Mahathir gesa orang Melayu tolak kepimpinan Abdullah

August 16th, 2007 by eddyra on Isu Semasa

KUALA LUMPUR, 15 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru orang Melayu tidak lagi memberi sokongan kepada kepimpinan negara hari ini yang disifatkan telah banyak melakukan kerosakan dan yang membiarkan amalan rasuah berleluasa mutakhir ini. Beliau berkata demikian dalam syarahannya dalam program anjuran Majlis ImagePrihatin Malaysia (PRIMA) di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini.

Tun Mahathir
“Orang Melayu dia undi Umno tanpa sebab, kalau letak tongkol kayu pun sebagai calon Umno, mereka akan pangkah dan Umno akan menang. Berbeza dengan orang Cina orang Cina ada perkiraan untuk menyokong mana-mana parti,”

Antara yang hadir ialah, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dan Timbalan Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS, Abdul Rahman Othman (ARO); isteri bekas PM, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Pengerusi MTRK, Dato’ Ibrahim Ali; bekas orang kuat Proton, Tan Sri Tengku Mahalel; anak Mahathir, Marina Mahathir; Pengerusi Penerangan DAP, Ronnie Liu; para bloggers, antaranya Rocky Bru (Ahiruddin Attan) dan Sang Kelembai selain beberapa pensyarah universiti tempatan.

More >>

My comment:

Aduhai.. Tun Mahathir nak UMNO terus terajui Malaysia tetapi pada masa yang sama menolak kepimpinan Pak Lah, bagi aku ini merupakan satu arahan yang agak pening sikit. Cuma aku rasa lah, maksud Tun ialah tolak Pak Lah masa pemilihan parti nanti, tapi masa pilihanraya kena undi BN.

Apa nak jadi dengan Malaysia ku ni.

2 Responses to “Mahathir gesa orang Melayu tolak kepimpinan Abdullah”

  1. 1
    firdaus Said:

    FENIN2………………………

    Reply
  2. 2
    Guar Chempedak Said:

    Pak Lah kena letak jawatan, baru UMNO bersatu balik. Menantu dialah punca perpecahan. Umur baru setahun jagung semua nak ambik. kalau jadi raja gundik ada beribu kot.

    Sedarlah Pak Lah kalau tak letak jawatan UMNO akan berkubur dan Anwar talibarut US akan naik balik. Atau Pak Lah memang sokong Anwar sebab dulu dia pun Semangat46 sebab tak suka kat TUN Mahathir. Pak Lah la perosak UMNO. Cukuplah Pak Lah, dunia ini sementara saja….

    Reply

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Any view or opinion represented in the blog comments are personal and is accredited to the respective commentor / visitor to this blog. The owner reserves the right to moderate comment suitability in support of respecting racial, religious and political sensitivities.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me