Archive for the ‘politic’ Category

This is my new MB

Tuesday, March 25th, 2008

Posted eddyra by on politic


I may not last long…

This is our new Menteri Besar, Dato Ahmad Said replacing Dato Idris Jusoh who was rejected by Sultan Mizan.

I am not quite sure what is the reason behind him snubbing Idris Jusoh but I do believe in him and I believe he has rakyat in his interest. May be you can find that reasons here.

I am a Terengganu-ian and I support the Sultan of Terengganu.

Aduhai politik UMNO Terengganu..

Monday, March 24th, 2008

Posted eddyra by on politic

Aku cukup marah, bengang, malu dan sedih atas apa yang berlaku di Terengganu. Aku merasa teramat malu apabila melihat apa yang berlaku sekarang ini hingga ada yang tergamak menulis “natang” sebagai bantahan kepada keputusan istana dan Tuanku Sultan Mizan. Aku tafsirkannya sebagai bantahan kepada Sultan Mizan, itu pendapat aku.

Aduhai.. mengapa ini boleh berlaku. Perkara ini amat menyentuh perasaan dan telah pun menyiat hati sesiapa saja.

Aku tidak mewakili mana-mana parti politik, aku tidak pernah berdaftar pun dengan mana-mana parti di dunia ni. Aku bertanya pada diri sendiri, wajarkah politik seperti ini? Patutkah menentang keputusan yang telah dibuat oleh sultan sendiri kerana mahukan jawatan dan kedudukan peribadi masing-masing, kerana kuasa dan wang.

Utusan Malaysia, 24 Mac 2008 menyiarkan pendirian Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al- Habshee terhadap Idris Jusoh dan 22 ADUN Terengganu. Sikap seperti ini sewajarnya dijadikan contoh kepada orang-orang Melayu UMNO khusus di negeri Terengganu.

Poster bantahan. Credit to tranungkite.net

Apa yang sedang berlaku ini adalah sama sekali tidak bertimbangrasa dan merupakan satu keadaan yang sangat menyedihkan. Kalau diimbas kembali sejarah kesultanan Melayu dulu-dulu, golongan ini boleh dilabel sebagai penderhaka. Sultan berhak untuk buang negeri orang-orang macam ni.

Keadaan ini hanya akan mengeruhkan lagi keadaan dan perasaan orang Melayu.. tak kira siapa kita, PAS ka UMNO ka atau sapa-sapa lah. Lim Kit Siang, seorang berbangsa Cina yang memboikot keputusan pemangku Sultan Perak akhirnya akur dan meminta ampun di atas ketelanjurannya. Beliau tahu buruk baik tindakkannya itu boleh menyemarakkan lagi perasaan terguris Melayu, malangnya Melayu di Terengganu sendiri yang derhaka kepada sultannya sendiri.

Kalau perintah sultan pun boleh diketepikan, apatah lagi nak menjunjung titah baginda. Seelok-eloknya berbincanglah secara baik, cari orang tengah untuk selesaikan masalah. Cerita-ceriti ni akan bersambung dari mulut ke telinga rakyat jelata. Bila dah jadi gini, akan terjadi lah peristiwa selak seluar dalam antara satu sama lain dan akhirnya rakyat akan tahu juga pemimpin yang dipilih baru-baru ini rupanya berpenyakit. Siapa yang rugi, diri sendiri juga yang rugi.

Apa dah jadi ni.. penyu terus menangis bang.

Kronologi Krisis MB Terengganu

Monday, March 24th, 2008

Posted eddyra by on politic

BERMULA dengan penangguhan majlis angkat sumpah dua hari selepas pilihan raya umum 8 Mac, krisis pelantikan Menteri Besar Terengganu terus berlarutan hingga saat ini. Mari kita tengok siapa yang kena.. penyu dah stop menangis.

Rentetan peristiwa krisis Menteri Besar Terengganu
10 Mac: Majlis angkat sumpah calon Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh di Istana Maziah, KualaTerengganu ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

11 Mac: Idris, Adun Jertih dan juga Pengerusi BN negeri, kelihatan sugul dan tegang apabila media bertanya persoalan beliau tidak mendapat perkenan istana sebagai menteri besar bagi penggal kedua.

12 Mac: Nama Datuk Ahmad Said, wakil rakyat Ajil, antara tiga nama yang disebut-sebut menggantikan Idris. Setiausaha perhubungan Umno negeri, Datuk Rosol Wahid, wakil Ajil, dan Datuk Mohamad Awang Tera, wakil Chukai, turut dinamakan. Mohamad menafikannya kepada Malaysiakini dan menyebut beliau dan wakil-wakil BN akan berdiri di belakang Idris.

14 Mac: Idris mengesahkan tidak hadir dalam pertemuan semua 24 wakil BN dengan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang dijadual diadakan di sebuah hotel di Putrajaya.

15 Mac: Pertemuan wakil-wakil BN dengan MPPR dibatalkan dua jam sebelum dijadual berlangsung 11 pagi. Seramai 20 wakil BN bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pelantikan Menteri Besar Terengganu, selain menyatakan sokongan mereka kepada Idris. Istana Terengganu dilaporkan menafikan pembabitannya dengan isu pelantikan jawatan itu.

18 Mac: Idris menyeru pendudukTerengganu bertenang sewaktu negeri itu ketiadaan menteri besar dan berkata beliau masih belum mendapat apa-apa maklumat mengenai upacara mengangkat sumpah jawatan tersebut dari pihak istana.

19 Mac: Peguam Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong tidak terlibat dalam pemilihan calon menteri besar. Menurut perlembagaan, kata beliau, Baginda dilarang menjalankan fungsi sebagai Sultan Terengganu kecuali fungsi sebagai ketua agama Islam.

20 Mac: Polis menahan empat lelaki berusia 23 hingga 27 tahun kerana dipercayai membawa 20 helai kain rentang kira-kira 1.45 pagi mengenai pelantikan menteri besar diJalan Sultan Mahmud, sebatang jalan utama di Kuala Terengganu.

21 Mac: Empat lelaki tersebut, yang disiasat antaranya menurut Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, dibebaskan. Polis memberi amaran kepada penyebar SMS, yang dilaporkan semakin meluas sejak beberapa hari lepas, tentang isu pelantikan menteri besar.

22 Mac: Pejabat Sultan Terengganu melantik Adun Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besardan majlis angkat sumpah diumumkan pagi keesokannya. Seramai 22 wakil BN, yang diketuai Rosol, mengumumkan untuk memulaukan majlis tersebut.

Buletin Utama TV3 melaporkan, seorang ahli politik Terengganu (yang tidak dinamakan) kini sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung beberapa projek di Kijal. Setiausaha agung Umno Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Ahmad agar tidak menerima pelantikan tersebut atau sedia menerima tindakan disiplin.

23 Mac: Majlis angkat sumpah ditangguhkan dan Ahmad hanya menerima watikah pelantikan daripada MPPR. Rosol, bagi pihak kumpulan wakil rakyat BN yang memboikot majlis tersebut, menyerahkan memorandum sokongan untuk Idris dipilih sebagai menteri besar kepada MPPR.

Rosol juga menyatakan Umno negeri telah melucutkan keahlian Ahmad.
Idris bertolak ke Kuala Lumpur untuk bertemu Perdana Menteri selepas sidang akhbar di kediaman rasminya. Perdana Menteri menyifatkan pelantikan Ahmad tidak mengikut Perlembagaan kerana Ahmad tidak mendapat sokongan majoriti wakil BN. - Malaysiakini, akhbar tempatan

Kami nak Idris, “natang”

Monday, March 24th, 2008

Posted eddyra by on politic


Kami Nak Idris, Natang

Kurang ajar dan biadap!

Berita TV3 jam 8 malam tadi menyiarkan demonstrasi mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan Istana untuk tidak melantik bekas MB Idris Jusoh. Disiarkan para penyokong dengan pelbagai kain rentang bagi menyatakan sokongan dan taat setia mereka terhadap Derih.

Kami Nak Idris, Natang.

Kepada siapa “natang” (Binatang) ini tujukan?

Aduhai penyu pun menangis lagi.

Sunday, March 23rd, 2008

Posted eddyra by on politic

Apa sudah jadi dengan negeri Terengganu Darul Iman, apa sudah jadi dengan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional khususnya UMNO di negeri yang ku ‘chenta’ ini. Drama semakin menarik, babak demi babak dipertontonkan kepada rakyat khususnya rakyat di Negeri Terengganu ini.

Aduhai penyu pun menangis lagi..

BN dah menang di Terengganu. BN layak membina sebuah kerajaan BN di Terengganu, adat menang boleh lah bina kerajaan. PAS hanya layak menjadi pembangkang buat masa ini. PAS jadi penonton babak-babak kekecohan dan kekecewaan ahli-ahli UMNO.

Tuanku tak perkenankan bekas MB, sudah tentu Tuanku ada alasan kenapa bekas MB tersebut tidak layak memerintah negerinya. Tuanku selama ini pandang sebelah mata, hari ini Tuanku menggegarkan tanah Terengganu. Daulat Tuanku, patik berdiri di belakang Tuanku.

Tuanku memilih MB baru menggantikan bekas MB yang Tuanku rejected, malang sungguh MB baru telah dipecat oleh UMNO Terengganu sendiri. Kata Dato Rosol, perlantikan MB baru tersebut tidak sah sebab bercanggah dengan procedure. Procedure yang betul ialah mendapatkan watikah perlantikan dan perkenan Presiden UMNO, dan perkenan Tuanku Sultan Mizan dalam hal ini tidak boleh diterima pakai.

Aduhai..

Datuk Ahmad Said akan dikenakan tindakan disiplin

Sunday, March 23rd, 2008

Posted eddyra by on politic

Apa lagi nii.. Takde MB kecoh, ada MB kecoh. Rakyat Terengganu terngangga-nganga tengok drama yang semakin menarik. Di beritakan 11 dari 23 ADUN menyokong perlantikkan Dato Mat Said, yang selebihnya berdiri dibelakang bekas MB, Dato Idris Jusoh.

11 ADUN ni apabila mereka di ambil tindakan tatatertib oleh UMNO kerana membelakangi Pak Lah , kemungkinan besar satu kerajaan campuran BEBAS ( bekas 11 ADUN UMNO) dan PAS akan di dirikan di Terengganu Darul Iman. Perkara ini mungkin akan berlaku.. wahaha sejarah baru nampaknya.. Gocoh pulokk lepah ning..

Dato Idris dikatakan telah menerima watikah perlantikan dari PM Dato Seri Abdullah Badawi, jadi mana-mana yang tidak bersetuju dianggap menentang arus dan boleh diambil tindakan. Pada masa yang sama DYMM Sultan Mizan, telah berkenan mengistiharkan Dato Mat Said sebagai bakal MB baru. Bagi aku menentang arahan sultan lebih derhaka dari menentang arahan PM. Itu pendapat aku, jangan marah.

Apa dah jadi pada negeri aku ni.. Allah Peliharakankah Terengganu.

Berita dari malaysiakini.

Setiausaha agung BN dan Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Datuk Ahmad Said akan dikenakan tindakan disiplin Umno dan “menanggung akibat” jika beliau menerima pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan menteri besar esok.
(more…)

Menteri Besar Terengganu, Dato Ahmad Said.

Sunday, March 23rd, 2008

Posted eddyra by on politic

ADUN Kijal, Datuk Ahmad Said dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru, menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh yang telah menerajui Terengganu selama 4 tahun.

Kenyataan ini telah menamatkan tanda tanya yang berlegar-legar hampir 2 minggu Terengganu ketiadaan Menteri Besar. Banyak cerita mengenai desas-desus DYMM Sultan Mizan menolak perlantikan semula Dato Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Kenapa?

Pelantikan beliau diumumkan melalui kenyataan akhbar oleh pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu petang 23 March 2008. Di dalam pilihanraya umum ke 12, BN telah menang 24 kerusi DUN dan ini bermakna BN berjaya menubuhkan kerajaan negeri. Terengganu merupakan negeri pertama di dalam sejarah yang tiada Menteri Besar selama 14 hari.. apa cerita?

Mengejutkan, kesemua 23 Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar keesokan harinya kerana membantah tindakan tidak melantik semula Datuk Seri Idris Jusoh. Aduii.. derhaka kat sultan aku la tu.

Pada masa yang sama diberitakan BPR telah bergerak untuk meneliti isu rasuah yang membabitkan bakal Menteri Besar Terengganu tersebut. Aiyakk.. apa dah jadi sama-sama gang ni.. Apa dah jadi pada negeri aku ni…

Pada pendapat aku, tindakkan memboikot arahan sultan ini merupakan tindakkan yang tidak proffessional.

Ampun Tuanku!

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me