Kenapa aku adakan blog seumpama ini adalah kerana aku nak bercerita apa yang aku rasa aku nak cerita. Apa yang aku lihat depan mata, apa yang aku dengar dan apa yang aku rasa. Aku nak kongsi apa yang aku nampak, apa yang aku dengar dan apa yang aku rasa pada semua orang. Aku ada pendapat, dan pendapat aku mungkin berbeza dengan orang lain sebab orang lain tak semestinya sama dengan aku.
Apa yang akan aku tulis, aku akan tulis apa saja yang aku rasa nak tulis. Tak kiralah apa topic sekalipun, hantam saja. Dari perihal isu semasa sampailah ke tahap isu cap ayam. Bahasa yang akan aku gunakan di blog ini adalah bahasa Malaysia dan English atau campuran dua bahasa tersebut.
Ops lupa pulok, selain dari blog cap ayam ini, aku ada website yang lebih kepada oil and gas.
http://www.oilgasfield.com/ – Cerita about life at offshore platform, aku abadikan dalam satu website. A humble guide to workpacking, kalau nak tahu serba sedikit pasal workpacking sila la masuk.
Apa saja pendapat, pandangan dan cerita aku di dalam blog aku ini adalah pendapat peribadi aku, dan tidak ada kaitan dengan orang lain, mana-mana pihak, pertubuhan, parti atau apa-apalah saja yang berkaitan dengannya. No intention whatsoever to insult or say something wrong about anyone.
So welcome to my blog, eddyra.net, kalau ada nak tambah, comment atau apa saja, sila kan.
eddyra.net@gmail.com
16th August 2007