All cigarette packs sold in Malaysia have to carry graphic pictures to warn people of the dangers of smoking..
How effective are these images?
A graphic on a cigarette pack will make no difference but it would add to the cost of a pack. I can tell you graphic pictures mean nothing. When you wanna smoke, you want one. You won’t care what’s on the pack, even the picture of graveyard.
Some seller ask me when I wanna buy a pack of Dunhill, “which picture do you like?”
Ha ha ha…
Dua bulan lebih aku di Labuan ‘on loan’ untuk start up Shell punya project nih. Aku telah diarahkan untuk ke Labuan pada 6 February 2009 untuk satu mission, upgrade facilities yang ada to comply with Shell punya requirement, tapi apa yang berlaku aku dah jadi person incharge secara bidan terjun setelah big boss resign secara tiba-tiba.
Mati kutu aku dibuatnya. Aku nak blah bodo gitu jer tak bleh, tak pro la kan. Fabrication nak kena monitor, logistic nak kena tengok-tengok juga, opis pun kena jaga dan aku juga kena liase dengan Miri main opis. Maknanya secara tak langsung aku dah jadi boss di Labuan opis ni, walaupun aku rasa aku macam kuli batak kat sini. Cewah..
Banyak yang aku belajar di sini, banyak yang aku fahami di sini. Aku belajar manage satu organisation, memahami process contract Sarawak Shell Berhad SSB, belajar tentang life berjauhan dengan anak bini, aku belajar kotornya permainan politik orang atasan dan entah apa lagi yang aku belajar sepanjang outstation ni.
Di sini lebih mematangkan diri aku, membuka fikiranku dengan lebih jauh dan berfikiran dengan lebih baik dari sebelum ini. Di Kemaman aku terperap di satu kawasan yang mengongkong permandangan dan pemikiran aku, aku tidak boleh pergi jauh mana pun.
Di Labuan ini penuh dengan berbagai mentality, budaya, fahaman, ugama dan entah apa lagi lah yang mewarnai Labuan itu sendiri.
Aku menerima assigment ini dengan hati yang terbuka, aku terima sebagai satu cabaran yang baru setelah hampir sekian lama jadi engineer dalam opis. Benarlah kata orang lain padang lain belalang, masuk kandang kambing mengembek masuk kandang kandang rimau kena baham.. walaupun rambut sama hitam kulit sama-sama kelabu asap namun perangai dan mentality tidak sama, sukarnya untuk aku menyesuaikan diri dengan orang local Labuan yang menjadi tulang belakang dalam project ni.
Aku menghadapi perjalanan yang agak sukar apatah lagi kita ni orang luar, nak jaga nak manage orang tempatan, silap cakap sendiri mau ingat. Pengalaman mengajar aku untuk berhadapan dengan mereka dan alhamdulillah aku boleh menghadapinya walaupun masih nampak cacat sana sini. OK apa learning curve..
Aku belajar menghadapi masalah yang cukup critical dengan issue-issue yang cukup kronik, cucuk mencucuk antara contractor-contractor yang terlibat, duri dalam daging dan gunting dalam lipatan sesama sendiri, stress yang amat stress apatah lagi ditambah pulak anak-anak yang menjerit-jerit suruh aku balik. At the end alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan sokongan dan back up staff-staff dan kawan-kawan. Bukan senang nak jadi ketua.. bukan senang bah.
Tanjung Aru.. Pergh.. malas nak cakap lah..
Namun berat mata memandang berat lagi bahu memikul, aku cuba sebaik mungkin untuk accomplish kan assignment yang diberikan.. apa saja yang termampu. SMS dan email dari orang atasan memaksa aku meninggalkan assignment dengan hati yang cukup terbuku, dan berbulu.
Bukan aku tak mampu buat, tapi aku tidak diberikan peluang untuk finishkan what I have started.. bengang gila, feeling of incompleteness of a job half done. Itu lah aku cakap dari awal tadi, kotornya permainan mereka ini sehingga aku yang menjadi scapegoat.. hampeh sungguh.. dan hampass. Siraulo bakla baliw..
Its OK.. takpa-takpa.. aku tahu wayang kulit yang mereka mainkan, wayang belum tamat tapi aku dah boleh agak endingnya camana. Biarkan.. aku tak kisah.. hari ini hari dia, esok belum tentu hari aku, mungkin lusa baru hari aku.. he he he.. pergi mampus lah.
Bila yang tertulis untukku adalah yang terbaik untukmu.. cewah pasrah bro.
Selamat tinggal member-member opis, Slyvester, Christhoper, Johan, Fauzi, Thomas, Jarimah, Hairani, Shawalina, Sinardi, Razman and Mr Kueh.
Aku tinggalkan Global Hotel yang menjadi tempat tinggal aku selama ini, awek-awek front office Wana, Mimi, Lisa dan Lalma yang selama ini menjadi kawan-kawan bersembang siang malam pagi petang sewaktu aku boring tak tau nak kemana.. korang memang best. Aduhai sentimental betul aku dengan hotel lipas ni.. banyak cerita aku di hotel ni. Orang lain cakap tak best, tapi bagi aku inilah hotel yang paling best.. lantak korang lah..
Makcik di kedai makan di belakang Global Hotel yang selalu tolong goreng ikan masin dan potong bawang kecik untuk budu aku.. makcik ni memang baik hati.
Gerai no 3 Anjung Ketam di Tanjung Aru, dah hampir 10 kali aku makan ketam nipah. Kadang-kadang ramai-ramai dengan kawan, boss dan client, kadang-kadang aku makan solo 2 kg ketam masak lemak cili api, buttermilk, sweet sour and 3 rasa.. perrhh sambil melihat tanah besar Sabah yang sayup-sayup mata memandang.. permandangan yang sentiasa segar di mata..
Liveband at Grand Dorsett Hotel.. selalu jugak aku lepak kat sini tengok liveband New Creation from Philiphino ni.. kat sini aku jumpa Ella hari tu sehari sebelum dia buat show kat Labuan.
Strawberry, Crossroad, Pop In, Beyond 2000, Ginza, River Blue, Joy antara tempat lepak aku sambil layan liveband dan teman member-member berkaraoke..
Layang-layangan tempat aku selalu pekena soto dan air kelapa muda..
Restoran Farizah, aku selalu makan siang dan malam, kedai mamak ada nasi beriani dan roti canai.. ada sumandak putih melepak, bangsa Suluk bah..
21 April 2009
Flight MH2609 meninggalkan Airport Labuan jam 05.20 petang dan aku dapat melihat hampir keseluruhan pulau yang menjadi tempat tinggal sementara aku selama ini.
Selamat tinggal kawan-kawan selamat tinggal arroyo-arroyo .. selamat tinggal semua..
Today is my last day at my office in Labuan. Leaving this office is very hard. There are feelings of failure. A feeling of incompleteness, of a job half done. Abandonment. Missed opportunities… but I have to go..
I really enjoyed my time here in Labuan – it’s a fabulous island.
Sambung lagi episod Aku di Labuan ni. Saja je nak menulis manalah tau kalau esok lusa korang kena transfer ke Labuan ke, kena buang daerah sampai ke Labuan ke.. atau boss korang hantar korang duk kat Labuan.. apa-apa lah kan aku cuma berikan simple guide aje.
OK macam aku pernah cakap dulu, ada 4 perkara yang murah kat Labuan ni yang takde tax.. iaitu rokok, arak, parfume and cokelat.
Rokok memang murah dibandingkan dengan harga di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Amik contoh Dunhill 20 baru RM5.20 sekotak tetapi, dia punya taste.. macam hampeh dan memang cap ayam lah.. absolutely cap ayam.. tak sedap langsung, tapi nak buat camana kalau dah nak mampus sangat tu hisap je lah walaupun rasa macam tu. Jaga-jaga jangan sampai terbeli rokok seludup dari China, rasanya macam bau lipas gitu.. aku ingat dalam rokok tu banyak lipas lah..
Seperkara lagi, di Labuan ni aku sering berpengalaman rokok out of stock. Pusing satu Labuan pun tak jumpa sekotak Dunhill 20.. atau Benson 20.. yang 14 mungkin ada. Dalam sebulan at least 2 kali out of stock.. pasal pa pasal rokok ini diseludup ke Sabah dan Sarawak.. tak caya tanya lah penjual rokok di Labuan. Kalau rasa nak mampus sangat beli je satu carton.. abis cerita.
Chocolate import memang murah, kalau beli chocolate MILO harga sama dengan luar sana atau mahal sikit. Chocolate yang murah antaranya Ferrero Rocher lah. Akan tetapi, cewah.. walaupun murah dari harga di luar sebenarnya Ferrero Rocher ini bukanlah yang dibuat oleh Italian chocolatier Ferrero SpA yang original tu, tetapi mungkin yang 2nd or 3rd grade yang datangnya dari Thailand atau mana-mana lah, ini diceritakan oleh penjual Ferrero Rocher di KLIA, dia kata dia jual yang original from Italy. Itu cerita dia, aku tak pasti tapi aku dah beli hampir 10 boxes.. sampai tak termakan aku, kalau benda tu boleh buang aku sepak-sepak jer.. he he he jangan marah.
Beer pun murah, tapi coke mahal.. hahaha. Sebotol coke 2 Liter dalam pub atau caraoke mencecah RM20.00 sebotol. Tapi Tiger (harimau bawah pokok) atau Carlsberg baru RM5.00 – RM7.00 ringgit bergantung kepada kedai lah. Aku asyik duk masuk pub karaoke selama di labuan sampai boleh ingat nama-nama arak ni, chivas 12, chivas 18, blacklabel, JD dan macam-macam lah jenis air kencing ni. Kalau beli kat luar sekitar RM65.00 sebotol chivas 12 tapi masuk dalam pub mencecah RM200.00 sebotol.. biasalah nak cover itu dan ini.
Last sekali parfume, murah dari harga di luar. Quality i dont know sebab aku tak pernah beli yang free tax ni. Pilihan tak lah banyak sangat tapi ada jugak lah yang top top punya parfume tu.. setakat beza RM30.00 hinggit tu baik beli je kat KL puas hati..
Pusing-pusing pulau Labuan
Kalau ada transport boleh pusing Pulau Labuan ni, sejam dah abis pusing pulau, kecik je pulau ni. Kita boleh bermula dari town di Labuan International Ferry Terminal, limpas (orang sini cakap lalu tu limpas) museum Labuan. Jumpa world war memorial. World war memorial ni dikatakan perkuburan perang paling besar di Malaysia, terdapat 3,908 askar yang dikebumikan di sini, ramai jugak tu. Kebanyakkannya Australian, British dan India.
Jalan lagi jumpa Labuan Square, Labuan Marine Museum, Masjid Jamek An Nur sampai jumpa simpang ke Labuan Airport, jangan bimbang lah takde jam pun jalan ni, kalau jam pun kejap jer.
Teruskan perjalanan ke jalan Batu Arang, masuk ke jalan Tanjung Aru stop sekejap makan ketam bakar. Lepas tu jalan lagi sampai jumpa Labuan Chimney.
Chimney ni tingginya 106 ft dan dibina dalam tahun 1800s. Tujuan pembinaan ini di katakan penuh dengan misteri tapi orang kata menatang Chimney ni functionnya sebagai ventilation, tapi ada archaeology kata tak jumpa pulak kesan asap dalam tu.
Lepas tu boleh singgah tengok burung kat Labuan Birds Park. Burung pun mau tengok ka? Adehhh..
Teruskan perjalanan dan kita akan berjumpa dengan persisiaran pantai yang cukup indah dan mententeramkan jiwakacau di Manikar, boleh lah stop rilex-rilex tengok budak-budak Matrix berendet ke, nak makan minum ke sambil amik gambar di tepian pantai. Ceh..
Jalan lagi sampai jumpa Pohon Batu Beach.. lawa la jugak. Air cetek je nampak pasir.
OK jalan terus sampai di Layang-layangan jumpa Peace Park dan Surrender Point. Surrender Point ni dulu tempat askar Jopon surrender dan ngaku kalah dengan Australian force pada 9 September 1945.
Jalan terus bro.. jalan terus sampai lah nampak UMS Labuan International Campus di tepian pantai yang indah gitew.. Terus jalan dari sini dan dari sini bole nampak Pulau Kuraman dan beberapa pulau lain. Jalan lagi.. pusing kiri pusing kanan dan akhirnya sampai semula ke Labuan Town.. adehh sekejap jer.. kalau ada masa gi melawat perkampungan air Patau-patau.. boleh jalan-jalan sekitar rumah atas air di Patau-patau. Di sini kita boleh tengok bangunan dan landscape town.. cantik bah.
So abis pusing satu pulau, kalau nak jalan jauh boleh gi Brunei, 1 jam je naik ferry. Nak gi Sabah melalui Menumbok 20 minit naik speed boat, nak lebih thrill sikit gi Sipitang, gi kampung orang asli di Longpasia duduk sana 2-3 malam.. boleh tengok life dia orang.. ada masa aku akan sampai ke sana insyallah.
So 2 bulan aku Labuan.. OK lah boleh lah untuk aku hidup di sini untuk mencari rezeki anak bini di Semenanjung, kalau nak stay buat rumah dan menetap di sini jawapannya mungkin tidak lah. Takde sebab untuk aku stay di Labuan, kalau di Kundasang Sabah tu OK lah jugak kan
Aku di Labuan ni mungkin dah di penghujung, tanda-tanda aku nak ke panggil balik ke Kemaman dah ada… tapi entahlah semuanya urusan boss boss boss aku, aku ni kuli yang menurut perintah aje. Dengar cerita aku nak kena transfer ke Miri pulak.. belasah je lah labu..
This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind.
I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me