Dilemma seorang aku..
Saturday, May 30th, 2009Posted eddyra by on Story
Aku nak menulis pun malas sebenarnya, takde mood. Akhir-akhir ni memang berserabut dengan masalah kerja aku ni. Aku dah nak kena transfer ke Sarawak Shell Bhd (SSB) CAT3 project di Miri.. tapi… nanti lah aku tulis dengan ayat-ayat yang manis sikit.. kang keluar ayat pedih dan lucah pulak kang.. payah kalau jadi kuli makan gaji makan aku ni.. lain kali aku nak apply jadi GM lah, senang sikit nak transfer orang ke mana-mana ikut suka kepala otak dia tanpa fikir masalah orang lain.. he he he.. kan dah keluar dah ayat-ayat ganas aku..
Siraulo betul..
Sebagai pekerja kuli makan gaji macam aku ni, aku sememangnya perlu menurut instruction dari management seandainya dia orang nak transfer aku kemana-mana pun sebagai mana yang terkandung dalam contract aku.. itu akui dan aku setuju akan tetapi management pun kena lah pakai otak banyak-banyak dalam hal ni.

Di Kemaman, aku contract dengan Exxonmobil, gaji aku bersandarkan contract approval dengan Exxonmobil, bersesuaian dengan qualification aku dan position aku, sedangkan kalau aku dikehendakki ke Miri tu position aku dah lain, work load aku pun dah bertambah malahan semakin berat compare to contract dengan Exxonmobil. Aku bukan mengira tetapi pakai otak lah sikit, gaji aku selama ni gaji Kemaman, kalau dah ke Miri tu pakai otak lah sikit banyak benda nak kena tambah, rumah sewa, kereta sewa, air ticket balik sebulan sekali jumpa anak bini.. kalau setakat sebulan dua ok lah.. ini 3 tahun beb.. tarak akai ka?
Kalau gaji lima nam juta ok lah.. ini berapa sen jerkk..
Aku jaga workboat operation weii.. bukan jaga reban ayam.. itu pun payah. Kalau aku tak ikut kemahuan mereka, bakal ada lah show cause letter sampai kat aku nanti, bakal ada lah domestic inquiry.. apa kejadah..
Aku memang takde masalah kalau nak berpindah ke Miri, kerjanya bukan payah sangat lebih kurang kerja yang aku buat sekarang ni jer, cuma tambahnya ada vessel atau workboat untuk aku jaga.. lagi pun Sarawak Shell Berhad SSB dah pun interviewed aku baru-baru ni dan alhamdulillah aku passed, qualified and approved as Operation Engineer by Sarawak Shell Berhad.

Apa lagi mau pikir daa.. kasi up sikit lima nam ribu + air ticket + car and housing allowances then I go beb.. apa susah.. project 1 billion apa setakat aku sorang ni pun nak berkira ka.. ceh.
Tanya kawan-kawan, ada pros ada contras. Elok gi cari pengalaman dan dapatkan nombor Shell kemudian nanti dalam resume cantik oooo.. kalau ikut kawan-kawan yang bertanduk tu kata baik jangan biar dia orang melompat-lompat tak cukup orang nak run operation hahaha..
My wife no problem, kalau tak de halangan dia pun nak request tukar ka Miri, ala Schlumberger pun kat Krokop, Miri jugak.. eh tertulis pulak nama company awak Mi.. muahaha.. wife aku memang nak ikut, dia takut aku sorang-sorang kat sana nanti bawak balik 2-3 botol madu sarawak..
So.. tunggu dah lihat bah..





