Archive for the ‘Sketsa’ Category

Duit .. Pak Lah bagi.

Thursday, July 17th, 2008

Posted eddyra by on Sketsa

Pak Lah bagi duit minyak kat aku.. RM625.00 untuk setahun. Nak nampak lagi banyak convert kepada Rupiah.. Rp 1,791,000.00 wow kaya banget gue..

Zimbabwe 50 Million Dollar Note

Wednesday, July 2nd, 2008

Posted eddyra by on Sketsa

Do you know that we can’t purchase even three packs of bread from it.

Zimbabwe has the worst inflation rate in the world. Almost 80% of the nation is unemployed. The Zimbabwean central bank has introduced $500 million bearer cheques (or currency notes) for the public, and $5 billion, $25 billion, $50 billion agro-cheques for farmers. Just last fortnight the nation had introduced $250 million bearer cheques.

A sausage sandwich sells for Zimbabwean $50 million. A 15-kg bag of potatoes cost Zimbabwean $260 million. But then, Zimbabwean $50 million is roughly equal to US$ 1!

Peraduan Celcom 100 Toyota Camry haram

Monday, June 9th, 2008

Posted eddyra by on Sketsa

Astagfirullahalazimmm.. 3x

Celcom (M) Bhd menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya menerusi peraduan ‘Celcom 100 Hari 100 Kereta’. Sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pemenang peraduan berkenaan.

Pelanggan perkhidmatan Celcom yang berminat menyertai peraduan itu hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor xxxxx. Promosi itu terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baru Celcom.

Pelanggan yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat serta mendapat mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang. Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi tambahan sebuah kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu.

Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5.

Aku punya comments lah. Haram atau tidak sesuatu peraduan/pertandingan bergantung kepada unsur-unsur yang terdapat di dalamnya. Kalau ternyata haram, maka haram lah dan tak perlu kita nyatakan sebaliknya.

Kalau menurut www.zaharuddin.net ustaz Uzar secara terang beliau menyatakan peraduan ini ada berunsur perjudian.

Sekali SMS kena charge RM5. Awal-awal dah terkena. Di web ustaz berkenaan aku terkedu melihat satu comment yang di tulis, mintak kebenaran untuk copy dan paste di blog ini:

Written by rahim on 2008-06-04 09:58:03

Assalamualaikum,
Saya nak kongsi pengalaman. Saya dah sertai peraduan ini pada hari mula2 dilancarkan iaitu pada 2/6/08. Saya mula hantar sms pukul 9 pagi (2/6/08) setelah saya masuk laman web mereka dan dan kaji syarat2 penyertaan. Tujuan saya mendedahkan perkara ini adalah untuk kebaikan semua agar rakyat malaysia jangan sesekali terpengaruh dengan peraduan ini.betul kata Uztaz.. memang ianya JUDI.

a) saya kerugian RM460 kerana menjawab soalan2 yg diberikan. 1 jawapan yg dihantar=rm5
b) mata yang saya dapat 145,000 mata tapi x menang juga
c) solan yg disediakan amat mudah. ini strategi mereka untuk dapat RM5 tu, bukan nk menguji peserta. Sesiapa pun boleh jawab.
d) setiap soalan disertakan dengan kata2 pujian terhadap anda, dan perkataan yang seolah2 anda adalah pemenang kereta tersebut. ini menyebabkan anda teruja dan terpengaruh untuk terus menghantar jawapan.

Saya rasa selepas ini ramai yang sengsara dengan bil melambung. Yang menang seorang saja. Bayangkan kalau seorang rugi RM400, kalau 20000 org dah RM8 juta mereka dapat. Pihak berkuasa tolong lakukan sesuatu, jangan sengsarakan rakyat malaysia. Saya bukannya dengki kerana tak menang tapi saya dapat merasakan ramai yg terjebak dengan peraduan ini. Beritahu kepada kawan2 dan saudara mara bla bla bla….

Terpulang kepada anda, aku tak tergoda dengan benda-benda gini. SMS untuk Akademi Fantasia pun tak, apatah lagi dengan benda-benda yang belum tentu dapat ni.

Siapa tak mau Camry? Semua orang mau.. aduhai mudahnya kita kena kelentong.. It’s not a case of sour grapes lah, kalau tak dapat banyaklah aku punya alasan. Tapi pernah dengar tak pepatah kaki judi, you wont win a lottery until you buy it.. lebih kurang lah.

Flying dome (Kubah terbang)

Saturday, May 31st, 2008

Posted eddyra by on Sketsa

It happened in 2003, in Kailolo, Haruku Island, Maluku Tengah. People was putting mosque dome just using zikir. Believe it or not?

When the movie just started, look at the left down side of the camera, did you see 2 white lines? ..

The video has already been watched 15,424 times on YouTube. Some say the video is fake. Don’t worry whether it is genuine or not. Someone who has been there knows what is actually going on.

Jiran Cina Jiran Melayu

Tuesday, May 20th, 2008

Posted eddyra by on Sketsa

Aku rasa ada dalam comments aku dulu aku sebut aku pindah rumah, ntah kat mana punya entry. Aku dah pindah dari taman perumahan yang aku duk selama 6 tahun, berpindah ke kawasan taman perumahan juga ler.

Taman perumahan lama tu, aku tinggal berjiran dengan kaum Tionghwa, kiri kanan dan belakang rumah aku semua kaum Cina lah, cuma depan jer mix indon dengan Cina. 80% taman perumahan tu terdiri dari kaum Cina. Sebelah kiri rumah aku, tokey kedai hardware. Sebelah kanan rumah aku seorang auntie tua, anak-anak semua berharta punya orang. Belakang rumah entah tak tau kerja apa tapi anak perempuan dia sexy abis kui kui kui..

3 jiran Cina aku ni semua OK takde masalah, aku hormat dia orang dan dia orang hormat aku. Maknanya dia orang tahu aku punya batasan ugama, dan aku tahu dia orang punya kehendak-kehendak ugama dan budaya mereka. Raya Cina dia orang pong pang pong pang main mercun, aku tak kisah sebab Raya Aidilfitri aku bising jugak layan mercun dengan anak aku. Time dia orang buat majlis rumah baru, dia orang bawak tarian singa degung degang degung degang, aku rasa takde hal pun, anak-anak aku pun boleh tumpang tengok singa he he he. At least setiap raya cina auntie sebelah rumah beri aku limau. Ok la tu.

Petang-petang anak aku boleh main depan rumah join anak-anak Cina tu sekali sekala, aku boleh sembang-sembang dengan Cina-Cina tu, apa saja topic termasuk politik.

So hampir 6 tahun aku kat situ, maka terasalah nak berpindah untuk berjiran dengan bangsa sendiri, nak bergaul dengan masyarakat Islam Melayu. Mak aku dah letih sound aku suruh aku cari rumah yang dekat dengan orang Melayu Islam, biar ada rahmat katanya.

1st May 2008 aku pun berpindah ke taman perumahan Melayu, 100% rumah kediaman Melayu. Rumah baru ni, sebelah kiri dan kanan rumah aku ni rumah keluarga Melayu. Aku tak sempat nak berkenalan pun di awal-awal tu sebab masing-masing busy dengan hal masing-masing. Cuma sekadar angkat tangan gitu gitu jer lah. OK takde masalah nampaknya.

Hampir seminggu jugaklah keadaan begitu, jadi aku berpakat dengan wife aku untuk berkenalan dengan keluarga sebelah kiri dan kanan. Agak mendukacitakan juga bila aku tahu jiran aku kiri dan kanan sudah tidak bertegur sapa hampir 5 tahun!!

Aduhai.. dengar cerita sebelah pihak, punca masam muka disebabkan hal anak-anak jer. Hal budak-budak tapi mak bapak yang masuk campur. Abis tu camana.. aku pulak rasa kekok duk kat tengah-tengah tu. Ingatkan duk berjiran sesama bangsa ni semua akan rasa persaudaraan, tapi tak juga rupanya..

Hari-hari berlalu, aku balik kerja terus masuk rumah, kalau ada orang sebelah rumah aku tegur atau senyum. Kalau takde aku buat bodo jer lah. Nampaknya kena buat hal sendiri, lu lu punya pasal, wa wa punya hal. Bagi aku, aku akan tetap berjiran dengan rumah kiri dan kanan, itu masalah mereka. Cumanya aku perlu berhati-hati bila berjiran dengan mereka..

Wanita takut gemuk

Monday, April 21st, 2008

Posted eddyra by on Sketsa

Wow!

Sudah lah gemuk, huduh pulak tu.. ucapan biasa yang kita dengar dari seseorang kepada seorang wanita yang berbadan gemuk. Aduih sakitnya..

fat-girl.jpg

Satu topic yang tak membawa kemajuan tetapi sering menghantui kaum wanita. Kenapa wanita takut gemuk? Kenapa wanita akan rungsing sekiranya berat badannya naik 5kg? Aku perut maju ke depan tak rungsing pun :)

Sedang aku fax document, aku terdengar perbualan officemates (kaum ibu) aku. Dia orang sedang bercakap pasal diet.. thehehe. Yang sorang diet tak makan sebab takut berat badan naik, yang sorang tu diet 2 pinggan jer. Susahnya jadi perempuan, nak makan pun kena control. Terlebih makan berat badan naik, tak nak makan hati tergedik-gedik nak makan.

Kenapa takut berat badan naik?

Kaum wanita ni sanggup perabih duit gajinya dan duit lakinya untuk kuruskan badan. Join Slimworld ka, beli Beautiful set ka, sure ribu-ribu punya harga lah. Koman-koman pun gi kelas aerobic dan kelas tari menari. Kalau tengok iklan kecantikkan, photo yang WAJIB dipaparkan dalam iklan ialah body perempuan yang macam kerengge.

Dulu aku ada seorang kawan, perempuan. Dari pandangan mata kasar aku, aku tengok dia ni biasa-biasa saja, tak gemuk pun. Aku suruh dia pusing kiri, dia pusing kiri dan seterusnya lah. Aku bukan FBI (Female Body Inspector) yang tau pasal body dia, tengok luaran jer lah kan. Sambil terisak-isak menangis dia tanya aku, adakah badan dia gemuk.. adehh!!

Aku cakap tak pun, ok la tu. Dia kata orang cakap (seorang lelaki) dia sudah gemuk. Menangis dia bang.. menangis!! Menangis cik kak.. aduhai.. aku fikir-fikir kalau tetiba dia bangun pagi esok sedar-sedar naik 10 kilo mau gantung diri punya lah.

Sebelum nikah, jaga badan sebab takut takde orang nak. Lepas kahwin dapat anak, kena jaga badan juga sebab takut laki cari lain.

Aduhai.. perempuan..

Babi oh babi..

Friday, April 18th, 2008

Posted eddyra by on Sketsa

Macam-macam cerita pasal babi. Banyak kegunaan babi ni, telinga babi boleh buat makanan anjing, taik babi boleh dijadikan makanan kerang. Sawat babi untuk kuatkan sex. Usus babi boleh jadi sarung sosej. Lemak babi boleh dicampur dalam cokelat, mashmellow dan.. babi juga boleh dijadikan modal politik.


Hello.. i am pig.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me