Cara-cara Tangkap Hantu
November 13th, 2007 by eddyra on jokeAmbil la buat gelak-gelak dengan hantu, tak kelakar pun. Entah sapa la yang hantar dalam email aku ni.. layannn.
Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya.
Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.
Langsuir
Hantu Pompuan ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.
Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.
Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.
Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.
Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.
Toyol
Hantu ni Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya… lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu.



November 13th, 2007 at 10:07 pm
kah kah kah…mcm senang je ckp…jumpa hantu mesti cabut ni..i bet you…hahaha
ReplyNovember 14th, 2007 at 9:04 pm
ermm. setakat nampak gambar maya karin, toyol tu gagah lagi la.. tapi bila gambar pocong dah abis load..
Replyaisehhh malam ni dah la sensorang je kat umah… haru tol la.. mau bukak lampu satu umah neh!
November 14th, 2007 at 9:55 pm
hish bukan maya karin tu.. pontianak tu..
ReplyMarch 26th, 2008 at 4:40 pm
alahhhh enko cakap senang le cube buat. lintang pukang bile engko nampak muke antu2 tersebut
Reply