Natang.. apa itu natang?

March 27th, 2008 by eddyra on Isu Semasa

Akhir-akhir ni penggunaan perkataan NATANG ni menjadi satu perbincangan di banyak forum, blog dan website. Secara tiba-tiba perkataan ini menjadi terkenal, jadi sohor, kata orang Terengganu.

Memandangkan perkataan NATANG ini biasanya digunakan secara meluas di Terengganu, dan sebagai salah seorang yang dilahirkan dan dibesarkan di Terengganu, biarlah aku menulis serba sedikit mengenai perkataan NATANG ni.

Perkataan NATANG ni, asalnya dari perkataan BINATANG. Sudah tentu tidak sesuai untuk digunakan kepada manusia. Cacian atau makian semestinya akan wujud dari perkataan yang kotor dan kesat. Kalau di Kelantan, sebutannya agak lembut, nate, atau menate. :)

‘Bagai menatang minyak yang penuh’ ialah perumpamaan kepada kasih sayang seseorang kepada orang lain, seperti ibu kepada anak. MeNATANG di sini tidak ada kaitan dengan isu NATANG yang kita bincangkan. Tidak timbul soal cacian di sini.

.. ge natang (’Ge’ di sini, say GElap, jangan sebut ‘je’) - Bergantung kepada siapa yang mengucapkannya dan kepada siapa yang diucapkannya. Kalau kawan rapat, contohnya budak-budak sekolah berkata kepada kawannya sambil ketawa, “..tulisang mu buruk ge NATANG“. Penggunaan NATANG di sini merujuk kepada tulisan yang buruk, bukan buruk seperti binatang tetapi sesuatu yang lucu dan friendly talk, atau kata sifat.

.. derah lah natang, kita lambat doh ni - Maksud ayat ini, ‘Cepatlah natang, kita sudah lambat ni, atau ‘Cepatlah binatang, kita sudah lambat ni’. NATANG atau binatang di sini dirujukkan kepada seseorang. Perkataan NATANG di sini digunakan untuk membahasakan seseorang itu sebagai binatang.

.. aku nok hok ni natang - maksud ayat, Aku nak yang ini natang, atau Aku nak yang ini binatang. Ayat ini juga kasar, merujuk seseorang kepada binatang. Sekiranya digunakan dalam keadaan marah, penuh emosi, NATANG ini bermaksud binatang yang ditujukan kepada seseorang.

Seperti yang aku tulis di atas, penggunaan NATANG ini hanya boleh digunakan sesama kawan-kawan yang rapat. Tidak boleh atau jangan sekali-kali menggunakan perkataan NATANG dalam apa jua ayat sekiranya bercakap dengan orang-orang yang kita hormati seperti ibubapa, guru, ustaz dan sebagainya.

Seseorang terjatuh akibat tersepak tunggul lalu memaki.. “Aduh sakitnya, natang sungguh tunggul ni”.

Ketika melihat sesuatu yang cantik.. ‘comel natang‘.

Natang mana lah curi selipar aku ni - Manusia binatang mana lah yang curi selipar aku ni.

Muka je comel, perangai ge natang - muka sahaja yang comel, perangai macam binatang.

Ketika mengangkat sebiji batu yang besar, ‘berat weh natang batu ni‘ ..

Natang sungguh mung nih.. - Jika ayat ini dikeluarkan (biasanya dalam keadaan marah dan penuh emosi) oleh seseorang kepada seseorang yang lain, biasanya akan berakhir dengan perkelahian atau pergaduhan. Orang tidak akan berkata sedemikian untuk perbualan, walaupun dengan kawan-kawan yang rapat.

Secara ringkas, perkataan NATANG ini memang kasar dan kesat kerana ia merujuk seseorang itu kepada binatang. Cuma penggunaan di dalam ayatnya sahaja boleh mengubah maksud sebagai makian, cacian atau sebagai kata-kata lucu sesama kawan-kawan rapat yang digunakan secara tidak formal. Maksud ayat juga akan bertukar kepada kasar dan kesat jika diungkapkan dalam keadaan marah dan tertekan.

Berhati-hati menggunakan perkataan NATANG ini, dan lebih baik sekiranya tidak menggunakan langsung dalam apa jua perbualan, pertuturan, demo, banners atau.. apa-apalah. Tak rugi sedikit pun kalau tak guna perkataan ini.

26 Responses to “Natang.. apa itu natang?”

  1. 1
    i am ganu Said:

    Owoh ganah mung natang..
    Natang sunnguh mung..
    Natang setang mung..
    Natang weh, jom la natang weh..
    DERIS NATANG..
    NATANG DERIH..
    DERIH ge NATANG..
    DERIH NATANG BODO..

    Reply
  2. 2
    firdaus Said:

    mu wak natang mende?

    Reply
  3. 3
    eddyra Said:

    natang benda cerita mu ni.. hah natang.. haha

    Reply
  4. 4
    lea Said:

    hehe…. good entry…info to non-terengganu-ian….

    Reply
  5. 5
    belum kuasai bahasa terengganu Said:

    banyak info ttg natang here. kalau di abuse memang parah la maksudnye. kalo nate tu, ada kisah di sebaliknya. orang kelantan kate ‘nate’ tu merujuk kepada istilah ‘natan’ dlm bahasa arab. natan bermaksud bangkai.

    jadinya kalau dengar ade orang sebut ‘nate mu ni’ ada maksud lain iaitu ‘bangkai sungguh kamu ini’.

    moralnya di sini adalah…jgn mengeji org.berdosa…(^_^)

    Reply
  6. 6
    firdaus Said:

    Heheh…

    Reply
  7. 7
    firdaus Said:

    natang beruk..

    Reply
  8. 8
    hasanah Said:

    heh, tak pernah guna pun word ni. Better avoid lah, berkatalah yang baik2 sahaja.

    great explaination :)

    Reply
  9. 9
    ambe dok reti gok Said:

    NATANG ape dok tau nok komen nie…Horrr..Molek pada sape-sape hok gedebe dalam TERENGGANU Darul IMAN nie kite pakat tohok daerah kat Kutub Utara..Pahtu wi nama jajahan “Derih Darul NATANG wal nate”…NATANG ape jenis rakyat dok tau nok lawan Institusi DiRaja, free-free mitok ‘Tulah’ dari DYMM Sultan. Dio oghe (diorang) nok jadi Hang Jebat ke Hang NATANG?? Base NATANG sunggggguh…

    p/s: DYMM Tengku Ismail pun Berkenan barangkali hok ambe
    kate nie.(Ampun Tuanku,sembah patik harap diampun)

    DAULAT TUANKU!

    Reply
  10. 10
    erisa Said:

    contoh contoh ayat natang membuatkan aku tergelak besar sahaja.heheh

    Reply
  11. 11
    firdaus Said:

    Bro, xda ke perkembangan politik yg terbaru? bila pembangkang nak ambil alih kerajaan? gosip2 panas?

    Reply
  12. 12
    jogho Said:

    Menjadi adat orang-orang Melayu, biasanya orang-orang tua tidak sama-sekali membenarkan anak-anak cucu berada di sekeliling mereka dan apatah lagi untuk mendengar perbualan mereka. Perbuatan mendengar orang tua sedang bercakap dikatakan amat tidak manis. Dengan menggunakan bahasa badan, kerlingan mata atau dehem mereka sudah cukup untuk membawa maksud kita perlu beredar ataupun tunggulah nanti habuan daripada mereka.

    Lebih-lebih lagi kalau si anak menyampuk percakapan mereka. Jasa orang-orang tua Melayu menjaga anak cucu mereka bagai menatang minyak yang penuh. Namun, disebabkan anak cucu tidak diberi peluang untuk mendengar percakapan mereka, yakni orang-orang tua mengadakan sempadan apabila mereka berbual maka banyaklah khazanah melayu hilang dan tidak sempat didokumentasi. Atas dasar tidak faham inilah maka apabila disebut perkataan natang dikatakan ianya membawa maksud binatang, alangkah jahilnya penterjemah songsang ini.

    Sedangkan perkataan menatang, natang adalah ungkapan kemesraan orang-orang tua dalam perbicaraan mereka. Orang-orang tua akan tersenyum apabila ditegur oleh rakan sebaya mereka dengan ungkapan hei, menatang atau hei, natang. Golongan yang tidak ingin meneroka khazanah ilmu yang terpendam inilah mengatakan menatang atau natang itu binatang. Jika natang itu dianggap binatang atau bahasa carut maka betapa ramai orang-orang tua yang terdiri daripada datuk nenek, ibu bapa kita, kita hukum mereka tanpa kita mengkaji maksud perkataan menatang atau natang itu.

    Menurut arwah datuk saya, ketika saya memperkenalkan kawan saya yang datang bertamu, bahawa kawan saya itu sedang belajar untuk jadi doctor natang di UPM. Datuk saya terus membuat teguran dan berkata dengan tegas bahawa natang bukannya bermaksud binatang.

    Natang itu berasal dari bangsa melayu lama iaitu natha dan disebut natang mengikut dialek Terengganu. Perbualan kami terhenti dan timbul minat untuk bertanya, dan penjelasan datuk saya juga Natang itu berasal daripada sebutan keturunan atau bangsa Natha, dan kata kecek Kelantan iaitu ‘basa nate’ dengan merujuk kepada kehebatan ‘bangsa Natha’ atau bangsawan yang asal keturunan bergelar Natha atau Nata. (Sehingga kini saya belum pernah tahu tentang bangsa itu).

    Peredaran masa dan sebutan ini telah berubah mengikut dengan dialek sebutan Terengganu jadilah natang kerana adanya ungkapan biasa iaitu menatang. Sama seperti cerita mulut jika benar, Negeri Tarreha disebut kerana adanya sebuah Gunung Tarreha atau Gunung Tahan bertukar menjadi Negeri Tahan dan disebut Negeri Tahang akhirnya menjadi Negeri Pahang.

    Memandangkan menatang mempunyai maksud menghormati dan menyayangi sesuatu; menyanjungi dan natang pula maksudnya adalah hormat, sayang, sanjung dan tentulah tidak sesuai untuk diletakkan hormat, sayang atau sanjung kepada orang biasa maka bersesuaianlah kita kata natang yang jelas kerana kita mahu natang atau tatang untuk tidak mahu ia tumpah atau jatuh. Oleh itu, janganlah kita rosakkan makna yang baik itu dengan maksud yang tidak baik.

    Kalau ada pihak yang mahu mengeksploitasi perkataan natang, yang jelas natang mempunyai maksud dan erti yang baik. Perubahan masa menjadikan ia berubah makna tetapi hakikatnya adalah ertinya yang sebenar.

    Semoga penjelasan yang diberikan ini akan dapat menyelamatkan satu perkataan yang mempunyai maksud baik kerana ianya telah digunakan sejak beribu tahun lamanya, dalam adat melayu yang umum mengetahui penuh dengan tata-susila, sopan santun dan lemah-lembut apabila orang-orang tua berkomunikasi. Malah perkataan ini adalah kelaziman dalam perbualan seharian dan tidak pernah dibantah oleh orang-orang tua pun.

    Memang tidak kena sama sekali untuk menghukum mereka sebagai mencarut. Oleh kerana perkataan ini telah digunakan begitu meluas, tentulah kita tidak mahu orang-orang tua kita dianggap kurang ajar disebabkan kejahilan kita memahami maksud natang hanya mengikut selera kita. Disebabkan isu ini telah dimanipulasi oleh parti pembangkang yang suka mencarut, maka ungkapan ini juga dianggap perbuatan orang-orang umno sama seperti perbuatan mereka.

    Bagi yang ditegur dengan panggilan natang tentulah akan terasa mesra jika dia ditegur oleh kawan baiknya atau seumpama pujian kerana berjaya membuat sesuatu kebaikan. Misalnya, dalam keadaan berlaku kerosakan motosikal atau kereta tiba-tiba datang seorang kawan kita yang tanpa kita sedari kebolehannya telah berjaya membaiki dengan hanya membuat sedikit sentuhan pada bahagian-bahagian tertentu dan kita akan dapati orang Terengganu akan mengucapkan seperti berikut, “La dok tahu aku, pandai natang ni, weh.” Manakala dalam situasi yang lain oleh kerana ketika kecil, kanak-kanak yang buat silap akan dimarahi dengan panggilan natang, pasal apa kena marah pasal perangai macam binatang akan terasa seperti dipanggil binatang. Perbandingan hanyalah dibuat berdasarkan sebutan bukannya makna.

    Ertinya di sini, orang-orang yang membuat kesalahan sahaja yang akan terasa dirinya dipanggil binatang. Lalu jika naluri kita terasa seperti kita dipanggil binatang secara hikmahnya ada kesalahan yang kita lakukan.

    Allah SWT membuat perbandingan yang nyata dalam Surah Ibrahim ayat 24 dan 25, “ Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).”

    Maka sebagai mensyukuri nikmat, janganlah kita menukar perkataan natang yang mempunyai maksud yang baik dengan makna yang tidak baik.

    Pantang melayu derhaka kepada rajanya. Melayu sayang kepada raja dan mahu rajanya dihormati. Hanya orang-orang berjiwa besar sahaja yang mampu memaafkan kesalahan orang lain walaupun orang yang membuat silap itu tidak meminta maaf.

    Reply
  13. 13
    matnoor Said:

    hati baik mesti maksud baik la…

    Reply
  14. 14
    eddyra Said:

    Satu penerangan dan penjelasan yang panjang lebar. Terima kasih kepada tukang komen, saudara jogho. Jogho atau pun juara, betul eh?

    Baiklah, sepanjang kehidupan saya di Terengganu, melebihi 3 dekad ni saya tidak pernah mendengar orang-orang tua, tok nenek menggunakan perkataan natang sebagai tanda kasih sayang.

    Kalau orang tua sakit hati pada kambing yang makan tanamannya, dia kata “Menatang sungguh kambing ni”. Adakah ini bermaksud “Sayang sungguh aku pada kambing ini”? Sudah tentu tidak apatah lagi penggunaanya di waktu tengah sakit hati.

    Mungkin zaman tok nenek dulu-dulu ada menyebut natang ini sebagai tanda hormat dan tanda kasih, wallahuaklam.

    Tidak pernah sepanjang saya hidup mendengar ungkapan natang ni sebagai satu ungkapan puji-pujian, ucapan hormat atau tanda kasih dari seseorang kepada seseorang.

    Isu ini timbul bila satu parti telah membuat banner yang menulis : “KAMI NAK IDRIS, NATANG”

    Aku cuba menggunapakai NATANG di atas sebagai maksud yang baik, walaupun di dalam situasi yang panas dan tengah nak marah.

    “KAMI NAK IDRIS, ……. (?)

    Aku pun tak tahu bagaimana nak apply word NATANG untuk menunjukkan satu tanda kasih, untuk menunjukkan satu penghormatan atau sebagainya. Sebab NATANG di dalam kamus harian di Terengganu telah digunapakai sebagai bahasa kasar yang membawa maksud binatang.

    Walau apa pun maksud asal dan penggunaan asal perkataan NATANG ini, aku percaya orang di Terengganu hari ini tidak menggunakan perkataan NATANG untuk menunjukkan rasa kasih, sayang atau hormat. Itu pendapat aku.

    Reply
  15. 15
    tok mung jogho Said:

    TOK MUNG JOGHO MUNG INGAT ORANG GANU BODO SAMPAI DOK TAHU NATANG TU BENDA? MUNG SET SET TOTOK UMNO MEMANG DOH NOK PUTOR BELIT NATANG BODO. ELEH PUOK2 MUNG LAH HOK DERHAKA KAT SULTAN MIZAN, KATA NATANG KAT SULTAN, SET-SET UMNO NOK AJOR PULOK ORANG GANU NATANG TU BUKAN BINATANG.. NATANG MUNG JOGHO

    MUNG UMNO MEMANG BARISAN NATANG

    Reply
  16. 16
    eddyra Said:

    rilex-rilex la.. jangan kecoh bang. Kang panas pulak blog aku ni..

    Reply
  17. 17
    firdaus Said:

    hahaha…barisan natang. kreatif la saing2 eddyra.net ni hehe..

    Reply
  18. 18
    UMNO TOLOL Said:

    rakyat terengganu secara umumnya dok bodo..
    tapi rakyat terengganu yang memilih UMNO itu yang BODOH dan JAHIL dalam memilih PEMIMPIN! sanggup puok2 jahil tukir ni pertahankan iblis jusos tu.

    iblis jusos tu pulok wak muka slambe je dlm tv.. berserah pd qada’ dan qadar konon… cihh! taik kucing! kuat berlakon! mmg dasor puok2 UMNO suka guna AGAMA wak napok ALIM dan TAWADUK padahal perlakuan per setan yang di rejam! si ROSOL hok dokleh wahyu tu pun jenih jilat jubur taik iblis jusos.

    bodoh penting ke harta perut. sama dgn exco lain. muka keruh sekor-sekor.

    marilah kita, rakyat TERANUNG.. hok ade hati perut, ade perasaan sayang ke sultan dan istana, kumpul ramai2.. wi sokongan ke sultan.

    tunjuk ke sultan yang kita sayangkan dia dan menyokong dia dalam hal ni.
    jangan kita dok saje dumoh, layang internet tp dok wak mende.

    kita kena tunjuk. kena buat. kena cakna dengan isu ni.

    Insya Allah kalo jadi sabtu ni kita kumpul. tunjuk sokongan ke SULTAN.

    jgn jadi mcm tolol dan tongong UMNO.

    Reply
  19. 19
    UMNO TOLOL Said:

    Terkejut melihat paparan berita kebiadapan UMNO Terengganu terhadap Sultan Negeri dengan kain rentang mereka - ‘Kami Nak Deris, Natang’.

    Timbul persoalan dikepala apakah dikala terdesak UMNO sedia melakukan apa saja termasuk menghina Sultan kerana baginda tidak memilih DJ sebagai MB Terengganu kali ini.

    Lihatlah betapa gelabahnya 23 ADUN dan UMNO Terengganu untuk berhadapan dengan kenyataan bahawa pemimpin bertaraf ‘Ulul Al-Bab’ tidak akan berupaya mengenyangkan mereka lagi dengan guni-guni wang ehsan dan projek-projek mega.

    MB baru kali ini merupakan antara penentang DJ paling berani dan masih bernasib baik terselamat dicalonkan dalam PRU lepas berbanding dengan 7 rakan-rakannya yang telah terkorban dek penangan Derih Jusoh.

    Ketika media-media alternatif dan bloggers bertali arus cuba memaparkan wajah sebenar Derih Jusoh yang berpangkat ketua penyamun kepada 23 ahli penyamun itu, saya tergerak untuk membalas dan memberitahu kepada umum bahawa gelaran ‘Natang’ untuk Sultan Terengganu yang sangat menyayangi rakyatnya itu sangat hina dan penderhakaan. UMNO Terengganu itu menjadikan mereka merupakan kelompok melayu paling hina di Malaysia.

    Saya ingin bertanyakan kepada UMNO Terengganu, Deris Jusoh, 23 ADUN BN itu dan para penyokong, samseng-samseng dan pelampau terutama dari Besut dan seluruh Terengganu kenalkah kamu orang yang kamu katakan NATANG itu?

    Muliakah sangat kamu itu berbanding sultan kesayangan kami ini. Penulis yakin keputusan istana Terengganu tidak mungkin diputuskan oleh MPPR secara bersendirian tanpa arahan dari Istana Negara.

    Sultan Mizan bukanlah boneka kepada jawatannya kerana rakyat merupakan hati baginda sebagai mana yang penulis ketahui.

    Penulis tidak berhajat untuk membanggakan Tuanku Sultan, namun gelaran NATANG oleh para penderhaka itu sangat menjijikan dan menunjukkan rakyat Terengganu di bawah pemerintahan penyamun dan kaki pukul yang bongkak ini tidak sedar diri selama ini. Ketua penyamun dan kuncu-kuncunya mengajar rakyatnya menjadi bongkak dan bermata duitan dan tidak pandai memilih antara NATANG dengan pelindung rakyat.

    Sebenarnya NATANG itu ialah Deris Jusoh yang jahat itu. Jika itulah perangai rakyat UMNO Terengganu sahlah kamu manusia paling bodoh diatas mukabumi ini.

    Renungi kata-kata penulis untuk kamu : Pertama, wahai rakyat UMNO Terengganu - lupakah kamu yang baginda meninggalkan rakyatnya negerinya dengan tangisan airmata ke Istana Negara ? tetapi kamu membalasnya dengan istilah NATANG bagi menghina dirinya.

    Bodohnya kamu dalam menilai sedangkan ketua dan para penyamun dan perompak itu kamu junjung pula. Kedua, Sultan Mizan sebelum menaiki takhta lagi sentiasa berjalan diserata negeri menyamar bagi mengenali hati rakyat dikedai-kedai kopi menanyakan masalah dan pandangan mereka terhadap negeri.

    Baginda lebih dekat kepada kamu berbanding kamu yang tidak pernah menyanjungi baginda.

    Ketiga, baginda merobohkan benteng antara rakyat dan istana dengan tidak berprotokol dalam majlis-majlis rasmi. Hamparan karpet hanya menjadi adat diraja tetapi baginda memilih tanah untuk berjalan.

    Mata penulis sendiri menyaksikan dalam majlis perasmian Masjid Bukit Payung dan Pembukaan Pejabat Daerah Marang yang baru pada tahun 1999. (Penulis merupakan qari jemputan majlis diraja bagi kedua-dua majlis berkenaan.)

    Keempat, Baginda merupakan raja yang sangat beriman. Puasa Isnin dan Khamis menjadi amalan. Baginda tidak pernah tunduk kepada tugu askar dihari pahlawan sedangkan PM sebaliknya.

    Setiap bulan ramadan menjadi amalan baginda berjalan ke surau-surau terpencil dengan menyamar. Solat di masjid dan berjemaah menjadi kegemaran baginda lebih-lebih lagi diwaktu subuh.

    Sedangkan kamu masih seronok dipedayakan oleh syaitan dalam selimut. Tidak malukah kamu manusia sebegini kamu laungkan sebagai binatang, tidak berotakkah kamu!.

    Kelima, baginda bukan senang diampu, kamu lupa betapa panjangnya senarai dato’- dato’ dan pembesar Terengganu dihalang masuk ke istana semasa hari pertabalan baginda menaiki takhta Terengganu dulu. Apa salah dato’-dato’ itu?

    Merekalah yang menyamun dan merompak duit negeri dibawah pemerintahan ayahanda baginda Sultan Mamud dahulu. Penulis tidak hairan nasib Deris Jusoh yang jahat itu, Inagtkah kamu Wan Mokhtar bekas MB pada tahun 1999 ditunjukkan jalan keluar oleh rakyat akibat rasa tidak senang hati sultan terhadap pemerintahannya yang penuh korupsi dan aktiviti menyamun.

    Terlalu banyak boleh dicoretkan disini berdasarkan maklumat istana.. Inipun sudah memadai ..

    Wahai rakyat UMNO Terengganu kami tahu sultan kami tidak suka kami membalas bagi pihak dirinya sebab baginda bukan jenis mengharap pujian. Baginda orang yang cerah akalnya tetapi malang sungguh kamu menjadi rakyatnya paling bodoh akalnya seperti keldai.

    Malang sungguh baginda terpaksa memerintah orang bodoh seperti kamu. Kamu rosak dan bongkan kerana tunjuk ajar Idris Jusoh yang bersikap seperti syaitan dan iblis. SEDARLAH DIRI …. Daulat Tuanku! “

    Reply
  20. 20
    UMNO BAGHAL Said:

    kalau kita merenung kembali sejarah silam sultan-sultan di tanah melayu,mereka sebenarnya memikul tugas khalifah seperti khalifah Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan khalifah-khalifah Islam yang seterusnya. Baginda menyatukan sekalian umat islam di dalam negeri kekuasaannya di bawah undang-undang Islam tetapi kedatangan pihak Inggeris telah menyebabkan skop kekhalifahannya berjaya disempitkan dan undang-undang inggeris dipaksakan terhadap Baginda dan rakyatnya !

    walaupun Inggeris telah meninggalkan Tanah Melayu tetapi sistem perundangannya yang tidak berteraskan agama islam masih terus diamalkan malah dianggap ” suci” berbanding undang-undang Islam oleh sebilangan pejuang melayu yang sesat !

    marilah bersatu mengembalikan kekhalifahan sultan-sultan agar tegaklah hukum Islam di negara bertuah ini,hancurkan undang-undang Inggeris itu dan gantikan dengan undang-undang Islam. undang-undang Inggeris itu menyebabkan umat Islam menderhakai khalifahnya dan menjadi barua Inggeris !

    saudara dan saudari, setelah kalian menyedari hakikat sebenar ini dan kalian membiarkan sahaja khalifah itu tersungkur sendirian dalam menegakkan keadilan dan kesucian berteraskan Islam maka saya berlepas diri terhadap dosa-dosa kalian di hadapan Allah di akhirat kelak

    Reply
  21. 21
    lea Said:

    sy pn tak pernah dengar gak org guna pkataan natang utk menunjukkan ksih syg… terkejut sy bace komen en jogho tu..ade ke?

    kalu sayang kt Sultan, wat demostrasi wat pe? terima je la keputusan sultan tu..

    Reply
  22. 22
    JKKK Said:

    BIADAP ..!!! KONON KATA YB LIM KIT SIANG MENDERHAKA…TAPI SAMPAI GUNA BANNER ‘NATANG’ DITUJUKAN KEPADA PIHAK ISTANA MEMANG KURANG AJAR & TERLALU BIADAP..NI MELAYU /UMNO APA NI??? APA SELAMA NI DUIT ROYALTI RATUSAN JUTA TU TAK CUKUP UNTUK DIROMPAK LAGI ?? BAGINDA SULTAN LEBIH ARIF SIAPA YANG PATUT DILANTIK UNTUK MENTADBIR NEGERINYA…NAK KATA PROVOKASI UNTUK KACAU BILAUKAN NEGERI DAH KIRA MELAMPAU..NAK BUAT SELF INFLICTION PULAK ..??

    DAH LA GUNA PENGUNDI HANTU…KEMAKMURAN NEGERI PATUT DIKONGSI SAMA RATA DENGAN SEMUA TAPI KENAPA HASIL ROYALTI DI ROMPAK SEGOLONGAN ADUN YANG MELETAKKAN KEPENTINGAN PERIBADI UNTUK MENGAUT KEKAYAAN NEGARA UNTUK TEMBOLOK SENDIRI…

    PEMIMPIN APA MACAM NI??? KENAPA NAK SANJUNG DAN SOKONG….RAKYAT TRENGGANU YANG MASIH KARAT MENYOKONG DACING TAK RASA MALU KE KALAU KEDAULATAN PIHAK SULTAN DIINJAK MACAM NI….????

    HARUS DIINGAT PENDOKONG KARAT …KAMI MONITOR SEMUA HAL SEKECIL-KECILNYA KEPADA SEBESAR-BESAR PERKARA UNTUK RUJUKAN KAMI DIMASA AKAN DATANG….DAN KAMI PASTI PARTI INI MENGGALI KUBURNYA SENDIRI……

    KAMI MEMANDANG DENGAN RASA PENUH MELUAT DAN JIJIK SEKALI CARA DAN SIASAH POLITIK MEREKA INI……….TIDAK MEMBERI CONTOH YANG MATANG SEBAGAI ORANG ISLAM …….ORANG TERENGGANU BAIK YANG MUDA ,PROFESSIONAL,DAN TELAH LAMA HIDUP DI LEMBAH KELANG TERUTAMANYA ..TIDAK TERASA TOLOLKAH MELIHAT NASIB ANAK NEGERI DIPERKOTAK-KATIK OLEH AHLI POLITIK YANG RAKUS DAN BIADAP MELAMPAUI BATAS INI?

    WALHAL ANDALAH PENENTU MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK …DIMANA KECERDIKAN ANDA SEBAGAI ANAK WATAN TRENGGANU???? LIHAT RAKAN ANDA DI LAIN NEGERI….MATANG DAN PROFESSIONAL …..BERANI MENGANJAK PARADIGMA….ANDA ANAK WATAN TRENGGANU???????

    Reply
  23. 23
    JKKK Said:

    saudara dan saudari, mulai saat ini anda semua mestilah mempertajamkan lagi ilmu pengetahuan politik . Bagi pihak kerajaan yang korup seperti BN ini menganggap ilmu politik ini sangat bahaya untuk di ajarkan kepada seluruh rakyat kerana ilmu politik akan mengajar rakyat berfikir secara kritis terhadap setiap tindakan kerajaan iaitu sama ada tindakan yang di ambil oleh kerajaan itu memberi manfaat atau tidak kepada seluruh rakyat,kalau boleh kerajaan Korup mahu rakyatnya terus bertindak ibarat lembu dicucuk hidung atau seperti tahap minda kanak-kanak kalau diberi gula-gula sahaja pun sudah cukup membuatnya gembira tidak terkata.

    Ilmu politik juga mengajarkan kepada rakyat bagaimana melihat dan memahami situasi politik semasa dan setelah itu menggunakan kuasa undi yang ada pada mereka untuk mendapatkan manfaat yang maksima dan berpanjangan daripada kerajaan yang di pilih nanti ketika PRU, bukan sekadar mendapat ” gula-gula” yang bernilai RM50 - RM 100 ketika waktu berkempen PRU.

    Sesungguhnya “gula-gula “itu adalah hak rakyat yang telah dirampas daripada mereka ( tanah rakyat yang telah dirampas oleh kerajaan kemudian diberikan kepada syarikat kroni kerajaan, dan lain-lain lagi hak rakyat yang telah dinafikan ), oleh itu rakyat yang menerima ” gula-gula ” itu tidak sepatutnya merasa terhutang budi lalu membalasnya dengan memangkah simbol kerajaan korup ketika hari membuang undi !.

    Kerajaan yang prihatin dan bersih dapat di wujudkan sekiranya seluruh rakyat celik politik , bersikap kritis terhadap diri dan kerajaan dan berani bersatu menyuarakan kejengkelan mereka terhadap dasar kerajaan yang merugikan rakyat !

    Ilmu politik juga mengajar rakyat siapa yang patut mewakili mereka di peringkat parlimen dan siapa yang mewakili mereka di peringkat negeri.Berdasarkan situasi politik semasa, adalah lebih baik sekiranya BR membentuk kerajaan pusat dan BN menjadi pembangkang kuat di beberapa buah negeri. Mengapa ? anda fikirlah sendiri jawapannya !

    Kalau saja seluruh rakyat Malaysia bijak menggunakan kuasa undi mereka pada PRU 12 yang lalu tentulah penindasan terhadap rakyat oleh kerajaan korup yang telah diberi peluang memerintah selama 50 tahun ini tidak berterusan. Apa boleh buat kerana majoriti rakyat telah memberi mandat kepada kerajaan korup sekali lagi disebabkan ilmu berpoltik rakyat begitu dangkal dan keadaan ini memang amat dialu-alukan oleh kerajaan korup ini !

    Sekiranya rakyat sedar bahawa PRU 12 yang lalu adalah penuh penipuan dan mahu perkara ini di siasat maka mengapa anda tidak menggunakan sekali lagi kuasa rakyat anda untuk meminta Yang Di Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja menubuhkan satu suruhanjaya khas untuk menyiasat PRU 12 ?

    Kuasa Rakyat bangkitlah dari lena dan tuntutlah keadilan walau nyawa di hujung senapang

    Reply
  24. 24
    eddyra Said:

    apa dah jadi dengan blog aku ni..

    Reply
  25. 25
    firdaus Said:

    Bro, banyaknya idea diorang komen panjang2.hehehe…khir toyo kalau tau ni, mau angin satu badan..

    Reply
  26. 26
    eddyra Said:

    DS Khir Toyo dah jadi blogger..

    Reply

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Any view or opinion represented in the blog comments are personal and is accredited to the respective commentor / visitor to this blog. The owner reserves the right to moderate comment suitability in support of respecting racial, religious and political sensitivities.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me