Salam semua..
Hari ni dah masuk minggu ke 2 Ramadhan untuk tahun 2010. Aku masih di KL, dah sebulan lebih di sini setelah di transfer dari Kemaman. Makanya berpuasa lah aku di KL ni dari hari pertama puasa.. cuma hujung minggu drive ke Kemaman berbuka puasa di sana. Tahun lepas berpuasa di Miri, Sarawak. Tahun depan wallahuklam, mungkin di Dubai agaknya.. manalah tau kan.
Rasanya puasa di mana-mana pun sama, tak makan dan tak minum, tak buat perkara-perkara yang dilarang sepanjang di siang hari. Malam hari lain cerita..
Ramadhan kali ni macam tahun lepas juga, solo. Bangun sahur jam 5.00am, turun bawah apartment ke kedai mamak 24 jam. Itu jer kedai makan yang ada di area aku ni yang tak perlu untuk aku start kereta aku. Betul-betul bawah apartment. Seboleh-bolehnya aku nak elak makan masakan mamak dari India ni sebab perut aku jadi tak tentu hala lepas makan tu. Tapi apa boleh buat, makan je lah apa-apa yang ada dari aku cari makanan lain pukul 10.00am esok he he he..
Dah lah bawah opis pun restoran mamak, jalan kaki sikit depan Menara Ambank pun kedai mamak.. aduhai.. kedai masakan Melayu ada dekat-dekat opis ni tapi.. kurang aura.. Balik apartment pun kedai mamak.
Masuk kedai mamak bawah apartment aku ni time sahur ni, kadang-kadang mencabar juga, order Kopi Jantan, yang datang kopi O. Ayam jangan potong kecik, dia potong kecik. Tapi satu je lah, mamak ni punya service memang tip-top, sampai je kat meja dia dah tanya apa mau minum.. kalau tanya apa makanan ada, fuuuuuuhh laju je dia baca menu, sampai tak sempat nak tangkap, last-last order nasi goreng je.. yang tak tahan tu bila dia pasang lagu Tamil waktu-waktu subuh gini, kalau lagu Hindi tu OK lah jugak.. takpe lah 1Malaysia Najib cakap.
Dulu mula-mula sampai, tanya arah kiblat, dia belasah mana-mana pun boleh bang.. itu yang aku rasa nak guling-guling atas lantai tu.
Abis sahur, abis solat Subuh, aku start kereta terus ke parking kereta di area Jalan Yap Kwan Seng.. takde jem langsung kalau keluar jam 6.00am. Tido dulu dalam kereta sampai pukul 8.00am sementara menunggu opis hour jam 8.30am. Kadang-kadang aku datang ke opis terus, alas kotak bawah meja, tido sampai 8.30am.. gilo apo bangun 5.00am nak bertahan sampai petang..
Itu kalau rajin bawak kereta.. tapi lately aku suka naik LRT dari Wangsamaju sampai ke KLCC, rilex pun rilex takde nak fikir pasal jem masa gi dan balik. Hari pertama puasa tu, jem gila di KL sebab semua nak cepat sampai rumah, lapar sangat la tu.
Di KL ni, ada kedai Muslim termasuk lah kedai mamak ni beroperasi di siang hari, targetnya ialah untuk non muslim lah, kalau di Ganu rasanya tak dok. Kalau perhati elok-elok, memang takde Melayu yang makan dalam kedai tu, tapi yang membeli memang ada jantan cabaret Melayu hahaha.. member opis aku ni dari 1st day tak puasa, pukul 12.00 tengahari suatu hari tu dia beratur gi beli nasik, ada pulak makcik Melayu kecoh-kecoh pasal member aku ni beli nasik.. alah dia pun dah tentu tak puasa jugak.. datang bulan la tu.. kawan aku cakap untuk berbuka petang nanti, so beli awal-awal takut abis haha.. nak makan tak susah pun, dalam kereta kat parking lot pun boleh, basement car park pun boleh. Bawah meja opis pun boleh. Cuma kalau kaki rokok ni, leceh la sikit sebab ada bau napas.. nak elak camana kena lah telan gula-gula.. tapi kalau memang tak puasa tu memang nampak sangat air muka tu ceria je..

Di opis ni, kadang-kadang dapat email dari member2 yang duk forward gambar-gambar makanan, ice cream lah, lauk pauk lah.. hmmm.. takde kerja nya korang sampai buat orang lain telan air liur di bulan puasa ni. Bergegar perut ni ..
Macam aku ni melekat di opis sampai waktu balik kerja, tak keluar ler cuma ada sesekali turun kat lobby untuk rest kan kepala otak.. so kira OK lah kurang sikit dugaan. Opismate memang ada non muslim, takde jadi masalah, dia orang pun respect kita yang sedang berpuasa.. cumanya yang aku bengang kalau orang kita sendiri yang tak respect sesama kita, bayangkan kita sabar je dari pagi sampai petang duk di opis, jaga telinga, jaga mata dan jaga semuanya sekali tapiii.. waktu balik je aiseymennn mesti jumpa awek kelabu asap yang pakai pakaian macam nak masuk neraka tu.. kurus kering puasa kita bro.. confirm punya lah. Astagfirullahalaazim.. mata duk jeling sekali je, tapi lama lah, sekali takpe ehh? .. hua hua hua.. KL bro.. KL.. tak pakai macam tu nanti orang tak pandang.. puasa ke tak puasa ke sama je pakaian dia.
Abis lah bab tu, bosan lah sembang pasal awek kelabu asap time puasa ni.. dah ler puasa tu tak pernah cukup sebulan, confirm punya lah, kecuali yang kena buatan orang 9 bulan tu.
Orait, di KL ni memang berlambak bazaar Ramadhan cumanya tak sempat nak gi jer sebab jem giler. So aku biasa gi di bazaar Ramadhan di Wangsamaju tepi Jusco tu. Turun dari LRT terus lintas ke area tu. Macam-macam makanan ada bro.. roti John, murtabak, nasi kerabu Klate, nasi kukus ayam berempah, nasi beriani, ayam pusing, lauk pauk dan kuih muih semua ada. Cumanya faveret aku je takde iaitu pudding buih. Takde bro kat sini, orang KL tak reti buat la tu. Murtabak di sini ada 2 jenis kuah, kari dan cuka bawang tu. Cuka bawang ke orang panggil? Di sini ada jual daging kambing bakar, kat Kemaman tak dok.
Menu biasa aku di KL ni untuk berbuka biasanya nasi putih dengan lauk asam pedas atau pun masak lemak. Sayur sikit dan kuih 1-2 jenis. Tu je, selebihnya cuci mata tengok awek kelabu asap yang sama-sama membeli juadah berbuka puasa, padahal dia bukannya puasa pun.. no entry bro. Tak caya ke? Alah opis mate aku selamba je bawak karipap kat opis, dia kata ‘cuti’.
Abis sessi membeli juadah mengikut nafsu tu, blah balik ke kondo. Lepas tu turun kedai mamak india tu semula, tapau kopi O.. adehh.. macam orang bujang bro.. berbuka sorang-sorang depan TV. Kalau di Kemaman, kecoh dengan anak-anak nak berbuka puasa sama-sama. Abis tu aku di KL ni nak ajak siapa berbuka sama-sama.. semuanya ada anak bini.. nak ajak yang budak-budak bujang tu pulak, bukannya semua puasa pun.. nak ajak yang kelabu asap tu, nanti wife istihar perang saudara pulak. So yang terbaik, berbuka lah depan TV.
Gitu lah, berpuasa di tempat orang tanpa anak bini bro.. nak tarawih di masjid atau surau pulak tu jauh, nak kena start kereta lagi, nak cari parking lagi, nak simpan selipar lagi takut hilang.. so tarawih 2 rakaat jer ler kat bilik ? selebihnya tu entah la bila nak habiskan..
So malam-malam di bulan Ramadhan ni aku lebih banyak menghabiskan masa di kondo ni, OK lah jugak dari aku merayau tak tentu hala, merempit ke, buang anak ke.. aduhaiii apa ler 1st day puasa dah ada kes buang anak.. bengong betul.. nak buang pun buang la kat dinding, ni yang sampai ke dalam tong sampah ni apa cerita ni.. kangkang je tau.. bila dah pregnant tak tau nak jaga anak baik-baik.. cap ayam betul.
Chow..