Kisah babi
September 6th, 2007 by eddyra on Isu SemasaTopic hari ialah topic babi.
Isu babi di Malaysia bukan isu baru. Bermula entah bila, yang pasti isu babi beberapa tahun lepas di Negeri Sembilan, terkini di beberapa tempat di Melaka.
Apa yang menarik tentang kisah babi ni, ialah cerita-ceriti yang kita sendiri kaitkan dengan soal politik, soal kaum, komoditi dan alam sekitar. Mungkin ada lagi yang boleh di kaitkan dengan kisah babi ni.
Semalam, 5 september 2007, operasi bersepadu bagi mengurangkan ternakan khinzir
daripada lebih 100,000 ekor kepada 48,000 ekor di kawasan Bukit Beruang, Paya Mengkuang dan Man Lok dekat sini, ditangguhkan petang ini apabila berlaku ketegangan diantara penternak dengan pihak berkuasa sebagaimana yang di petik dari sini.
Itu cerita penternak babi yang ingin melindungi business mereka. Kalau aku di tempat mereka rasanya aku akan melakukan perkara yang sama. Lihat lah perbandingan nilai komoditi babi berbanding dengan haiwan ternakan yang lain.
Aku tak kata aku bersetuju dengan mana-mana pihak, tapi aku tak boleh menafikan untung yang aku boleh buat dengan komoditi menatang babi ni. Hampir cecah billion tu bang.. Kalau aku berkuasa ke atas komoditi tersebut, sanggup kah aku melihat ‘kedefisitan’ ekonomi negara.. susah nak jawab tu. Sama lah macam rokok, ada berani haramkan import tembakau? Duit bang.. duit.
PERBANDINGAN NILAI DI LADANG ANTARA BABI DENGAN KOMODITI TERNAKAN LAIN
| Tahun | Nilai khinzir (RM) | % komoditi ternakan |
| 1996 | 1,489,405,355 | 33.2 |
| 1997 | 1,427,675,231 | 28.3 |
| 1998 | 1,429,153,021 | 28.3 |
| 1999 | 563,508,792 | 12.9 |
| 2000 | 964,894,962 | 20.1 |
| 2001 | 965,853,358 | 19.9 |
| 2002 | 931,675,302 | 17.2 |
| 2003 | 890,909,792 | 16.4 |
(Tables not showing correctly in Firefox)
Nilai perbandingan komoditi babi dengan ternakan lain. Source.
Kemudian pulak, aku pun tertarik dengan keistimewaan yang ada pada babi pendek ni. Apa special nya babi ni? Soal babi ni satu Malaysia boleh kecoh, kat parliment pun ada, TV3 sama Karam Singh jangan cakap lah, bahkan istimewanya babi ni sehingga boleh mencetus salah faham antara parti politik. Tak payah lah cakap lah party mana yang start dulu, itu soal lain.
“Perkara ini sebenarnya sudah dijadikan isu perkauman. Jadi saya ingatkan semua pihak yang terlibat dalam bidang ini akur dengan arahan kerajaan dan jangan sewenang-wenangnya bercakap.
“Kalau guna juga isu perkauman ini bermakna ia sengaja digunakan untuk meneruskan perniagaan dengan mengatakan ia hanya melibatkan masyarakat Cina sahaja,”
Datuk Seri Azmi Khalid
Bayangkan terdapat sebuah tempat di Melaka yang bilangan penduduknya hanya 30,000 orang tetapi jumlah babi sebanyak 140,000 ekor. Banyak tuu.. so apa yang istimewanya si babi-babi ini. Blogger pun nampaknya banyak yang membuat posting pasal babi ni. Antara topic yang aku rasa nak tergelak besar:
Akhirnya Babi Menang tulisan saudara Syahbudin Abdullah di blognya. Kekeke.. ok lah tu.
Babi di Melaka tak sempat mengundi blog seorang yang menamakan dirinya sebagai Radenjowo.
Melaka: Apakah Darul Babi?. Di dalam blog tersebut ada mengajak kita berfikir tentang situasi yang berlaku di negeri Melaka, OK aku tak berminat nak ulas panjang pasal ini, panas nanti.
Apa cerita tranungkite Online. TKO ada membuat perbandingan double standard pihak berkuasa dalam menangani isu babi ini.
Menariknya, terdapat juga yang telah upload ke Youtube sedutan berita TV3 mengenai kunjungan Karam Singh Walia di Melaka.
Title movie tersebut “Babi pula jajah Melaka“. Huhuhu..
So.. apa istemewanya babi ini?



Leave a Reply