Archive for the ‘Isu Semasa’ Category

Harga minyak naik 40 sen 1.1.2008?

Monday, December 31st, 2007

Posted eddyra by on Isu Semasa

SMS dari member-member aku sekitar Kemaman, harga minyak akan naik esok, hari pertama tahun baru 2008. So jadi berapa ringgit satu liter? RM2.32?

Kalau benar-benar berlaku alhamdulillah lah, naik juga harga minyak petrol. Bila harga minyak dah naik boleh lah kita ramai-ramai naik basikal atau pakat-pakat jalan kaki.

Kalau boleh biarlah sampai RM5.00/liter.

:)

Isu bakal doctor pegang babi dalam Mastika

Sunday, December 23rd, 2007

Posted eddyra by on Isu Semasa

Siapa sangka isu bakal doctor memegang babi ini mendapat liputan yang luas di negara ni. Terbaru, di dalam majalah Mastika keluaran December 2007 juga memuatkan isu yang sama, walaupun isu tersebut berlaku beberapa bulan yang lalu.


Cayalah.. glamer dik..

Click link untuk download petikan dari majalah Mastika December 2007.

Link

Apa ler.. sudah-sudah lah tu, maafkan je lah adik-adik kita tu.

Apa cerita..?

Thursday, November 29th, 2007

Posted eddyra by on Isu Semasa

Apa cerita? Belajar biology ke..

Babi punya gula-gula babi

Thursday, November 15th, 2007

Posted eddyra by on Isu Semasa

Dalam paper Metro hari ni ada cerita pasal gula-gula yang disyaki diperbuat dari gelatin babi. Babi betul ler. Aku malas nak komen panjang-panjang pasal cerita dalam metro tu.. tak abis-abis dengan isu babi. Ayam babi lah, getah rambut babi lah, sosej babi lah.. hari ni pasal gula-gula babi.

Tak payah terkejut kalau esok lusa keluar pasal roti babi, cake babi dan babi babi babi..


Gula-gula yang disyaki mempunyai unsur-unsur babi.

Masa aku belajar di UK dulu, ni cerita lama lah. Mula-mula aku sampai di sana, aku menumpang di rumah keluarga Melayu seorang postgrad sementara nak cari rumah sewa. Dr Khairul Anuar Kasim, aku ingat lagi namanya.
(more…)

Teks Ucapan Dato’ Nik Aziz di ECER

Wednesday, October 31st, 2007

Posted eddyra by on Isu Semasa

Bismillahir Rahmanir Rahim

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (Maksud Surah An Nahl: Ayat 90).

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia dan isteri;
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Adnan bin Haji Yaakob Menteri Besar Pahang;
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh Menteri Besar Terengganu;
Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Abdul Ghani Othman Menteri Besar Johor;
YB Dato’ Seri Mohd. Effendi Norwawi Menteri di Jabatan Perdana Menteri;
Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet;
Yang Berhormat Ahli-Ahli Parlimen Serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri;
Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan-Kerajaan Negeri;
Dif-Dif Kehormat;
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
(more…)

Ayam diberi enzim babi

Monday, September 24th, 2007

Posted eddyra by on Isu Semasa

Apa cerita..? Ni apa kejadah sampai nak guna babi semua ni, sosage usus babi, masa aku kecik-kecik dulu heboh pasal kicap tulang babi, getah rambut Simma kulit babi, berus warna bulu babi, ishhh sampai nak makan ayam pun nak kena makan ayam suntik enzim babi jugak ni.. sekali unsur babi masuk dalam ayam, ayam tu sah Haram di makan, ikut hukum Fekah..

Sakit hati, nak marah dan geram semua ada. Tapi nak marah kat sapa? Tokey ayam yang supplies ayam? Apa kejadah.. Nak marah kat kerajaan? Langsung takde guna..

Kalau betul semua ini, entah dah berapa banyak sel-sel babi mengalir dalam darah aku ni.. kalau dah sel babi ada dalam tubuh, alahai…

Lepas ni boleh lah buat menu ayam babi masak pedas, ayam babi masak kicap, ayam babi pusing.. ptuii.

mainpixayambabi.jpg

Berita dari MyMetro
KUALA LUMPUR: Mungkinkah ayam daging yang diternak di negara ini diberi enzim babi untuk mempercepatkan tumbesarannya?

Isu itu kini hangat diperkatakan di kalangan masyarakat Islam negara ini berikutan penyebaran satu e-mel yang membangkitkan persoalan sejauh mana ayam di Malaysia boleh dijamin bebas daripada enzim tidak halal, terutama babi.

E-mel itu mendapat perhatian dan memberi pengaruh besar kepada orang ramai kerana dakwaan dibuat turut disokong fakta daripada kajian saintifik yang dilakukan di luar negara.
(more…)

Isu bakar bendera: Apa kata mereka..

Monday, September 17th, 2007

Posted eddyra by on Isu Semasa

Di dalam media massa seminggu ini kecoh pasal isu sorang pemuda membakar jalur gemilang di malam kejadian rusuhan di ceramah anjuran Bersih, di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Ada 2 pihak sedang bertelagah, UMNO/BN dan pembangkang.

Belum pun individu tersebut dikenalpasti, pihak kerajaan mengatakan individu terbabit adalah dari pihak pembangkang. Pada masa yang sama pembangkang PAS berdiri menafikan kejadian tersebut di lakukan oleh penyokong mereka, bahkan kejadian itu dilakukan oleh golongan tertentu untuk memburukan pembangkang.


Photo yang menjadi tanda tanya.

Secara umumnya tak siapa yang tahu siapakah individu tersebut, melainkan individu itu sendiri. Aku rasa individu tersebut sekarang ni sedang ketakutan jika ianya dari pihak pembangkang, dan sebaliknya sedang ketawa berguling-guling jika dia adalah golongan yang diupah untuk memburukan pembangkang.

Jadi apa kata kita lihat apa komen mereka, dari pihak pembangkang, UMNO dan polis.
(more…)

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me