Archive for the ‘Offshore’ Category

Cerita-cerita orang offshore

Tuesday, January 22nd, 2008

Posted eddyra by on Offshore

Orang offshore banyak cerita. Cerita-ceriti tentang apa saja, tentang pekerjaan, kehidupan, anak bini yang ditinggalkan di rumah, tentang ubat tahan lama, atau apa saja cerita-cerita yang boleh menghilangkan boring mereka selama mereka berada di sana.

Bayangkan kehidupan di tengah laut selama 3 minggu, atau lebih. Sambil makan mengadap TV sambil bercerita tentang nak tukar engine turbo ka vtec ka.. Sambil hisap rokok di smoking room bercerita tentang keletah anak-anak, kisah awek-awek, kisah-kisah hantu di sea deck dan macam-macam.

Aku pernah duduk hampir 2-3 jam bersembang dengan seorang pekerja Exxonmobil, orang lama dalam lingkungan 50 an. Pengalamannya hampir 22 tahun turun naik offshore sejak dia anak teruna lagi. Dari anak teruna, berkahwin, dapat anak sampai lah dia dah nak pencen ni. Rezeki dia di laut, tinggalkan anak bini demi anak-anak. 22 tahun maknanya separuh darinya tinggal di offshore, dan separuh lagi di daratan. Pehh.. kalau aku seminggu pergi dah tak nak pergi lagi.

Cerita beliau lagi, semua tu adalah kehidupannya, life at offshore. Jumpa anak dua minggu sahaja dalam sebulan, peluk bini pun dua minggu je lah. Kalau time balik rumah dapat bendera Jepun, wahaha biasa la tu. Itu kalau 2 minggu di offshore dan 2 minggu di darat, kalau 3 minggu di offshore lagi ler siksa. Ibarat air naik kepala lah.

Soal anak-anak, semua wife yang handle. Sakit pening anak-anak, makan minum, sekolah, wife yang jaga, suami 2-3 minggu di offshore. Bila dapat berita anak sakit, nak kerja pun dah tak senang, nak balik susah tak balik pun hati tak senang. Nak tak nak kena balik juga, kalau position kita ada orang boleh ganti tu Ok lah, kalau takde susah lah.

Soal kesetiaan wife di rumah sepanjang ketiadaan kita, boleh ke dia tunggu kita balik. Kita ke offshore cari rejeki, awak di rumah jaga diri baik-baik. Pun begitu ada kes bini buat hal sepanjang suami cari duit di offshore, scandal dengan jantan lain.

Soal suami katanya ke offshore, rupa-rupanya kat ‘offshore’ lain pun ada, kerja-kerja korek minyak di tempat lain huhuhu…

Cerita apa lagi, cerita lucah lucu yang direka-reka di kala keboringan. Cerita tak masuk akal tetapi di ada-adakan sambil-sambil hisap rokok di smoking room atau masa nak tidur.

Alhamdulillah ada juga yang menghidupkan malam dengan berkiamulail pukul 2-3 pagi, bangun sorang-sorang suspend juga kalau-kalau nampak hantu ka apa ka.. wahaha biasa la tu. Ada yang nasihat menasihati di dalam usrah antara mereka di surau living quarters, ada ceramah undangan yang di import dari mana-mana jabatan.

Kalau gang-gang tabligh, mereka banyak menghabiskan masa dengan berkumpul dan berbincang mengenai plan-plan nak ‘keluar’ 3 hari atau 40 hari, fikir dan amal tuan-tuan.. kalau ziarah bilik dia orang ni, banyak lah boleh jumpa kitab-kitab, surah-surah al quran dalam almari atau di kepala katil mereka.

Gang-gang PAS dan gang-gang UMNO bercerita tentang politik lah, mu pemimpin mu aku tok guru aku. Wahaha.. cerita tentang politik di kampung masing-masing.

Kalau tidak berkumpul dengan kawan-kawan, lagi lah cepat rasa sunyi. Rasa nak balik pun ada. Mood dia orang ni boleh berubah setiap minggu. Mula-mula sampai muka tak berapa ceria jer, apatah lagi kalau seminggu masa nak datang tu, ada masalah di rumah, atau pun ada bendera Jepun (kuikukui).. masuk je minggu kedua, dah ok dah sikit. Masuk hari-hari terakhir, wahaa ceria macam anak teruna nak masuk bilik pengantin. Kalau dah set nak balik hari Ahad, mintak tolong lah jangan difer ke hari Isnin atau Selasa, atau minggu satu lagi. Dalam kepala dah set hari Ahad nak balik, aku tak kira aku nak balik!

Bila jadi ginilah, kalau tak boleh balik, muka tensen, kerja dah takde mood, bengang stress semua ada dan soal safety mula timbul. Buat kerja pun lebih kurang dan banyak terjadi kes-kes accident, sebab otak kita dah tak berada di situ.

Ini lah lebih kurang cerita-cerita orang-orang offshore sesama mereka, kawan-kawan lah yang akan selamatkan kita kalau apa-apa berlaku di sana. Kawan-kawan lah tempat bercerita, tempat mengadu dan tempat kita salahkan kalau terjadi satu-satu masalah di tempat kerja.. aa? Biasa la kan.. mana-mana tempat pun ada. So bila berkawan, maka banyak lah kita bercerita antara kita.

Sebenarnya sukar untuk aku gambarkan tentang kehidupan di offshore ni, memang isolate lah. Apatah lagi kalau hanya kita 2-3 orang yang berada di satelitte platform, siang malam asyik tengok muka dia, dia dan dia jer. Entah apa yang mereka bualkan….

Offshore Series

Friday, January 4th, 2008

Posted eddyra by on Offshore

Untuk memudahkan anda mencari article/entry yang berkenaan dengan offshore, aku memudahkan pencarian anda dengan meletakkan satu slot di sebelah kanan sidebar blog ni.

Safety issue..

Monday, December 17th, 2007

Posted eddyra by on Offshore

Semalam aku kena duty, weekend duty. So aku ke helibase untuk berjumpa dengan crew yang akan ke offshore. Macam orang lain juga lah yang kena duty pada hujung minggu, boring nak mampus.

Apa cerita, takde apa-apa cerita sekadar bercerita tentang safety sikit-sikit, yang banyaknya keluhan dan luahan perasaan mereka terhadap kerja mereka. Biasa la tu.

Kelakar betul bila one of them kena banned seminggu, seminggu tak boleh ke offshore sebab over joking!

Ada ke patut, masa tengah scan luggage tu dia pi tanya polis yang jaga scanner tu.

‘Cik, kalau ada pistol boleh nampak tak?’

Apa ler.. nak tanya nak bergurau tak bertempat. Polis tersebut lalu membawa mamat berkenaan berjumpa dengan helibase incharge, kena warning dan ban seminggu.

So, remember.. dont play-play.

PPE – Personal Protective Equipment

Wednesday, December 5th, 2007

Posted eddyra by on Offshore

Salam semua,

Sebagai seorang pekerja, kita ada hak untuk TIDAK melakukan sesuatu kerja sekiranya kita tidak diberi alatan perlindungan diri atau perkataan glamernya PPE. Jangan lepas ni sebut ‘alatan perlindungan diri’ nanti kena gelak, sebut jer PPE, Personal Protective Equipment.

ikanpisang

Ikan pisang yang banyak dipermukaan air, bawah platform..

Kebiasaannya, setiap company ada Stop Work Policy, kita boleh untuk tidak buat sesuatu kerja kalau kita rasa tidak selamat atau tiada PPE yang cukup. Boss atau supervisor takde hak nak ambil tindakkan kalau kita refuse, dont worry kalau dia orang berkeras jugak nak ambil tindakkan sila bawa case anda ke pihak atasan. Peduli apa, yang buat kerja kita, yang accident pun kita.
(more…)

Bagaimana nak bekerja di offshore.. part 2

Tuesday, November 20th, 2007

Posted eddyra by on Offshore

Kali ini aku nak berkongsi dengan mereka yang berminat untuk mengetahui cara-cara untuk mendapatkan peluang bekerja di offshore. Sila lihat di sini untuk lihat position yang di tawarkan.

Resume
Macam biasalah, mana-mana company pun nak tengok biodata pemohon. Buat lah satu resume, simple pun takpe dah. Tulis keterangan diri, nama, alamat, contact number, sekolah mana dulu dan sebagainya. Hobi masa lapang, cita-cita itu semua tak perlu lah. Maaf, kadang-kadang aku ada tengok resume macam tu. Nyatakan pengalaman bekerja, dengan company mana sebelum ini dan company sekarang. Gambar sekeping jangan lupa pulak.

Kalau position rigger atau helper attach kan sekali at least sijil SPM. Jangan bimbang kalau SPM tak pass sekali pun, yang penting boleh menulis dan membaca. Kalau ada certificate course yang lain, attach sekali. Cerah peluang kalau anda ada safety course, confine space course, rigging course, scaffolder course dan apa-apa course yang berkaitan dengan position yang anda pohon. Kalau welder, photocopy lesen welder.

Kalau sebelum ni pernah bekerja sebagai welder, fitter, atau rigger di mana-mana plant, peluang tu amat lah cerah, lagi cerah kalau ada safety passport. Kebanyakkan company yang aku tahu di sebelah Pantai Timur ni, mengutamakan mereka yang sudah ada safety pasport, sebab company ni malas nak tanggung cost.

Kalau anda memang tidak pernah bekerja sebelum ni, biasanya akan di panggil first timer, peluang tu tetap ada namun kelebihan biasanya kepada orang yang dah berpengalaman. Rilex, takde yang baru maka takde lah yang lama.. jangan bimbang pasal tu.

Bagaimana nak apply?
OK resume dah siap. So kat macamana nak apply ni.

1- Paling mudah ialah melalui recommendation kawan-kawan yang bekerja di offshore. Mintak dia orang recommend kan. Kalau ada kawan-kawan yang ada cable baik dengan manpower coordinator, lagi bagus. Kalau baik dengan Manager lagiiii bagus. Senang-senang dapat kerja walaupun tak reti pasal offshore. Jangan ingat orang politik jer yang ada kroni.. adik beradik pun ada, anak dengan ayah pun ada .. macam company keluarga dia la pulak. Jangan mintak aku recommend, aku kuli jer.

2- Melalui iklan dalam surat khabar / banner. Kebiasaannya, apa bila ada satu-satu shutdown yang besar, sesetengah company ada mengiklankan walk-in interview. Position yang paling ramai dikehendaki biasanya rigger, helper dan scaffolder. Kerjanya tak lama, paling lama pun sebulan dua jer dan biasanya di panggil SSE, short service employee.

3- Submit resume kepada company-company yang berkaitan pun boleh tapi tengok keadaan lah jugak. Kalau memang perlukan pekerja, dia akan panggil untuk interview, kalau takde tunggu jer lah.

4- Manpower supply. Boleh pergi ke office manpower supply dan apply di sana. Jaga-jaga jangan sampai kena tipu, banyak kes dah. Soal lambat bayar gaji tu biasa lah, sebab manpower supply ni biasanya akan tunggu payment dari company yang mereka supply jugak.

5- Kalau ada kawan-kawan atau saudara mara yang bekerja dengan client, macam Petronas Carigali atau Exxonmobil, boleh mintak dia orang forward kan resume anda pada company-company yang ada contract dengan mereka. Biasalah, nak jaga relationship dengan client, nak ambil hati client.. peluang tu cerah.

6- Last sekali, adik-adik lepasan SPM. Boleh pergi ke INSTEP dan ambil kursus di sana. Bila dah tamat boleh bekerja dengan client macam Petronas dan Exxonmobil. Tapi bukan untuk position rigger, scaffolder etc itu semua. Anda boleh jadi staff dia orang lah.

Company mana yang kita nak apply?

OK. Ini bergantung kepada kerja yang anda nak. Kalau anda berminat dengan kerja-kerja lasak, banyak guna tenaga, letih sampai tak cukup tidur, anda boleh apply dengan company-company drilling, work over, wireline, testing etc yang banyak di Kemaman Supply Base, KSB, Kemaman, Terengganu.

Antara yang boleh anda cuba ialah:
1. Schlumberger – lumayan ni.
2. Dimension Bid
3. Weatherford
4. Banai
5. Pool International
6. Geowell
7.
8.

Kalau berminat untuk kerja-kerja maintenance offshore, anda boleh apply di company seperti berikut. Position yang ditawarkan ialah rigger, helper, scaffolder, welder, fitter, blaster painter etc.

1. Vastalux Sdn Bhd – currently contract with Petronas Carigali.
2. Sarku Eng Services Sdn Bhd – currently contract with Exxonmobil.
3. Intraline Resources Sdn Bhd – currently contract with Exxonmobil.
4. Offshore Work Sdn Bhd – currently contract with Talisman
5. Ramunia Fabricator Sdn bhd
6. TJ Oilland Sdn Bhd
7. Sime Darby Offshore Sdn Bhd
8. Dayang Enterprise Sdn Bhd – SKO / SBO contact, Sarawak.
9. Shapadu Energy Engineering Sdn Bhd – umbrella contract with Petronas Carigali.
10.

Berminat untuk bekerja sebagai tukang cuci, atau pun cleaner? Di offshore, ada support team yang bekerja sebagai tukang masak, cleaner etc. Kerja tak berat sangat, cuma boring je 24 jam duduk dalam living quarters.

1. Alfa Meli Sdn Bhd
2. Petroserve Sdn Bhd

Sebenarnya banyak lagi company yang ada, apa yang aku tulis di atas hanya lah beberapa company jer. Boleh lah buat research sikit-sikit. Adakah anda layak? Serba sedikit mengenai kelayakkan untuk bekerja di offshore.

Info for professional trade, engineer and above, please submit your cv to the company.

Bagaimana nak bekerja di offshore..

Tuesday, November 20th, 2007

Posted eddyra by on Offshore

Kebelakangan ini banyak email masuk bertanyakan cara-cara untuk mendapatkan kerja di offshore, atau pelantar minyak. Kita sebut offshore la ya, pelantar minyak ni nampak macam skima sangat. Sepanjang 10 tahun pembabitan aku dalam kerjaya oil and gas ni, aku perhatikan memang ramai yang berminat untuk bekerja dalam sektor ni.

Ramai yang berjaya mengubah nasib diri dari seorang budak yang tak tentu hala kepada seorang yang mempunyai hala tuju hidup. Ada antara mereka yang aku kenal asalnya kaki ganja, alhamdulillah bila dah lama berada di offshore ni, sikap buruk tu sikit-sikit akhirnya padam. Sebab apa, sebab policy kerja di offshore ni memang strict. Walau bagaimanapun masih ada yang masih duk layan benda khayal tu di sana. Masa aku buat site visit dulu pun, ada jumpa juga 2-3 botol dapur hoga kat atas siling. Platform mana tu.. ? Haha..
(more…)

Inside Living Quarters

Friday, October 5th, 2007

Posted eddyra by on Offshore

Untuk mereka yang belum pernah sampai di offshore, aku kongsikan di sini. Mungkin gambar-gambarnya tidak menarik, tapi so far itu saja yang ada dalam collection aku. Lets go..

This is our room with 4 beds, normally double decker bed. Here you can sleep, rest, read etc kalau dah takde kerja sangat conteng jer dinding tu lepas kan perasaan yang dah lama terbuku di offshore. Lepas tu dapat tangkap kena tindakan dicipline kuikukui… Setiap room ada air conditioner, sejuk mak maii, jangan lupa bawak jumper atau baju tebal sehelai. Nak kata sound proof boleh juga lah, hampir tak kedengaran kalau ada paging. Stay la kat sini bersama kawan-kawan lain yang mungkin satu company dengan anda, atau sebaliknya.
(more…)

Types of rigs

Friday, October 5th, 2007

Posted eddyra by on Offshore

Production platform

Semi Submersible

Drill Ship

Jack-up Rig

Floating Production and Storage Offloading Vessel (FPSO)

Offshore Life.. part 2

Monday, September 24th, 2007

Posted eddyra by on Offshore

Di post yang lalu, aku ada menceritakan perjalanan dari helibase ke oil and gas platform. Ok sekarang kita sudah tiba di platform dan apa yang akan berlaku sepanjang kita berada di sana.

Pagi seawal 5.30 pagi kita dah perlu bangun tidur dan solat Subuh bagi yang beragama Islam. Kalau nak bangun pukul 6.00 pagi ke ikut suka hati lah. Lepas tu boleh turun ke galley untuk breakfast. Makan la nak makan apa semua ada, nasik lemak, nasi goreng, mee goreng, kuih muih, roti dan yang pentingnya free.

Jam 6.30 pagi kita perlu berada di hall untuk sessi morning meeting, semua personnel yang berada di atas platform dikehendaki hadir. First agenda biasanya bacaan doa, lepas tu ada simple exercise kasi hilang ngantuk.
(more…)

Ramadhan di offshore platform

Monday, September 24th, 2007

Posted eddyra by on Offshore

Menjalankan ibadat puasa di atas platform minyak pada hakikatnya sama sahaja di onshore seperti orang Islam lain. Berpuasa dalam erti kata menahan makan minum, menahan keinginan merokok, kalau dihuraikan lagi menahan segala-galanya yang berkaitan dengan nafsu yang tak elok tu termasuklah mulut, mata, telinga etc.

offshore

Di atas platform minyak di tengah laut urusan kerja seharian tetap berjalan seperti biasa, walaupun letih penat berpuasa. Bahkan ada antara mereka yang perlu berpakaian macam orang nak ke bulan seperti blaster painter. Panas dan rimas jangan cakaplah, kalau boleh nak minum air setiap kali selesai satu kerja.

Kalau perlu buat vessel cleaning, biasanya ketika platform shutdown, rigger vessel entry akan enter vessel dan membuat cleaning. Panas dan of course you must wear a gas mask, semuanya ini boleh melemahkan semangat mereka yang sedang berpuasa, tapi puasa tetap puasa.

Apatah lagi dengan gang-gang drilling dan workover yang kerja di bawah terik matahari panas dan angin masin .. silap-silap boleh masuk ke galley pekena air dulu.

Pengalaman aku berpuasa buat pertama kali di Platform Tiong, Petronas Carigali sekitar 1997. Bersahur bermula pukul 3.00 pagi, galley room dah siap dengan makanan. Apa yang ada di sini, sebenarnya lebih banyak makanan sahur jika dibandingkan dengan di rumah. Nasi dengan 5-6 jenis lauk, budu, sambal belacan, ulam, dessert, panas-panas lagi. Roti, cake, maggie mee, biscuits dan malas la aku nak tulis semua.. kalau nak dibandingkan dengan rumah sewa bujang aku masa dulu, nasi sejuk goreng telur je bang.

Lepas sahur, sambung beradu, dan seperti biasa masa ni lah kalau nak tengok insan-insan terpilih yang sedang solat sunat, berzikir di surau mencari keredhaan di bulan mulia. Aku? Aku lepas makan terus masuk bilik dan tido.

offshore

Kira-kira jam 6.30 petang, waktu kerja dah habis maka berduyun-duyun lah pekerja-pekerja di atas platform tu menuju ke galley, beratur untuk mengambil nasi dan juadah lain untuk berbuka. Sesetengah platform ada yang bertahlil pendek sebelum berbuka. Kebiasaannya waktu berbuka di sini cepat sikit berbanding di onshore Kuala Terengganu.

Selesai berbuka puasa, satu lagi area yang akan menjadi tumpuan manusia, smoking room. Mana-mana smokers yang bingung disiang hari, macam aku ni, akan memenuhi setiap ruang lantai smoking room ..mana boleh tunggu-tunggu. Masa ni lah kalau nak tengok orang lemas dalam asap rokok huhuhuhu… smoking room ni terhad. Kalau di Lawit Platform, Exxonmobil, boleh la 10 orang sekali merokok. Tapis B Platform 4-5 orang, Larut Platform pun 4-5 orang. Kalau yang besar sikit macam di Guntong A Platform. Nak merokok di luar platform pun boleh, tapi esok kena hantar balik rumah lah.

smoking room lawit
Smoking room at Lawit A

OK seperti di onshore, di offshore juga ada solat tarawih. Suasananya sama seperti masjid-masjid dan surau-surau biasa. Ada bilal yang melaungkan selawat kemudian disambut oleh makmum dengan meriah. Tak juga yang solat Tarawih, ada yang buat dan macam biasa lah ada yang lepak depan TV. Itu masing-masing punya hal takde orang nak ambil pusing.

Ada tak yang tak berpuasa di sana? Jawapannya macam aku katakan tadi, keadaan berpuasa di offshore sama je keadaannya dengan onshore.

Menghampiri 1 syawal merupakan saat-saat yang paling getir sepanjang berada di sini, terutamanya bagi mereka yang dah planned beraya di kampung. Banyak keadaan yang membolehkan kita TERpaksa berhari-raya di atas platform. Salah satunya, chopper movement.

Chopper atau helicopter ni kadang-kadang buat hal juga, kalau betul-betul ada problem keutamaan untuk pulang berhari raya diberikan kepada client. Apa nak buat. Kalau ada rezeki boleh lah balik ke kampung, sebaliknya menangis lah sorang-sorang atas helideck. Berlainan pula bagi mereka yang perlu stay semasa hari raya, terutamanya client personel. Dia orang ni dah biasa berhari raya di atas platform. Bayangkan seorang pakcik ni, aku pernah duduk bersembang mendengar pengalaman selama 23 tahun di bekerja di sana. Katanya, boleh dikatakan separuh dari tahun-tahun tersebut di berhari raya di atas platform. Pehh..

Antara lain, kalau platform perlu adakan shutdown ketika Hari Raya Adilfitri, pun perlu stay juga. Maka contractor-contractor yang terlibat akan berhari raya sekejap, dan terus menyarung coverall ke tempat kerja, buat kerja seperti hari-hari biasa. Yang bestnya, dapat duit raya antara RM300 – RM500 seorang.

Offshore Life..

Wednesday, August 29th, 2007

Posted eddyra by on Offshore

Sebenarnya, bekerja di offshore platform ni tidak lah seteruk yang digambarkan. Sehari sebelum berlepas ke offshore, orang sebelah sini cakap ‘naik offshore‘ atau ‘naik laut‘, kita akan diberitahu check in time untuk keesokan harinya. Check in time biasanya pukul 6.00 pagi, 9.00 pagi, 1.00 tengahari. Nasiblah kalau kena pukul 6.00 pagi, kena bangun awal jam 4.30 pagi bagi mereka yang tinggal jauh dari helibase atau airport yang terletak di Kerteh, Terengganu. Kalau crew ke Talisman platform, departure point ialah Lapangan Terbang Pengkaley Chepo Kelantan.

Sampai di helibase Kerteh tu, macam naik flight commercial jugak lah kena scan luggage yang kita bawak tu. Mancis, lighter,dadah termasuklah daun ketum,senjata api,beer, dan peralatan memancing tidak dibenarkan dibawa ke platform.

Dah selesai scan tu baru boleh check in, kalau sebelah platform Petronas Carigali mesti tunjuk safety passport manakala sebelah Exxonmobil pula sekadar IC dah boleh diterima. Ketika check in inilah despatcher akan tahu kalau kita ni tak pernah ambil safety course ka, safety course dah expire ka.. then bila semua dah OK dia akan issue kat kita boarding pass, macam flight commercial juga. Masa check in ini jugalah, kita akan dapat tahu samaada kita bounce ke tidak, kalau bounce kena tunggu pukul 9.00 pulak ler. Aku pernah kena bounce sampai pukul 4.00 petang, boring jangan cakap lah duduk kat helibase Kerteh yang takde apa-apa yang menarik tu. Kalau chopper ada problem, maka ramailah yang tak leh ke offshore pada hari tu. Itu dah jadi kebiasaan bagi kami akhir-akhir ini.

Lepak dulu sambil tunggu announcement ke bilik briefing tu, perhati pokok-pokok, awak-awek cleaner dan kereta motor yang ada depan mata, sebab lepas ni tak nampak dah semua tu. Kemudian bila dah announcement tu, beratur la sekali lagi untuk body scan pulak. Masa ni la kalau nak kena tahan kalau ada bawak lighter.

nuri

Dulu kita orang sempat naik spesis NURI ni.. sekarang dah takde dah

Berjalan terus ke bilik briefing, duduk diam-diam sambil tengok video keselamatan mengenai adab dan tatasusila ketika berada di atas chopper, atau helicopter. Ada ler 15 minutes, lepas tu masuk ke bilik berlepas, tunggu announcement untuk naik chopper.

offshore04.jpgBila chopper dah tiba tu, pakai life jacket jalan tunduk-tunduk menuju ke chopper. Pakai seat belt and earmuff. Lepas tu pilot akan bawa kita bersiar-siar di udara sambil melihat air laut biru selama hampir 45 minutes hingga 1 jam lebih.

Ketika menjalani safety course di TSTC hari tu, kami dinasihatkan supaya tidak tidur ketika di dalam chopper. Sebab, chopper hanya mengambil masa 15 second untuk jatuh ke permukaan laut dari ketinggian yang biasa. So dalam masa 15 second tu kalau kita tidur, kita akan lebih panic beruk dari mereka yang tidak tidur.


Siapa sangka di tengah-tengah laut yang jauhnya beratus batu dari daratan ini ada manusia yang tinggal di sini. Di kelilingi lautan di bumbungi awan……. pehhh.

Ok chopper sudah sampai di platform dan landing atas helideck. Helideck crew datang menghampiri chopper dan membuka pintu chopper, kita turun, ambik luggage kita dan turun ke bilik briefing. Tulis nama dalam incoming personnel log book dan tengok saftey video lagi. Abis safety briefing, medic akan bagi kita no bilik, dan bilik itu lah kita akan berkongsi dengan kawan-kawan lain selama kita berada di sana.

Aku ambil suasana di platform Exxonmobil dan Petronas Carigali, lain-lain platform seperti Talisman, Shell etc wallahuaklam aku belum pernah sampai lagi. So.. bermula lah kehidupan di rumah yang jauh dari rumah kita.. Macam dalam satu poster yang menyambut kedatangan kita

“This is our home away from home.”

Kerja di offshore : Position yang ditawarkan

Wednesday, August 29th, 2007

Posted eddyra by on Offshore

Salam..

Di topics yang lalu aku ada menceritakan basic requirement untuk mereka yang berminat untuk bekerja di offshore. Oleh kerana ada yang menghantar email bertanyakan apa lagi lepas tu, itu dan ini, maka aku sukacita meneruskan topic offshore ni. Kali ini berkenaan dengan position yang ditawarkan di offshore platform.

List di sini mungkin tidak lengkap, tetapi ini adalah antara regular position yang ada di offshore.

Helper - kalau bahasa kasarnya kuli, macam aku lah. Helper task dia membantu sesiapa sahaja yang perlukan bantuan, tak kira apa task sekalipun. Kerja biasanya lebih kepada nak memudahkan kerja-kerja orang lain, termasuklah tukang angkat spannar, bersihkan working area dan housekeeping. Ramai adik-adik lepasan SPM yang apply kerja ni.
Estimated Salary : RM40.00-RM50.00, offshore rate, 12 hours working time.

Rigger – Atas sikit dari helper, nak jadi rigger pun kena join rigging course, bukan boleh pakai redah jer. Tasknya lebih kepada ringging job, lasak, seperti menarik dan menolak bebanan yang berat yang biasanya crane tak boleh operate. Kelebihan untuk mereka yang bertubuh sasa, mat fit tak sesuai.
Estimated Salary : RM80.00-RM100.00, offshore rate, 12 hours working time.

Rigger Scaffolder – Rigger juga tetapi specialize dalam erect scaffolding, bahasa baku panggil perancah, tapi jangan ler sesekali sebut perencah kat offshore, nanti kena gelak dik. Tugasnya erect scaffolding untuk jadikan access platform dan panjat tempat tinggi menggunakan safety hardness.
Estimated Salary : RM80.00-RM120.00, offshore rate, 12 hours working time.

Fitter - Fitter kerjanya fit up weld steel pipe atau structure, biasanya satu team dengan welder.
Estimated Salary : RM90.00-RM130.00, offshore rate, 12 hours working time.

Welder -Welder, tugasnya menyambung pipe atau structure yang telah di fit up oleh fitter. Post ni boleh tahan, kalau banyak “lesen” boleh buat duit banyak. Lesen ni datangnya dari Welder Qualification Test (WQT) .. haaa translate la sendiri, memang dah gitu term nya. Kalau banyak lesen dipanggil multi skill, boleh weld material carbon steel, stainless steel, duplex, cuni etc ler. Orang kampung aku cakap juruteri.. wahaha.
Estimated Salary : RM100.00-RM300.00, offshore rate, 12 hours working time.

Blaster – Blaster kerjanya blasts metal surface dengan menggunakan blasting equipment sebelum painter paints sesuatu surface, pipe ke structure ke.. mana-mana lah. Pakaian macam orang nak kebulan, rimas la sikit. Perlu ada IMM courses.
Estimated Salary : RM70.00-RM90.00, offshore rate, 12 hours working time.

Painter – Painter pulak sambung kerja yang blaster dah buat, dia apply paint pada surface tu. Sama la kena pakai pakaian ke bulan jugak. Perlu ada IMM courses.
Estimated Salary : RM70.00-RM90.00, offshore rate, 12 hours working time.

Electrician – Nama pun electrician, kerja-kerja berkenaan dengan electric di platform.
Estimated Salary : RM100.00-RM120.00, offshore rate, 12 hours working time.

Instrument Fitter – Instrument fitter tasksnya berkenaan dengan bahagian instrument, process, tubing etc. Rilex jer kerja ni, tak berat langsung.
Estimated Salary : RM90.00-RM100.00, offshore rate, 12 hours working time.

Crane Operator – Operate platform crane.. huii kena ada course ni, kalau boleh bawak crane di onshore belum tentu boleh bawak crane di offshore.
Estimated Salary : RMxx.00-RMxx.00, offshore rate, 12 hours working time.

Roustabout -
Roughneck-
Derrickman
Driller/Assistant Driller
Toolpusher -
Storeman -
Mud Logger -
Production Operator -
Maintenance personnel -
Divers-
Catering staff -

Professional posts – Graduates from Chemistry, Physics, Engineering, Mathematics, Geology, Geophysics and Petroleum Engineering courses are all of interest to offshore companies in exploration and production activities such as:

Geologists and Geophysicists
Reservoir engineers
Drilling engineers
Petroleum engineers

Kelayakkan untuk berkerja di offshore
Berminat bekerja di offshore?

Kalau berminat boleh lah apply dengan mana-mana company kat bawah ni. List yang ringkas namun nilah regular players kat sebelah Kemaman ni. Ada banyak lagi offshore company.

Vastalux Sdn Bhd
Work Location : Kemaman, Labuan.
Di Kemaman, currently ada contract dengan Petronas Carigali Sdn Bhd selama 5 tahun. Construction and painting job activities.
Website: www.vastalux.com.my/site/index.php
Email : enquiry@vastalux.com.my

Sarku Engineering Services Sdn Bhd
Work Location : Kemaman, Terengganu.
Currently ada job dengan Exxonmobil under FCB037 contract, Topside Major Maintainance – construction and painting untuk 5 tahun. Boleh lah apply untuk position dari rigger, scaffolder, fitter, welder,blaster painter. PMT pun boleh apply, workpack engineer, draughtman, technical clerk etc. Now company ni under Sapura.
Website : http://www.sarku.com.my
Email : hr-sarku@sarku.com.my

Intraline Resources Sdn Bhd
Work location: Kemaman.
Now di Kemaman project under DPD Exxonmobil untuk hook up and comissioning exxonmobil platform. Duration, 5 tahun.
Tell : 03-7880 4410
Fax : 03-7880 4710

Ramunia Fabricator Sdn Bhd
Work Location : Kemaman dan Teluk Ramunia,
Banyak job dengan Talisman

TJ Oilline Sdn Bhd
Work Location : Kemaman,
Contract dengan Talisman dah nak expire. Boleh cuba apply.

Sime Offshore Sdn Bhd
Last job dia orang buat ialah huc di Guntong E, Exxonmobil platform.

Shapadu Energy and Engineering Sdn Bhd
Location : KSB, Kemaman.
Sekarang ni job pun dah kurang, buat masa ni rilex dulu dan tak perlu apply lah.

Lain-lain company ialah seperti Geowell, Schlumberger, Weatherford, Anadrill,Tioman dan banyak lagi lah. Semua service company ni susah sikit nak join sebab kebanyakkan positionnya perlu ada pengalaman. Kalau nak join mungkin boleh tetapi start dari bawah lah.

Kelayakkan untuk berkerja di offshore

Wednesday, August 22nd, 2007

Posted eddyra by on Offshore

OK seperti yang aku janjikan, bukan semua orang boleh atau layak untuk bekerja di offshore. Hanya mereka yang betul-betul fit dibenarkan berada di atas platform, mat fit tidak digalakkan sama sekali.

Turun dari platform to boat

Basic requirement untuk bekerja di pelantar minyak.

  • Berusia at least 18 tahun ke atas – biasanya lepasan SPM lah. Sementara nak tunggu result tu ok juga cari pengalaman. Masalahnya sukar juga nak dapatkan company yang nak recruit worker yang tidak pernah ada pengalaman bekerja ni. Paling mudah gi register kat INSTEP – Institut Teknologi Petronas. Lawat web dia kalau nak tahu lebih lanjut. Tak jauh pun, area Batu Rakit Kuala Terengganu jer.
  • Institut Teknologi PETRONAS (INSTEP – Batu Rakit Campus)
    Lot 9764, Mukim Batu Rakit,
    21020, Kuala Terengganu,
    Terengganu Darul Iman,
    MALAYSIA
    Tel: 609 – 669 6141
    Fax: 609 – 669 6702
    Email: instep@petronas.com.my

    Kalau dah grad dari INSTEP, ada rezeki boleh bekerja dengan di Petronas ataupun Exxonmobil platform. Tapi kalau kena hantar kat onshore macam di Onshore Gas Terminal, Paka ka.. nasib lah.

  • Safety Passport – Conpulsory, wajib. Bagaimana nak dapatkan safety passport ni. … kalau di sebelah pantai timur ni, TSTC menawarkan berbagai course untuk workers. Ada berpuluh-puluh courses di sini tetapi yang wajib untuk bekerja di offshore :
    • Basic sea survival course
    • HUET – Helicopter underwater escape training
    • Fire fighting

    Untuk bekerja di sebelah platform Petronas, anda perlu ada 4 courses. Exxonmobil setakat ini mewajibkan 3 courses. So tanpa course ini anda tidak akan dapat passport, takde passport maaf anda tidak dibenarkan.

    Walau bagaimanapun kalau anda seorang VIP, kalau takde anda maka kerja tak boleh buat, masih ada peluang untuk anda terlepas untuk sekali namun bergantung kepada keadaan.

    Berapa ribu ringgit Malaysia? Untuk 4 courses ini ada perlu ada RMX,XXX.XX. Anda boleh contact TSTC atau layari website dia orang.

    Terengganu Safety Training Center Sdn Bhd
    3572, Jalan Panchur,
    Kawasan Perindustrian Teluk Kalong,
    24000 Kemaman
    Terengganu Darul Iman
    Tell : 09-8623300
    Fax : 09-8623302

  • Physically fit – Macam aku terangkan di atas, hanya personnel yang fit sahaja yang boleh bekerja di sana, yang jenis lemah lembik dinasihatkan tak perlu memohon lah. Alasan aku, kita akan bekerja di sebuah tempat yang kotor, bahaya, cuaca yang tak menentu atau ringkasnya kerja-kerja yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental.

    Everything nak cepat, kalau lambat panas lah telinga. Begitu juga dengan crew-crew otai yang dah lama bekerja di sana, ada yang hampir 30 tahun! So puak-puak otai ni ada yang kasar ada yang sebaliknya. Kalau dapat bekerja dengan satu team yang baik tu ok lah, kalau puak yang satu lagi tu, alamat nak kena demob je lah.

  • Demobbalik ke onshore, atau back to town.

  • Mentallity Fit – Kalau cepat terasa hati, suka menangis, cepat tersentuh atau apa saja peel yang sewaktu dengan kaum hawa tu sekali lagi dinasihatkan tak perlu apply lah. Sebab, sendiri mau ingat kita nak bekerja di pelantar minyak nun di tengah laut, bukannya di kedai salun rambut.
  • Medical check-up – Anda perlu jalani medical check-up terlebih dahulu, x-ray apa-apa yang patut. Jantung OK, paru-paru OK, mata OK dan semuanya OK. Kalau semua OK boleh jalan terus.

So ini lah serba sedikit BASIC requirement untuk bekerja di offshore.

Berminat bekerja di offshore?

Wednesday, August 22nd, 2007

Posted eddyra by on Offshore

Bekerja di pelantar minyak tak sama dengan bekerja di tempat-tempat biasa. Berjauhan dengan keluarga, anak bini serta girlfriend, kerja 12 jam sehari start jam 6.30 pagi sampai le jam 6.30 petang. Pergerakkan pun terbatas, banyak regulation yang kena patuhi.

Tentang safety pulak, number one. Sesetengah platform Petronas langsung tidak benarkan personnel keluar dari living quarters kalau tak pakai coverall, sebab safety. Mercury hazard dan H2O. Platform Supervisor ada hak untuk hantar balik pada sesiapa yang langgar safety regulation. Kena pakai PPE atau personnel protective equipment setiap masa sewaktu bekerja, kalau after working hour sekalipun kena pakai kalau keluar dari living quarters. Living quarters – tempat makan minum, tengok tv, mandi, rehat dan tidur.

Nak ke offshore pun perlu jalan urine test terlebih dulu, mana-mana personnel yang positive, minta maaf sila balik rumah, offshore bukan tempat untuk penagih. Sekarang Petronas dah kuat kuasakan peraturan ni di sebelah east coast ni. Mana-mana personnel yang nak ke Petronas platform mesti urine test dulu sebelum naik chopper. Exxonmobil, Talisman dan lain-lain buat masa ni belum start lagik.

rig3.jpg

Risiko pun tinggi, ombak besar, angin kencang, kerja-kerja yang dijalankan semuanya kerja yang robbust. Takde kerja yang takde risiko. Life di offshore perlu allert 24 jam. Masih berminat nak bekerja di offshore ke?

Ok aku akan update dari masa ke semasa berkenaan dengan offshore life, kerja-kerja yang di offer, company yang berkaitan dengan kerja-kerja di offshore, khususnya di sebelah pantai Terengganu ni.

Kalau nak dalam version English boleh gi kat website aku pun ada aku ceritakan berkenaan dengan offshore dengan lebih lanjut. Walau bagaimana pun website dan blog aku tu masih belum update lagik, banyak info yang belum aku upload, busy lah kerja kat opis berlambak-lambak. Ini lah nasib kuli macam aku yang hari-hari kena kerja tengah panas, angkat besi buruk dan macam-macam lagi…

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me