Archive for the ‘politic’ Category

Jangan gaduh-gaduh la weh

Thursday, September 11th, 2008

Posted eddyra by on politic

Dok pahang aku.

Politik punya pasal abih jadi huru-hara. Aku malas sebenornya nok tulih pasal politik Malaysia ni, ngarut belaka sema. Aku follow politik kat Malaysia ni sejak aku form 1, masa tu tengoh panas peristiwa Memali. Aku masih budok-budok lagi masa tu tapi aku doh tahu pasal PAS, UMNO, Barisan Nasional, Gerakan dok gerok dok buleh makang dan sebagainya lah termasuk parti kepala lembu.

Kapong aku memang kapong hok fanatik kepada PAS, tok ki aku orang PAS tapi mok pok sedara aku ramai UMNO. Aku dok kisohlah, ikut pandai dia orang lah nok sokong apa-apa pong bukan jadi kudih gatal pong. Pergaulan aku ada belaka, ada orang UMNO ada orang PAS.. kalau ada DAP kat Ganu mungkin aku saing jugok dengan orang DAP.

Semakin aku meningkat remaja (eheng-eheng..) aku jadi lebih terbuka pasal politik. Orang PAS buat ceramah aku gi, orang UMNO buat ceramah pong aku gi jugok. Aku bahang belaka, UMNO beri pitih pong aku bahang jugok, PAS dok beri pitih tapi aku tolong jugok tepek poster dan naikang banner. Masa demo pasal Salman Rushdie kat Kg Chabang Tiga hok PAS buat aku gi gok, aku ingat agih.

Nok cakap lebih-lebih pong bukang aku buleh gi ngundi pong masa tu. Dok sapa umor lagi kangg..

Masa tu hok aku boleh ingat ahh, PAS memang parti kapong, set-set kapong jer hok sokong PAS ni, UMNO pulok memang sohor lah dengan golongan set-set bandor, orang kaya, hartawang, tokey-tokey cina (mu ingat cina takdok UMNO ke?) dan macang-macang lagi aah. Pandangang orang masa tu PAS ni memang parti cap ayang lah, parti hok takdok masa depang. Kalu kapong hok ramai set-set PAS ni biasanya kapong yang mundur ah, memang nampok macang kapong ulu lah.. set-set darat gitu. Jenis-jenis hok pakai pioh (kopiah la deiii) pakai serbang dengang juboh berselerek. Kalu orang puang gok hok jenis pakai tudung labuh giteww. Mok cik pok cik lah hok rama hok lagu ni.

Semula ah aku sambung..

Mana doh sakning..? Ho kat mok cik pok cik sakning. Kalu juper hok pakai juboh hitang juboh warna koko tu dok laing set-set PAS lah, hok duk wakaf sambil isap rokok daung pun.. set-set PAS jugok lah. Doh nok wak ganer starang muge ahli-ahli PAS ni serba kekurangang, set-set UMNO banyok pitihh..! Buleh projek besor wak jalang kapong, buleh pitih subsidi tu subsisi ni, buat sekoloh situ sining.

Mu pahang ke dok ning? Padang la doh.. wahaha!

Masa tu seingatang aku lah, kalu taing-taing (time) nok pilihanraya gok sibuk skali lah set-set PAS ni masuk hutang cari kayu buat tiang bendera, mana ada pitih boh nok beli kayu macam set-set UMNO dan Barisang Sonal. Buat kerja pong ikut keihlasang jer, tak dok bayo-bayo pitih pong. Tapi kalu hok set-set UMNO tak dok upoh jangang harak ah boh.. dok jalang ah kerja. Tobak ahh ..

Hidup UMNO..
Hidup PAS.. takbirrrrrrrr!

Taing ni kalu set PAS wak jatuh bendera UMNO ka atau set UMNO wak jatuh hok PAS ka.. gocoh boh.. gocoh.. pah pecoh muka pong ada.. sikit aku nok nawok. Hok tu pekat hijau hok tu pekat biru.. masing-masing telang badge parti belaka doh.. carik poster aku carik la poster mung.. hok teruk lagi pong ada.. mu pakoh (pangkah) parti tu aku cerai mung.. ada boh.. ada ganah lagi. Jirang dengan jirang dok cakap, padang duk wak jawe gitu lah, adik beradik gitu jugok.. pecoh beloh abih.. punohh-sepunoh punohnyaaa.. Doh bakpe yang jadi gitu.. sebab mu PAS aku UMNO, sebab mu bengong aku dok bengong lah. Tapi abis je pilihanraya molek-molek ada makang minung sekali.. main bola sekali.. adehh ler..!!

Cuma aku sedih sikit bila isu Islang dengan kapir ni jadi isu besor. Islang mu saloh, Islang aku betul. Mu sesat mu toghut.. kerajaang kapirr.. UMNO kapirr.. BN kapirr.. kerajaang toghut!! Doh guana.. kesudohangnya bila ada majlis kahwin set-set UMNO, set-set PAS dok gi starang, takut makang lembu hok set-set UMNO sembelih. Set-set UMNO pulok dok gi jugok kalu set-set PAS buat bekwoh (kenduri la tambii..)

Pah pulok lepah tu taing semayang Jumaat ada sembahyang 2 imang, set-set imang kerajaang dengan set-set bukang imang kerajaang.. kata orang punca semua benda-benda ni bila petikkang ceramah Tok guru Hj Hadi di Banggol Peradong telah di manipulated oleh sesetengah pihak, lalu di namakang sebagai Amanat Haji Hadi. Padahal Hj Hadi dok kata pong tu amanat. Doh guana kata…

OK mu hok baca ni jangan maroh la deh.. aku tak mboh kata sapa betul sapa saloh pong.. mu pikirrrr la sendiri. Mu Melayu aku Melayu orang laing pong Melayu jugok, semua ngaku Tuhan se, nabi se, al quran mu dengan al quran aku sama je.. ke gana kata.. dok bakpe yang dok temu titik persamaang tuh.. asal usul keturunang hok sama je padahalnya. Wat madak benda la nok baloh-baloh bodo ke diri.

Nanti smula-smula la aku sambung.. panjang lagi nih..

OK sambung lagi.. tapi kalu aku napok berat sebeloh sila royak deh. Aku cuma nok cerita gambaran politik Melayu Isle di Tranung nih.

Kata orang, ‘Amanat Haji Hadi’ pencetus segalanya, aku dok berminat nok hurai panjang lebor muge orang lain, tok-tok guru, aling ulamak, tok guru pondok bahas belaka doh ‘amanat’ nih. UMNO sendiri pun ada buat debat olok-olok bincang pasal ni, ada tubik VCD kang.. jadi masing-masing ada pikirang buleh pikir sendiri. Hok mana baik hok mana dok baik, buang hok keruh ambik hok jerneh.

Orait.

UMNO diharang kang tahung 1988, muncul pulok parti Melayu baru, Semangat 46.. set-set Kuli. UMNO berpecoh maka Melayu berpecoh lagi, jadi 2 puokss. UMNO baru dan S46, jadi 3 puoks campur dengan PAS.. punohh Melayu.. punoh ranoh. Mu kata ke aku, aku kata ke mu. Nok pilihanraya punya pasal, Semangat 46 gabung dengan PAS jadi Angkatan Perpaduan Ummah. PAS ni orang ajok gabung dia dok tolok punya.. asalkang nok wak mapuh UMNO dan BN. Pah abih pilihanraya Semangat 46 join UMNO semula.. tinggal PAS terkotang-kating.. adula.. saing guana lagu tu.

1998 DS Anwar Ibrahim kena pecat timbul pulok parti baru Parti Keadilan Nasional. Puoks-puoks UMNO hok dok puah hati tubik joing Keadilan pulok. Melayu berpecoh lagi, baloh lagi.. sampai la ke hari ni. Melayu dok abis-abis bermusuhan, berpecoh beloh, iri hati, kerat keting.. bodo belaka. Cina dengan India pakat tepuk tangan tengok Melayu berpecoh beloh.. dia orang buleh concentrate cari pitih jaga ekonomi mereka. Melayu dok abis-abis berperang, kaum laing sibuk cari pitih, Melayu masih duk berbahas hukum halal haram, hukum haid dan nifas, siapa lebih islang siapa lebih Hadhari.. masih duk bahas lagu mana Islang hok betul, lagu mana Islang hok karut.. tobak dok maju sampai bila-bila Melayu ni. Orang cina orang India pun berpecoh tapi dia orang dok berpecoh atah nama ugama, kita hok ugama sama, kitab sama tapi berpecoh atas nama ugama.. bodo sungguh.

Tapi gok hok menariknya, PAS dok lagi jadi parti kapongan, ramai pulok cerdik pandai, orang-orang terpelajar, orang-orang berilmu hok pindoh masuk PAS. Bagi aku lah, PAS perlukan perubahang, reengineer semula.. biar open minded sikit biar orang bukan Islang terbuka hati nok dekati PAS.

Hari ni.. hari ni macang hok kita tengok ni lah.. UMNO dengan UMNO hok nok tenggelang, PAS dengan cara PAS, Melayu PKR dengan cara Melayu PKR. Tapi pada pendapatang aku lah.. PAS ni nampak stabil sikit, skandal pun hampir-hampir takdok, maintain baik punye macang orang tina maintain kan body dia.. baikkkk punya! Aku rasa kalu PKR perintah Malaysia lepas ni pong kalu dok jalang syariat Islang, aku rasa PAS tubik semula solo. PAS doh biasa solo. UMNO.. tengok lah guana lepas ni takut ada hok pakat join PAS belaka ke hahahah..

Hari ni Melayu masih lagi ketinggalang jauhhh.. masih dok bersatu masih lagi berpuoks-puoks, sudoh-sudoh lah gaduh tu..

Cerita 16th September 2008

Sunday, September 7th, 2008

Posted eddyra by on politic

Benarkan pada tarikh 16th September 2008 akan wujud sebuah kerajaan baru yang akan diterajui oleh Dato Seri Anwar Ibrahim..

Segalanya bermula apabila sebilangan besar rakyat Malaysia menolak kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi di dalam pilihanraya umum ke 12, March 2008 lalu. Desakan demi desakan supaya Pak Lah berundur untuk mengelakkan kehancuran yang lebih dasyat di dalam UMNO dan Barisan Nasional. Che Det sendiri dengan selamba keluar UMNO sebagai tanda protes.. perhh!

Dato Seri Anwar Ibrahim di katakan telah mendapat thumb up signal dari beberapa MP di Sabah dan Sarawak untuk keluar dari BN dan menyertai Pakatan Rakyat. Cerita ini dikuatkan lagi apabila Dato Seri Anwar Ibrahim telah menjejakkan kakinya di Parlimen. Peluangnya begitu cerah untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September, 2008. Adakah benar Che Det akan tinggalkan Malaysia sekiranya beliau berjaya menjadi Perdana Menteri yang baru..? Satu lagi tanda tanya.

Di pihak Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pasukannya menafikan usaha Anwar Ibrahim ini dan ramai yang tidak percaya usaha ini boleh menjadi kenyataan. Harapan Dato Seri Anwar Ibrahim hanyalah dianggap angan-angan kosong sahaja.

Umum mengetahui perbicaraan seterusnya ke atas DS Anwar Ibrahim di dalam kes liwatnya dengan Saiful Bukhari pada 10 September, 2008 dan sekiranya ini merupakan satu conspiracy untuk menghalang pergerakan beliau nescaya ini boleh menyekat peluangnya untuk membentuk kerajaan baru pada 16th September 2008, dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

9 days to go my friends. Mari kita lihat siapa yang kena..

Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh

Tuesday, August 26th, 2008

Posted eddyra by on politic

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PULAU PINANG P44:PERMATANG PAUH

1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi

Source : anwaribrahimblog.com

Akukah yang terliwat…

Monday, August 18th, 2008

Posted eddyra by on politic

Beberapa hari lalu rakyat Malaysia menyaksikan, dan menjadi saksi kepada upacara angkat sumpah (mubahalah) seseorang yang dikala ini menjadi terkenal dengan tiba-tiba. Apa yang menariknya, sumpah laknat yang dilaksanakan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan ini, memperjudikan nasibnya sehingga kiamat.

“Bismillahir rahmanir rahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, nombor kad pengenalan 850706-01-5687, sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:

“A’uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismillahir rahmanir rahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya.

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga kiamat. Wallahualam.”

Aku tak nak komen samaada benar atau tidak kejadian terliwat ini berlaku, sebab aku tak berada ditempat yang dimaksudkan, lainlah kalau aku yang skodeng. Takda orang yang tahu melainkan Saiful sendiri, atau DS Anwar sendiri. Wallahuaklam.

Kepala otak aku berpusing-pusing memikir hal ni.. betul ka DS Anwar Ibrahim telah meliwat Saiful? Banyak sangat cerita-cerita dari internet yang menceritakan keperibadian beliau yang sukakan lelaki lembut ni. Sejak dari MCKK lagi.. kalau tuduhan ini tuduhan politik maka cerita ini aku anggap cerita politik.

Betul kah si Saiful ni dulu homosexual, rejected Uniten, Saiful mintak biasiswa, Saiful balaci UMNO, Saiful muda dan perlu melawan .. entah banyak sangat cerita-ceriti yang ditambah perisa. Sama jugaklah, bagi aku ini pun cerita politik maka jadilah modal politik.

Malas lah aku nak tulis pasal 2 orang VIP ni. Berani buat berani tanggung. Sendiri punya cakap sendiri mau ingatlah. Tok guru aku cakap akhir zaman ni Tuhan delay kan bala kepada hambanya.. tak macam zaman para anbiaa dulu kalau buat terus kena. Apa yang kita buat hari ni lain hari Tuhan kasi tunjuk video clip tu semula kat kita. Cerita politik hari ni memang cerita busuk, jangan marah. Memang cerita busuk..

Saiful bersumpah beliau tidak rela dan diliwat secara paksa, sedangkan di dalam pertuduhan ke atas DS Anwar Ibrahim adalah seksyen 377B iaitu dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful secara sukarela.. mana satu betul daa?

Harap aku tidak terliwat untuk menulis cerita terliwat ini.

Tapi kenapa mesti meliwat aaa.. Tuhan dan jadikan baik punya tunnel, tunnel lain jugak yang di pi hantam. Best agaknya. Kalau aku gay boleh jugak aku mendalami hati dan perasaan gay nih.. tapi aku bukan gay huhu. Aku normal. Aku tak boleh dan aku mintak Tuhan jauhkan aku dari kaum ni. Apasal ehh.. entah aku rasa geli geleman… eiii. Banyak benor photo sodom dalam internet, geli tekak aku.

Mesti ada rahsia di sebalik liwat ni.. hahaha…

Bubar PAS bubar UMNO

Sunday, July 27th, 2008

Posted eddyra by on politic

Tok Guru Nik Aziz kata bubar UMNO bubar PAS, kita bentuk parti baru yang berteraskan Islam.

Abis cerita. Sorok dulu cerita liwat dan cerita Altantuya.. tau takpa.

Muzakarah PAS - UMNO

Wednesday, July 16th, 2008

Posted eddyra by on politic

Muzakarah bermaksud perbincangan dan pertukaran pandangan yang berdasarkan ilmu pengetahuan. PAS dan UMNO akan duduk semeja untuk berbincang dan bertukar-tukar pendapat pandangan di atas nama Melayu dan Islam. Kenyataan ini disahkan oleh Dato Seri Tuan Guru Hadi Awang sendiri di dalam harakahdialy.net.

Secara peribadi aku bersetuju dengan usul untuk bermuzarakah kedua-dua parti ni. Aku tidak pernah menjadi ahli mana-mana parti, termasuk PAS dan UMNO. Jadi adakah aku ni tidak menyokong PAS dan UMNO, tidak juga. Sebagai rakyat yang bebas, sudah tentu aku ada kecenderungan sendiri.

Pas terdiri dari ahli-ahlinya yang majority berbangsa Melayu dan berugama Islam, juga kaum lain yang beragama Islam. Setakat hari ini nak jadi ahli PAS perlu beragama Islam, kalau nak jadi ahli kelab penyokong PAS ianya terbuka kepada semua kaum.

UMNO pula satu parti yang majoritinya terdiri dari bangsa Melayu yang beragama Islam, namun ada juga kaum lain yang di Sabah dan Sarawak yang menjadi ahli UMNO. Kalau aku salah tolong perbetulkan.

Di sini lah adanya titik pertemuan dan persamaan PAS dan UMNO, iaitu bangsa Melayu dan Islam. Namun matlamat dan dasar perjuangan sudah pasti tidak sama, kalau sama dah lama parti ni bergabung. Benar PAS dan UMNO pernah bergabung tetapi mampu bertahan lama.

PAS dan UMNO bercakaran, PAS dan UMNO bermusuhan, jangan nafikan kenyataan ini. Melayu Islam PAS dan Melayu Islam UMNO bertumbuk, berkelahi, bermasam muka, caci-mencaci, fitnah, carut marut, fuck you fuck me. Cakaplah apa saja kedua-dua parti ini ada pengalamannya. Malang sungguh, Melayu berpecah atas nama ugama, Islam aku mengajar begini dan bukan begitu. Islam aku mengatakan ini salah dan bukan tidak salah seperti cara kau. Ini tidak islamic, yang islamic mesti begini dan begini.

Ini hukum Allah yang jelas lagi nyata, eh yang ini pun hukum yang di ambil dari pendapat ini, dan ini. Bila ini berlarutan, maka timbullah itu imam sembahyang kamu, ini imam sembahyang aku. Itu kenduri rumah hijau itu kenduri rumah biru. Masyarakat Melayu lalu berpecah dua, eh tiga dah sekarang. Kita ada PKR pulak. Melayu di Malaysia ada 3 parti, PAS UMNO dan PKR.

Kaum Cina pun berpecah, kaum India pun berpecah, tapi mereka berpecah BUKAN atas nama ugama. Mereka berpecah atas dasar pandangan dan pendapat yang berbeza. Takde kedengaran di dalam politik kaum India dan Cina, Hindu aku betul, Hindu kau tak betul, atau Buddha kau salah Buddha aku betul. Dan juga tak kedengaran aku lebih India dari kau, aku lebih cina dari kau. Takde. Yang ada orang kita Melayu ni je yang bodoh sombong, macam lagu Anak Kecil Main Api…

Sudah-sudah lah.. kau mati aku jugak yang hantar kau ke kubur, aku mati kau jugak yang kapankan aku.

Kenapa mereka nak berbincang, perkara apa yang akan mereka bincangkan. Aku lebih suka meneka-neka KENAPA mereka nak berbincang berbanding APA yang mereka nak bincangkan.

Live debate on Astro Awani 501 & TV9

Tuesday, July 15th, 2008

Posted eddyra by on politic

The debate on fuel price hikes between Dato’ Ahmad Shabery Cheek and Dato’ Seri Anwar Ibrahim LIVE from Dewan Bahasa & Pustaka.

The debate title:

“Form the government today, reduce the fuel prices tomorrow”

(Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”)

Let’s find out:

Why was the price of petrol increased in such an abrupt manner when Malaysia is a net oil producer?
How would the Opposition decrease it overnight without compromising the country’s development agenda?

This LIVE debate will be moderated by DBP Chairman, Dato Johan Jaaffar. Duration - one and a half hour 50 minutes.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me