Isu bakar bendera: Apa kata mereka..

September 17th, 2007 by eddyra on Isu Semasa

Di dalam media massa seminggu ini kecoh pasal isu sorang pemuda membakar jalur gemilang di malam kejadian rusuhan di ceramah anjuran Bersih, di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Ada 2 pihak sedang bertelagah, UMNO/BN dan pembangkang.

Belum pun individu tersebut dikenalpasti, pihak kerajaan mengatakan individu terbabit adalah dari pihak pembangkang. Pada masa yang sama pembangkang PAS berdiri menafikan kejadian tersebut di lakukan oleh penyokong mereka, bahkan kejadian itu dilakukan oleh golongan tertentu untuk memburukan pembangkang.


Photo yang menjadi tanda tanya.

Secara umumnya tak siapa yang tahu siapakah individu tersebut, melainkan individu itu sendiri. Aku rasa individu tersebut sekarang ni sedang ketakutan jika ianya dari pihak pembangkang, dan sebaliknya sedang ketawa berguling-guling jika dia adalah golongan yang diupah untuk memburukan pembangkang.

Jadi apa kata kita lihat apa komen mereka, dari pihak pembangkang, UMNO dan polis.

Lawan web tranungkite.net menyuarakan bahawa peristiwa membakar bendera Malaysia telah diekploit oleh UMNO/BN bagi memburuk-burukkan pembangkang.

Kejadian bakar bendera ini telah dieksploit sepenuhnya oleh pihak pimpinan Umno/BN bagi menuduh parti pembangkang tidak bertanggungjawab sedangkan individu terbabit belum dikenal pasti identitinya.

Antara yang boleh dikongsi di sini ialah kemusykilan mereka tentang ketulenan gambar tersebut.

Malah ada yang menimbulkan persoalan ketika mana individu tersebut sedang membakar bendera Malaysia, beliau sama sekali tidak dihalang oleh orang ramai mahupun tidak ditangkap oleh polis dan tidak kelihatan ada orang yang mengerumuni individu terbabit sewaktu kejadian itu.

Malaysia-today.net blog RPK bertajuk “Golongan lain bakar bendera” - Pesuruhjaya PAS Terengganu mengulas Datuk Mustapha Ali mendakwa bendera Umno dan Malaysia yang dibakar oleh perusuh di Kuala Terengganu 9 September lalu dilakukan oleh ‘golongan lain’.

Saya mendapat maklumat tersebut pagi ini (10 Sept) dan ini merupakan maklumat terbuka dan saya bersedia disiasat terhadap maklumat ini..
Datuk Mustapha Ali

Di sidang media khas di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, Jurucakap Bersih, Ronnie Liu berkata semua gambar yang disiarkan media datang dari ’sumber yang sama.

Ada wartawan akhbar Cina memberitahu, kumpulan wartawan dilarang mengambil gambar, jadi dari mana ‘gambar-gambar’ yang disiarkan oleh akhbar itu datang? Apakah ini gambar dari pihak berkuasa?,
Ronnie Liu

Kenyataan ini turut di sokong oleh Dr Syed Azman.

Gambar yang keluar di akhbar-akhbar itu adalah dari kamera polis sendiri,
Dr Syed Azman.

tragedibatuburok.blogspot.com satu-satunya blog yang diadakan untuk merakamkan Tragedi Berdarah Batu Burok, 09 September 2007 di Kuala Terengganu.

pemudaumno.org.my Di laman web Pemuda UMNO, Pemuda UMNO akan mengutip tandatangan rakyat memprotes tindakkan individu terbabit yang membakar jalur gemilang. Turut dipaparkan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Terengganu, Razali Idris antara lain berkata kain rentang bagi mendapatkan tandatangan itu akan diletakkan di seluruh negeri bagi membolehkan rakyat menyatakan sokongan dan mengutuk perbuatan yang tidak bermoral.

Apa kata pihak polis, di petik dari web ini.

Ia fitnah! Kita (polis) tidak buat kerja itu
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, di sini.

I condemn the Opposition’s tutelage of young minds, which had led to the burning of the national flag..
Kelantan Umno information chief, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad

Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Santubong) di petik di sini.

Saya mohon kepada pihak berkuasa buat siasatan dengan teliti dan apabila mereka yang bertanggungjawab membakar Jalur Gemilang itu berjaya ditangkap serta didapati bersalah nyahkan dia dari negara ini.

Kesalahan mereka tidak setimpal dengan hukuman penjara kerana ia merupakan perbuatan menghina serta merendahkan maruah negara dan hukuman yang paling setimpal ialah lucutkan kewarganegaraan mereka..
Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Santubong)

Di prettyclip ada vc keadaan di Batu Buruk pada malam kejadian.

So persoalan yang masih belum terjawab, siapa yang membakar jalur gemilang, dan apakah tujuannya…

5 Responses to “Isu bakar bendera: Apa kata mereka..”

  1. 1
    dato' fahmi ikhram Said:

    saya rase kepada sesiapa yang membakar jalur gemilang tersebut hendaklah mengambil tindakan tegas yang tak boleh dimaafkan… hukuman yang setimpal yang perlu diambil iaitu campak kan mereka ditengah-tengah laut supaya mereka tahu yang mereka tak layak menduduki negara yang telah 50 tahun merdeka… saya memang cukup bengang dengan mereka-mereka ini… atau pun dihukum gantung sampai putus kepala……BANGSATTTTTTTTTT punyer melayu

    Reply
  2. 2
    4" Graylock Said:

    UNTUK PERHATIAN DOTO FAHMI,
    Ko pernah tengok ke Pak Menteri Potong Kek Guna yg Bendera Malaysia guna pedang/Pisau pah tu siap makan lak tu tak ape pun KEnapa ?? adakah
    A. Malaysia dia yg Punya
    B. TAk kisah dia kan menteri
    C. Tak perasan pekara tu sensitive ke ?
    D. Kesemua dia atas
    Apa kah bentuk tindakan Dato Pahmi nak beri ?

    Reply
  3. 3
    Apis Said:

    Assalammualaikum,…salam sejahtera…

    Mula-mula say anak tanya apa istimewanya membakar bendera,…saya ingat yang jadi tukang bakat tu pun tak faham maksud bendera,…itu pasal ler dia bakar,…konon2nya dia dah terel sebab dia dah bakar satu negara….he..he..he..
    Saya pernah tengok parti pembangkang punya penyokong bakat jalur gemilang ,…saya dan member kasi ketawa sama dia orang terbahak-bahak,…sekarang ni dah tak main lagi style-style simbolik nie,…tetapi bertindak dengan lebib realistik,…
    Lagi nak diingatkan,…peratusan paling tinggi yang tak daftar sebagai pengundi adalah bangsa Melayu,…jadi kalau ada calon jer ,…pengundi ada dok rumah tengok Astro….hancusss….jadi,…kalau nak tahu,…kalau kita tak daftar sebagi pengundi,….simbolik yang betul-betul tersembul dari sikap buat tak tahu itu,…attitude dia sama la macam mamat yang bakat bendera tu….he..he..he..
    Eh,..Graylock,…aku pernah tengok kek-kek bendera nie,…bagi aku takder benda lah hal-hal macam nie,…itu masa sambut merdeka ,…rata-rata kedai kek ada buat dan pamerkan @ jual….
    bakar dengan makan kan berbeda dong……
    bakar ada unsur ganas,…
    makan ada unsur seronok dan kemeriah….

    Reply
  4. 4
    Waliz Said:

    kesiaaan…asyik sibuk pasal bendera ada rakyat yang tertindas mcm golongan orang asli Penan takde siapa yang nak peduli..nak pegi sekolah jambatan tenggelam..mangsa tsunami masih tak dapat bantuan..orang kurang upaya dan miskin tak dapat bantuan.. habis kawasan balak digondolkan..sungai yang airnya kita minum balik tercemar…kenapa tak bising…

    Reply
  5. 5
    eddyra Said:

    political matters…

    Reply

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Any view or opinion represented in the blog comments are personal and is accredited to the respective commentor / visitor to this blog. The owner reserves the right to moderate comment suitability in support of respecting racial, religious and political sensitivities.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me