Perdebatan yang mengecewakan

June 11th, 2008 by eddyra on Isu Semasa

Bengang.. itu perasaan aku selepas tamat perdebatan isu kenaikan harga Minyak di RTM 1 yang disiarkan secara lansung. Agak mengecewakan YB Salahuddin Ayub (Parlimen Kubang Kerian) apabila tidak mengambil kesempatan yang ada untuk memukul wakil kerajaan Datuk Shahrir Samad.

Isu yang didebatkan cukup menarik perhatian ramai, tapi malangnya perdebatan macam bukan perdebatan, macam duk sembang-sembang kat kedai kopi.

Aku pasti 26 juta penduduk Malaysia semalam nak melihat satu perdebatan yang hangat, yang panas. Aku rasa ramai yang nak lihat Datuk Shahrir Samad terduduk menepuk dahi, malangnya tidak.

Kemarahan rakyat sekarang ini adalah kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak dunia, untung Petronas berlipat ganda. Mana pergi duitnya untuk membantu mengurangkan bebanan harga minyak, bila Pak Lah naikkan harga sehingga RM2.70 semua orang nak tahu kenapa setinggi tu, kenapa tergesa-gesa. Rakyat faham bila harga minyak naik, harga barang-barang lain akan turut naik. Rakyat tertekan, rakyat sakit dan rakyat mengharapkan kerajaan akan menurunkan semula harga minyak. Kalau kerajaan tak boleh turunkan harga minyak, rakyat nak tahu initiative kerajaan nak berikan sebagai alternative. Yang pasti banyak SMS yang keluar di screen TV menghentam kerajaan..

Tapi apa yang berlaku semalam, YB Salahuddin Ayub banyak memberikan bola tanggung kepada Datuk Shahril. Datuk Shahril memang pandai berhujah, tak kira lah hujah tu betul atau tidak, logik atau tidak yang penting beliau mampu memutar belit persoalan yang ditimbulkan. Jadi rakyat yang sengal macam aku ni akan lihat.. ooooh betul la kerajaan patut naikan harga minyak, menteri rambut putih tu cakap 1USD tu pendapatan lah bukan keuntungan. Abis lah kalau gitu gak..

Aku pelik kenapalah nak bangkitkan soal DS Anwar dan Tun Mahathir dalam hal ni, sampai isu IMF 1998 berungkit semula, apa ni.. tak puas hati sembang kat luar lah. Isu sekarang ialah isu harga minyak yang tinggi dan rakyat tertekan. Kalau YB Salahuddin Ayub nak sindir-sindir pasal corruption, bail out, salah guna kuasa pemimpin kerajaan mengenai duit petronas, cakap terus terang tak payah sindir-sindir. Terus terang saja duit petronas telah disalah gunakan untuk kepentingan pemimpin ini, project ini dan bla bla bla.. lepas tu kena saman hahahah..

Entah ler.. apa-apa pun rakyat juga yang terkena. Bengang betul..

13 Responses to “Perdebatan yang mengecewakan”

  1. 1
    syam Said:

    bro…tak bleh thn bro. kos aku nak balik kl dari ramunia mencecah RM 150. kenaikan sebanyak 50%.

    p/s: gaji gua tak naik 40% selaras kenaikan harga minyak

    Reply
  2. 2
    eddyra Said:

    syam wrote:

    bro…tak bleh thn bro. kos aku nak balik kl dari ramunia mencecah RM 150. kenaikan sebanyak 50%.

    p/s: gaji gua tak naik 40% selaras kenaikan harga minyak

    Naik bas je syam kehkehkeh..

    Reply
  3. 3
    fatiah Said:

    Brunei senyap eh? Diaorg jugak best, mcm2 subsidi dapat gahmen diaorg kasi.

    Reply
  4. 4
    jaja behh Said:

    Memang hampehh tgk tv smalam …

    Reply
  5. 5
    smartebiz Said:

    “Brunei senyap eh? Diaorg jugak best, mcm2 subsidi dapat gahmen diaorg kasi”

    Negara diorang diberikan keistimewaan. Penduduk pun x seramai di Malaysia ni.Hhhmmm….. kalau kita dapat subsidi banyakkan seronok. Skang nk gi jalan pun takut. Duit banyak nk guna

    Reply
  6. 6
    sakit hati Said:

    sebenarnya hrga pasaran tempatan tidak di pengaruhi oleh hrga pasaran global. pengeluar myk kte mmg dh memperuntukkan bahan api tersebut utk kegunaan sendiri… iaitu pasaran tempatan. cuma ada pihak yg telah mengambil kesempatan drpd kenaikn hrga myk global ini.

    secara terperincinya….hrga myk naik adalah permainan politik. dengan memberi alasan hrga myk naik,peruntukkan subsidi boleh dipotong. drpd 82sen,skrg tggal 30sen. 52sen dr subsidi tu akn dilaburkn ke projek pembangunan mega… spt WPI. ini kerani semua projek mega tersebut adalah diuruskan oleh syrkt yg didalangi kroni2….

    secara am nya… kenaikan hrga bahan api ini adlah wayang n sandiwara. knp prlu kte ikt hrga global… lau kte mmg dh punya myk utk kegunaan dalam negara…tul x?

    tp kte ada cara utk atasi masalah kenaikn hrga global.jika dlm istilah ekonomi, kte akn jd kn penawaran atasi pemintaan.

    so… kte kne buatkn syrkt pump dr luar terdesak….tau cmne cara?

    mulai skrg,kte jgn bli petrol atau diesel dr shell,esso, projet n bp lau x slp aku lh… ble tiada pemblian dr stesen pump diaorang,maka tiada pemintaan. jika tiada pemintaan, diaorang akn tersedak utk mnurunkan kadar penawaran.

    kte bli dr stesen petronas atau caltex. kte jd kn pemintaan dlm negara mnjdi tinggi. ble prmintaan dlm negara tggi, kerajaan terdesak utk mnggunakan hmpir kesemua bahan api yg diproses utk kegunaan tempatan.(memang negara kehilangan sumber sbyk 34% dr cukai petronas… tetapi ini akan membuatkan negara mencari iktiar utk atasi. mesti rhsia subsidi ini akn terbongkar utk tagih simpati rkyt. selepas ini berlaku,baru kte semua berbalik kepada penggunaan asal.iaitu membeli dr stesen mana2 pn xpe.
    dengan ini,secara automatik penawaran akan menjadi tinggi dr permintaan. dh tentu hrga akan turun)… back to basic dari segi pasaran global, lebihan stok yg di import oleh negara pengimport spt amerika, akn menjadikan bhan api tersebut sebagai bahan penawaran.

    … bermaksud jika sebelumnya mereka mengimport byk stok dr luar utk memonopoli hrga.(monopoli hrga terjadi kerana negara pengeluar yg bodo,membeli semula myk yg mereka eksport. bodo x negara pengeluar?)

    berbalik kpd penawanran td… jika stok yg byk masih lagi tidak dpt di eksport(yakni x laku lh)negara pengeksport tu akn menjadikan stok ini sbg penawaran….so harga akan jatuh lah….

    dh lh…malaslah aku nk tulis pnjang2.

    Reply
  7. 7
    sakit hati Said:

    KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato’ Paduka Husam Musa mendedahkan bahawa Petronas ditubuhkan oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussien pada tahun 1974 bagi memastikan harga minyak di negara ini sentiasa berada pada tahap rendah sekalipun harga minyak dunia meningkat.

    Dalam kes ini Petronas ditubuh untuk pastikan keuntungan daripada harga minyak yang Malaysia keluarkan itu untuk melindungi pengguna tempatan dengan harga yang murah, ujarnya dalam satu temubual dengan Harakah di sebuah hotel dekat sini semalam.

    “Ini bermakna, harga minyak dunia boleh naik tetapi harga minyak negara perlu lebih rendah daripada harga minyak dunia, ini konsep yang menyebabkan Petronas ditubuhkan.

    “Fungsi utama Petronas bukan semata untuk keuntungan, Petronas boleh bergerak mencari keuntungan tetapi keuntungan itu adalah mesti digunakan untuk rendahkan harga minyak Malaysia, bukan hanya untuk rekodkan keuntungan dan berbangga dengan keuntungan besar itu tetapi tak mahu gunakan wang itu untuk rakyat,” ujar Husam.

    Menurut Husam, Petronas hanyalah pengawal kepada sumber minyak yang sebenarnya ialah milik rakyat, dan Petronas tidak boleh kata sumber minyak dan keuntungan itu milik mereka.

    Ini kerana keuntungan itu sebenarnya perlu digunakan gunakan untuk melindungi harga kerana pemilik asalnya adalah negara iaitu rakyat Malaysia, ujarnya.

    Menurut Husam, keuntungan Petronas kini mencapai berlipat kali ganda lebih-lebih lagi kini Petronas berkembang di luar negara dan rizab Petronas diluar negara ialah 3.2 kali lebih tinggi jumlah ‘replacement ratio dalam negara (1.8),

    “Maknanya jika sekarang kita guna 1 liter, kita ada Replacement Ratio 3.2 kali ganda lagi pada kadar rizab kini,” ujarnya.

    Kemudian jika dilihat kepada rekod Petronas berdasarkan laporan tahunannya, hasilnya sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, katanya.

    Pada tahun 2006, keuntungan selepas cukai ialah RM43 bilion, sedangkan harga minyak dunia ketika itu ialah USD65 (satu tong), katanya.

    “Sekarang harga minyak naik lebih USD130 satu tong, tentunya Petronas akan mendapat keuntungan yang lebih lagi.

    “Pada tahun 2007 pula keuntungan bersih Petronas ialah 46.4 bilion.Dalam laporan tahunanya pendapatan besarnya disumbangkan oleh minyak yang telah dijual kepada orang ramai melalui stesen-stesen minyak (domestics) iaitu RM62.7 bilion pada tahun 2007.Ini bermakna minyak yang dijual Petronas kepada orang ramai menjadi sumber pendapatan terbesar Petronas,” katanya.

    Selain itu harga minyak Malaysia 30 peratus lebih tinggi berbanding minyak yang Petronas import kerana minyak yang dihasilkan di Malaysia ada kualiti yang lebih baik dan harga yang lebih tinggi, katanya.

    “Bermakna di atas kualiti minyak ini, kita akan dapat lebihan pendapatan berbanding harga minyak yang kita beli pada pasaran dunia untuk kegunaan domestik tadi, katanya.

    Ini semua membuktikan Malaysia mampu memberi subsidi kepada rakyat untuk mengekalkan harga pada kadar yang rendah dan dengan itu mengurangkan beban rakyat jelata dan membolehkan rakyat ada cukup wang untuk dipusingkan dalam ekonomi, katanya.

    Ikuti kupasan lanjut wawancara Harakah dengan Naib Presiden PAS itu dalam Harakah versi cetak keluaran akan datang. - mks.

    Reply
  8. 8
    benci Said:

    Akhirnya hadiah terbesar diterima oleh seluruh rakyat Malaysia samada yang undi PAKATAN RAKYAT atau pun BN selepas PRU12…… Minyak petrol naik 78 sen dan minyak diesel naik RM1.00………. UNDI BN=BARANG NAIK. UNDI PAKATAN RAKYAT=PRICE REDUCE?

    Tidak tertahan kerajaan pimpinan Pak Lah menanggung beban akibat kenaikkan harga minyak yang berterusan walaupun harga makanan ruji (beras) telah dinaikkan harganya.

    Budget dan perbendaharaan negara untuk projek pembangunan berbanding pemulangan hasil mahsyul Negara kepada rakyat secara langsung memberikan tekanan paling kuat kepada Pak Lah dan pendokongnya. Selama ini selepas RMK 9 dilancarkan para pendokong Pak Lah dan yang sewaktu dengannya telah memasang angan-angan besar dengan janji peruntukkan budget pembangunan
    bernilai berbilion Ringgit.

    Dalam wawancara Buletin TV3 (8.00 malam 4/6/2008) Dato’ Shahrir Samad memberitahu tujuan sebenar mengurangkan subsidi minyak ini adalah untuk
    menampung kos pembangunan Negara…… Inilah jawapan paling ikhlas Dato’ Shahrir berhubung kenaikkan harga minyak

    Apakah hasil minyak semata-mata digunakan untuk menampung kos pembangunan yang mega dan terlampau

    Setakat yang kita nampak projek awal RMK 9 yang telah diadakan seperti monument masjis di Kuala Terengganu, PKZ yang hampir menjadi gajah putih, Islam Hadhari yang diharamkan oleh kerajaan Selangor, Wilayah Iskandar (UNTUK SIAPA?), Koridor Pantai timur, Utara dan apa saja yang bukan menjanjikan peluang asas kepada rakyat dalam jangka segera dan sederhana.
    JANGKA PANJANG TIDAK PASTI LAGI………kerana terburu-buru lihatlah, apa jadi kepada PKZ.

    Gaji sector swasta yang tidak diperdulikan. Pekerja pengeluaran di kilang semiconductor hanya bergaji pokok dalam lingkungan RM500 berbanding pekerja
    am baru 4ke5 tahun boleh meraih gaji RM1500 ke atas.

    Kerajaan amat tidak memperdulikan nasib rakyat. Beban demi beban dihempaskan ke atas kepala rakyat. Segala isu yang berlaku berhubung kepentingan rakyat tidak ditangani dengan baik.

    Kenaikkan harga minyak masak, kenaikkan harga tepung, kenaikkan harga beras (melalui pengurangan subsidi) dan terkini menaikkan harga minyak (kurangkan subsisdi) terlalu mendadak adalah sesuatu yang amat tidak wajar sama sekali.

    Pengurusan Petronas milik kerajaan yang diurus secara korporat menerima limpahan pulangan berlipat kali ganda kesan kenaikkan harga minyak.

    Tetapi sayangnya, beratus juta malah mencecah berbilion Ringgit dibelanjakan selaras urus cara korporat untuk imej, sukan, penajaan dan perbelanjaan
    yang bolehkah ketelusannya dipertikaikan.

    Walaupun ia tidak dimodalkan oleh individu atau pun penyertaan saham awam, pemulangan hasil kepada kerajaan hanya bergantung kepada pengurusan yang
    telah bertahun-tahun berakar di sana. Bagaimana boleh menilai perubahan dan pengurusan yang lebih baik hasil mahsyul Negara dan harta Negara/rakyat.

    Jika sector korporat boleh menilai teraju kepimpinan dalam kurang lebih setiap 5 tahun, mengapa kerajaan membiarkan pengurusan penting Petronas diterajui oleh mereka yang sama sehingga menunggu pencen (usia tidak
    terdaya).

    Kita menghargai jasa bakti mereka yang awal di Petronas tetapi jawatan dan keputusan penting adalah perlu untuk memastikan segalanya lebih baik khususnya nikmat yang boleh dinikmati rakyat dari hasil kenaikkan harga minyak.

    Oleh itu banyak lagi GLC yang boleh menukar ganti dan memberikan pendedahan kepada muka baru di kalangan pengurusan tertinggi antara satu sama lain.

    Tanpa penstrukturan atau pun pemantauan langsung bolehkah rakyat menikmati kenaikkan harga minyak yang amat menguntungkan Petronas? Rakyat pula perlu
    membayar harga yang mahal untuk kos bahan api ini. Seolah-olah dipecahkan tiga entity, kerajaan, rakyat dan Petronas yang tidak boleh mengalirkan keuntungan bersama secara langsung.

    Petronas pula bagai mendabik dada kami menyumbang beratus Bilion kepada kerajaan walaupun itu hak Negara dan rakyat.

    Kenaikkan harga bahan api ini seolah lebih bersifat masuk saja, kira keluarnya pula usah di perdulikan. Ini semua masalah rakyat.

    Jangan sampai jadi macam MAS, lingkup semasa diterajui oleh konglomerat terhebat. Ketika itu pernah diberitakan nilai sekeping lukisan digantung
    dalam pejabat sahaja mencecah jutaan Ringgit.

    MAS diselamatkan oleh bukan kroni politik, tetapi oleh profesional yang amat berwibawa IDRIS JALA. dalam masa yang singkat.

    Mengapa mantan PM, Che Det dan anaknya menghemtam dan menolak kepimpinan Pak Lah tetapi amat berminat dengan jawatan penasihat Petronas.

    Kita tahu dan sedar Che Det memang berpengalaman besar dan pakar dalam mengutarakan plan pembangunan projek mega,.

    Apakah projek mega yang berkaitan Petronas yang akan atau sedang dinasihatkan oleh Che Det dalam kesengsaraan rakyat ditimpa beban sara hidup
    yang tinggi.

    Kerajaan BN boleh meletakkan bidang kuasa ke atas Petronas ini di bawah PAC (Jawatankuasa ira-kira wang Negara) untuk tugas pemantauan dan ketelusan.

    Usul yang pernah dikemukakan oleh parti pembangkang supaya Petronas diletakkan di bawah parlimen ada benarnya.

    Mengapa kerajaan takut untuk menangani isu hasil Petronas secara berhemah dan terbuka? Apa yang perlu disembunyikan….?

    Apa jaminan kerajaan yang harga barang tidak akan naik. Rata-rata pengilangan dan sistem penghantaran memerlukan bahan api…….

    Contoh kenaikkan harga ketara dan melampau: Kalau dulu harga susu pekat yang dijual di pasaraya-pasaraya termuka Cuma beharga RM1.69. Selepas minyak
    dinaikkan 30 Sen harga susu ini melambung kepada RM2.59. Berapakah harga susu pekat ini jika minyak petrol naik 78 Sen dan diesel naik RM1.00?

    Sama-sama kita tunggu berapa % sebenarnya kenaikkan harga barang makanan……!

    Reply
  9. 9
    rosman Said:

    aku dah agak dah… kalau si salahuddin ni yg bdebat… mmg x best… patut la TV1 kasi chance kat dia.. sebab dia x reti bcakap… mmg slow

    Reply
  10. 10
    zhar Said:

    disebabkan aku xdpt keja ngan petronas & harga minyak naik, so aku boikot petronas & k’jaan serentak…boikotboikotboikot

    Reply
  11. 11
    eddyra Said:

    zhar,

    satu cita-cita yang murni, boikot lah. Jangan beli minyak dari Petronas, beli dengan Shell, Esso, Caltex.. lepas tu senang-senang lepak dekat Petronas Penapisan di Melaka dan Paka, tengok lori minyak selain petronas ada tak kat situ.. cari dan fikir apa yang saya tulis ni.. hehehe

    Reply
  12. 12
    abdullah bin ali Said:

    Fungsi PETRONAS sudah terkeluar brother.

    Masa susah rakyat disadarkan. Bila kaya cerita lain pula.

    Maklumlah bila kerajaan sudah jadi koperat. Inilah terjadi. Soal inilah dulu agenda Parti Semangat 46.

    Tapi kini apa yang rais yatim buat. Pulau batu putih pun dah terbeliak mata putih.

    Reply
  13. 13
    titan Said:

    Ehm..aku ada tengok debat tu. Tapi bosan. Last aku tukar tengok astro. Lagi bagus..

    Reply

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Any view or opinion represented in the blog comments are personal and is accredited to the respective commentor / visitor to this blog. The owner reserves the right to moderate comment suitability in support of respecting racial, religious and political sensitivities.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me