Archive for August, 2009

Perjalanan Miri – Kapit

Monday, August 31st, 2009

Posted eddyra by on Story

Perjalanan bermula pukul 12.00 tengahari dari apartment aku meninggalkan Bandar Miri yang entah apa apa ni. Semuanya tidak dirancang dan tiada apa-apa persediaan rapi. Bawak pakaian dan laptop, pakai kereta Gen2 cap ayam kompeni, terus jalan bro.

Jalan terus meredah kesunyian melalui jalan-jalan dan lorong keboringan di Miri gezzzzzz…. Jiwang la pulak hehehe ..

Dari sini, terus limpas Luak Bay Esplanade menuju ke Beraya. Drive sendirian tengah tengah puasa… Hmm jalanraya sunyi pulak tu kalau minum air sambil ngisap rokok ni rasanya takde orang tau ni.

Alahhh kalau aku makan minum siang hari di Miri time puasa ni rasanya orang tak perasan sangat, orang sini cakap muka aku ada rupa orang local Sarawak, ada ke patut dia orang kata muka aku macam muka puak Iban hehehe..

So perjalanan di teruskan melalui jalan raya yang sunyi, sekali sekala jer bertembung dengan kenderaan lain. Kiri kanan jalan hutan kelapa sawit gezzzzz bosan nak mampus perjalanan ini. Dah la jalan berlopak lopak nasib baik kereta company, belasah saja la. Kalau pakai rim 17 tayar 45 aku rasa bengkok 18 la rim tu.

Kiri kanan adalah hutan, hutan belukar dan kelapa sawit. Sekali sekala jumpa rumah panjang, tapi rumah panjang dah modern la. Siap dengan astro, kereta dan ada yang memiliki back hoe. Keaslian dah takde hmm.. Aku nak cari yang original gitewww…


..a longhouse..

Jalan terus lagi sehingga sampai di Batu Niah, terus lagi sampai jumpa Similajau national park. Nak masuk tapi alaaa setakat park tu lain hari lah.

Aisehh.. Mana ler satu surau atau masjid tak jumpa lagi ni. Aku tak semayang Zohor lagi ni. Sebijik surau pun tak jumpa lagi last last ada jugak surau tepi jalan. Aku tanya boleh sembahyang ke, dia kata boleh. Hehehe aku tanya tu sebab nampak ada orang pakai seluar pendek dalam surau tu sedang menyapu. Manalah tau tu bukan surau, balairaya ke kan apa apa lah.

Aku cakap dari Miri tadi tak jumpa sebiji surau pun, hingga lah kat sini baru jumpa. Dia kata surau ni baru je siap, surau untuk muaalaf. Gezzzz… Nak harap bangsa lain jugak yang buat. Entah la labu…… Belasah ajer la.

After solat aku teruskan perjalanan hmm sampai dah kat Bintulu. Buat pertama kalinya sampai di sini. Dulu masa awal awal keje oil and gas selalu sangat dengar pasal Bintulu ni sebab company laa aku ada involve dengan MLNG3 project.

Bandar Bintulu.. Ok lah besar la juga. Cantik pun cantik, orang-orangnya pun cantik. Orang pesan nak aku belikan belacan Bintulu so aku drive ke tamu. Cari belacan gezzzzz rupanya ada pesta belacan di sini hahaha.. Terengganu dan Kelantan patut buat pesta budu kalau gitewwww… Ini tak asyik pesta mu kutuk aku aku kutuk mu… Bengonggg…

Orait.. Lepas tu aku singgah pasar Ramadhan tengok apa-apa yang menarik. Aku jumpa satu buahan exotic borneo, namanya engkalak. Aku sebut buat gajus dia orang kata bukan hahaha kat Semenanjung takde buah ni.

Aku beli buah tu satu supik (satu plastic la bro, orang Ganu kata) nak tra rasa. Cara makannya celup dalam air panas dan makan hahahah macam makan biskut kering.

Ok la sejam aku di Bintulu. Lapar bro, lapar gila. Tapi oleh kerana kuatnya iman di dada ini maka ku tahan walaupun aku tau hari ni punya puasa hanya puasa kering bro… Mata ini banyak sangat terhenti di wajah wajah ayu di sini. Walau pun tengok hanya sekali namun lamaaaaa sekali tengok tu. Hehehe…

Letihnya… Tu la neveng sangat nak travel bulan puasa.

Pukul 4.00pm teruskan perjalanan. Aku masih perlukan 3 jam lagi untuk sampai ke Sibu. Aduhai…

Email masuk thru my blackberry. Gezz email panas dari Shell punya Head of construction. Aku memang tak sedap hati dah, boss aku musti cari aku punya lah.

Dalam email tu kata progress slow, manpower idling dan macam-macam. Aku dah agak semua ini akan berlaku. Bengang la gini, aku nak cuti bro, jalan-jalan lepaskan tensen tapi apa punya bengong la weekend gini kena fikir pasal keje juge. Ishhh…

Bukan salah aku, bukan salah company aku la. Dia orang yang hantar spool salah, banyak error banyak modification la. So memang takde progress. Progress percentage tak naik la bro. Salah aku jugak ke? Gezzz aku jugak yang kena buat chronology. Eiii… Potong stim sungguh. Jadi engineer cap ayam gini la.

Ahh… Gi makan angin dulu la.

Sekitar jam 6.00 petang, baru jumpa sebuah restoran besar tepi jalan. Dia tulis makanan halal. Ada surau. Hmm.. Oraitlah stop dulu untuk solat Asar. Sian aku tengok surau ni, tak kisahlah nak buat camana kan.

Kira-kira dalam hati aku akan sampai di Sibu sekitar 7.30 malam gezzz tak sempat nak berbuka pulak. So amik keputusan tunggu je lah kat sini sampai berbuka, alang-alang surau pun ada. Nanti on the way tu bila pulak la jumpa surau.

So masuk la aku dalam restoran tu, rupanya tempat perhentian bas express. Ada orang makan dan minum. Biasalah bukannya pelik pun orang makan tu walaupun yang nampak cam Melayu pun ada. Sedangkan aku yang hensem ni pun mereka kata ibanez, apalah sangat mereka yang tak hensem tu kuang kuang kuang..

Amik lauk, nasik dan kueh satu. Standby. Sementara nak tunggu setengah jam lagi tu ramailah yang makan minum. Gezzzz serius macam aku je yang puasa di restoran makanan islam tu. Belasah la bro. At last ada gak satu family yang sama-sama menunggu waktu berbuka puasa dengan aku. Aaaaa…..

Makanan tak sedap, cap ayam. Harga dah la mahal. Nasik lembek berketul. Ikan patin entah bila punya lah. Aduhaiii ada la 2-3 suap je aku makan. Bengang betul la. At last blah cam tu jer.

Lepas semayang Maghrib teruskan perjalanan dalam hujan. Gezzz gelapnyer jalan takde lampu jalan. Suspen juga. Orang dah berpesan dengan aku jaga jaga sebab jalan Miri-Sibu ni memang selalu berlaku orang kena tahan tengah jalan. Nak merompak.

Terima call dari member aku di Miri. Chineese. Dia suruh aku be careful di Sibu sebab sana semua foochow. Gezzz… Aku dah cuak dah.

Katanya di Sibu ni 1001% foochow. So kena jalan tunduk bumi. Jangan buat hal. Kat Miri boleh settle lagi tapi di Sibu no way. Hehehe dia pulak yang bimbang.

Orait akhirnya aku sampai buat pertama kalinya di Bandar Sibu. Ok lah besar la jugak tapi dah malam nak tengok apa.

Tup tup jumpa Hotel Kawan, tengok rate ok. Agak-agak 3 stars gitu. RM100 nett ok lah. Aku nak lelap mata je bukan nak hidup di sana setahun pun. Aku check in, letih bro wa nak pusing-pusing. Nanti terlanggar foochow kang mampus aku. Hehehe..

Naik bilik. Mandi manda. Call member satu opis yang balik cuti ke Sibu. Mr Lau datang bawak aku pusing bandar Sibu. Wahhh cantik jugakkk malam hari. Nampak terbentang Sg Rajang. Sungai terpanjang di 1 Malaysia. Gezzz..

Nampak ferry besar entah apa nama siap dengan room hotel. Ferry entah apa nama ni hanya beroperate di Sg Kajang sahaja end to end. Hmmm.. Mahal oooo..

Dari jauh nampak Pagoda. Tapi Pagoda ni tak condong. Mr Lau kata esok gi la tengok. Tapi esok aku nak merentasi Sg Rajang, aku nak gi Kapit. Kapit bro… Lu tau ka kat mana Kapit tu? Gua pun tak tau.. Hehehe tapi dalam map tunjuk Kapit ni pendalaman Sarawak. Best tu mencari sesuatu yang asli.

Lepas tu pusing lagi bandar eiii ada ayam. Hehehe …

Orait la. Aku letih. Balik hotel terus tido. Esok nak puasa ke tak ni ha? Hehe..

Pagi esok bangun bagi pukul 7.40am. Abis subuh terbabas. Tak sengaja takpa nak buat camana.

Check out.

Breakfast eh.. Lupa. Puasa bro.

Terus menapak ke Terminal Penumpang. Ramai juge orang Sibu turun town hari minggu ni. Kalau aku baik tido jer. Lebih baik tido dari mengurus keringkan puasa aku.

Amik express Miri Boleh 268. Bayo RM30 for 1st class seat. Hmm business class RM25. Ok la tak banyak beza pun.

Yes aku nak ke Kapit. Tengok map mak aiiii jauh jugak Kapit ni. Entah la apa yang ada di Kapit aku pun tak tau. Member suruh aku gi katanya di sana masih original.

So naik lah aku ferry Miri Boleh 268 dan bertolak jam 9.30am. Macam tak percaya pulak aku sedang merentasi Sg Rajang yang selama ini hanya aku dengar dan aku belajar di sekolah dulu. Luas bro.. Memang luas. Panjangnya pulak xxxkm.

bersambung.. nanti upload gambo..

Site Inspection Visit (SIV) at St Joseph Platform part 2

Thursday, August 27th, 2009

Posted eddyra by on Oil & gas

Ok malam tu tido awal, ok la Promenade Condo ni boleh la. Fully furnish tapi nak jalan merayap tu leceh la sikit, jauh sikit lah. Orait seawal jam 3.30am dah bangun. Pukul 4.00am driver datang angkat kita orang menuju ke Kota Belud. Sejam perjalanan tu meredah bukit bukau dan pergunungan entah apa nama tu maka sampailah kami ke KBH, Kota Belud Hotel. Siap full coverall bro. Takde coverall boleh blah.


KBH…

KBH ni kiranya tempat persinggahan ataupun Shell base untuk operation Sabah Water la. Register dulu nama kita, serahkan Shell safety passport. Kemudian tengok video safety briefing tengah tengah ngantuk-ngantuk ayam tu. Berapa jam je tido semalam kan. Ayam betul la.

Ok kalau sehari sebelum tu ada buat booking untuk naik fast crew boat maka ada la nama kita. Kalau Operation Engineer tak booked, maka tak ke offshore la hari tu. Hehehe power tak power aku … see.

Orait lepas tu breakfast kat galley. Lepas tu semayang subuh kalau ingat kat Tuhan. Kalau rasa boleh coutim dengan malaikat maut ok la. Hahaha ..

Ok. Abis bab tu driver bawak kita orang menuju ke Usukan Jetty. Setengah jam la lebih kurang.


Usukan Jetty, Kota Belud, Sabah

Hmmm… Kat sini lah nampak agak sukar dan leceh nyer nak berurusan dengan platform sebelah Sabah ni. Kalau di sebelah Kemaman tu boleh bawak kereta dan park kat helibase Kerteh, tinggal kereta dan terus nak chopper. Sini kat Kota Belud leceh sikit la.

Kota Belud ni untuk pengetahuan korang la lebih lebih lagi orang kat kampung aku yang baca blog aku ni, adalah merupakan kampung koboi. Penduduknya ada yang berkuda cakap lu. Boleh nampak kuda kuda tu kat sini. Most of them are muslim. Jangan la langgar ayam itik dia orang nanti dia charge korang dari tarikh ayam tu kena langgar sampai ayam tu bertelur dan beranak pinak. Hmmm.. Belasah je lah. Kalau tak caya tanya la Felix AF3 tu. Betul ke tak Felix?? Hehe..

Ok lah permandangan di Kota Belud piwettttttt… mengembalikan semula kenanganku di Kundasang. Cewah.. angau pun bermula bah. Nampak sawah bendang dan perumahan kampung yang cool. Original bro. Dari jauh sayup sayup nampak Gunung Kinabalu.

.. nampak dari jauh hati saya rinduuuu..

Orait… Dah sampai pun kat Usukan Jetty dan fast crew boat sudah menanti. Hmmm… Kami akan ke St Joseph Platform hari ni.

Jam 7.30am kami menaiki boat Puteri IV to St Joseph. Hmmm boleh tahan la tak kuat sangat ombak. Kalau tak boleh berulang lah kejadian mabuk masa aku ke Seligi Platform dulu masa chopper grounded kes terhempas di Tapis B dulu.

Wahhh dari jauh nampak puncak Kinabalu. Gezzzz… Aku rindukan Kundasang.

Orait sejam kemudian kami pun tiba lah di St Joseph platform dan vessel yang operate untuk St Josseph ni ialah Ajang Hormat, Ajang Shipping punya.

Ok dah sampai tu, register dulu dan cam biasa la kena tengok video safety briefing dulu.

Bersambung…

Site Inspection Visit (SIV) at St Joseph Platform

Saturday, August 22nd, 2009

Posted eddyra by on Oil & gas

17th August 2009

Kelam kabut pagi ni, Shell safety passport aku tak siap lagi. Pukul 2.50pm dah nak depart to Kota Kinabalu. Takde safety passport ni baik tak payah fly, takde maknanya. Shell ni memang straight. Macam aku cakap lah, kalau ada Petonas atau Exxonmobil punya safety passport tu tak bleh pakai jugakk.. Shell tetap nak Shell punya safety passport.

Aku dikehendaki oleh Shell Sarawak Berhad (SSB) ke St Joseph Platform untuk Site Inspection Visit pada 18th August 2009. Aku akan pergi bersama-sama Safety Officer, Marine HSE Coordinator, SSB representative dan other contractor representatives.

Gezzzz.. Doctor pulak tak boleh nak endorse safety passport aku, sebab katanya result doctor yang aku beri tu fail di part Audiogram hearing test.. so aku kena repeat test, on the spot aku buat.. nasib baik pass. Weii.. telinga aku ni OK apa.. cuma kadang-kadang tu jer payah sikit nak dengar kata … :)

Check in di Miri Airport jam 1.30pm, depart jam 2.45pm naik Airasia. Apa class la naik Airasia.. cut cost..cut cost.. company suruh cut cost.

Ini Airasia stewardess la..

Sampai Kota Kinabalu International Airport KKIA, agent datang pungut kita orang naik Pajero, ingatkan Limousine hehehe.. hantar kita orang di Promenade Marina Court Condo, hmm.. OK lah can see the waterfront..

Lawa juga bro permandangan dari sini, nampak Pulau Gaya yang indah… nampak dari kejauhan rumah ataih air bro.. boleh tengok orang main jet ski .. kapal kapal nelayan alongside tepi jetty.. gezzz ok lah boleh lah buat ubat kedukaan dari Miri cewahh..

Sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens, Waterfront ni merupakan tempat untuk melepak yang popular bagi masyarakat local dan juga para pelancong.. OK lah not bad lah.

Hmm.. korang tau tak Kota Kinabalu dahulunya dikenali sebagai Jesselton? Pada 30 September 1967, Jesselton diberi nama Kota Kinabalu.. aku pun tak tau.

Petang tu kita gi jalan-jalan sekitar Pasar Philiphino tu.. gezzz hampir semuanya orang Philiphino, samaada pure Philiphino, keturunan Philiphino tapi born in Sabah, pelarian haram atau entah halal atau apa-apa lah payah aku nak tulis.. tagalog ka entah la. Yang aku tau awek Philiphino ni kita panggil Arroyo..

Di pasar ni, betul-betul tepi muara sungai, berpuluh puluh peniaga menjual sayuran, ikan, ayam, dan barangan-barangan basah kering dapur, buah buahan, belacan, kuih muih .. cari punya cari punya cari.. budu jugak yang takde.. frust giler. Aku rasa satu penghinaan terhadap budu.. perghh!!

Petang tu, kita singgah kat satu dari gerai Pinoy ni.. entah la gerai yang mana satu sedap, nampak semua sama jer yang jual ikan bakar, sotong bakar, udang bakar.. untuk pengetahuan korang lah, gerai-gerai ikan bakar ni hanya jual ikan bakar, sotong bakar etc, dan nasik putih jer.

So kalau nak makan makanan lain memang takde.. air pulak tu air kosong jer.. nak tomyam ka, sayur campur ka.. hatta telur goreng pun takde.. itu tempat hanya serve ikan bakar, sotong bakar etc dan nasi putih je.. gezzzzz tak la best sangat.. abis la jugak tiga pat puluh ringgit layan pari dengan ikan kerapu merah..

Malam tu, aku bawak client rep ni dinner, biasa la kan client kita musti kena jaga.. betul tak cakap aku. So Manager aku cakap, bawak dia makan seafood.. So aku bawak dia pi makan Ocean Seafood. Hmm.. ramai jugak orang..

Menu malam tu, ikan bakar seabass, siput (gezzzzz.. aku satu pun tak makan, uwekks..), sayur, tomyam, ketam masak kari.. tak la sedap sangat pun, damage malam tu RM310.00 .. takpe aku claim la nanti gezzzz..

Malam itu, tak kemana, jalan-jalan sekitar apartment dan tido.. seawal pukul 3.30am esok dah nak kena bangun …..

bersambung..

Ramadhan datang lagi

Saturday, August 22nd, 2009

Posted eddyra by on Sketsa

Salam semua,

Setahun berlalu dan kini Ramadhan datang lagi. Ramadhan di sambut dengan penuh kesyukuran bagi mereka yang beriman, atau penuh kebengangan bagi yang malas puasa, terutamanya syaitan dan iblis serta jin jin kapir.

Elok la sangat tu jadi geng dengan jin jin kapir tu. Pagi puasa, masuk tengahari cari kedai yang jual itik gantung tu beli nasik. Time hari biasa nak masuk pun rasa was-was nak makan eh ehh time bulan puasa belasah selamba jugak.

Dulu aku masa kecik kecik belum akal baligh dulu pernah juga beli nasik ni tengahari time puasa hehehe.. Hek eleh korang pun sama la.

Hmm.. Bagi mereka yang beriman ni memang dah lama menunggu bulan Ramadhan sebab banyak banyaknya rahmat di bulan mulia ni. Pintu syurga di buka seluas-luasnya dan pintu neraka di tutup. Syaitan dan iblis di rantai. So yang tak puasa jugak tu memang lah geng-geng makhluk kapir ni hehe salah ke aku kata….

Tahun ni, aku menyambut Ramadhan dalam suasana yang cukup berbeza. Seorang diri tanpa anak isteri seperti tahun-tahun lalu. Syahdu la jugak kan, orang lain buka puasa dengan family, aku? Aku entahlah rasanya bukak puasa samaada solo, atau dengan bebudak bujang atau pun dengan bapak bapak orang yang sama nasib dengan aku.

Bukak puasa rasanya OK kut . Aku boleh masak nasik, goreng telur, masak sardin, goreng keropok, cari budu kalau ada, goreng sayur, atau buat sayur campur, goreng ikan ka, kari ikan ka, ayam masak kicap ka, alahhh aku boleh buat punya lauk lauk tu. Alah setakat nak buat lauk cap ayam macam tu no problem la, bodo bodo pun singgam pun ok apa.. tapi…. kalau tak sempat boleh cari kat kedai atau gerai gerai bazar Ramadhan he he he.. Ok apa.

Sahur tu yang mencabar sikit tu, nak bangun satu hal, nak masak satu hal gezzzzz… Kalau zaman jahiliah dulu kalau tak sahur makanya .. He he he tau takpa. Duduk bujang ni, entah lah.. Kalau sempat sahur tu sahur lah kalau tak tak lah.. Dulu ada bini boleh kejut, bangun basuh muka terus makan jer. Abis makan tu mandi wajib dan tunggu masuk subuh. Hmm.. Ok apa. Siang hari tak bleh buat kang kena kifarah ooo… Gila apa nak puasa 2 bulan.

Tapi jaga-jaga time nak abis waktu imsak tu, kalau tengah ‘online’ baik berhati-hati sebab time itu lah kalau bila dah sedar tu aisehhh dah abis imsak rupanya. Haaa puasa la kau yang jantan ni 2 bulan. Itu tok guru aku pesan dulu.

Tak paham sudah..

Sini bukak puasa seawal 6.40 petang. Best apa, dulu masa duk kat Semenanjung bengang je tengok Sabah Sarawak bukak puasa awal.

Ok lah.. Kepada semua muslim selamat menyambut Ramadan al mubarak.

Sent via BlackBerry from Maxis

Refresher course at SMTC, Miri.

Thursday, August 13th, 2009

Posted eddyra by on Oil & gas

Kalau anda nak bekerja di Shell platform / vessel di sebelah Sawarak and Sabah Water ni, anda diwajibkan memiliki safety passport yang di keluarkan oleh Shell. Sekiranya sebelum ini anda memiliki safety passport dari Petronas atau pun Exxonmobil dari sebelah Semenanjung, maaf safety passport tersebut tidak laku. Boleh buang dalam laut. So nak ke tak nak ke anda perlu menjalani refresher course selama 2 hari, atau lebih bergantung kepada course yang diwajibkan ke atas anda. Macam aku, 2 hari jerk sebab course aku cuma courses cap ayam jer.

Orait, aku kongsikan di sini kepada mereka yang mencari-cari cerita cerita berkenaan dengan refresher course ni, adehh actually boring betul course ni.. aku sendiri dah 4-5 kali buat course, dah banyak air kolam aku telan hehehe..

Oh yer lupa pulok, terbaru refresher course yang aku amik ni aku buat di SMTC, Kuala Baram, Miri Sarawak. Berbeza sikit dengan apa yang pernah aku buat di TSTC, Kemaman, Terengganu.

3th August 2009

First day tu, seawal 7.30am aku dah register di SMTC. Aku sign jer lah kan sebab company yang bayar. Kalau persendirian bawak la duit secukupnya pada hari registration tu. OK jugak lah prasarana yang ada di sini, lebih kurang di TSTC Kemaman jugak ler.

Helicopter Underwater Escape Training (HUET)

Aku boleh kata lah, dalam banyak banyak courses yang wajib ni, HUET lah yang paling memboringkan dan kalau boleh nak excuse jer. Malas betul, remeh, cap ayam dan menyakitkan hati hehehehe.. sebab apa aku cakap canggitew sila lah tengok vclip yang aku upload ni, eiii best apa pusing-pusing dalam air. Kepala ke bawah, kaki kat atas.. gezzzzz…

OK sebenarnya HUET course ni diwajibkan sebab nak beri gambaran kepada passangers yang naik chopper tu apa yang perlu di lakukan sekiranya chopper perlu membuat pendaratan cemas di air.

ishhh..nantilah aku sambung yekkk…

Today is my birthday

Sunday, August 2nd, 2009

Posted eddyra by on Story

I don’t think I will be doing anything special today.. I’m feeling kinda down ..

Great I’m Getting Older!

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me