Archive for September, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Monday, September 29th, 2008

Posted eddyra by on Sketsa

To all my friends, fellow bloggers and readers celebrating Hari Raya Aidilfitri … I would like to apologise for any of my wrongdoings, intentionally or unitentionally

Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir & Batin to all and please drive safely and may God bless you..

To all offshoremen who are celebrating without their families, don’t be sad my friends.. you are sacrificing your hari raya so that other people in the country can celebrate it.

Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir & Batin. See u again after the raya holidays…

Ramadhan yang akan berlalu pergi..

Friday, September 26th, 2008

Posted eddyra by on Sketsa

Adehh..

Aku teringat cerita tok guru aku bahawa langit, bumi dan malaikat menangis bila Ramadhan menghampiri penghujungnya. Begitu juga lah dengan orang-orang yang beriman yang bergumbira ketika Ramadhan datang, mereka juga akan merasai kesedihan bila bulan Ramadhan semakin ke penghujungnya. Indahnya jiwa mereka kan, dapat merasai kegembiraan datangnya bulan Ramadhan, dan dapat merasai kesedihan di penghujungnya. Aku?? Aku gembira dah nak abis puasa, insomnia aku akan selesai, pukul 10.00 pagi boleh gi minum dengan kawan-kawan.. dan boleh berhari raya.

Mereka menangis kerana perginya satu bulan yang penuh dengan keberkatan, pengampunan dan kebebasan dari api neraka. Satu bulan di mana pahala ibadat sunat digandakan menjadi seperti pahala ibadat wajib. Mereka takut tidak berjumpa lagi bulan Ramadhan yang akan datang..

Selepas ini, surau masjid akan kembali seperti biasa. Lenggang. Sunyi dari takbir solat tarawih.. tiada lagi qiamulail di sepuluh malam terakhir..

Tak sedih ke?

.. tapi ya ler.. Tuhan pilih siapa yang Dia nak campakkan perasaan itu, bukan boleh pakai cable tok nenek atau mak bapak pun. Maka berbahagialah mereka yang terpilih. . . .

Sepuluh hari terakhir, jalanraya sibuk, pasaraya sesak sebab nak sambut berakhirnya Ramadhan.. err nak sambut hari raya. Mana sempat nak pikirrr bang.. baju bini lagi, baju anak-anak lagi, baju aku, baju aku, baju aku lagii.. nak cari kuih raya, nak service kereta.. macam-macam lah lagi.. kan nak sambut raya.

Ruginya kann..

Sepuluh sen

Friday, September 26th, 2008

Posted eddyra by on Sketsa


Sepuluh sen

Harga minyak petrol dan diesel telah dikurangkan sebanyak sepuluh sen bermula 25hb September 2008 kepada RM2.45 dan RM2.40 masing-masing. Terima kasih.

Ya sepuluh sen.

Resepi puding buih

Tuesday, September 23rd, 2008

Posted eddyra by on Sketsa

Puan-puan kali ini kita akan belajar cara-cara buat puding buih, ada orang panggil puding buah, lantak lah nama apa yang orang panggil, asalkan puding yang kita nak buat tu berwarna pink dan ada kuah susu cair tu hehehe..


QA/QC tak pass.. sebab finishing tak cantik..

Bahan-bahannya puan-puan..
1 paket agar2 strip
10 biji telur ayam
Daun pandan 2-3 helai
Icing vanilla
Ibu Sirap - ini untuk colouring purpose..
Gula 1/2 kg
Susu cair - 1 tin

Cara-cara membuat puding
1- Pecah kan telur puan-puan, asingkan telur putih dengan telur kuning, dulu cikgu aku ajar yolk.
2- Pukul telur putih sampai banyak keluar buih, sampai kembang giteww.
3- Pada masa yang sama panaskan air dan masukkan agar-agar tadi ke dalam air tersebut. Kacau perlahan-lahan, kacau jangan tak kacau nanti jadi hangit puan-puan.
4- Okeh bila putih telur dah banyak buih tu.. masukkan ke dalam agar-agar yang bercampur air tadi. Kacau dan terus kacau ya puan-puan, kalau tak kacau nanti dia tak jadi puding buih, tapi jadi agar-agar.. itu kita reject.
5- Maka sudah siap kita punya puding…

Cara-cara membuat kuah

1- Masukkan susu cair, daun pandan, gula secukup rasa, kuning telo and icing vanilla..
2- Kacau ya puan-puan. Jangan lupa slow kan api dapur puan-puan, nanti kuah pun kena reject. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul-ketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
3- So dah siap dah kuah kita puan-puan.. kalau puan-puan hari ni tak puasa apa salahnya test dulu rasanya..

So mudah je sebenarnya nak buat puding buih ni puan-puan. Jadi kita dah ada puding buih yang sexy dan siap dia punya kuah.. tapi kalau nak lebih mudah beli je kat pasar malam.

Selamat mencuba..

I can’t sleep again

Tuesday, September 23rd, 2008

Posted eddyra by on Sketsa

I can’t sleep again tonight. Third night in a row.
I’m getting tired of this! Took sleeping pill but no work my friends.. zzzz.

What a waste of time to lie in bed from around 12.30am until 4.00am in the morning and never fall asleep. My job starts at 08:00am so I have to get up at 07:45am which means I need to get some sleep before that. Aisey.. I know what you think.. soon after sahur I pray Subuh la.

Then I go to bed again at 06:00am or something like that and sleep until 07.45am.. normally until 8.30am ha ha ha..

What? Read books that I really hate before falling asleep..? No work at all.
Have sex until I get tired? Not necessary my friends..

I don’t know why I can’t sleep..

Let’s sing together..

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu . . . .

Now.. back to bed.

Scandal di luar: Salah atau tidak..

Tuesday, September 23rd, 2008

Posted eddyra by on Story

Seorang suami mempunya girlfriend, atau seorang isteri mempunyai boyfriend.. salah atau tidak. Entry kali ini aku bawakan khas untuk pembaca setia setelah aku di asak oleh **** aku dengan pertanyaan salah atau tidak ini.

Seorang suami mempunyai hubungan dengan perempuan lain di luar rumah. Sebagai seorang lelaki (suami), dia mempunyai hak untuk mempunyai teman perempuan lain selain dari isterinya yang sah. Jangan marah, baru intro, kang aku stop kang.. :)

Aku menulis mengikut hukum ugama dulu, tiada halangan untuk lelaki berkahwin lebih dari satu sekiranya cukup syarat-syaratnya. Titik. Maka dengan ini lelaki boleh mempunyai hubungan dengan perempuan lain yang masih bujang atau mak janda. Dosa atau tidak perhubungan itu bergantung kepada sejauh mana keintiman mereka. Kalau ikut hukum, nak jumpa kena ada muhrim.. di tempat-tempat yang tidak mendatangkan syak dan syok.. tapi hari ni semua tu dah takde orang nak hirau sangat kan.. dosa-dosa ini semua mana ler orang nak fikirkan. Kalau ada affair dengan perempuan lain, lalu berkahwin maka alhamdulillah lah, boleh menambahkan umat Malaysia. Berperang atau tidak pandai-pandai lah fikir sendiri.

Jadi kenapa perempuan selalu kata, “ish kesian bini dia kat rumah, laki dia ada affair dengan perempuan lain..”

Itu kata-kata yang selalu keluar dari mulut pompuan, biasaaa la tu kan, kaum jenis iteww.. lebih-lebih lagi yang jenis CNN tu.. perghhh sampai muncung-muncung bibir.. Inilah sifat semulajadi pompuan yang tak boleh berkongsi, tak boleh berkompromi dengan hal-hal ‘kecurangan’ suami.. apatah lagi ada kait mengait dengan madu. Perempuan tak akan duduk diam dalam hal ni, walaupun punca hanyalah satu SMS misteri dari seorang perempuan kepada suaminya. Maka si suami akan jadi lawyer untuk mempertahankan diri, atau jadi orang kena tuduh, OKT.. OKT nak mengaku? Payahhh.. hahaha.

Kalau suami ada affair dengan isteri orang atau tunangan orang. Yang ini tengok apa jenis affair tu, hubungan biasa-biasa sekadar teman se office itu bukan affair, itu biasa lah tak boleh lari dah, team work hahaha.. Masalahnya kalau suami orang ada hubungan intim dengan isteri orang tadi, hubungan rindu-rinduan, sayang-menyayang, cinta antara satu sama lain.. tak payah naik atas katil lagi dah confirm salah. Ini clear, aku tak cakap, tapi hukum cakap giteww..

Seorang kawan aku, duk KL dah lama, laki bini ni dah lama kahwin tapi dot dot dot.. Kawan aku si lelaki itulah, aku mana ada kawan perempuan selain isteri aku.. ehem! Aku suami yang baik, tanya la cicak.. Sambung, kawan lelaki aku ni sepanjang perkahwinannya dia telah 2 kali ada scandal di luar rumah hingga ke atas katil. Kes pertama, isterinya dapat tahu. Yang bagusnya isterinya tidak berconfrontasi, cuma diam membatu muncungkan bibir .. dan kes kedua sampai la ni masih lagi tak tahu. Hahaha.. best jugak kawan aku ni punya kepala, pandai dia simpan. Katanya di KL ni biasa lah pasang girlfriend.. ehem.. yer ker. Itu agaknya wife aku tak nak lepaskan aku ke Petronas KL.

Jadi salahkan jika suami mempunyai hubungan dengan perempuan lain bergantung kepada hubungan tadi, isteri orang atau tunangan orang atau anak dara dan mak janda..

Seorang isteri mempunyai hubungan dengan lelaki lain di luar rumah. Hubungan setakat kawan opis, kawan-kawan lama itu biasa lah kan, tapi mesti mendapat keizinan suami terlebih dahulu. Jangan marah, bukan tidak adil di sini tetapi perjalanan mengikut hukum. Dosa isteri di luar sana, isteri berjabat tangan dengan lelaki lain, bertepuk-tampar cuit-cuit itu semua si suami perlu perjelaskan. Korang nak tanggung ke? Aku tak nak, sendiri punya pun berlambak-lambak atas bahu ni hahahah..

Kalau sesimple itu pun sudah boleh mendatangkan satu kesalahan, apatah lagi kalau seorang isteri mempunyai boyfriend yang intim, rindu-rinduan, sayang-sayang cinta hampehhhh tu.. tak kira lah jadi toy ka, jadi kuda ka.. jawapannya confirm salah.

So lets check ours.

Jiwakacau..

Sunday, September 21st, 2008

Posted eddyra by on Story

Putus cinta? Hek ela..

Ramai orang pernah bercinta dan akhirnya cinta itu terputus di tengah jalan tak sampai ke seberang jalan. Maka frust lah mereka-mereka ini, berjiwa lara, berduka nestapa. Jiwa kacau tak tenteram hidup siang malam asyik terbayang saat-saat manis masa lalu…

Aku pasrah.. kira-kiranya dah abih daya upaya nak melawan takdir. Lemah semangat nak teruskan hidup, apatah lagi nak concentrate pada study atau pun kerjaya. Kalau pompuan menangislah siang malam sampai bengkak mata, makan tak lalu sampai kurus kering.. potong rambut sampai pendek lah.. macam-macam lah pompuan ni. Tak paham aku.

Masa aku study dulu ada couple ni bercinta bermati-matian. Study bersama, makan bersama, keluar town dating siang malam. Berjanji sehidup semati. Di pendekkan cerita terpaksa berpisah kerana orang tua tak restu. Kawan aku ni, lelaki lah, datang kat aku dan menceritakan segala-galanya. Abis segalanya-galanya dia cerita.

Maka menangis lah lelaki ni depan aku, cehh komang sungguh lelaki menangis bila putuih cinta. Perangainya tiba-tiba bertukar menjadi tak berapa betul. Tengah panas terik berlari ke arah tasik campus.. tension la kunun. Aku ni kejarlah lelaki malang ni. Aku kejar dia lagi kuat berlari.. last-last dia stop letih agaknya hehehe.. mengiling-ngiling kepala aku tengok dia ni, dah nak mampus agaknya.. macam dah ending dah dunia ni. Patutlah ramai yang sanggup bunuh diri, terjun banggunan, minum racun, amik dadah, minum arak.. sebab dah tak boleh nak hadapi kenyataan.. bodo.

Lelaki ni cakap kat aku dia tak leh terima hakikat bahawa mak girlfriendnya tak boleh terimanya. Aku tau lah kan sebab dia dah banyak kali duk ulang-ulang cerita yang sama, macam cerita P.Ramlee tu lah. Aku tak bole nak buat apa-apa melainkan suruh dia rilex, cheer up dan banyak-banyakkan bersabar. Ingat tuhan banyak-banyak.. itu je lah. Maka jadilah aku pendengar yang setia.. apa lagu tu A Shoulder To Cry On ka apa..

Memang lah bila putuih cinta ni ramai yang jadi bodo.. Bukanlah aku nak perlekehkan mereka-mereka ni tapi mereka ni cenderung kepada nak lakukan perkara yang berlawanan dengan akal. Takde gunanya.. sembahyang lah mintak Tuhan tenangkan fikiran, baca quran banyak-banyak, beristigfar banyak-banyak.. memang la aku tulis ni macam bagus jer kan.. he he he..

Banyak lah karenah orang jiwakacau ni kan.. termenung sorang-sorang dalam bilik tengok gambo bekas kekasih, tengok hadiah-hadiah pemberian dia, baca semula surat-surat lama, baca kata-kata dalam diary.. adehh meleleh air mata. Kalau putus cinta tu disebabkan terpaksa atas alasan keluarga then memang syahdu lah kan sebab bukan kita yang nak, dan bukan pulak antara kita ni yang buat hal ada affair dengan orang lain kan. Ni memang genuine putus cinta sebab halangan orang tua. Macam lagu Saleem tu .. orang tua yang tak merestui cinta kita.. perh! Pedih bang.. pedih.

Kalau putus cinta disebabkan partner ada main kayu tiga ni pun satu hal lagi, tapi yang ni lebih parah lagi especially kepada mangsa kayu tiga tu. Sampai berdendam-dendam, apatah lagi kalau dah serah segalanya kat lelaki tu.. “sampai mati aku tak maafkan kau”.. lebih kurang gitu lah kan. Abis nak buat camana, dah adat bercinta hari ni kena serah benda tu sebagai tanda sayang.. salah ke aku cakap gitu?

Terasa sia-sia selama ni menjalin cinta bila dah tak dapat nak teruskan lagi. Kecewa yang amat kecewa bila takde persefahaman antara satu sama lain dan jalan yang ada hanyalah perpisahan. Kalau nak teruskan pun takde gunanya kalau hari-hari bergaduh, hari-hari selisih faham. Memang lah sakit bila terpaksa berpisah dengan orang yang kita sayang, orang yang kita rindu setiap hari.. tiada lagi kata-kata rindu, kata-kata cinta ni kan wakk.. betul tak wakk? Ha ha ha..

Maka membawa diri lah kawan ni, membawa hati yang hancur. Apply leave, pack barang-barang dan blah .. gi tepi tasik ka, tepi gunung ka.. pergi pulau ka 2-3 hari atau seminggu lamanya. Dah takde apa dah.. dunia ni dah berakhir tanpa dia di sini. Makan tak lalu, tidur tak boleh, macam insomnia jugak la. Teringat kat dia, terbayang-bayang dia depan mata.. sakitnya hati kan. Makan dalam tu.

Pujuk lah diri untuk terima kenyataan, keluarkan semua gambar-gambar dia, surat-surat dia, apa sajalah yang berkaitan dengan dia. Tengok untuk kali yang terakhir, cakap pada diri bahawa dia bukan untuk aku dan aku bukan untuk dia. Kalau nak serah semula barang-barang tu, serah lah. Kalau nak bakar, bakar je biar jadi debu.. ceh.

Music please..!

Tarik nafas dalam-dalam, dunia masih belum berakhir dan dunia tak akan berakhir sekalipun kita terus tersungkur di kaki cinta cewahh. Bangun dan bina lah semula semangat yang dah hilang.. kita masih perlu hidup untuk esok. Biarlah berakhir sampai di sini, biarlah aku sendiri tanpa dirimu. Akan ku buang jauh-jauh kenangan bersamamu. Tiada lagi yang ku harapkan. tiada lagi yang ku impikan.. macam lagu la pulak kann.

Mangsa-mangsa putuih cinta ni kalau kita nak study peel mereka ni, mereka ni lebih suka duduk sorang-sorang melayan perasaan.. Deritanya putus cinta sukar digambarkan, betul tak.. aku tanya je ni he he he. Duduk sorang-sorang bertanya, “Aku kah yang bersalah?” atau “Dia kah yang bersalah?” .. kenapa begini akhirnya.. karat abih. Depress bang.. depressed punya lah. Monyok, hopeless, loneliness.

… seandainya suatu hari nanti engkau mengalami kekecewaan di dalam hidupmu, ingatlah aku bahawa aku juga pernah kecewa seperti mu.. - Aku macam pernah dengar ayat ni.. tapi di mana ya..

Dalam satu kajian di London, kesedihan yang dialami wanita akibat putus cinta boleh mengubah kegiatan sel otak mereka, ni yang parah sehingga tak makan tak minum.. muka kusut masam bla bla bla.. Kajian juga mendapati wanita berkemungkinan dua hingga tiga kali untuk mengalami kemurungan berbanding lelaki dan kawasan otak yang dipercayai berkaitan dengan kemurungan lebih aktif pada wanita berbanding lelaki. So kasihan la kat awek-awek korang tu.. betul ustazah aku cakap hari tu, lelaki ni hanya tau buat pompuan menangis jer. Alah.. pompuan ni kalau dapat rantai emas pun menangis jugak..

Mereka-mereka yang jiwakacau ni kalau nak bangun semula memang lah payah. Memang kena ambil masa.. take your time! Time is the best cure my friends. Dekati diri dengan Tuhan, mintak Dia tenangkan fikiran kita. Seboleh-bolehnya jangan dengar lagu-lagu yang remind kita pada dia dan kalau ada mari ingatan tu sibuk-sibukkan diri dengan hal lain. Stop bercerita pada orang lain pasal kekecewaan tu, lagi bercerita lagi lah terasa pedih, orang pun bosan gak duk cerita hal yang sama..

We have a life before kan.. so teruskan hidup. Go out with friends, do hobbies, do whatever we did before la. Make new memories.. cari kawan-kawan baru. Ingat dalam donia ni bukan dia jer, ramai lagi lelaki dan aweks yang ada kann.. There are better looking, nicer, sexier men/women in the world.. Why cry over one.. buang masa jer kann..

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me