Babi punya gula-gula babi

November 15th, 2007 by eddyra on Isu Semasa

Dalam paper Metro hari ni ada cerita pasal gula-gula yang disyaki diperbuat dari gelatin babi. Babi betul ler. Aku malas nak komen panjang-panjang pasal cerita dalam metro tu.. tak abis-abis dengan isu babi. Ayam babi lah, getah rambut babi lah, sosej babi lah.. hari ni pasal gula-gula babi.

Tak payah terkejut kalau esok lusa keluar pasal roti babi, cake babi dan babi babi babi..


Gula-gula yang disyaki mempunyai unsur-unsur babi.

Masa aku belajar di UK dulu, ni cerita lama lah. Mula-mula aku sampai di sana, aku menumpang di rumah keluarga Melayu seorang postgrad sementara nak cari rumah sewa. Dr Khairul Anuar Kasim, aku ingat lagi namanya.

Hari-hari pertama awal-awal minggu di sana, aku telah dipesan oleh Dr Khairul dan isterinya supaya berhati-hati apabila membeli makanan. Kalau ada tertulis pork dan yang sewaktu dengannya tu memang sudah jelas lagi confirm memang tak payah beli ler kan. Itu tidak menjadi masalah bagi kami sebab dah terang-terang ada perkataan pork dan ada gambar hidung pendek tu.

Wife dia ada beri aku satu list panjang yang mengandungi nama-nama barangan dan ingredient code dalam barangan tersebut. Terkejut juga bila hampir semua makanan favorite aku di classified kan sebagai barangan yang disyaki mempunyai unsur-unsur yang meragukan. Kata beliau, kalau beli makanan tengok ingredientnya, kalau ada code seperti E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, etc etc etc jangan beli, kalau boleh elakkan sebab mungkin ada unsur babi.

Roti, cake, cokelat, entah apa lagi kebanyakkannya mempunyai code tersebut. Kalau aku berkira-kira sangat, alamat tak makan lah aku. Balik rumah masak nasi jer lah, abis tu camana kalau aku gi school ka, gi travel ka atau gi mana-mana tempat yang takde nasi halal.. susah juga kan. Apa yang patut aku buat.. nak makan rasa ragu-ragu. Ustaz cakap kalau ada keraguan halal atau haram, baik tinggalkan adalah lebih afdal.. hehehe.

Gambaran biasa di UK. Tuna sandwich bersebelahan dengan pork sandwich, hamburger .. kawan aku selamba je makan tuna sandwich tu kui kui kui..

Kedai Paki, kedai orang Arab pun ada yang jual makanan halal tapi itu pun kena berhati-hati jugak. Yang jenis bismillah halal pun ada, ayam katok pun dia bismillah, bismillah halalllllll…. kui kui kui. Yang jenis tolak daging babi tepi pinggan, tapi nasi dia makan pun ada.. McDonald, KFC semua tu jangan harap ada yang sembelih punya, tapi aku makan juga filllet O fish, french fries.. jangan haraplah dia nak asingkan bekas makanan dan kitchen dia yang ini untuk masak babi dan yang ini untuk goreng makanan halal punya..

pork-burger.jpgAku ijtihad kira-kiranya darurat la tu kut.. tak makan nanti lapar, walau pun setakat sehari dua tu rasanya aku tak akan mati lagi kalau tak makan. Kalau aku travel dari Newcastle Upon Tyne ke London dengan bas, kalau bas berhenti kat Little Chef (RR) mana nak jumpa makanan yang ada logo Halal….. aku makan juga bean dengan potato chips, guna pinggan yang dia orang guna untuk serve pork. Aduiii..

Aku ingat-ingat balik, aku suka sangat kedarah marshmellow masa tu.. aeiiii..

So kalau dah duduk di Malaysia ni, istilah darurat tu dah tak boleh pakai dah. Makanan dari sumber-sumber halal banyak depan mata, pilih jer. Cuma orang kita ni lebih suka makan seafood di kedai Tong Juan, Steven etc sebab sedap, sebab katanya orang Melayu yang masak.

Tepuk dada sendiri lah…

9 Responses to “Babi punya gula-gula babi”

  1. 1
    waliz Said:

    banyak juga gunanya babi ni ye…hehehe

    Reply
  2. 2
    eddyra Said:

    ya menatang tak guna yang banyak gunanya..

    Reply
  3. 3
    ciksu Said:

    ish..ish..ishh… doh mmg kategori babi ni banyok weh…. babi hutan, babi kaler pink, sawan babi, kutu babi, gila babi, ladang babi…. no wonder la anasir babi berleluasa gitew… GRRRRR…

    Reply
  4. 4
    hunter Said:

    TU NAMANYA ORG KITA MASIH KURANG LUAS AKTIVITI PERNIAGAAN YG HINGGA KINI DARI DULU MASIH BANGSA YG MAKAN BABI………….PUIII

    Reply
  5. 5
    Ruza Said:

    Apesal makan yang kena taruk logo Halal tak suruh orang islam je yang buat..yang tak islam tu buat jerr makan yang tak halal..amacam. Baru lah orang islam maju seimbang dengan orang yang tak islam..Nie idak..yang cop-cop halal pun diaorang nak buat same..
    Payah sungguh…

    Reply
  6. 6
    Shah Said:

    Haha… betul tue Ruza… aku sokong jugak idea ko tue…

    Reply
  7. 7
    abdullah bin ali Said:

    Habis dah rosak rakyat ana beragama Islam makan babi punya branded.

    Salah siapa ?
    Ibu yang mengandung…..?
    Pemerintah hari ni…….?

    Reply
  8. 8
    smartebiz Said:

    Adus…haram-haram. Binatang cam nih pun ada harga ke?? Huhuhu. Ni kalo dh ter…termakan mcm mana ek! Samak usus skali ker…. Just joking. Tp ini isu serius bagi pengguna beragama islam.

    Reply
  9. 9
    isaida Said:

    Betoi ckp eddyra….idup kat UK mmg menyesakkan!! nak hari2 lalu kat KFC/McD….terliuar banggg!!

    Reply

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Any view or opinion represented in the blog comments are personal and is accredited to the respective commentor / visitor to this blog. The owner reserves the right to moderate comment suitability in support of respecting racial, religious and political sensitivities.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me