Archive for the ‘Sketsa’ Category

My perfume collection

Tuesday, November 25th, 2008

Posted eddyra by on Sketsa

I love perfume and have decided to share my perfume collection with you my friends, yeah but not as big as some people I have seen.

Carolina Herrera - 212
Carolina Herrera - 212 Sexy Men ~ sooo nice!
Calvin Klein - CK One
Calvin Klein - Eternity
Chanel - Allure
Chanel - No. 5
Chanel - Pour Monsieur
Christian Dior - Dune
Christian Dior - Poison
Guy Laroche - Drakkar Dynamik
Gianni Versace - Versus
Giorgio Armani - Aqua di Gio
Giorgio Armani - Attitude ~ just bought, suck!
Hugo - Boss
Paco Rabanne - Sport De Paco
Ralph Lauren - Polo Blue
Ralph Lauren - Polo Explorer
The Body Shop - White Musk for Men :)
Tommy Hilfiger - Freedom
Givenchy - Givenchy Gentleman (1974)

Each one is unique in its own way, and I like to change it depending on my mood.

What is life without a wife

Monday, November 24th, 2008

Posted eddyra by on Sketsa

No life without wife or no life with wife? Hahah you never know the sweetness or sourness of a fruit till you taste it.

Ehem.. Hari ni dah masuk berapa minggu aku tinggal sendirian kat rumah tanpa anak-anak dan wife. Sejak hari pertama dia melahirkan anak no 3 hingga ke hari ni dia masih dalam confinement mode di Kota Bharu. Maka tinggallah aku sendirian di Kemaman ni sebatang karat. Bangun pagi kejutkan diri sendiri, buat melo sendiri… start kete gi kerja. Kalau tak masa ni lah budak-budak tu bising bangun pagi-pagi sejuk mandi pagi..

Lunch, sorang. Kalau tak tapau jer makan dengan wife kat rumah, dia pun kerja mana ada masa nak masak lunch. Petang abis kerja pukul 5-6 petang, balik rumah aduhai sunyinyer ler rumah tu, macam kena tinggal dek bini. Macam aku ni tinggal dalam dunia ni seorang diri. Dulu masa ada budak-budak tu, kalau aku balik mesti berlari-lari mintak cokelat atau ajak main buai atau ajak naik moto. Adehh..

Malam pulak lepas semayang isyak, start moto gi cari makan kat kedai.. sebijik macam budak bujang.. err itu yang rasa best tu hehehe.. nak balik awal, takde orang kat rumah. Melangut lah kat kedai makan tengok TV. Tak pun layan kapala kat town, cuci mata tengok mana-mana yang boleh jadi no 2 cewahhh.. itu lah jantan, bini takde sekejap terus nak menggatal, macam korang lah kan..

Balik rumah pukul 10-11 malam, adehh lagi lah sunyi, macam duk kat oversea pulak.. anak-anak takde, isteri takde, jiran pulak jenis bawak diri.. duduk lah aku layan Astro.. layan pc.. buat air kopi O sendiri.. basuh baju sendiri. Gosok baju sendiri, sangkut baju sendiri, letak baju dalam almari pun sendiri.. cuma lipat kain je yang liat sikit.. tunggu dia balik lah kasi lipat semua tu..

Sampailah masa nak tido.. itu yang thrill sikit tu, korang budak-budak bujang apa tau. Biasanya boleh mintak tolong massage kan tapak kaki, tapak tangan dan apa-apa lah kan. So kali ni self service lah. Cari bantal golek peluk bantal golek, pusing kiri pusing kanan.. terkujat-kujat mata nak suruh tido.. adeh siksa sungguh. Masa dah nak tertidur tu masa tu lah ‘keraba-keraba’ (aku pun tak tau nak maksudkan apa, macam budak-budak kecik tido mengigau tu lah).. hehehe.. bukan budak kecik je yang tido keraba-keraba, akuuu pun keraba-keraba juugakk.. :)

Entahlah, itu hanya secebis cerita aku ditinggalkan isteri buat sementara waktu, tapi bila lagi kan kita nak jadi bujang semula bebas-sebebasnya nak keluar rumah balik tengah malam pun kan.. kalau dia dah balik nanti adehhh … itu lah ini lah .. nak ikut lah, balik awal lah.. bla bla bla.. korang gitu jugak eh? Eh sama :) wahaha..

So how my friend.. no life without wife? or no life with wife? I believe that everyone needs a soulmate.. Anyway, I have a nice life and a nice wife. No complaints at all.

Dunia penkid..

Friday, November 14th, 2008

Posted eddyra by on Sketsa

Penkid, wanita yang berperwatakan dan berpakaian lelaki. Mereka menganggap diri mereka lelaki dan hanya tertarik kepada perempuan. Berlawanan dengan mak nyah aka pondan yang berperwatakan dan berpakaian seperti perempuan..

Penkid ni, macam kita tau lah berambut pendek, berpakaian lelaki, berlagak macam lelaki, rasa diri tu dah memang lelaki dah walaupun terpaksa time nak kencing tu masuk toilet perempuan. Tak ke hipokrit tu.. dah alang-alang rasa diri tu lelaki masuk la terus toilet lelaki kan.

Ada kajian yang mendapati phenomena ni bermula dari peringkat permulaan perempuan itu masih kecik lagi. Theory yang dianggap possible cause ialah perempuan ni dulunya hidup di dalam environment di mana dia melihat peel dan perangai lelaki lebih dominated berbanding perempuan. Avon Longitudinal Study of Parents and Children menyanggah theory ini, phenomena ini disebabkan oleh genetic and prenatal factors.

Ikut lah apa pun theory dia orang cerdik pandai ni keluarkan, penkid ni dah jadi satu masalah negara, sampai perlu berfatwa haram. Haram mana-mana wanita berpakaian menyerupai lelaki, itu semua sudah tau tak perlu berfatwa pun. Fatwa mengenai penkid sudah dikeluarkan so bagaimana enforcement nya, nak tangkap semua perempuan penkid? Nak gubal peraturan baru kut semua perempuan diharamkan berpakaian menyerupai lelaki, diharamkan berambut pendek dan err… kalau berendet dengan couple penkid akan ditangkap dan didakwa..?

Kalau minum arak itu haram, penguatkuasaan terhadapnya ialah dengan menegah dan mengambil tindakan kepada mana-mana individu Islam yang mengamalnya, kalau khalwat itu salah mesti ada enforcement untuk menghalangnya.. betul dok.

Penkid.. perempuan berjiwa seperti lelaki. Entahlah aku pun tak paham apa yang best jadi penkid, bukan boleh tambah zuriat pun, setakat boleh buat geli-geli jer apa kejadahnya. Sama la jugak macam gay dan pondan tuh.. Tuhan dah jadikan berpasangan-pasangan, positive dan negative tapi yang sejenis jugak yang dia syok. Luar tabiee sungguh..

Kalau kita menyelami hati dan perasaan puak-puak penkid, gay dan pondan ni kita akan terfikir pasal apa dia orang ni syok kat sesama jenis kan. Lelaki dengan lelaki, apa ke jadah duk hantam dubur lelaki lain, apa yang best sangat tu? Apa yang merangsang seseorang gay sehingga dia ada rasa berminat nak ****job pistol lelaki tu, apa kejadahnya nak sorong ke dalam dubur busuk.. pernah terfikir tak? Mesti ada sebab, mesti ada sebab yang sangat best sampai Tuhan pun menurunkan bala pada kaum nabi Lut. Itu satu hal, parah lagi kalau pasangan gay ni saling rindu merindui dan sayang menyayangi antara satu sama lain.. wahaha.. cinta tak mengenal jantina bro.. lagi bertambah parah kalau pasangan ni berkahwin.

Sama la jugak dengan penkid ni, syok sangat kat pompuan lain sampai bawak kat atas katil. Tak ke mananya feel tu.. sampai masanya dia pun nak ada keluarga jugak, ada anak anak suami. Sudah-sudah lah adik dan akak penkid ooii, cukup masa kena beli pad jugak. Tak ke mananya ‘kelakian’ adik dan akak tu..

Meh lah kita balik, kita belajar masak nasi, belajar buat puding buih, belajar jahit baju, kemas rumah dan bagaimana nak melayan suami..

Note : Photos by Zu.

Boss oh boss..

Wednesday, November 12th, 2008

Posted eddyra by on Sketsa

Boss is always right? Siapa cakap..? Blah la..

Aku ada boss, dan aku pasti korang semua ada boss masing-masing, melainkan korang ni kerja sendiri jadi boss pada diri sendiri. Boss, seorang ketua dalam satu-satu organisation, tak kira lah kat office ke, kat sekolah ke atau dalam kumpulan gang-gang penjahat.. at least ada seorang ketua, atau lebih manis dengan nama manjanya, boss!

So what da hell with boss? Apa yang bestnya jadi boss dan apa yang tak bestnya jadi anak buah boss.. tentu korang pun tahu peel boss korang, kalau dapat boss yang baik, elhemdulillah. Kalau dapat boss yang panas baran, nauzubillah. Bagaimana kalau dapat seorang boss yang cerewet nak mampus, asyik dia je betul, dia je betul dan dia je betul? Kalau dia salah pun, kita juga yang dia tiuu.. tiu na seng sungguh! Kalau kita beri idea kita, dia pusing-pusing sampai lah kita rasa idea kita ni tak dihargai langsung macam taraf longkang.. pulak tu kalau idea kita boss terima, boss pulak hantam kita kalau idea kita tu screw-up kan satu-satu job. Abis mana lah kita tak rasa sakit hati.. nak lawan karang, dia tu boss, tak lawan karang boleh sakit jantung memendam rasa. Lawan lebih-lebih karang performance bonus ciput pulak.. tak ke sakit jiwa..

Dulu masa aku mula-mula belajar kerja, tengah syok type kat pc tetiba pc jadi blank dan abis semua data yang aku tulis tu erased.. boss pulak nak cepat, natang sungguh hehehe.. aku cakap la, “boss, pc problem..”. Aku ingatkan dia bersimpati, dia kata “so what?.. buat la semula”. Bengang nak mampus wa.. tapi selepas beberapa ketika, betul jugak kan. Kalau dah tu kerja aku, macamana pun aku tetap kena buat jugak, dah kita ni anak buah boss.

Boss ni kalau jenis kepala angin, sakit hati jugak kita ni. Datang pagi kat opis kalau nak jumpa dia kena tengok mood dulu, kalau muka macam baru lepas gaduh dengan bini, atau semalam bini tak bagi.. nak ketuk masuk bilik pun seram… kena tunggu dia cool dulu. Kang tak sesaja kena maki, at least itu pengalaman aku dulu-dulu la masa kerja kat Uganda, bukan kat Kemaman ni :)

Senior aku berpesan, kalau ada problem dalam kerja, jangan jumpa boss bawak problem tu.. tapi kita jumpa dia dengan beberapa suggestion kepada problem tu, kalau semua problem nak serah kat boss, baik dia je yang buat kerja kita. So bila ngadap boss, biar ada option, suggestion jangan datang dengan kepala kosong.. nampak sangat kita ni cap ayam. Unless problem tu memang level boss jer yang boleh settle. Dia orang sendiri pun ada banyak masalah di level dia orang.. so nak tak nak kita ni kena ler hulur kepala kita kat boss.. betul ka apa aku cakap ni?

Boss yang cerewet nak mampus.. aduhai aku rasa dia punya cerewet tu mengalahkan pompuan yang baru nak menapous.. silap type pun tak boleh, alignment lari pun tak boleh.. itu kecik punya hal pun dah reject apatah lagi hal yang besor-besor.. memang cerewet cap ayam lah.

Apa lagi.. entah malas la nak cerita pasal boss ni..

Tangkap khalwat..

Saturday, October 25th, 2008

Posted eddyra by on Sketsa

Kawan aku call, dia kata ada orang sebelah rumah dia bawak balik seorang perempuan, confirm bukan bini dia. Kawan aku kata perkara ini sudah lama berlaku, dan dah ramai dah perempuan datang ke rumah tersebut. Dia mintak tolong gi serbu.. wahaha

Maka aku pun start moto gi masjid kampung aku jumpa gang dan pak imam, mari kita pergi tangkap orang yang buat kerja-kerja tak senonoh tu.

Maka berkatalah pak imam, “Mana buleh gi serbu gitu, saloh!.. Kita kena beri alamat rumoh tu kepada Pejabat Ugama, dan mereka akan dapatkang warang (waran daaa) untuk memasuki rumah tersebut”..

“kalau kita masuk tanpa waran, kita boleh dituduh menceroboh rumah mereka….”

Adehh.. bayangkan.. bayangkan .. malas aku nak cakap banyak-banyak.. apa kejadah..

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Monday, September 29th, 2008

Posted eddyra by on Sketsa

To all my friends, fellow bloggers and readers celebrating Hari Raya Aidilfitri … I would like to apologise for any of my wrongdoings, intentionally or unitentionally

Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir & Batin to all and please drive safely and may God bless you..

To all offshoremen who are celebrating without their families, don’t be sad my friends.. you are sacrificing your hari raya so that other people in the country can celebrate it.

Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir & Batin. See u again after the raya holidays…

Ramadhan yang akan berlalu pergi..

Friday, September 26th, 2008

Posted eddyra by on Sketsa

Adehh..

Aku teringat cerita tok guru aku bahawa langit, bumi dan malaikat menangis bila Ramadhan menghampiri penghujungnya. Begitu juga lah dengan orang-orang yang beriman yang bergumbira ketika Ramadhan datang, mereka juga akan merasai kesedihan bila bulan Ramadhan semakin ke penghujungnya. Indahnya jiwa mereka kan, dapat merasai kegembiraan datangnya bulan Ramadhan, dan dapat merasai kesedihan di penghujungnya. Aku?? Aku gembira dah nak abis puasa, insomnia aku akan selesai, pukul 10.00 pagi boleh gi minum dengan kawan-kawan.. dan boleh berhari raya.

Mereka menangis kerana perginya satu bulan yang penuh dengan keberkatan, pengampunan dan kebebasan dari api neraka. Satu bulan di mana pahala ibadat sunat digandakan menjadi seperti pahala ibadat wajib. Mereka takut tidak berjumpa lagi bulan Ramadhan yang akan datang..

Selepas ini, surau masjid akan kembali seperti biasa. Lenggang. Sunyi dari takbir solat tarawih.. tiada lagi qiamulail di sepuluh malam terakhir..

Tak sedih ke?

.. tapi ya ler.. Tuhan pilih siapa yang Dia nak campakkan perasaan itu, bukan boleh pakai cable tok nenek atau mak bapak pun. Maka berbahagialah mereka yang terpilih. . . .

Sepuluh hari terakhir, jalanraya sibuk, pasaraya sesak sebab nak sambut berakhirnya Ramadhan.. err nak sambut hari raya. Mana sempat nak pikirrr bang.. baju bini lagi, baju anak-anak lagi, baju aku, baju aku, baju aku lagii.. nak cari kuih raya, nak service kereta.. macam-macam lah lagi.. kan nak sambut raya.

Ruginya kann..

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me