Isu Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak
April 1st, 2008 by eddyra on Isu SemasaSalam semua,
Aku ada menerima satu email yang meminta aku siarkan satu tulisan yang dikatakan sebagai teks seorang mufti kepada Sultan Perak. Di dalam tulisan tersebut, dikatakan ditulis oleh Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria kepada DYMM Sultan Perak.
Sebenarnya teks ini dah lama tersiar di internet, tak silap aku sekitar 2006 dulu lagi. Teks tersebut berupa satu amaran terhadap kedudukan umat Islam khususnya di Malaysia, dan merupakan satu hi-light kepada pihak tertentu yang terlibat dengan perundangan di Malaysia.
Teks tersebut pernah dipertikai kesahihan faktanya especially bilangan Melayu Islam yang telah murtad. Aku tak akan komen figure tersebut.
Tepuk dada tanya diri.
Every good things come from Allah.
Click below to read the full text.
Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak..
“Maksud Hadith rasulullah S.A.W. : “Mereka yang tidak memikirkan masalah ummatku BUKAN dari kalangan ummatku”.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.
Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.
Bencana umat Islam
Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia pohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan dari Mykad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah dari Mahkamah Syariah.
Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).
Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.
Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati dari Islam tiada.
Ini berbeza dari kalangan bukan Islam. Hatta, peguam / pemerhati dari Kedutaan Kanada, Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang. Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.
Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.
Gerakan Kristian dan Hinduisme
Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur.
Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.
Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim).
Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai “Ayah Pin itu Tuhan” adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.
Majlis Raja-Raja Bangkitkan:
1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.
Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka.
Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.
Di Uzbakistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.
Serangan aqidah di Malaysia
Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat. Serangan pemikiran.
1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti mereka.
2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang dari sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian.
Ini yang menjadikan Kristian berpecah pada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian dari mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.
Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia . Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universiti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut.
Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.
Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu.
Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.
Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memkai serban dan mengamal agama mereka? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.
Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani.
Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan.
Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga di gunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.
Harap kepada siapa?
Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa Jakim, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu muslim.
Allah S.W.T berfirman:
“Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan).”
Peringatan-Peringatan Daripada Allah S.W.T.
Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh?
Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.
Demikian, sedikit ringkasan. Wallahu a’lam
Dato’ Harussani Bin Zakaria
Mufti Diraja Negeri Perak



April 2nd, 2008 at 8:53 am
JAKIM,JAINS,JAWI ni tak buat kerja kot..makan tido makan tido makan tido tangkap orang maksiat. kedai mamak ramai pekerja kafir kat sini, geli nak makan, bos je islam, pekerja kristian, hindu.wexxxx geli…artis lelaki buka baju kena gam kejap, artis pompuan bukak aurat melampau2 dibangga2kan.
ReplyApril 2nd, 2008 at 9:04 am
sedikit komen…kes Lina Joy tak sepatutnya diluluskan untuk perbicaraan pn di mana2 mahkamah. dia sepatutnya terus dihukum seperti yang telah ditetapkan di dalam Al Quran.
ReplyApril 2nd, 2008 at 9:20 am
Azlina Jailani telah menang di Mahkamah. Mereka tak akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara di dunia… sapa yg lebih berkuasa…. sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua Islam yg ada sekarang sentiasa dlm Agama Allah dan dilindungi Allah terpesong aqidah… amin
Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!
Persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar…
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama…
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi…
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal.
Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?…
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .
Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,tanya kat anak kita, ‘Hang nak ikut ugama apa?’…Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan ‘Islam’ yang ada kat mykad kita itu,depa minta di’tiada’kan
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?…Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi diMalaysia ? …lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?…Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu.
Tau 50 orang Islam tu kata apa?…Depa kata kat Mufti Perak, ‘Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!’…
Datuk Harussani balas dalam majalah ‘Millenium Muslim’,katanya, ‘Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,maka inilah hadiahnya!’…
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
ReplyApril 2nd, 2008 at 9:20 am
Syabas Datuk Mufti Perak. Tahniah pejuang2 yg menentang IFC dan konco-konconya secara tersusun, termasuk semua yg berhimpun di Masjid Wilayah, VIP dan rakyat biasa, tua dan muda, lelaki dan wanita.
Perjuangan belum selesai.
Kebawah Duli Raja2 Melayu dan Majlis Raja2 patut bertegas dalam hal ini.
Kami setuju cadangan di atas agar disenaraikan semua 50 orang Melayu/ Islam yg terlibat sekali dgn gambar2 mereka. Letak dalam laman ini dulu supaya kita boleh kenal satu persatu muka mereka. Lepas tu boleh ditampal di masjid-masjid dan surau-surau spt yg dicadang.
Apakah pendirian UMNO (Baru) pimpinan Pak Lah sbg Imam Besar Islam Hadhari? Apakah pendirian PAS yg kini cukup intim dengan DAP/ PKR dalam apa yg diwarwarkan sbg Pakatan Rakyat?
Belanda dgn MP Fitnanya. Nanti tengok gelagat MP-MP DAP dan PKR tentang isu Lina Joy dan isu-isu lain yg sewaktu dengannya.
Tepat sekali point sdra kita - Mana pi ” Rancangan Selamatkan Lina Joy?”. Jawab Datuk Zaid dan Mashitah.
ReplyApril 2nd, 2008 at 9:59 am
sebijik copy paste.. takde idea sendiri ka..
ReplyDecember 10th, 2008 at 12:46 pm
setiap orang bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri, samaada selapas kematian seseorang itu masuk sorga atau neraka itu tanggungjawab dirinya sendiri, setiap orang bebas menganuti mana2 agama yang dia suka dan percaya. yang boleh menyelamatkan seseorang itu adalah dirinya sendiri, biarkanlah “hati naurani”nya yang buat pilihan dan bukannya orang lain,
kalau mahu masuk agama yang lain….takkan nak halang-halang, itu kan pilihan seseorang betul tak? kalau sudah tidak percaya….untuk apa tunggu lama2, buat keputusan yang tepat…. yang pasti itu yang menjadi kepercayaannya.
Reply