Demonstrasi suara rakyat
June 13th, 2008 by eddyra on Isu SemasaMasa aku study dulu aku pernah menonton banyak demonstrasi aman yang dibuat di tepi jalan, di depan banggunan ataupun di kawasan-kawasan lepak, ataupun square. Yang menariknya tiada polis yang menggangu mereka bahkan polis-polis tersebut membantu mengawal traffic!

Demonstrasi yang paling bodo pernah aku tengok ialah gang Green Peace yang berdemo di hadapan Burger King. Dia orang protes Burger King yang mengorbankan lembu semata-mata untuk dijadikan burger. Keh keh keh.. tapi walaupun nampak bodo takde pulak polis yang halang ataupun puak-puak lain yang gi buat provokasi.
Demonstrasi lain yang pernah aku tengok ialah satu perarakan membantah keputusan yang dibuat oleh kerajaan Britain, aku tak ingat apa kebendernya tapi demo tersebut berjalan dengan aman dan tak de masalah dengan puak-puak kerajaan di sana. Demonstrasi berjalan dengan lancar tanpa water canon macam air siram pokok bunga DBKL tu.
Aku balik ke Malaysia. Sekitar tahun 1998 kut masa tu gang-gang reformasi ada buat demonstrasi di Kg Baru, KL. Aku join tengok sebab aku kebetulan berada di KL, takde kerja pulak kalau semata-mata nak turun ke KL sebab nak berdemo kan. Entah apa yang sebenarnya yang berlaku aku tak tau tapi aku pun kena kejar dek FRU, aku tengok orang berlari bertempiaran. Syok juga main kejar-kejar ni.
Perbandingan yang aku boleh buat, di Malaysia ni tidak boleh menerima bentuk demonstrasi seumpama ini. Mana-mana protes, rally, demonstrasi walaupun difikirkan sebagai perhimpunan aman adalah tidak boleh diadakan. Kalau buat jugak boleh kena igak (hahaha).. polis kata jangannn. Kita akan jadi seperti beruk-beruk di jalanraya.. macam dalam satu video clip tu kata.
Itu pendapat aku.
Ketika BERSIH buat perhimpunan di KL sekitar February 2008, ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Kalau tanya aku, aku bersetuju sebab itu pendapat rakyat dan rakyat berhak menyatakan pendapat mereka.
Sama dengan isu kenaikan harga minyak sekarang dan rakyat ingin berhimpun untuk menyatakan protes mereka. Aku setuju. Rupa-rupanya YB Tok Guru Nik Aziz pun bersetuju dengan aku.. dan aku pasti bantahan rakyat kepada kerajaan tidak berunsur politik sebab apa-apa parti sekalipun dijemput untuk berhimpun. RM2.70 seliter tu orang UMNO pun kena, orang PAS orang PKR, DAP semua kena. Tak kira lah orang tu penyokong hidup mati UMNO sekalipun, dia tetap kena RM2.70 jugak.
“Ini adalah hak asasi rakyat (minyak)… kalau kerajaan tidak mahu rakyat berdemontrasi, janganlah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak rakyat” - Tok Guru Nik Aziz
Hari ini dijadualkan satu demontrasi membantah kenaikan harga minyak akan diadakan di ibu kota dari Masjid Kg. Baru hingga ke Suria KLCC.
Rakyat nak berita kepada kerajaan bahawa mereka tidak bersetuju dengan harga minyak, rakyat tertekan dengan harga barang yang bakal meningkat.
Betul sepatutnya perhimpunan tersebut tidaklah seharusnya diadakan kerana tidak mendapat kelulusan permit dari pihak berkuasa. Secara tidak langsungnya, perhimpunan tersebut menjadi satu perhimpunan haram.
Tapi.. rakyat perlu bersuara…



June 13th, 2008 at 2:11 pm
Rakyat Malaysia membayar petrol sebanyak RM2.70 seliter, lebih murah berbanding rakyat Singapore yang membayar sebanyak RM5.20 seliter.
Ironinya, pendapatan perkapita Malaysian ialah USD5000 manakala pendapatan perkapita Singaporean ialah USD25000
Harga petrol di Thailand ialah RM3.90 seliter, tetapi adakah kita sedar bahawa harga kereta di Thailand lebih murah RM10,000 berbanding kereta di Malaysia? Rakyat Thailand hanya membayar lesen memandu sekali seumur hidup. Tidak ada kos memperbaharui lesen memandu. Begitu juga dengan cukai jalan. Kita juga terlupa bahawa memandu di lebuh raya enam lines
dari Hatyai ke Bangkok adalah percuma tanpa sebarang tol!
Apa yang kita rakyat Malaysia perlu bayar ialah: kos memperbaharui lesen memandu setiap satu, dua atau tiga tahun; cukai jalan setiap setahun atau enam bulan; dan juga tol setiap hari (atau setiap 5km)
Sering diulang bahawa rakyat Singapura membayar RM5.20 untuk seliter minyak. Kenapa kita tidak menyatakan harga dalam Singapore Dollar SGD kerana gaji mereka di dalam SGD dan bukannya MYR. Kenapa mereka tidak
kata orang Perancis membayar RM12 untuk seliter minyak? RM5.20 = 2.20SGD, masih lebih murah berbanding Malaysia jika difikir bahawa Singapura bukannya Negara pengeluar minyak!
Mungkin ada menteri yang berfikir bahawa kalau kita berada di Singapura, kita boleh membayar petrol dengan Ringgit Malaysia. Mungkin mereka pernah mengisi RM100 petrol di Singapura dan mendapat 19.23 liter
seterusnya mengatakan bahawa kalau mereka mengisi di Malaysia, mereka akan mendapat 37.04 liter!
Di dalam ekonomi, Dollar harus dibandingkan dengan Dollar.. Ianya ibarat kita membandingkan Epal dengan Epal. Dan bukannya membandingkan bahawa buah Durian di Malaysia jauh lebih murah berbanding Durian di Jepun.
Yang jelasnya, Jepun bukannya pengeluar buah Durian!
Perhatikan harga jualan petrol di Negara pengeluar petrol:
Kalau kita perhatikan, harga Toyota Vios adalah RM89,000..
Di pasaran antarabangsa, harga Toyota Vios ialah USD19,000.
USD19,000 = RM62,700. Ini bermakna pemilik Vios membayar lebihan RM26,300. Kos RM26,300 ini ialah kos operasi, keuntungan tambahan dan cukai kerana kos mengeluarkan sebiji Toyota Vios adalah USD19,000.
RM26,300 / RM625 rebate petrol setiap tahun bermaksud kita menggunakan Vios selama 42.08 tahun.
Kita faham bahawa kerajaan memberi rebate sebanyak RM625 setahun, tapi ianya juga bermakna bahawa seseorang perlu menggunakan Vios selama 42.08
tahun bagi mendapat kos sama yang dibayar untuk cukai kerana menggunakan kereta bukan Nasional.
Adakah kita akan menggunakan kereta yang sama untuk 42 tahun?
Dan sekarang, apabila anda melihat nombor-nombor di atas, adakah ialah adalah subsidi atau penalty? Ianya adalah peningkatan kos, bukan sahaja kos untuk memiliki kereta, malah kos untuk mengerakkan kereta. Harga Coca-Cola 1.5 liter ialah RM3, manakala harga minyak untuk 1.5liter adalah RM4.05.. Jelas bahawa kereta kita lebih banyak minum berbanding kita sendiri!
Cukai kereta adalah keuntungan untuk kerajaan. Penjualan petrol adalah keuntungan Petronas (GLC) yang juga ditafsirkan sebagai keuntungan kerajaan. Kerajaan mungkin cuba mengubah tanggapan kita dengan memaksa
kita memerhati kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Ramai di antara kita tertipu, tapi kalau anda berfikir ketika membaca artikel ini, apa yang kita baca di media utama adalah sekadar racun..
Kita sedar bahawa kos minyak di harga antarabangsa ialah USD130 setong. Kita sedar bahawa harga minyak dunia naik setiap hari. Persoalannya, kenapa saintis antarabangsa masih bertentangan pendapat dengan kenaikan harga minyak? Ramai menyalahkan Bush dan kumpulannya di seluruh dunia, ramai menyalahkan perubahan cuaca dunia, dan ada yang menyatakan bahawa
perigi minyak semakin mengurang hasilnya.
Supaya lebih jelas, kita ringkaskan dengan angka.
1 tong = 159 liter x RM2.70/liter = RM429 ataupun USD134
Kita disogok bahawa kita membayar sepenuhnya harga minyak. Mungkin kita tidak sedar bahawa setong minyak mentah hanya menghasilkan 46% petrol.
1 tong minyak mentah = 46% petrol (atau separuh).
Maka,
2 tong minyak mentah = menghasilkan 1 tong petrol.
Dengan kata lain, setiap kali kita menjual dua tong minyak mentah, kita akan membeli balik satu tong petrol. Malaysia menjual 2 tong minyak mentah pada harga USD130 setong dan membeli balik petrol pada harga USD134 setong.
Secara teknikalnya,
Malaysia menjual 2 tong minyak mentah pada harga USD130 setong = USD260 = RM858
Malaysia membeli balik 1 tong petrol pada harga USD134 = RM442 setong
Kita mendapat lebihan USD126 = RM416 setiap 2 tong yang dijual dengan
cara mengeksport vs mengimport satu tong petrol.
Maka, kita mungkin baru tersedar bahawa kerajaan kita membuat keuntungan sebanyak USD126 untuk setiap tong yang kita import. (Nilai ini adalah nilai kasar tanpa mengira kos import/eksport dan lain-lain kos)
Analisis lain:
1 tong minyak mentah = 159 liter
46% daripada tong minyak mentah = petrol yang kita guna untuk kereta kita.
46% dari 159 liter = 73.14 liter
73.14liter x RM2.70 seliter = RM197.48 petrol setong berdasarkan setong minyak mentah. Ini baru 46% dari satu tong. Berdasarkan USD1 = RM3.30, kita akan tahu bahawa setong minyak mentah menghasilkan petrol bernilai USD59.84 (46% dari setong)
USD59.84 dari USD130 setong tetap juga menghasilkan 46% dari satu tong.
Baki 54% adalah bitumen, kerosene, gas asli, gas natural dan lain lain. Baki USD70.16 tidak diambil kira.
PErsoalannya, di manakah perlunya subsidi jika kita hanya membayar 46% dari setong minyak, dan hanya 46% dari setong itu yang digunakan? BUkankah ianya bermaksud kita sudah membayar pada harga penuh sejak
sekian lama?
Sebenarnya, kita akan tetap membayar untuk semua ini kerana mereka masih mengenakan bayaran dengan cara mewujudkan fuel surcharge oleh syarikat penerbangan, kita tetap menbayar cukai jalan untuk membina jalan (dan plaza tol) kerana jalan dibina dari tar dan bitumen, dan lain lain bayaran yang sememangnya gagal ditulis di dalam kertas.
Setiap kali saya memberitahu pelanggan bahawa kos melancong meningkat disebabkan kenaikkan harga petrol, saya bernasib baik kerana mereka tidak berfikir seperti saya. Bayangkan kalau tetiba pelanggan
bertanyakan apakah kaitan dengan kenaikan petrol dengan kenaikan harga tiket kapal terbang kerana kapal terbang menggunakan kerosene.
Dan sekarang, ahli politik yang tinggal di Putrajaya perlu ke Parlimen beberapa hari seminggu, sejauh 60km sehala, dan seterusnya mendapat ‘ganti rugi’ untuk kos petrol dan tol mereka daripada cukai yang rakyat
bayar.
BEtapa kelakarnya apabila kerajaan mengumumkan pembahagian rebate sebanyak RM625 untuk setiap kereta di bawah 2000cc.
Ironinya, seorang kerani yang memandu Iswara berharga RM10k akan mendapat RM625 setahun
sedangkan anak manja menteri yang memandu Satria Neo, Swift, Jazz, Civic 1.8, dan 6 kereta lain lagi yang kesemuanya bernilai RM2juta tetapi tetap di bawah 2000cc akan mendapat RM6250 setahun..
Adakah konsep Subsidi kita adalah tepat?
Kenaikkan 40% harga petrol meningkat kos petrol saya sebanyak RM245 sebulan, tanpa mengambil kira 99% barangan kegunaan harian yang juga meningkat sebanyak 40%. Mungkinkah perlu MinHomestay dinaikkan harga kepada RM60 semalaman sedangkan petrol tidak digunakan dengan alasan Tuan Rumah juga membeli petrol?
Adakah ianya juga bermaksud bahawa pendapatan Perkapita rakyat Malaysia dan pendapatan bulanan perlu dinaikkan 40% supaya sejajar?
Kita diberitahu bahawa kerajaan cuba membantu rakyat dengan memberi subsidi. Dan apa yang mereka lakukan sebelum ini menyebabkan kerajaan terpaksa memberi subsidi RM56billion setahun.
Fikirkan:
Abu ialah seorang nelayan. Dia menangkap ikan di tepi sungai menggunakan jala dan menjual ikan tersebut pada harga RM10 sedangkan harga pasaran ialah RM15. Katanya kosnya ialah 0, kemudian Abu menjual kepada anda
sambil mengatakan bahawa harga sebenar ialah RM15, dia memberi subsidi RM5 dan akhirnya di rugi RM5.
PErsoalannya, adakah Abu mendapat untung sebanyak RM10 atau rugi sebanyak RM5 yang dianggapnya sebagai subsidi?
Jawapannya:
Bak kata Nabil, Lu Pikirlah Sendiri!
Adakah Kerajaan menaikan harga petrol sekadar untuk mengekalkan keuntungan satu pihak?
BAGITAU SEMUA KAWAN2 ANDA
ReplyJune 13th, 2008 at 3:17 pm
aku setuju. kenapa harus disekat kebebasan bersuara rakyat? kerajaan kita masih mempunya mentaliti kelas ketiga. aku sedih…
ReplyJune 13th, 2008 at 3:35 pm
ENTRY YANG MENARIK…..
ReplyJune 13th, 2008 at 3:50 pm
yaaa satu entry yang menarik.. hehe
ReplyJune 13th, 2008 at 4:49 pm
saya pun tak kisah asalkan aman.. yg jd tak aman sbb polis yg provok… lg satukan encik eddy… pemimpin kita ni langsung tak bolek kena kritik… apa salahnya kena kritik kalau kritikan itu membina.. kalau kritik ajer ramai pulak yg nak backing… sorry out of topic sikit… hehehe
ReplyJune 13th, 2008 at 5:01 pm
bukan senang jadi pemimpin cikgu waliz, suami beristeri 4 pun kena jadi pemimpin yang baik, eh silap topic..
ReplyJune 13th, 2008 at 10:24 pm
kuang..kuang..kuang , ehehhe…apa-apa lah labu
ReplyJune 14th, 2008 at 1:41 pm
sebab itulah enche eddy, adanya ayat: kepimpinan melalui tauladan..sebab bukan senang nak memimpin nih..pemimpin pun macam _________(sila isi tempat kosong), camne lah rakyat nak hormat.
ReplyJune 15th, 2008 at 4:03 am
eddyra wrote:
Selagi tak dapt approval selagi tulah dia balik2 kat topik tu jugak. Cuba mintak idea dari tuan penasihat (Tuan Zol} mcm mana nak dapt puan eddyra to say yes. Btw, i read abt that broker yg nak kawin no4. Kesian bini2nye mcm kat kilang buat anak. 25 org tak cukup.
ReplyJune 15th, 2008 at 8:32 pm
Terengganu dapat 5% royalti minyak,tahniah
ReplyJune 16th, 2008 at 12:04 pm
fatiah wrote:
nak nasihat boleh, 25%…tapi kalau Puan eddyra buat rusuhan, sy tak tanggungjawab..
ReplyJune 16th, 2008 at 12:13 pm
hish jangan kaitkan isu ni dengan aku.. bahaya weii huhuhu.. aku cuma buat lawak je hehehe
ReplyJune 16th, 2008 at 2:05 pm
Berbalik kpd entry Demonstrasi suara Rakyat, aku agak respek dgn budaya dan mentaliti dia orang yg terbuka…
yalah…dia orang demopun melibatkan prinsip dan tak libatkan orang politik yg dah tahu mmg nak ambik politikal mileage dan utk popular…
lagipun, dia orang demo siap dgn bogel skali…
Reply..bayangkan kat sini mcmana yg bogel tu bila dikurung dlm trak FRU….hehe..mcm zoo…
June 18th, 2008 at 12:59 pm
eddyra wrote:
Baguslah tu kalau dapt bezakan antara intan dgn permata dan kamulah jauhari yg mengenal maniam er.. maknikam. To be safe n hapi, stick to 1.
ReplyTuan penasihat- kamu dipecat!
June 18th, 2008 at 2:02 pm
hah…hah…hah,
Replynasib baik dipecat…tidak dijual…
June 25th, 2008 at 4:54 pm
Firman Allah dalam hadis Kursi bermaksud :
Hei Anak Adam, bermula maut itu membukai akan segala rahsiamu.Dan hari kiamat itu membaca surat kebajikan kamu dan azad itu membinasakan kemuliaan kamu dan apabila engkau membuat dosa akan satu dosa maka jangan kamu menilik akan kecilnya dosa dan tiliklah akan Tuhan (Allah) yang engkau berbuat maksiat kepadaNya.
Begitulah hebatnya kegawatan yag menanti setiap manusia di kuburan nanti. Tidak kira siapa samada rakyat daif jelata atau pemimpin berkuasa.
Sebelum balik keliang lahad fikirlah sedalam-dalamnya, bekalan apa yang akan dipersembah kepada Allah.
Kehebatan Allah jarang manusia dapat menduga. Betapanya lemah lembut Allah Taala mengurus dunia ini bagi menguji siapakah yang lebih baik dikalangan hambaNya. Manusia lupa bila berbicara, melihat, mendengar dan melaksana sesuatu perbuatan. Melainkan semuanya dipengaruhi nafsu (kehendak diri), syaitan, makhluk dunia seluruhnya tanpa bertindak sampai kepada mati.
Rakyat sentiasa dan tercari-cari jalan penyelesaian. Tapi berapa kerat manusia yag berfikir dengan kembali kepada jalan Allah sahaja semua masalah boleh selesai.
Janji dan amaran Allah terlalu banyak sehingga manusia lemas tenggelam lalai dari mencari kebenaran. Baik rakyat dibawah maupun pemimpin diatas.
Keburukan telah berlaku dimana-mana. Tiada lagi bumi Malaysia yang bersih dari noda-noda dosa. Semua tempat sudah tidak selamat lagi dari maksiat hatta didalam Masjid pun manusia sanggup mencari habuan dunia. Apa tidaknya barang menjadi mahal duit tiada lagi bernilai.
Dunia akhir zaman. Tunggu lagi masa hampir sekali akan berlakunya kiamat. Keburukan sudah mengatasi kebajikan.
Tiada siapa lagi yang selamat kecuali mereka yang sentiasa pasrah dan menghampir diri dengan Allah. Insya Allah ini sahaja manusia yang selamat.Manakala yang lain akan menyesal sebagaimana maksud yang telah difirmankan Allah diatas.
Baliklah kepada kebenaran baik pemimpin di atas maupun rakyat Msia jelata yang beriman. Mudah2an kembali kebaikkan dengan campakkan rahmmat Allah menjadi kenyataan.
Janganlah degil sangat …….. nanti banyak lagi petaka bakal dilalui. Usahlah bimbang minyak di laut akan kering kerana minyak yang sediada dicarigali Petronas dll syarikat minyak tidak pernah didoakan oleh sesiapa. Ini pemberian Allah, marilah kita jadikan sebagai aset untuk bersyukur kepada Allah. Bukan dijadikan asas untuk menaikkan harga minyak dan harga barang.
Jangan kita rakyat Malaysia :’ Menyusu kera dihutang, anak dirumah kebulur mati tak makan’.
Wallahuaklam!
ReplyJune 26th, 2008 at 1:00 pm
Ini cerita dari Miri Sarawak. Seorang pelajar semenanjung yang belajar kat sana menceritakan pengalamannya.
Beliau ada seorang kawan yang tinggal kat Berunai.
Satu hari beliau ke Seri Bengawan dan sempat bersama kawannya mengisi minyak kereta di Stesen Pump Minyak.
Dalam masa yang sama ada beberapa buah motosikal dari Serawak turut beratur di Stesen berkenaan.
Tiba-tiba keluar dari sebuah kereta seorang rakyat Berunai yang budiman meminta supaya semua motosikal rakyat Malaysia yang menunggu giliran itu disuruhnya petugas stesen berkenaan mengisi penuh minyak bagi setiap buah motor.
Orang asing merasa terpanggil untuk berbuat kebaikkan disebalik kesenangan yang dimiliki. Apa hal Malaysia negara yang kaya raya sanggup melihat rakyatnya susah dan menanggung beban ekonomi yang begitu ketara.
ReplyJune 28th, 2008 at 6:49 am
jauh sangat. Tak sempat aku nak berdemo gak. demo silat boleh la gak..
ReplyJuly 7th, 2008 at 1:09 pm
Jauh apa Berunai tu dunia. Bukan akhirat.
Hak gini dok sampai dah. Akhirat payah lagi nak caya.
Reply