Archive for the ‘Oil & gas’ Category

Walk in interview at Shapadu, KSB Kemaman.

Thursday, February 4th, 2010

Posted eddyra by on Oil & gas

Temuduga Terbuka di SHAPADU ENERGY & ENG SDN BHD di KSB
Pada 08/02/2010 – 09/02/2010.

Pelbagai jawatan kosong sebagai pekerja offshore rigger, scaffolder, fitter, welder, SO, dan macam2.. Kalau berminat gi kat banquet hall KSB je 8 & 9 hb ni bawak sijil2 dan course offshore.

Good Luck.

(Copy paste dari facebook)

My new job

Wednesday, January 27th, 2010

Posted eddyra by on Oil & gas

Salam gang..
Apa cerita.. adeh aku sedang melalui saat-saat getir dalam hidup aku sepanjang aku bekerja.. cewah.

Dalam entry mana entah aku dah lupa ada aku tulis aku dah resigned dan dah pun join new company. Anyway aku tak akan sebut nama company yang baru aku join ni, biarlah aku buat silap sekali dengan company lama namun kali ini no way.. takde seorang pun office mate baru akan tau blog aku ni..

Sebenarnya ada ler sikit cerita aku di company lama dulu, aku dapat surat dari top management pasal blog aku ni.. sebab tu lama aku offline kan blog aku ni.. kalau ada yang click URL dapat gambo awek and henpon tu memang disengajakan pun.. tapi tak mengapalah semuanya dah berlalu dan aku telah memohon maaf secara terbuka dengan individu tersebut. Lets forgive and forget.

OK lah bro..
Dah seminggu lebey aku di company baru.. ni nak cerita ni.. rasa macam nak buat ketupat pulak.. hehehe.. tau buat ketupat?

Company baru aku ni, company besar jugak lah. Oil and gas juga, tak bleh lari dah once join oil and gas selamanya jadi orang minyak bro.. Actually kan, aku tak pernah terlintas pun nak join company ni sebab company yang aku join sebelum ni memang yang terbaik pernah aku join pun.. masa balik jumpa anak bini bulan October dulu tu aku ada ler geli-geli gi interview di office company ni di KSB, Kemaman. Tak ler interview mana pun, interview geli-geli gitew jer.. so hari tu jugak dapat dia offer kerja kat aku tapi base KL ler.. adehh daripada duk kat KL baik aku terus kerja di Miri kan..

So.. masa pun berlalu, dan HR dia orang selalu ler follow-up dengan aku. Cakap pasal package, pasal gaji etc.. lama jugaklah process tu, aku layan gitew-gitew jer sebab aku malas nak duk KL. Payah bro duk KL.. jem memanjang, lu lu gua gua punya style, asap lori banyak, tak best la 24 jam busy, awek-awek pun kelabu asap.. heheh jangan marah..

So dipendekkan cerita, satu hari yang penuh sejarah tu, 11th January 2010 aku pun resigned lah dari company aku tu dengan beratnya hati ini .. cewah.. banyak alasan banyak issue dan banyak hal sebenarnya yang menyebabkan aku dengan selamba bodoh hantar surat resign tu.. tapi tak best lah nak tulis kat sini kan.. takpa aku kata kat wife aku, rezeki yang masuk dalam mulut anak-anak aku tu Tuhan yang tentukan.. once resign letter tu aku submitted aku rasa kepala aku ni tetiba-tiba kosong, dah takde apa nak fikir pasal kerja CAT3 lagi.. relief..

Tup-tup, petang hari tu jugak company baru aku ni called, dia kata management accept aku punya salary negotiation, wah lebih dari apa yang aku dapat di Miri (lanci bro.. heheh).. dan yang best nya.. base Kemaman, bukan KL.. alhamdulillah.

OK lah company baru ni nak suruh aku masuk segera tapi aku cakap boss company lama tak nak release awal sebab kena abiskan juga 3 bulan.. aku kelentong lah sebab aku nak rest kan kepala aku seminggu sebelum aku join company baru ni.. nak kena sesuaikan diri dengan cuaca di Kemaman dulu heheh..

So.. dipendekkan lagi lah cerita ayam ni, maka secara rasminya aku report duty di company baru ni pada 17th January 2010.

So 1st day tu.. adehh malasnya nak cerita. Office kat yard, debu banyak pulak tu, office tak cantik macam company sebelum ni, gang-gang yang aku kenal ada ler 5-6 orang dari company dulu-dulu.. tapi tak close mana pun, gitew-gitew jer.. yang pastinya pemandangan indah gebu-gebu di office lama memang tak ada di sini.. confirm punya. Haaa.. apasal? Ye lah.. buat semangat datang kerja apa..

Nak cerita ni, start kerja jam 8.00am, kalau lambat pintu pagar akan di kunci hehehehehehehehe… macam masa aku kat kolej dulu, sama je lah lambat je lecturer akan kunci pintu.. so kena datang before 8.00am.. kira ok la tu kan..

Pukul 8.00am morning briefing.. beratur macam budak sekolah.. mula-mula safety officer 1, lepas tu safety officer 2, lepas tu HR, lepas tu cient representative pulak yang bercakap kat depan.. adehh hari-hari bro.. hariiii-hariiiii..

Baju kena tuck in bro.. aku ni jenis selekeh, leceh bro.. leceh betul.
Smoking hanya di smoking area walaupun yard tu besar padang bola dan banyak free area, cuma boleh smoke di tempat besar jamban tu jer bayangkan lah..

Peraturan terlalu banyak dan kebanyakan peraturannya ketat, menyiksakan dan kadang-kadang tak masuk otak ayam aku ni.. nak keluar breakfast pukul 10.00am dan tea break 3.00pm tu, 5 minutes before that guard akan kunci pintu tak boleh keluar. Tepat je masanya baru lah siren polis akan berbunyi dan kita orang baru boleh keluar gi breakfast atau tea break di cafe hehehehehehehehehhehe..

Nak masuk kawasan company mesti alihkan tag number pada personel board, macam nak masuk plant jer hehehe.. adehh nak keluar pulak kena alihkan tag number sekali lagi bro waaaaaaa.. nak keluar gi bank ka, gi jumpa scandal ka atau nak balik time waktu kerja? Isi form dulu ya bro… gezzzz…

Nak masuk di kawasan fabrication yard, mesti full PPE, Ok lah tu aku pun agree tapi kalau pakai jacket, jacket tu mesti kena zip, tak boleh jadi macam batman bro… muahahahha…

Aduhaiii..

OK dalam opis pulak, masuk opis kena tanggalkan kasut, so pakai jer lah stokin atau selipar yang di sediakan.. belasah je lah kalau stokin tu berlubang kat hujung hahahahha. Aku baru dapat pc, OK lah pc baru.. tapi takde speaker, speaker tak bleh digunakan .. hahahah.. piwetttt!!

Aduhaiii.. letih bro, sakit otak aku.. kalau macam ni lah life aku di sini, rasanya tak lama. Aku cuba nak sesuaikan dengan keadaan yang serba baru ni, masuk kandang kambing mengembik kata orang.. tapi takpa, baru masuk minggu kedua.. tapi rasanya macam tak lama aku kat sini, rasa macam tak boleh nak terima.. bukan nak exsyen tapi, entah lah rasa macam berada di sekolah jer..

My friend.. please pray for my peace of mind, my energy, my patience in this job.

Site visit at Tapis A platform

Sunday, January 24th, 2010

Posted eddyra by on Oil & gas

Thursday 21st January 2010

Tiba di Helibase Kerteh jam 9.30am. Lewat dah tu nasib baik sempat check in. Ada problem dengan nama aku di database Helibase Kerteh. Aku dah agak dah sebab aku punya safety passport dengan Exxonmobil rasanya dah expired. So aku serahkan Shell safety passport, wow settle with no question at all. Power jugak Shell punya safety passport ni. Exxonmobil dan Petronas safety passport memang confirm tak bleh guna untuk naik ke Shell punya platform.

New regulation sekarang, mana-mana individu yang nak ke offshore Exxonmobil diwajibkan memakai coveral ketika check in. No coveral boleh blah hari tu juga, coveral pulak must be Fire Retardant Coverall (FRC) type. Normal coveral boleh blah.. biasanya NOMEX punya coverall.. kalau ada yang geli-geli nak pakai jeans dengan t shirt untuk ke offshore, geli-geli lah kau seorang..

Masuk briefing room, layan safety video briefing. Video briefing yang terbaru punya, last sekali aku tengok MHS punya safety briefing ialah last 2 years. Banyak scene baru dalam video clip tu.

Abis briefing, nama aku dan group aku tidak di panggil, memang sah kena bounce lah ni. Happy giler kalau kena bounce, boleh lepak dulu.. dapat chopper petang pun tak apa. So flight despatch cakap, chopper tengahari pukul 2.45 yessss.. so start kereta balik rumah di Chukai dulu.. sempat peluk bini sekejap hehehe…

Kena bounce chopper ni sudah biasa di sebelah Terengganu oilfield ni bro.. chopper pagi defer tengahari itu kecik punya hal.. kena bounce 2-3 hari pun sudah biasa kena. Ahad check in, kena bounce. Isnin check in lagi, kena bounce lagi, Selasa check in baru boleh naik ke offshore pun itu biasa juga.

Nak salahkan MHS dalam hal ni pun tak boleh, chopper tak lah banyak sangat, kadang-kadang client punya requirement tu yang banyak mengubah schedule flight, kadang-kadang issue chopper tak fit pun ada.. so kalau korang kena bounce tu jangan lah bengang.. company korang mesti bayar gaji hari di mana korang standby kat airport Kerteh tu. Aku kalau kena standby kat Helibase Kerteh seminggu pun takpa.. best apa daripada masuk office hehehe..

Orait,

Pukul 1.30pm balik semula ke Helibase Kerteh. Check in semula bang.. ada laptop ka camera ka kena isi form untuk declaration. Then masuk briefing lagi, 2 kali dah hari ni layan video tu. Gezzz nama group kita orang dipanggil, masuk departure hall. Cehh.. ingatkan kena bounce lagi.

Team aku ada 4 orang, General Supervisor, Rigging Foreman and Fitter Foreman, aku biasalah Engineer cap ayam. Destination, Tapis Alpha. Purpose, site visit and look look see see.. Hmmm.. itu lah kerja aku kalau aku gi offshore. Sebab tu aku malas nak gi offshore, bukan buat kerja physical pun.. kerja geli-geli jer.

Position, Structural Engineer, perghhh.. tapi kalau takde General supervisor, takde foreman.. haram aku tak confident. Dari sudut ranking memang ler aku tinggi dari 3 orang ni, tapi dari sudut field physical experiance memang aku kat bawah.. itu yang aku cakap cap ayam tuh.

Kalau gi offshore, orang tengok Engineer naik platform, nampak gah jer, tapi korang-korang position rigger, scaffolder, welder fitter semua tu korang tau ke yang aku ni bukannya pandai pun hahahahahah… General Supervisor tu, nak dapat title GS tu, start dari bawah bro.. jadi kuli dulu, jadi helper, kemudian jadi rigger atau dari fitter.. then kerja 5-6 tahun upgrade jadi acting foreman.. baru acting foreman, bukan full foreman lagi.. kerja lagi 4-5 tahun kalau client betul-betul confident baru lah client ni approve jadikan dia orang ni General Supervisor.. ingat senang ka.. so setakat nak compare experiance dengan aku, aku ni layak jadi helper pada dia orang jer.. true story.

Sama lah dengan Project Engineer sebelah client tu.. cuba suruh dia orang tu yang buat rigging job ka, welding job ka, kerat lapan belas pun memang tak reti.. sama je macam aku ni..

Orait bro, chopper sudah ready untuk depart, so pakai safety jacket.. pastikan garisan kuning adalah selari hehehe.. itu macam video clip cakap lah. Maka beraturlah kita orang menuju ke SPP Super Puma Chopper.. jalan tundukkan kepala takut kipas chopper potong rambut kita orang.. tak payah tunduk pun takpa bukannya rendah pun kipas tu..

Dalam chopper, mengucap banyak-banyak, salawat ke atas Nabi, baca lah apa-apa yang patut at least kalau pendek umur pun itu yang last sekali kita sebut kan. 2 tahun dah aku tak naik chopper.. asyik naik MAS dengan MASWING jer.. ada sterwardess gebu-gebu, dalam chopper tarak bro.. dah lah panas dalam chopper, air cond takde. Kipas ada pun tak guna jugak, sebab kipas duk kat luar hahahaha..

Tak lama kemudian sampai di Irong Barat A (IBA).. transit sekejap untuk membolehkan crew yang daily trip ke sattelite platform. 15 minit lepas tu naik chopper semula.. sampai di Tapis Delta.. rest 30 minit sebab chopper abis minyak, so isi minyak dulu di platform tu. Sempat lah ngisap dulu.

2.50pm chopper berlepas dari Tapis Delta menuju ke Tapis Alpha. Gezzzz… akhirnya sampai juga aku dan team aku ke destinasi. Turun dari chopper, masuk ke briefing room. Layan safety video lagi dan register dulu. Itu lah the first thing yang perlu di buat kalau tiba di platform. Declare ubat-ubatan, declare cd, disket dan thumbdrive. Take note bro, kalau dalam thumbdrive tu ada virus elok ler scan dulu kat rumah, nanti IT system di platform akan trigger dan boleh jadi issue. Kalau ada file separuh, full naked atau video clip blue dalam kebun kelapa sawit tu baik tak payah bawak naik platform.. jadi issue nanti. Dulu OK sekarang ketat sikit bro..

Oleh kerana kita orang sampai di Tapis A tu dah lewat, nak apply working permit pun dah lewat juga lah.. so hari pertama kita orang di sini hanyalah makan tido sahaja.

Malam, lepas sembahyang jamak Maghrib and Isyak tu, turun ke construction office. Isi working permit untuk esok punya kerja. Gezzzz bukan kerja aku pun isi form permit tu, tapi takpe lah.. adehhhh ingatkan dah settle rupanya JSA dan procedure untuk site visit kena buat jugaakk.. nasib baik ada gang-gang company lama aku dulu, copy paste jer lah.. aduhaii payahnya nak kerja di offshore.

Dinner, supper, tengok TV, tido.

Friday, 22nd January 2010.

Seawal 05.45am dah bangun.. kalau kat rumah masa-masa macam ni masih kena peluk di bini lagi. Syahdu abisss..

Breakfast, seawal 6.15am.. lepas tu morning meeting dengan semua crew yang berada di Tapis Alpha. Masa aku gi tu ada sekitar 60 orang jer termasuk Exxonmobil punya staff. Baca doa, safety UCUX, permit read out, floor comment, supervisor comments and PIC comment. Ngantuk zzzzzz…

7.00am cold permit approved by PIC. Team aku turun kat cellar deck and sea deck.. nampak lah riser guard yang menjadi sebab kenapa team kami dikehendaki datang ke Tapis Alpha ni….. adehh besarnya riser guard yang aku nak repair ni. Berat riser guard ni lebih kurang 40 tonnes. Berat lah tu. Job description, lift up and swing riser guard. Install bracings, replace riser clamp. Hmmm.. kerja ni simple jer tapi disebabkan areanya tu dekat dengan riser, actuators, valves dan congested area.. so memang menyakitkan hati lah.

Walaupun bukan aku yang akan buat kerja tu nanti, akan tetapi jobcards dan Site Specific Procedure yang aku prepare itu lah yang akan di jadikan guideline pada crew aku nanti. Andaikata SSP aku tu tip-top maka alhamdulillah, kalau screw up.. maka kena screw lah aku nanti. Engineer yang gi kat platform memang goyang kaki goyang telur jer, tapi balik ke office banyak lah paperwork yang nak kena submit.. 3 orang lain tu balik rumah terus boleh lupakan apa yang dah mereka buat ketika site visit tu. Gezzzz…

Abis sehari site visit di riser guard. Letih jangan cakap lah naik turun tangga. Tapi syok juga duk kat sea deck tengok ikan-ikan kat bawah tu.. kalau free boleh memancing.. semalam gang-gang tu memancing dapat tenggiri 7 kilo.. wowww.. ikan fresh.

Hari ni 22nd January 2010, kalau aku masih di company lama di Miri mungkin aku sedang bersama-sama kawan-kawan aku di Annual Dinner di Eastwood, Miri. 14 hari jer memisahkan aku dengan event tu, dapat rasakan happy nya mereka di annual dinner tu. Dari email-email yang mereka cc kat aku, nampak excited sangat… hmm.. takpa lah. Tuhan dah tentukan segalanya untuk aku di sini. Cewah..

I miss all of you my friends, Morris, Leena, Jo Ann, Karie, Tina, Shawal, Cap Ooi, Sis Laila, Rossa, Elena, Nana, Siti Faridah, Faridah, Cap Nasir, Adi, Izad.. adeh banyak la kalau nak tulis kat sini..

Takpa lah.. tido lagi best.. gud nite.

Saturday 23rd January 2010.

Continue site visit di riser guard.. tapi hari ni aku solo gi di PM9 deck untuk job no 2. Aaiyaaa berkarat dan reput dah deck ni.. so client nak aku buat report dan recommendation dari aku berkenaan dengan status condition deck tersebut, aku tengok sekejap jer, takde mood. Aku akan buat recommendation, tukar semua dengan yang baru hehehe.. mudah jer kerja aku.

Half day jer hari ni, sebelah petang buat drawing dan jobcard serta Site Specific Procedure. Masa ni lah kepala otak 3 orang otai itu diperlukan untuk berikan aku idea for jobcard and SSP. Dia orang cakap, aku tulis.. dan aku elaborate sikit-sikit. Itu lah kerja aku. Berapa tonne punya sling, shackle, padeyes etc tu biarkan engineering consultant yang kira, itu bukan kerja aku. Kalau salah calculate biarkan datangnya dari consultant. Cehhh.. nama jer engineering consultant, siap stamping dengan IR stamp lagik, tapi drawing and measurement hancusssss… cap ayam betul.

Sunday 24th January 2010.
OK lah.. chopper balik ke Kerteh akan sampai sekejap saja lagi. Aku tak sabar-sabar nak balik ke darat.

Going offshore again..

Wednesday, January 20th, 2010

Posted eddyra by on Oil & gas

I just joined a new HUC company, Kemaman based. Position, Structural Field Engineer. Gezzz.. Junior Engineer, Workpack Engineer cum surveyor, Operation Engineer and now Structural Field Engineer.. never crossed my mind to be Structural Engineer.

Its, OK.. I am going offshore again on 21th January 2010. Malas jangan cakap ler bro. Where? Tapis A Platform (Exxonmobil) … anyway something similar to my previous offshore company jobs though, but this time round, I need to prepare the procedure, give recommendation, ‘educate’ client and prepare the proposal. Tough man..

The job is very simple but the big problem is that job activities is located near to the riser. I need to study how to lift up the riser guard, swing it to certain degrees, do hot work, replace tubular structure.. and bla bla bla..

I know I am not the one who will execute the job but all those thing will be based on my jobcard, my recommendation and my site specific procedure.

Wish me luck!

38 Project Managers required in Saudi Arabia

Tuesday, January 19th, 2010

Posted eddyra by on Oil & gas

We need 38 Project Managers with Master Degree in Business and 10 years experience. The contract is for 5 years in Saudi Arabia .
Please do your best.

Best Regards,
Hussein Qattan
General Manager
TTS
M. +962 79 6801966
O. +962 6 5856887
Oasis 1 Building
Suite # 303
Sweifieh, Amman
Jordan

hussein@tts-telecom.com

KL RECRUITMENT CAMPAIGN (R&T Divison & MLNG)

Tuesday, January 19th, 2010

Posted eddyra by on Oil & gas

(From email… )

Opportunity to those interested to join Petronas.
Good Luck!!

Ladies & Gentlemen,

We wish to inform you that in collaboration with MLNG, our KL Recruitment Campaign will be held at Exhibition Hall 2, Kuala Lumpur Convention Centre as below advertisement (THE STAR : 16th Jan 2010).

We would appreciate your kind support in extending this advert and information to your circle of friends, relatives and acquaintances of relevant experiences and qualifications.

Date: 23rd & 24th Jan 2010
Venue: Kuala Lumpur Convention Centre

Petronas staff name.
Address.
Email

Safety Alert : Robbery at sea onboard supply boat – Sabah

Thursday, October 22nd, 2009

Posted eddyra by on Oil & gas

Received thru email this morning…..

Would like to share this safety alert to all who are working in Sabah Waters to take extra precautionary measures and to remain vigilant.

Early this morning, one of our supply boat which is on route from Labuan to Erb West was robbed by a group of robbers.

They intruded the supply boat, armed with “Parangs” and a pistol. All the crew were bound and beaten-up. The robbers took their cash, handphones, satellite phone, watches and some other personal belongings. According to the Captain, there were eight (8) of them and they look like foreigners.

The boat communication equipments were deliberately damaged and the robbers threw away all the talkies into the sea to deny them external assistance.

This incident was reported to the Marine Police and Malaysian Maritime Enforcement Agency. The authorities have started their investigation and will launch an all-out effort to curb similar incident from repeating. Meantime, please be reminded to stay alert and always on the look out for any suspicious boats. Do notify the relevant operations and if required, report to the relevant authorities to seek their assistance.

Thanks & kind regards.

Site Inspection Visit (SIV) at St Joseph Platform part 2

Thursday, August 27th, 2009

Posted eddyra by on Oil & gas

Ok malam tu tido awal, ok la Promenade Condo ni boleh la. Fully furnish tapi nak jalan merayap tu leceh la sikit, jauh sikit lah. Orait seawal jam 3.30am dah bangun. Pukul 4.00am driver datang angkat kita orang menuju ke Kota Belud. Sejam perjalanan tu meredah bukit bukau dan pergunungan entah apa nama tu maka sampailah kami ke KBH, Kota Belud Hotel. Siap full coverall bro. Takde coverall boleh blah.


KBH…

KBH ni kiranya tempat persinggahan ataupun Shell base untuk operation Sabah Water la. Register dulu nama kita, serahkan Shell safety passport. Kemudian tengok video safety briefing tengah tengah ngantuk-ngantuk ayam tu. Berapa jam je tido semalam kan. Ayam betul la.

Ok kalau sehari sebelum tu ada buat booking untuk naik fast crew boat maka ada la nama kita. Kalau Operation Engineer tak booked, maka tak ke offshore la hari tu. Hehehe power tak power aku … see.

Orait lepas tu breakfast kat galley. Lepas tu semayang subuh kalau ingat kat Tuhan. Kalau rasa boleh coutim dengan malaikat maut ok la. Hahaha ..

Ok. Abis bab tu driver bawak kita orang menuju ke Usukan Jetty. Setengah jam la lebih kurang.


Usukan Jetty, Kota Belud, Sabah

Hmmm… Kat sini lah nampak agak sukar dan leceh nyer nak berurusan dengan platform sebelah Sabah ni. Kalau di sebelah Kemaman tu boleh bawak kereta dan park kat helibase Kerteh, tinggal kereta dan terus nak chopper. Sini kat Kota Belud leceh sikit la.

Kota Belud ni untuk pengetahuan korang la lebih lebih lagi orang kat kampung aku yang baca blog aku ni, adalah merupakan kampung koboi. Penduduknya ada yang berkuda cakap lu. Boleh nampak kuda kuda tu kat sini. Most of them are muslim. Jangan la langgar ayam itik dia orang nanti dia charge korang dari tarikh ayam tu kena langgar sampai ayam tu bertelur dan beranak pinak. Hmmm.. Belasah je lah. Kalau tak caya tanya la Felix AF3 tu. Betul ke tak Felix?? Hehe..

Ok lah permandangan di Kota Belud piwettttttt… mengembalikan semula kenanganku di Kundasang. Cewah.. angau pun bermula bah. Nampak sawah bendang dan perumahan kampung yang cool. Original bro. Dari jauh sayup sayup nampak Gunung Kinabalu.

.. nampak dari jauh hati saya rinduuuu..

Orait… Dah sampai pun kat Usukan Jetty dan fast crew boat sudah menanti. Hmmm… Kami akan ke St Joseph Platform hari ni.

Jam 7.30am kami menaiki boat Puteri IV to St Joseph. Hmmm boleh tahan la tak kuat sangat ombak. Kalau tak boleh berulang lah kejadian mabuk masa aku ke Seligi Platform dulu masa chopper grounded kes terhempas di Tapis B dulu.

Wahhh dari jauh nampak puncak Kinabalu. Gezzzz… Aku rindukan Kundasang.

Orait sejam kemudian kami pun tiba lah di St Joseph platform dan vessel yang operate untuk St Josseph ni ialah Ajang Hormat, Ajang Shipping punya.

Ok dah sampai tu, register dulu dan cam biasa la kena tengok video safety briefing dulu.

Bersambung…

Site Inspection Visit (SIV) at St Joseph Platform

Saturday, August 22nd, 2009

Posted eddyra by on Oil & gas

17th August 2009

Kelam kabut pagi ni, Shell safety passport aku tak siap lagi. Pukul 2.50pm dah nak depart to Kota Kinabalu. Takde safety passport ni baik tak payah fly, takde maknanya. Shell ni memang straight. Macam aku cakap lah, kalau ada Petonas atau Exxonmobil punya safety passport tu tak bleh pakai jugakk.. Shell tetap nak Shell punya safety passport.

Aku dikehendaki oleh Shell Sarawak Berhad (SSB) ke St Joseph Platform untuk Site Inspection Visit pada 18th August 2009. Aku akan pergi bersama-sama Safety Officer, Marine HSE Coordinator, SSB representative dan other contractor representatives.

Gezzzz.. Doctor pulak tak boleh nak endorse safety passport aku, sebab katanya result doctor yang aku beri tu fail di part Audiogram hearing test.. so aku kena repeat test, on the spot aku buat.. nasib baik pass. Weii.. telinga aku ni OK apa.. cuma kadang-kadang tu jer payah sikit nak dengar kata … :)

Check in di Miri Airport jam 1.30pm, depart jam 2.45pm naik Airasia. Apa class la naik Airasia.. cut cost..cut cost.. company suruh cut cost.

Ini Airasia stewardess la..

Sampai Kota Kinabalu International Airport KKIA, agent datang pungut kita orang naik Pajero, ingatkan Limousine hehehe.. hantar kita orang di Promenade Marina Court Condo, hmm.. OK lah can see the waterfront..

Lawa juga bro permandangan dari sini, nampak Pulau Gaya yang indah… nampak dari kejauhan rumah ataih air bro.. boleh tengok orang main jet ski .. kapal kapal nelayan alongside tepi jetty.. gezzz ok lah boleh lah buat ubat kedukaan dari Miri cewahh..

Sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens, Waterfront ni merupakan tempat untuk melepak yang popular bagi masyarakat local dan juga para pelancong.. OK lah not bad lah.

Hmm.. korang tau tak Kota Kinabalu dahulunya dikenali sebagai Jesselton? Pada 30 September 1967, Jesselton diberi nama Kota Kinabalu.. aku pun tak tau.

Petang tu kita gi jalan-jalan sekitar Pasar Philiphino tu.. gezzz hampir semuanya orang Philiphino, samaada pure Philiphino, keturunan Philiphino tapi born in Sabah, pelarian haram atau entah halal atau apa-apa lah payah aku nak tulis.. tagalog ka entah la. Yang aku tau awek Philiphino ni kita panggil Arroyo..

Di pasar ni, betul-betul tepi muara sungai, berpuluh puluh peniaga menjual sayuran, ikan, ayam, dan barangan-barangan basah kering dapur, buah buahan, belacan, kuih muih .. cari punya cari punya cari.. budu jugak yang takde.. frust giler. Aku rasa satu penghinaan terhadap budu.. perghh!!

Petang tu, kita singgah kat satu dari gerai Pinoy ni.. entah la gerai yang mana satu sedap, nampak semua sama jer yang jual ikan bakar, sotong bakar, udang bakar.. untuk pengetahuan korang lah, gerai-gerai ikan bakar ni hanya jual ikan bakar, sotong bakar etc, dan nasik putih jer.

So kalau nak makan makanan lain memang takde.. air pulak tu air kosong jer.. nak tomyam ka, sayur campur ka.. hatta telur goreng pun takde.. itu tempat hanya serve ikan bakar, sotong bakar etc dan nasi putih je.. gezzzzz tak la best sangat.. abis la jugak tiga pat puluh ringgit layan pari dengan ikan kerapu merah..

Malam tu, aku bawak client rep ni dinner, biasa la kan client kita musti kena jaga.. betul tak cakap aku. So Manager aku cakap, bawak dia makan seafood.. So aku bawak dia pi makan Ocean Seafood. Hmm.. ramai jugak orang..

Menu malam tu, ikan bakar seabass, siput (gezzzzz.. aku satu pun tak makan, uwekks..), sayur, tomyam, ketam masak kari.. tak la sedap sangat pun, damage malam tu RM310.00 .. takpe aku claim la nanti gezzzz..

Malam itu, tak kemana, jalan-jalan sekitar apartment dan tido.. seawal pukul 3.30am esok dah nak kena bangun …..

bersambung..

Refresher course at SMTC, Miri.

Thursday, August 13th, 2009

Posted eddyra by on Oil & gas

Kalau anda nak bekerja di Shell platform / vessel di sebelah Sawarak and Sabah Water ni, anda diwajibkan memiliki safety passport yang di keluarkan oleh Shell. Sekiranya sebelum ini anda memiliki safety passport dari Petronas atau pun Exxonmobil dari sebelah Semenanjung, maaf safety passport tersebut tidak laku. Boleh buang dalam laut. So nak ke tak nak ke anda perlu menjalani refresher course selama 2 hari, atau lebih bergantung kepada course yang diwajibkan ke atas anda. Macam aku, 2 hari jerk sebab course aku cuma courses cap ayam jer.

Orait, aku kongsikan di sini kepada mereka yang mencari-cari cerita cerita berkenaan dengan refresher course ni, adehh actually boring betul course ni.. aku sendiri dah 4-5 kali buat course, dah banyak air kolam aku telan hehehe..

Oh yer lupa pulok, terbaru refresher course yang aku amik ni aku buat di SMTC, Kuala Baram, Miri Sarawak. Berbeza sikit dengan apa yang pernah aku buat di TSTC, Kemaman, Terengganu.

3th August 2009

First day tu, seawal 7.30am aku dah register di SMTC. Aku sign jer lah kan sebab company yang bayar. Kalau persendirian bawak la duit secukupnya pada hari registration tu. OK jugak lah prasarana yang ada di sini, lebih kurang di TSTC Kemaman jugak ler.

Helicopter Underwater Escape Training (HUET)

Aku boleh kata lah, dalam banyak banyak courses yang wajib ni, HUET lah yang paling memboringkan dan kalau boleh nak excuse jer. Malas betul, remeh, cap ayam dan menyakitkan hati hehehehe.. sebab apa aku cakap canggitew sila lah tengok vclip yang aku upload ni, eiii best apa pusing-pusing dalam air. Kepala ke bawah, kaki kat atas.. gezzzzz…

OK sebenarnya HUET course ni diwajibkan sebab nak beri gambaran kepada passangers yang naik chopper tu apa yang perlu di lakukan sekiranya chopper perlu membuat pendaratan cemas di air.

ishhh..nantilah aku sambung yekkk…

Jawatan kosong in Oil and Gas

Wednesday, June 10th, 2009

Posted eddyra by on Oil & gas

Ada orang mintak tolong aku publish kan kerja kosong.. dah macam pejabat buruh dahh :P

Calon – calon yang berminat dipelawa untuk menghadiri temuduga bagi jawatan – jawatan seperti yang tertera di bawah. Butiran – butiran lanjut mengenai temuduga yang dinyatakan adalah seperti berikut.

Tarikh : 15, 16, 17, 18 & 19 June 2009
Masa : 10.00 Pagi Sehingga 4.00 Petang

Tempat : Sarku Engineering Services Sdn. Bhd.
PT 5058, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong,
Jalan Kuantan – Kemaman,
24007 Kemaman,
Terengganu.
No. Tel :09 – 863 3420

PAINTING FOREMAN
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai :
Sijil IMM Level 2 atau sijil – sijil lain yang setaraf.
Sekurang – kurangnya 8 tahun pengalaman dalam bidang industri minyak dan gas.
“Offshore Safety Passport” yang masih sah.

SCAFFOLDER FOREMAN
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai :
Sijil “Intermediate Scaffolding” daripada CIDB, ABM atau sijil – sijil lain yang setaraf.
Sekurang – kurangnya 8 tahun pengalaman dalam bidang industri minyak dan gas.
“Offshore Safety Passport” yang masih sah.

WELDER
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai :
Mempunyai kepakaran dan kelayakkan 6G / 6GR Multicoded (SMAW/GTAW/CuNi)
Memahami dan berkebolehan membaca lukisan “Isometric”
Boleh melakukan kimpalan di semua arah sudut dan memiliki pengetahuan tentang “filler metals”, “base metals” dan “joint preperation”, “welding techniques”, “preheat” dan “post weld heat treatment”.

“Offshore Safety Passport” yang masih sah.

FITTER
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai :
Mempunyai sekurang – kurangnya pendidikan sekolah menengah dan lain-lain yang setaraf
Sekurang – kurangnya 5 tahun pengalaman sebagai fitter dalam bidang industri minyak dan gas.
“Offshore Safety Passport” yang masih sah.

BLASTER – PAINTER
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai :
Sijil IMM Level 1 atau Level 2 atau sijil – sijil yang setaraf.
Sekurang – kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang industri minyak dan gas.
“Offshore Safety Passport” yang masih sah.

RIGGER SCAFFOLDER
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempumyai :
Sijil “Basic Scaffolding” daripada CIDB, ABM atau sijil – sijil lain yang setaraf.
Sekurang – kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang industri minyak dan gas.
“Offshore Safety Passport” yang masih sah.

RIGGER / RIGGER FIREWATCH
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai :
Sijil “Firewatch” daripada TSTC atau sijil – sijil lain yang setaraf.
Sekurang – kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang industri minyak dan gas.
“Offshore Safety Passport” yang masih sah.

PERINGATAN :
* Pastikan membawa sijil – sijil asal/salinan, resume, gambar dan salinan kad pengenalan di bawa bersama ketika temuduga.

Project Engineer Required in Saudi

Tuesday, June 9th, 2009

Posted eddyra by on Oil & gas

Direct hire.

Please email to annuar@mirionea.com

Thanks

Oil and gas positions : Walk in interview – Labuan

Thursday, February 26th, 2009

Posted eddyra by on Oil & gas

Stay tune… :P and I will update the date and location!!

Update :

Construction crew
Date : 5hb – 7hb March 2009
Venue: Grand Dorset Hotel

PMT
Date : 5hb – 7hb March 2009
Venue: Sapuracrest Fabrication Yard

Please bring your cv, photo etc..

Junior Project Risk Engineer wanted

Tuesday, January 13th, 2009

Posted eddyra by on Oil & gas

Sapura Acergy Sdn Bhd is looking JUNIOR PROJECT RISK ENGINEER for Gumusut Project Controls Department

Education & Training
•Bachelor’s Degree in Engineering / Business from a recognized institution

Experience
•Experience as Risk Engineer, Estimator, Planning Engineer or position in Contracts Admin or Engineering is preferred (not essential)
•Fresh graduates may apply

Skill / Attributes
•IT Literacy and Proficiency required in Word, Excel, MS Project, PowerPoint
•Good Written and Oral Communication Skills

Main Responsibilities
•Assisting with the coordination of project risk activities and ensuring that project requirement are achievable while promoting risk awareness in the teams and ensuring the follow up of the internal procedures

Minimum Job Expectations
•Assist in the implementation of the Project Risk & Opportunity Management plan in accordance with the contractual requirements in liaison with the Project Risk Engineer
•Assist in the maintenance of the project risk register
•Perform quantitative analysis in accordance with the Risk Management Plan; cost & schedule risk analyses
•Assist to ensure proper follow up of action items
•Maintain records of project risk deliverables
•Liaise with Project Risk Engineer to highlight difficulties or opportunities in the project
•Assist to perform technical risk studies as required
•Facilitation of / Involvement in technical risk activities such as FMECA, HIRA and PHA as required
•Ensure follow up of action items arising from technical risk studies

Salary Ranging from RM2,500 to RM5,000 per month
Permanent Position

Interested candidate please submit your latest cv to :

SapuraAcergy Sdn Bhd (Company No: 708868-k)
formerly known as Nautical Offshore Sdn Bhd
Level 6 Sapura@Mines
No.7 Jalan Tasik
The Mines Resort City
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tel : + 603 86598288
Fax : +603 86598200
Email: info@sapuraacergy.com

Site visit at Cakerawala Platform..

Saturday, December 20th, 2008

Posted eddyra by on Oil & gas

Pada 15th December 2008 buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Cakerawala Platform, hak milik Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd (CHOC) join venture Malaysia and Thailand.

Cakerawala Platform ni terletak di Block A-18 of , lebih kurang 150 km NE of Kota Bahru and lebih kurang 100 km south of the Bongkot Field. Dulunya di kenali sebagai CTOC.

So sampai je aku kat Pengkalan Chepa Airport pagi tu, lebih kurang jam 7.00 am check in kat Carigali Hess punya counter. Dah dapat boarding pass kami blah. Pekena kopi jantan dengan nasi lemak kat cafe kat air port tu, mak aii mahal demo jual air ko kawe ..

Jam berapo lupo tapi kurang lebih 8.45am kami pun memasuki departure hall, then di hujung sana ada van menanti kami. Kami di bawa ke briefing room, biasa lah dengar safety briefing dulu. Nak gi mana-mana platform pun memang dimestikan tengok video briefing. Lebih kurang sama jer video clip tu.


Satu bendera Malaysia, satu lagi bendera Thailand..

OK kami menaiki MHS helicopter STE, chopper kecik, laju sikit. Perjalanan mengambil masa setengah jam jer.. OK la tu kalau nak compare dengan exxonmobil atau petronas punya platform.. satu jam, dua jam tu selamba lah.. banyak sangat tempat dia transit.

Sampai je kat Cakerawala Platform, macam biasa lah.. register nama, declare ubat kalau kita ada bawak ubat… err biasalah puak-puak ni suka sangat bawak ubat kuat hahaha.

Lepas safety briefing, minum dan makan.. rilex lah bukan datang nak gi buat kerja pun kan, datang untuk site visit sambil makan angin..

Pukul 10.30am kami kemudiannya di bawa ke luar living quarters untuk visit and survey area untuk next project. Mmm.. not bad lah platform cantik, maklum lah siap tahun 2004.. kebanyakan equipmentnya, piping, structure etc masih kelihatan baik dan cantik lagi.. kalau gi kat exxonmobil dan petronas punya platform mak aiiii macam nak runtuh dah.. 20-30 tahun punya usia tu.. tapi tua-tua pun itulah yang banyak berjasa kepada rakyat Malaysia ni.. cewah patriotik pulak aku.


Cakerawala Platform

Ok babeh, site visit done. Malas la nak cerita apa yang aku dah visited, itu rahsia sebab masih dalam tendering stage lagi. Photo tak banyak yang aku snap sebab aku malas nak buat permit.. ingat mudah ke nak amik gambar.. takde permit jangan harap, kalau paparazi ada harapan balik awal ke daratan lah.

So apa yang menarik di sini, regular crew CHOC ni terdiri dari rakyat Malaysia dan Thailand.. kalau tengok name list kelihatan nama Melayu, India dan Chineese dan nama rakyat Thailand. TV di galley ada 2 units, aku rasa untuk berlaku adil lah time tengah makan tu boleh pilih nak tengok berita Thailand atau berita Malaysia. So hiduplah mereka tu saling hormat menghormati antara satu sama lain. Platform Supervisor setiap 2 minggu sekali akan bertukar kerajaan, minggu ni Platform Supervisor from Malaysia next week Platform Supervisor from Thailand.

Nak call rumah pun mudah boleh pakai I-Talk card, sama macam Exxonmobil punya platform. Facilities pun banyak tapi aku tak round semua area lah.. alah sama jer dengan paltform lain.

Sedikit info tentang Cakerawala Platform ni.. Platform ni terdiri dari Cakerawala Processing Platform (CKP), Cakerawala Riser Platform (CKR), Cakerawala wellhead platforms A (CKA), B (CKB) and C (CKC), Bumi wellhead platform (BMA), Surya A wellhead platform (SYA), Bulan A wellhead platform (BLA), Puteri Cakerawala floating storage & offloading facility (FSO).

Pukul 3.30pm, chopper pun sampai dan kami pun blah menuju ke airport semula, so berakhirlah site visit kami pada hari tersebut.

Walau platform mana sekalipun kita berada, setiap platform yang kita sampai itu adalah rumah kita, rumah sementara kita.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me