Ramai lelaki Malaysia mati pucuk?

August 17th, 2007 by eddyra on Health

Sebanyak 35 peratus lelaki berumur 40 tahun ke atas di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis menghadapi masalah mati pucuk.

Perunding Urologi Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) Dr. Peter Ng Eng Pin berkata, rumusan itu dibuat berdasarkan satu kajian yang dilakukan tahun lalu di tiga negeri terbabit.

Katanya, kajian juga menunjukkan jumlah lelaki penghidap mati pucuk di negara ini hampir sama dengan keseluruhan rakyat Amerika Syarikat yang menghadapi masalah serupa.

Beliau yang menyifatkan peratusan itu begitu tinggi berkata, masalah tersebut berlaku disebabkan kebanyakan lelaki malu untuk berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan kesihatan.

Katanya, lebih memburukkan keadaan apabila mereka cuba mengubatinya secara bersendirian dengan mendapatkan bahan ubat-ubatan atau kaedah rawatan yang tidak diperakui pihak berkuasa.

“Punca utama perkara ini berlaku adalah disebabkan amalan cara hidup tidak sihat seperti merokok dan minum minuman keras di samping peningkatan penghidap diabetes dan sakit jantung yang amat terdedah dengan masalah mati pucuk.

“Ia menjadi bertambah teruk apabila lelaki malu untuk bertemu dengan doktor disebabkan ego mereka,”
Dr. Peter Ng Eng Pin

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Persidangan Kesihatan Seksual anjuran Persatuan Kesihatan Keluarga Univesiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Persidangan kali pertama itu dihadiri kira-kira 200 doktor dan pengamal perubatan.

Alternatif

Dr. Peter berkata, kebanyakan lelaki juga percaya masalah seksual termasuk mati pucuk boleh diubati dengan rawatan alternatif.

“Kajian saintifik menunjukkan hanya Viagra dan ginseng merah Korea sahaja mampu menyelesaikan masalah ini, bagaimanapun pengambilan akar kayu atau kemaluan harimau tidak memberikan sebarang kesan,” jelasnya.

Menurutnya, persepsi masyarakat perlu diubah bagi memastikan masalah tersebut dapat diatasi.

“Seks merupakan sesuatu yang sensitif untuk dibincang oleh masyarakat di negara ini tetapi kebanyakan kita lupa bahawa ia memberikan kesan kepada emosi dan tingkah laku kita,” katanya.

Tambah beliau, kajian menunjukkan seramai 113 juta penduduk Asia dijangka menghadapi masalah mati pucuk pada tahun 2025.

My comment:

Adehh.. kalau tak power pun dah huru hara apatah lagi kalau tak bangun terus. Secara peribadi aku tengok golongan lelaki ni memang peka dengan bab ni, cuma satu yang aku musykil, focusnya pada benda tu semata-mata. Kalau beli ubat, kalau gi ngurut memang tang benda tu jer, tapi bahagian tubuh yang lain tak jaga, jantung ka, buah pinggang ka apa-apa lah. Abis camana nak power kalau jantung pun dah nak out.

Kalau aku sembang-sembang dengan tukang urut tradisional, ramai yang datang nak urut pistol, mau panjang mau keras macam-macam tapi hakikatnya jantung lemah, kencing manis dan macam-macam lagi ler. Ada pakcik tu cerita, kadang-kadang dia rasa segan jugak yang datang nak suruh urut tu, dah nak masuk 60 dah.. tapi masih duk active lagi.. hahaha..

Mengapa mati pucuk berlaku?
(Di ambil dari majalah Wanita Ogos 1998)

  • Masalah lemah tenaga batin biasanya berlaku akibat gangguan vaskular yang menjejaskan bekalan darah ke zakar. Perjalanan darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol dalam darah yang luar biasa tingginya. Diabetes (kencing manis) merupakan satu-satunya masalah utama yang boleh dikaitkan dengan lemah tenaga batin.
    Ia boleh menimbulkan kesukaran seksual lelaki pada sebarang usia melalui gangguan sistem perjalanan darah dan saraf yang terlibat untuk merangsang ketegangan. Kesannya, kira-kira setengah daripada penghidap diabetes lelaki akan menghidapi masalah lemah tenaga batin.
  • Selain berpunca daripada keadaan fizikal, keadaan psikologi juga boleh menyebabkan masalah ini. Ketegangan perasaan, bebanan kerja, keletihan, perkahwinan yang tidak harmoni juga boleh menyebabkan lelaki menghadapi masalah ketidakupayaan. Sebenarnya, masalah ini adalah masalah perubatan yang biasa dan lelaki tidak pernah keseorangan menghadapinya. Cuma, tanpa rawatan segera, ia boleh menyebabkan banyak masalah emosi yang seterusnya menjejaskan imej diri, hilang keyakinan, ketegangan fikiran dan masalah perhubungan suami isteri.
  • Masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan lemah tenaga batin ialah gangguan neurologi seperti sclerosis berbilang, penyakit alzemir (angin ahmar) dan trauma akibat kecederaan pelvik atau tulang belakang. Pembedahan khususnya penyakit prostat dan terafi radiasi juga boleh menjejaskan fungsi tenaga batin sama seperti sesetengah ubat yang dipriskripsi untuk merawat penyakit seperti tekanan darah tinggi, ketegangan perasaan, penyakit jantung, ulser gastrik dan barah.

  • Pendapat Pakar Urologi merangkap Presiden Persatuan Penyelidikan Lemah Tenaga Batin bagi Asia Pasifik (APSIR), Dr Tan Hui Meng, yang mengatakan bahawa sebelum ini masalah lemah tenaga batin dianggap berlaku akibat masalah psikologi. Kini, para penyelidik mendapati empat daripada lima lelaki yang menderitai masalah tersebut mempunyai masalah yang berpunca daripada keadaan fizikal. Penyebab utama lemah tenaga batin biasanya berkaitan dengan diabetes, penyakit jantung dan masalah hati

  • Menurut kajian yang dijalankan oleh Pfizer berkaitan rawatan lemah tenaga batin di Asia, 25 peratus pesakit lemah tenaga batin juga menghidapi tekanan darah berlebihan (hypertension), 15 peratus menghidap prostatik hyperlasia ringan, 13 peratus menghidap diabetes jenis 11, sembilan peratus menghidap penyakit vaskular, sembilan peratus menghidap diabetes jenis 1, sembilan peratus menghidap keadaan psikitrik, tujuh peratus menghidap trauma pelvik dan dua peratus mengalami kecederaan tulang belakang
  • Kurangnya komunikasi antara pasangan dan pakar penjagaan kesihatan lambat laun boleh membawa kesan negatif. Masalah lemah tenaga batin boleh menjejaskan perhubungan suami isteri. lika isteri mengetahui bahawa suaminya menghadapi penyakit tersebut, dia boleh-membantu dengan menggalakkan suaminya membicarakan perkara tersebut secara terbuka. Ketika inilah peranan pasangan penting dalam membantu merawat masalah lemah tenaga batin,” tegas beliau sambil menekankan pengorbanan dan pemahaman isteri amat dituntut demi kesejahteraan rumah tangga.
  • Faktor gaya hidup juga penting. Merokok misalnya boleh menyempitkan aliran darah ke zakar dan memburukkan keadaan vaskular seperti tekanan darah tinggi. Meminum minuman beralkohol secara berlebihan serta penyalahgunaan dadah boleh memburukkan lagi masalah tersebut.

One Response to “Ramai lelaki Malaysia mati pucuk?”

  1. 1
    onion-eyed sulfur Said:

    Everybody wants to go to heaven, but nobody wants to die — Joe Louis

    Reply

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Any view or opinion represented in the blog comments are personal and is accredited to the respective commentor / visitor to this blog. The owner reserves the right to moderate comment suitability in support of respecting racial, religious and political sensitivities.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me