Archive for the ‘Isu Semasa’ Category

Cerita dari Petronas

Posted eddyra by on Isu Semasa

I got from email and share it here.

QUALITY OF CRUDE & REFINED PRODUCTS
Malaysia produces about 600,000 barrels of crude oil per day (and about 100,000 barrels condensate). Of this crude volume, 339,000 barrels are refined locally for local consumption. The rest is exported (and yes, because it has lower sulphur content it fetches higher prices).

Malaysia also imports about 230,000 barrels of crude oil per day, mainly from the Middle East, to be refined here. This crude oil contains higher sulphur and is less expensive (so the country gains more by exporting our crudes). In Malaysia, this crude is processed by PETRONAS at its
second refinery in Melaka, and also by Shell at its Port Dickson refinery.

Different refineries are built and configurated to refine different types of crude. And each crude type yields different percentage of products (diesel, gasoline, kerosene, cooking gas etc) per barrel.

But most importantly, products that come out at the end of the refining process have the same good quality regardless of the crude types. That’s why PETRONAS, Shell and Exxon Mobil share the same pipeline to transport the finished products from their refineries to a distribution centre in the Klang Valley. The three companies collect the products at this centre accordingly to be distributed to their respective distribution networks. What makes PETRONAS’ petrol different from Shell’s, for example, is the additive that each company adds.
(more…)

Demonstrasi suara rakyat

Posted eddyra by on Isu Semasa

Masa aku study dulu aku pernah menonton banyak demonstrasi aman yang dibuat di tepi jalan, di depan banggunan ataupun di kawasan-kawasan lepak, ataupun square. Yang menariknya tiada polis yang menggangu mereka bahkan polis-polis tersebut membantu mengawal traffic!

Demonstrasi yang paling bodo pernah aku tengok ialah gang Green Peace yang berdemo di hadapan Burger King. Dia orang protes Burger King yang mengorbankan lembu semata-mata untuk dijadikan burger. Keh keh keh.. tapi walaupun nampak bodo takde pulak polis yang halang ataupun puak-puak lain yang gi buat provokasi.

Demonstrasi lain yang pernah aku tengok ialah satu perarakan membantah keputusan yang dibuat oleh kerajaan Britain, aku tak ingat apa kebendernya tapi demo tersebut berjalan dengan aman dan tak de masalah dengan puak-puak kerajaan di sana. Demonstrasi berjalan dengan lancar tanpa water canon macam air siram pokok bunga DBKL tu.

Aku balik ke Malaysia. Sekitar tahun 1998 kut masa tu gang-gang reformasi ada buat demonstrasi di Kg Baru, KL. Aku join tengok sebab aku kebetulan berada di KL, takde kerja pulak kalau semata-mata nak turun ke KL sebab nak berdemo kan. Entah apa yang sebenarnya yang berlaku aku tak tau tapi aku pun kena kejar dek FRU, aku tengok orang berlari bertempiaran. Syok juga main kejar-kejar ni.

Perbandingan yang aku boleh buat, di Malaysia ni tidak boleh menerima bentuk demonstrasi seumpama ini. Mana-mana protes, rally, demonstrasi walaupun difikirkan sebagai perhimpunan aman adalah tidak boleh diadakan. Kalau buat jugak boleh kena igak (hahaha).. polis kata jangannn. Kita akan jadi seperti beruk-beruk di jalanraya.. macam dalam satu video clip tu kata.

Itu pendapat aku.

Ketika BERSIH buat perhimpunan di KL sekitar February 2008, ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Kalau tanya aku, aku bersetuju sebab itu pendapat rakyat dan rakyat berhak menyatakan pendapat mereka.

Sama dengan isu kenaikan harga minyak sekarang dan rakyat ingin berhimpun untuk menyatakan protes mereka. Aku setuju. Rupa-rupanya YB Tok Guru Nik Aziz pun bersetuju dengan aku.. dan aku pasti bantahan rakyat kepada kerajaan tidak berunsur politik sebab apa-apa parti sekalipun dijemput untuk berhimpun. RM2.70 seliter tu orang UMNO pun kena, orang PAS orang PKR, DAP semua kena. Tak kira lah orang tu penyokong hidup mati UMNO sekalipun, dia tetap kena RM2.70 jugak.

“Ini adalah hak asasi rakyat (minyak)… kalau kerajaan tidak mahu rakyat berdemontrasi, janganlah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak rakyat” - Tok Guru Nik Aziz

Hari ini dijadualkan satu demontrasi membantah kenaikan harga minyak akan diadakan di ibu kota dari Masjid Kg. Baru hingga ke Suria KLCC.

Rakyat nak berita kepada kerajaan bahawa mereka tidak bersetuju dengan harga minyak, rakyat tertekan dengan harga barang yang bakal meningkat.

Betul sepatutnya perhimpunan tersebut tidaklah seharusnya diadakan kerana tidak mendapat kelulusan permit dari pihak berkuasa. Secara tidak langsungnya, perhimpunan tersebut menjadi satu perhimpunan haram.

Tapi.. rakyat perlu bersuara…

Perdebatan yang mengecewakan

Posted eddyra by on Isu Semasa

Bengang.. itu perasaan aku selepas tamat perdebatan isu kenaikan harga Minyak di RTM 1 yang disiarkan secara lansung. Agak mengecewakan YB Salahuddin Ayub (Parlimen Kubang Kerian) apabila tidak mengambil kesempatan yang ada untuk memukul wakil kerajaan Datuk Shahrir Samad.

Isu yang didebatkan cukup menarik perhatian ramai, tapi malangnya perdebatan macam bukan perdebatan, macam duk sembang-sembang kat kedai kopi.

Aku pasti 26 juta penduduk Malaysia semalam nak melihat satu perdebatan yang hangat, yang panas. Aku rasa ramai yang nak lihat Datuk Shahrir Samad terduduk menepuk dahi, malangnya tidak.

Kemarahan rakyat sekarang ini adalah kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak dunia, untung Petronas berlipat ganda. Mana pergi duitnya untuk membantu mengurangkan bebanan harga minyak, bila Pak Lah naikkan harga sehingga RM2.70 semua orang nak tahu kenapa setinggi tu, kenapa tergesa-gesa. Rakyat faham bila harga minyak naik, harga barang-barang lain akan turut naik. Rakyat tertekan, rakyat sakit dan rakyat mengharapkan kerajaan akan menurunkan semula harga minyak. Kalau kerajaan tak boleh turunkan harga minyak, rakyat nak tahu initiative kerajaan nak berikan sebagai alternative. Yang pasti banyak SMS yang keluar di screen TV menghentam kerajaan..

Tapi apa yang berlaku semalam, YB Salahuddin Ayub banyak memberikan bola tanggung kepada Datuk Shahril. Datuk Shahril memang pandai berhujah, tak kira lah hujah tu betul atau tidak, logik atau tidak yang penting beliau mampu memutar belit persoalan yang ditimbulkan. Jadi rakyat yang sengal macam aku ni akan lihat.. ooooh betul la kerajaan patut naikan harga minyak, menteri rambut putih tu cakap 1USD tu pendapatan lah bukan keuntungan. Abis lah kalau gitu gak..

Aku pelik kenapalah nak bangkitkan soal DS Anwar dan Tun Mahathir dalam hal ni, sampai isu IMF 1998 berungkit semula, apa ni.. tak puas hati sembang kat luar lah. Isu sekarang ialah isu harga minyak yang tinggi dan rakyat tertekan. Kalau YB Salahuddin Ayub nak sindir-sindir pasal corruption, bail out, salah guna kuasa pemimpin kerajaan mengenai duit petronas, cakap terus terang tak payah sindir-sindir. Terus terang saja duit petronas telah disalah gunakan untuk kepentingan pemimpin ini, project ini dan bla bla bla.. lepas tu kena saman hahahah..

Entah ler.. apa-apa pun rakyat juga yang terkena. Bengang betul..

Baju sekolah yang seksi

Posted eddyra by on Isu Semasa

Kisah bermula apabila PKPIM vice-president Munirah Bahari melaporkan baju berwarna putih sangat jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan menyebabkan ada daya tarikan di situ.

The white blouse is too transparent for girls and it becomes a source of attraction, and that it could encourage rape, sexual harassment and even premarital sex”. - Munirah Bahari

OK.. sejak aku mula-mula sekolah sekitar 1979, aku pakai seluar pendek biru manakala awek-awek pakai uniform skirt paras lutut. Zaman-zaman belum bersunat tu takde yang menyetimkan pun sehinggalah hidayah Allah sampai ke sekolah aku sekitar 1983 barulah ada awek-awek yang pakai baju kurung putih dan kain biru gelap. Lelaki pulak masih berseluar pendek namun pemakaian seluar panjang adalah digalakkan. Memandangkan darjah 5-6 masa tu bulu dah nampak kat kaki. Ustazah masa tu pakai anak tudung jer.. Zaman jahiliah betul.

Masuk sekolah menengah, pakai seluar panjang warna hijau taik lembu, manakala awek-awek pakai baju kurung putih berkain biru muda, non muslim pakai skirt biru muda paras bawah lutut. Manakala prefect akan pakai skirt hijau dan kemeja hijau muda.

Ini part yang setim ni.. Pasai apa pasal kain putih tu memang agak transparent, kalau tak control mata memang boleh nampak bra kat dalam atau bayangan spender awek tersebut. Sebab tu lah zaman persekolahan dulu masa spot check memang ada check awek-awek semua tu pakai kain dalam atau tidak. Aku tak tahu lah dia orang check tak samaada pakai coli atau tak.. hehehe.

Ada jugak yang nakal letak cermin atas kasut, kasut betul-betul dia park bawah skirt awek tu sebab nak skodeng apa-apa yang patut.. entah apa yang dia orang nak skodeng, skodeng warna spender agaknya.

Kalau awek-awek yang tak pakai tudung, maka tersembul bukit bukau dan gunung-ganang mereka, yang gedik sikit memang tak butangkan leher baju kurung cekak musang tu. Kalau pakai tudung tajam tu (orang panggil tudung tikam eh?) from side view masih boleh nampak bukit tu. Awek-awek yang perihatin lebih suka labuhkan tudung mereka sampai ke pinggang, yang ni no komen but to me its better la.

Sedih juga bila terbaca kritikan pedas yang di lemparkan Sister in Islam, NGO lain dan beberapa pihak tertentu kepada Munirah Bahari ni. Beliau hanya memberikan pandangan beliau, bukan memberikan arahan atau peraturan baru pun kan. Apa lah salahnya dengan pandangan tersebut. Bagi aku pandangan Munirah Bahari ni berasas walaupun tidak semua kejadian rogol, sexual harassment berpunca dari kain unifom yang transparent tu. Kalau awek tu pakai baju gelap sekali pun tapi tergedik-gedik, gatal situ sini, kambing tengok pun setim.. betul tak.

Nak salah uniform tu 100% pun, dah berapa puluh tahun dah pakaian tu dipakai di Malaysia. Dulu-dulu bab sex ni tak lah kecoh macam hari ni, gambar porn susah nak dapat, video blue pun payah, jangan kata menatang henpon yang ada kamera, henpon pun tak wujud lagi.. internet pun takde lagi. So kecenderungan untuk melakukan adegan-adegan seperti meraba, merogol dan sebagainya tu tidak melampau. Takde masa tu awek-awek yang pakai baju body fit ketat dari pinggang sampai atas, kalau aku describe karang buruk pulak bunyinya. Kalau ada pun masa tu memang kedengaranlah anak kurang ajar, budak rosak, takde akhlak, anak siapa la tu dan macam-macam lah. Sebab apa takde, sebab takde pengaruh luar yang masuk ketika itu untuk mengiklan kan baju-baju seumpama itu.

Sebab tidak banyak pengaruh, sebab takde internet yang bila salah click jer keluar aksi blowjob macam hari ni, sebab tak de gambar-gambar iklan yang stim, hari ni model sabun mandi sambil baring pun boleh terpampang kat roundabout. Jadi lelaki tidak di pengaruhi atau didesak oleh keadaan untuk membuatkan dia orang ni melakukan kerja-kerja bodoh tapi best tu.

Keadaan semakin berubah, sedikit demi sedikit movie luar masuk ke Malaysia, kissing and hugging adalah normal di negara mereka so kita terima hakikat itu adalah sebagai budaya mereka dan akhirnya kita sendiri rasa itu sudah menjadi perkara biasa kita tengok di TV. Betul tak. Dah tak nampak canggung. Masyarakat kita boleh terima.

Majalah luar masuk, tunjuk model dia orang pakai baju body fit, pakai skirt nampak peha nampak brand spender. Pelik aku, bila tengok dalam catalogue jual bra dan seluor dalam pun mesti guna model orang, nak jual bra ka nak jual apa.. Sama juga dengan baju body fit tu, hari ni merata-rata tempat boleh tengok awek bertudung pakai body fit ni. Dah tak nampak janggal dah, Sebab apa, sebab masyarakat dah boleh menerima permandangan seperti itu.

Internet masuk, email masuk, gambar porn masuk ke Malaysia yang kolot ni. Click jer boleh tengok apa-apa yang nak tengok. Cerita lucah bahasa Melayu bersepah-sepah di internet. Datang pulak technology 3G, camera henpon, bluetooth ke Malaysia.. habis, abis hancur. Dunia tanpa sempadan, dah takde border dah.

So apa kesannya? Minat, berahi, stim, semua ada. Teori ada, movie ada, cerita lucah ada, movie dalam kebun kelapa sawit ada, movie awek tudung ada, macam-macam gambar ada. So ini menjadikan kita lelaki khususnya didesak, rasa tercabar, rasa stim, rasa cenderung dan di dorong untuk maju setapak lagi.

Kalau zaman dulu kekurangan bahan api, sekarang siap dengan tukang cucuh api. Awek-awek sekolah hari ni pun sama naik dengan movie lucah, cerita lucah, sama gatal dengan lelaki.

Bila berlakunya semua ni, dalam kepala bebudak sekolah ni dah penuh sex. Tengok model iklan sabun rasa nak melancap, tengok video awek dalam kebun kelapa sawit teringat pulak kat awek cun kat sekolah dia, so bila tengok awek sekolah pakai pakaian nipis nampak bra nampak kesan spender rasa nak pegang, nak peluk dan rogol dan macam-macam lah lepas tu.

Bagi aku ini adalah kesan kecanggihan technology dari sudut negative. AKu tengok sebelah negative, aku tak nafikan kebaikannya OK.

Jadi bila dah jadi cam ni, masyarakat perlu stop sekejap dari fikir pasal politik. Fikir apa nak buat untuk mencegah masalah social ni menjadi semakin teruk. Perlu kah kita lakukan sesuatu untuk membendung hal-hal ni takut-takut jadi semakin serius. Bagaimana dengan anak cucu kita 20 tahun akan datang, free sex macam bebudak sekolah kat US dan UK ka? Nauzubillah. Dulu aku dah puas tengok depan mata, bebudak primary school kat sana berpeluk cium kat depan public. Puak-puak tu lahir anak haram ratus ribu setiap tahun.

So kalau ada tangan yang mampu mencegah tu, cegahlah. Ada kuasa yang boleh merubah keadaan, ubahlah.

Isu Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak

Posted eddyra by on Isu Semasa

Salam semua,
Aku ada menerima satu email yang meminta aku siarkan satu tulisan yang dikatakan sebagai teks seorang mufti kepada Sultan Perak. Di dalam tulisan tersebut, dikatakan ditulis oleh Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria kepada DYMM Sultan Perak.

Sebenarnya teks ini dah lama tersiar di internet, tak silap aku sekitar 2006 dulu lagi. Teks tersebut berupa satu amaran terhadap kedudukan umat Islam khususnya di Malaysia, dan merupakan satu hi-light kepada pihak tertentu yang terlibat dengan perundangan di Malaysia.

Teks tersebut pernah dipertikai kesahihan faktanya especially bilangan Melayu Islam yang telah murtad. Aku tak akan komen figure tersebut.

Tepuk dada tanya diri.

Every good things come from Allah.
Click below to read the full text.
(more…)

Natang.. apa itu natang?

Posted eddyra by on Isu Semasa

Akhir-akhir ni penggunaan perkataan NATANG ni menjadi satu perbincangan di banyak forum, blog dan website. Secara tiba-tiba perkataan ini menjadi terkenal, jadi sohor, kata orang Terengganu.

Memandangkan perkataan NATANG ini biasanya digunakan secara meluas di Terengganu, dan sebagai salah seorang yang dilahirkan dan dibesarkan di Terengganu, biarlah aku menulis serba sedikit mengenai perkataan NATANG ni.

Perkataan NATANG ni, asalnya dari perkataan BINATANG. Sudah tentu tidak sesuai untuk digunakan kepada manusia. Cacian atau makian semestinya akan wujud dari perkataan yang kotor dan kesat. Kalau di Kelantan, sebutannya agak lembut, nate, atau menate. :)

‘Bagai menatang minyak yang penuh’ ialah perumpamaan kepada kasih sayang seseorang kepada orang lain, seperti ibu kepada anak. MeNATANG di sini tidak ada kaitan dengan isu NATANG yang kita bincangkan. Tidak timbul soal cacian di sini.

.. ge natang (’Ge’ di sini, say GElap, jangan sebut ‘je’) - Bergantung kepada siapa yang mengucapkannya dan kepada siapa yang diucapkannya. Kalau kawan rapat, contohnya budak-budak sekolah berkata kepada kawannya sambil ketawa, “..tulisang mu buruk ge NATANG“. Penggunaan NATANG di sini merujuk kepada tulisan yang buruk, bukan buruk seperti binatang tetapi sesuatu yang lucu dan friendly talk, atau kata sifat.

.. derah lah natang, kita lambat doh ni - Maksud ayat ini, ‘Cepatlah natang, kita sudah lambat ni, atau ‘Cepatlah binatang, kita sudah lambat ni’. NATANG atau binatang di sini dirujukkan kepada seseorang. Perkataan NATANG di sini digunakan untuk membahasakan seseorang itu sebagai binatang.

.. aku nok hok ni natang - maksud ayat, Aku nak yang ini natang, atau Aku nak yang ini binatang. Ayat ini juga kasar, merujuk seseorang kepada binatang. Sekiranya digunakan dalam keadaan marah, penuh emosi, NATANG ini bermaksud binatang yang ditujukan kepada seseorang.

Seperti yang aku tulis di atas, penggunaan NATANG ini hanya boleh digunakan sesama kawan-kawan yang rapat. Tidak boleh atau jangan sekali-kali menggunakan perkataan NATANG dalam apa jua ayat sekiranya bercakap dengan orang-orang yang kita hormati seperti ibubapa, guru, ustaz dan sebagainya.

Seseorang terjatuh akibat tersepak tunggul lalu memaki.. “Aduh sakitnya, natang sungguh tunggul ni”.

Ketika melihat sesuatu yang cantik.. ‘comel natang‘.

Natang mana lah curi selipar aku ni - Manusia binatang mana lah yang curi selipar aku ni.

Muka je comel, perangai ge natang - muka sahaja yang comel, perangai macam binatang.

Ketika mengangkat sebiji batu yang besar, ‘berat weh natang batu ni‘ ..

Natang sungguh mung nih.. - Jika ayat ini dikeluarkan (biasanya dalam keadaan marah dan penuh emosi) oleh seseorang kepada seseorang yang lain, biasanya akan berakhir dengan perkelahian atau pergaduhan. Orang tidak akan berkata sedemikian untuk perbualan, walaupun dengan kawan-kawan yang rapat.

Secara ringkas, perkataan NATANG ini memang kasar dan kesat kerana ia merujuk seseorang itu kepada binatang. Cuma penggunaan di dalam ayatnya sahaja boleh mengubah maksud sebagai makian, cacian atau sebagai kata-kata lucu sesama kawan-kawan rapat yang digunakan secara tidak formal. Maksud ayat juga akan bertukar kepada kasar dan kesat jika diungkapkan dalam keadaan marah dan tertekan.

Berhati-hati menggunakan perkataan NATANG ini, dan lebih baik sekiranya tidak menggunakan langsung dalam apa jua perbualan, pertuturan, demo, banners atau.. apa-apalah. Tak rugi sedikit pun kalau tak guna perkataan ini.

Harga minyak naik 40 sen 1.1.2008?

Posted eddyra by on Isu Semasa

SMS dari member-member aku sekitar Kemaman, harga minyak akan naik esok, hari pertama tahun baru 2008. So jadi berapa ringgit satu liter? RM2.32?

Kalau benar-benar berlaku alhamdulillah lah, naik juga harga minyak petrol. Bila harga minyak dah naik boleh lah kita ramai-ramai naik basikal atau pakat-pakat jalan kaki.

Kalau boleh biarlah sampai RM5.00/liter.

:)

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me