Home » joke » Cara-cara Tangkap Hantu

8

Ambil la buat gelak-gelak dengan hantu, tak kelakar pun. Entah sapa la yang hantar dalam email aku ni.. layannn.

Pocong

Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir

Hantu Pompuan ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak

Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya

Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah

Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Jerangkung

Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Toyol

Hantu ni Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya… lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu.

Related posts:

Perang bendera
Gambaran biasa di musim pilihanraya, bendera dan poster terpampang dan terpacak di sana sini. Tak cu...
Siapa yang membakar bendera Malaysia?
Politik negara terus kecoh setelah kejadian tembakan peluru hidup di ceramah anjuran Bersih, di Batu...
Offshore Life..
Sebenarnya, bekerja di offshore platform ni tidak lah seteruk yang digambarkan. Sehari sebelum berle...

8 Comments

  1. waliz says:

    kah kah kah…mcm senang je ckp…jumpa hantu mesti cabut ni..i bet you…hahaha

  2. ucu says:

    ermm. setakat nampak gambar maya karin, toyol tu gagah lagi la.. tapi bila gambar pocong dah abis load..
    aisehhh malam ni dah la sensorang je kat umah… haru tol la.. mau bukak lampu satu umah neh!

  3. eddyra says:

    hish bukan maya karin tu.. pontianak tu..

  4. Bob 94 says:

    alahhhh enko cakap senang le cube buat. lintang pukang bile engko nampak muke antu2 tersebut

  5. aku reti says:

    ooo…awak berani ke???? ke, lari naik atas langit jmp (pen) u know who…. mintak tolong. sakit jantung die wei!!!!! kah..kah..kah

  6. ish!ish!ish!cobaan! apasal pontianak tu nampak macam kenal je… toyol bukan warna hijau ?cantiklah pocong tu umeet kat mana?bagilah nom. talipon.

  7. lolokimok says:

    gambar dlam pic depan 2 amende?aq paham?aq paham?

  8. lolokimok says:

    [quote comment="4753"]ish!ish!ish!cobaan! apasal pontianak tu nampak macam kenal je… toyol bukan warna hijau ?cantiklah pocong tu umeet kat mana?bagilah nom. talipon.[/quote]
    bleh,bleh banyak blah!!!!!!

Leave a Reply