Pelajar sekolah agama serah diri
September 16th, 2007 by eddyra on Isu SemasaSeorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah agama di Binjai Bongkok, Marang pagi ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terenganu. Pelajar tersebut menyerah diri dipercayai setelah gambarnya disiarkan media massa semalam sebagai antara sembilan lelaki yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kes rusuhan di Batu Buruk pada 8 Sept 2007.

rusuhan di Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supt Khairi Ahrasa berkata pelajar berusia 16 tahun itu akan di siasat mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis dan menyelidik hubung kait pelajar terbabit dengan isu pembakaran bendera Malaysia di malam tersebut.
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis berhubung perhimpunan haram dan Seksyen 440 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan bencana terhadap harta benda awam sewaktu rusuhan..
Supt Khairi Ahrasa
Beliau berkata, pelajar terbabit akan dibawa ke mahkamah esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman jika perlu.
Sehubungan itu, beliau meminta lapan lagi lelaki yang dikehendaki polis supaya tampil menyerah diri kepada polis.
Apa dahh.. kan dah jadi satu lagi penyakit. Tapi apa-apa pun gambar-gambar mereka yang dikehendaki polis itu hanyalah untuk membantu siasatan, bukan dah confirm bersalah pun. Yang menarik di sini, siapa yang membakar bendera tersebut dan apa tujuannya..



September 16th, 2007 at 9:44 pm
yang heran..malam tu punya ramai polis..apa tak tangkap masa tu jugak? hmmm…
ReplySeptember 18th, 2007 at 12:33 am
entah lah waliz .. payah nak comment ni, err rahsia kerajaan!
ReplyNovember 6th, 2008 at 11:06 am
Waliz wrote:
polis bangang
Reply