Archive for the ‘Life’ Category

Cerita yang pahit..

Posted eddyra by on Life

Masa aku sekolah rendah dulu, ada seorang cikgu bernama Cikgu Ravi. Apabila aku teringat kisah sekolah rendah, aku teringat Cikgu Ravi punya cerita, mau tau dia punya cerita ka?

Cerita dia macam ni.

Dia punya kawan ada naik itu train ke Gua Musang. Perjalanan yang jauh itu telah mengambil masanya yang lama. Jadi dia punya kawan ada rasa sangat dahaga.

Tepi dia duduk tu ada seorang lelaki sedang pegang satu botol air. Dulu punya botol macam botol F&N la. Jadi lelaki tersebut sekejap-sekejap ada sedut itu air pakai straw. Dia punya kawan cerita itu lelaki takde offer itu air. Dia sudah jadi bengang lah.

Oleh kerana kawan dia ni sangat dahaga, dia mau mintak ada sedikit rasa malu. Jadi dia sudah nekad kalu depan sana ada terowong gelap, dia akan rampas itu botol air. Dia mau kasi hilang dia punya dahaga.

So mau dijadikan cerita itu train sudah masuk dalam gelap punya terowong, apa lagi itu jam juga dia punya kawan ada rampas itu botol air lalu teguk itu air lah..

.. gluk.. gluk.. gluk.. ! Uwekkk!!

Korang tau ka apa dia punya kawan sudah gluk.. gluk.. ?

Aiyaa.. aku kalau teringat part ni sampai sekarang pun rasa kembang tekak aku ni. Eiii.. cerita Cikgu Ravi ‘air’ yang telah ditelan oleh kawannya itu ialah kahak dan air liur lelaki itu yang menghidap TB.

Aduhai.. kalau teringat time makan memang hilang selera.

Yahoo! Nikah ke 4 approved!

Posted eddyra by on Life

Aku menumpang gembira apabila application seorang businessman dari Terengganu untuk menikah seorang lagi wanita telah berjaya. Lelaki yang bertuah tersebut, Abu Bakar 49 tahun bukan saja telah mendapat kebenaran dari mahkamah untuk berkahwin lagi, bahkan telah di beri green light oleh ke tiga-tiga orang isterinya. Wah.. senangnya dalam hati.

Aku agak brader tu happy gila punya lah, macam menang loteri 2-3 juta. Khabarnya keputusan mahkamah juga mendapati brader tersebut mampu untuk memberikan nafkah kepada 3 orang isteri dan seorang bakal isterinya lagi, serta anak-anak mereka. Zahir OK batin pun OK.

Aku gembira kerana case ini boleh memberi ruang dan harapan kepada para suami yang bercita-cita untuk menambah isteri, isteri dan isteri. Kenapa tidak, tak salah pun. Cuma gang mesyuarat tingkap saja yang marah-marah.

Aku? Aku hanya menumpang gembira.. kuikuikui…

How do I decide between job offers?

Posted eddyra by on Life

I am confronted with a good problem. As you all know I have 2 job offers, and 1 job promotion in current company, of which I must choose one. While I can reject one of them more readily, I am having a difficult time in deciding between the other two. When I talk to friends and family about it, I get conflicting advice. All this makes me even more confused. I must make my decision soon.

I have job offer from Petronas Carigali and another one from Kencana Petroleum Berhad. The highest pay is Kencana Petroleum Berhad and I will have to stay in Sungai Buloh Selangor. The second is Petronas Carigali but I have to work at KLCC. I have a job promotion in current company, at least I can stay with my kids in Kemaman even though the pay is lesser. Now I have to choose between KLCC and Kemaman.

If I cared only for financial returns now, it would have been easy, compare the numbers and choose the highest paying job. But the highest paying job now may not bring the highest benefit to me over a longer period of time.

Today I received a called from Petronas Carigali asking for my decision. I got to answer soon, but what..

Takut Bini..

Posted eddyra by on Life

He He…

Takut bini ataupun takut pada isteri merupakan satu fenomena di mana seorang laki yang takut pada bini dia. Perasaan takut pada bini timbul apabila bini dia memuncungkan bibir mulutnya sehingga 2-3 inci, atau perasaan takut kena belasah dek bini dia (mungkin sebab bini dia berbadan besar dari dirinya), atau takut kena tidur di luar ruang tamu, atau pun takut muka bininya akan bertukar kepada muka singa betina ataupun takut bininya merajuk.

Mana datangnya istilah takut bini ni, mengikut kajian aku pun tak tahu siapa yang mula-mula mencipta istilah ni tetapi masa aku kecik dulu aku dah tahu istilah ni. Pernah tengok tak movie Tan Sri P.Ramlee cerita Do Re Mi.. masa scene gang mesyuarat tingkap AR Tompel dan Ibrahim Din tu.. AR Tompel menurut semua kehendak bininya hingga Ibrahim Din kata “takut bini rupanya…”

Cerita tu berterusan bila bini Ibrahim Din datang dan menarik telinganya..

Hari ni, aku juga dah berbini macam orang lain yang berbini. Jadi istilah takut bini ni masih ada cuma yang penakut pada bini ni dah tukar kepada sayang bini. Aku pelik juga kenapa orang takut pada bininya, kalau muka bininya macam muka hantu ada ler logiknya jugak kan..

Contoh bila tengah lepak-lepak minum air tengok jam dah pukul 11.00 malam, kita nak blah jer kawan-kawan perli kita ‘takut bini marah la tu’ …

Contoh lagi, bila ada perempuan lain hantar SMS, cepat jer kita delete SMS tu walaupun SMS tu hanyalah SMS berkenaan hal kerja (tak ler termasuk aku, aku berkecuali dalam hal ni heheheh..) Kenapa takut bila bini baca SMS tu?

Aku tak takut bini, dan bini aku pun tak takut aku ha ha ha.. buat apa ler nak takut pada kat dia, atau dia nak takut kat kita kan.

Ada seorang kawan lama, dia kata bukan dia takut pada bini dia tapi dia malas nak dengar bebelan dan leteran biniiiii dia, korang pun sendiri mau ingatlah kalau kaum perempuan ni membebel.. pot pet pot pet dan pot pet so kawan aku ni kena balik awal setiap kali pulang dari kerja.. nak nak kalau bebelan tu diakhiri dengan kata-kata ‘tidur luar ler’ …

Jadi bila aku sendiri tengok nasib kawan-kawan aku ni yang ‘teraniaya’ ni, aku pun berfikir. Lelaki yang takut bini ni salah satunya memang penakut dengan bininya, takut macam .. macam apa eh? Alah memang takut bini lah.. tak berani angkat muka punya depan bini.. hahaha aku terfikir jugak camana dia orang dapat anak eh.. kena sergah jer terus lembik. Ni kalau ada jenis lelaki macam ni, memang memalukan kaum lelaki ler. Kalau terkantoi apa-apa sekalipun memang mati kutu lah.. nampak macam ayam bodo.

Jenis yang lainnya, bukan takut pada bini tapi malas nak dengar orang tu membebel pot pet pot pet dan pot pet.. sebab tu ler ada yang delete SMS perempuan, cover sana sini, dan termasuklah balik awal ke rumah.

Macam aku cakap kat atas tadi, aku tak takut bini walau pun aku selalu balik awal lepas kerja. Kalau lambat jer balik musti handphone berbunyi.. leceh kan..

Marriage may cure depression!

Posted eddyra by on Life

A sample of 3,066 men and women who had been interviewed and tested for depression during a span of five years. In the interviews, they were asked about the quality of their marriage, if they were married.

The study shows that marriage give a greater psychological boost to the depressed than to the happy people. The study was conducted by Adrianne Frech and Kristi Williams from Ohio State University.

Why wait some more, lets get married again.. :)

SMS karut..

Posted eddyra by on Life

SMS karut..

Kepada semua kawan-kawan yang dikasihi . Jika anda mendapat panggilan telefon yang bernombor panjang contoh : +62852731520946 dan nombor itu berwarna merah, diharap sangat-sangat jangan diangkat dan dijawab panggilan itu. Ini kerana di Indonesia sekarang, sekumpulan penuntut ilmu hitam sedang menguji ilmu mereka melalui telefon.

Jika sesiapa yang menjawab panggilan itu, mulut akan berbuih dan akan mati selepas itu. Di Indonesia sudah 9 orang mati dan malam tadi di Puchong 2 orang mati. Ini benar-benar terjadi.

Tolong Sebarkan.. (Tak payah lah sebarkan..)

Semalam aku MC..

Posted eddyra by on Life

Semalam aku MC. Gi klinik kat town, ada appointment dengan doc untuk blood test. Last week aku gi berbekam kat kepala tapi darah keluar sikit, tukang bekam tu kata darah aku pekat. Homoglobin lebih. Last 3-4 years pun aku pernah derma darah, tapi dapat sikit jer, doc kata darah aku beku. Ceh ingat darah ikan ka apa.

Selesai amik darah dan bayar RM100.00 kat doc, dan mintak MC sekeping. Dapat. Yahoo! Dapat MC.

MC ni kalau ikut term yang aku paham ialah Medical Certificate. Bukan Menstrual Cycle, bukan Metallochaperone dan bukan MC Hammer. Bagi aku MC ialah ‘aku malas nak gi kerja’. Dan MC bukanlah bermaksud aku akan berbaring atas katil, atau baring atas sofa depan TV di rumah dengan tuala lembab atas dahi. Aku malas nak kerja sebenarnya semalam. Tapi tensen jugak bila hp berbunyi client call. Layan jer lah.

Memang lately aku malas nak gi kerja. Bukan aku malas nak kerja, tapi malas nak gi kerja. Aku malas nak gi kerja sebab aku bimbang. Aku bimbang kalau aku terajang orang. Wah, kuat sangat ke aku sampai nak terajang orang.. dulu aku pernah terajang lembu masa aku form 3. Aku pun tak tahu kenapa aku terajang lembu tu. Kasihan lembu tersebut.

Berbalik kepada cerita aku MC tadi, aku malas nak gi kerja sebab aku bengang dengan seseorang yang telah membawa mulut dan mengadakan cerita yang tidak masuk akal pasal aku. Aku ingat perempuan jer yang suka bawa mulut, suka tabur fitnah, lelaki pun ada rupanya iyer. Mengalahkan perempuan-perempuan yang bermesyurat tingkap tu. Kalau dia bercerita tu takde orang percaya, syok juga aku gelakkan dia, masalahnya orang lain percaya bang.. adulaaa.. Sorang, dua orang sudah tarik muka tak bertegur dengan aku.

Am I loser? NO! Aku bukan sore loser bang. Aku tak pi kerja sebab aku malas nak berconfrontasi dengan dia. Kalau aku rasa bengang dengan cara dia, adakah aku loser? Kalau ikutkan cara Ahli Sufi, mereka tak bengang dengan perbuatan manusia, sebab bagi mereka semuanya itu adalah dari Allah. Semua yang datang adalah ujian untuk mengetest keimanan mereka.

Aku bukan Ahli Sufi, atau gang-gang tasauf yang boleh tersenyum kalau didatangi ujian. Aku bimbang kaki akan bercakap. Salah kah aku kalau kaki bercakap.. sakit hati punya pasal ni ada yang aku bongkarkan dia punya corruption ni kang..

Aku bukan lah baik sangat pun, tapi takde lah nak fitnah, nak membawa mulut menjaja cerita macam CNN. Cerita aku ni begini dan begini dah pun sampai di KLCC, nun di Petronas Twin Tower tu. Aduhai, kalau ler dia orang kat sana pun percaya jugak.. mmm.. susah jugak tu.

Fikir-fikir punya fikir, kenapa aku mesti rasa bengang pada orang macam dia, kenapa aku perlu bertindak seperti itu kan, yang best punya solution untuk sedapkan hati ialah kenapa aku mesti layan orang macam dia.. jangan sama kan taraf dia dengan kita.. he he he

Cuma aku berharap, Tuhan akan membantu orang yang teraniaya err macam aku ni, kebenaran pasti datang, bak kata orang-orang tua kampung aku, the truth will prevail. Cewah..

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me