ReplyAugust 4th, 2008 at 12:26 pm
kahkahkahkah.. lawak la bro baca cerita lu.. Mmg bebudak tu sewel la.. memang tak ade keja betul.. Kalo aku pun teperanjat gak, memang kena jotos kepala dia org tu.. Ni la namanye peel budak2.. Nak wat camana..
suka nyakat org.
Apa pun, happy belated besday, dah 36 tahun ek bro.. Tua dah.. kita semua akan tua, tp jgn jadi tua kutuk nak mampos, cam p.ramlee ckp..
ReplyAugust 4th, 2008 at 1:21 pm
hahahaha…genius kelahiran melayu baru…tahniah!
ReplyAugust 4th, 2008 at 2:03 pm
hahaha…. mmg x de kerja lain. Kang dia elok2 bungkus pocong, belakang diorang ada bungkus 1. Baru tau langit tu tinggi ke rendah. Tak cukup tanah lari, habis satu kampung, hutan belukar diorang redah…. Tapi berani sgt ke orng yg buat tuh? Kalau saya tuan eddy… motor tu tinggal dkt belakang… Time tu rasanya kalau saya naik motor baik saya lari je… lagi laju
ReplyAugust 4th, 2008 at 2:06 pm
Kang dia elok2 bungkus pocong, belakang diorang ada bungkus 1. Baru tau langit tu tinggi ke rendah. Tak cukup tanah lari, habis satu kampung, hutan belukar diorang redah…. Tapi berani sgt ke orng yg buat tuh? Kalau saya tuan eddy… motor tu tinggal dkt belakang… Time tu rasanya kalau saya naik motor baik saya lari je… lagi laju
ReplyAugust 4th, 2008 at 2:17 pm
hasanG wrote:
Memang suwel lah. .. malam yang suwey.
Bila pulak aku 36 tahun ni.. aku baru 18 huhuhu..
ReplyAugust 4th, 2008 at 2:53 pm
Eddyra, Happy belated birthday! Doa saya untuk kamu hari ini! Dan hari-hari seterusnya
hahahha…tak der keje betul la diorang ni, siap buat pocong. Apa kejadahnya laaa.
Dapat tangkap orang yang buat tu boleh gak denda suruh cari buluh. Leh buat lemang raya nanti. Hahahha…eh, apasal lak citer pasal raya ni?
ReplyAugust 4th, 2008 at 3:10 pm
Terima kasih lah cik bayan.. cik bayan bila lagi nak sambut birthday dan sambut ulangtahun perkahwinan cik bayan.. hehehe.
Apasal tetiba keluar bab raya ni cik bayan.. tak sabo nak raya eh.. dah abis ganti puasa cik bayan..?
ReplyAugust 4th, 2008 at 3:18 pm
eddyra wrote:
Baru 18 eh? ye la, mlm tdo mimpi kena kejor pocong la lu bro.. Baru tau..
ngompol sekali.. kikikiki…
ReplyAugust 4th, 2008 at 8:35 pm
hasanG wrote:
Ngompol tu apa eh? Ropol ropol tu tau lah..
ReplyAugust 4th, 2008 at 8:37 pm
smartebiz wrote:
.. semoga bebudak tu terkena pocong betul baru padan muka..
ReplyAugust 4th, 2008 at 8:38 pm
waliz wrote:
genius tahap biawak tu cikgu.. bengang sebab saya yang terkena.. adehh pap! Pap! sambil tepuk dahi…
ReplyAugust 5th, 2008 at 8:52 am
hasanG wrote:
Ngompol tu kencing malam.. Org jawa bilang itu macam laaa..
ReplyAugust 5th, 2008 at 9:29 am
wahh , rasa cam behh lak post kali ….nak tau pasai pa ?…..cam entry belajar dialects la pulak ..which i am really interested! dapat tau rezab/k tuh apa…dapat tau ngompol tuh apa….eheheheh…ader tak lagi any word yg menarik takdak dalam standard malay? cehwah tertarik , menarik …ko mmg d bomb - jom nyanyi sket
ReplyAugust 5th, 2008 at 10:54 am
jaja behh wrote:
jaja rezak / rezab tu bukan kuih baulu hahah.. rezak tu dialek Ganu yang yang bermaksud minyak motor yang dah tinggal reserve. Jadi entah camana orang ganu ni guna work rezak untuk menggambarkan kepala otak seseorang yang sebegitu rupa..
ReplyAugust 5th, 2008 at 11:49 am
haha! tahniah utk mereka yg terlibat dan dilibatkan~
kalo dpt tu sebat je…
ReplyAugust 5th, 2008 at 1:02 pm
NASIB BAIK JUMPA POCONG KAT GANU, KALAU JUMPA POCONG KAT PUCUNG BARU MATCH..
ReplyAugust 5th, 2008 at 2:14 pm
eddyra wrote:
ler…wahahaha, yer ker….aiseh naib baik la tak prektis cakap kat makcik jual bahulu ‘nak rezak satu bungkus makcik’, kalo tak buat malu jer…uhuhu..tak baik tau bro bagi maksud salah…..uish rezak btol le…( betul tak usage?)
ReplyAugust 5th, 2008 at 2:41 pm
sheera wrote:
itu burung pucong sheera .. haha
ReplyAugust 15th, 2008 at 10:34 am
jaja behh wrote:
budak2 tak de keja la tu,tau dok tpgaruh ngan tv kot..alaa wkanabeb,bang-bang boom.kui kui kui syok apa prank orang ni.hehehe
Reply