Archive for August, 2008

Selamat merdekakan diri dan selamat berpuasa

Saturday, August 30th, 2008

Posted eddyra by on Sketsa

Salam semua,

Aku mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 51 kepada semua warga Malaysia, warga pendatang haram yang ada mycard, warga negara asing yang dapat taraf penduduk Malaysia, parti-parti pembangkang, MP parti-parti kerajaan yang bakal melompat parti, penjahat, perompak, sesumpah, perasuah, tok guru ugama, tok guru ajaran sesat, tukang pump minyak, tukang pasang bendera terbalik, mat-mat rempit dan semua sekali lah tak kira siapa kita. Selamat memerdekakan diri. Merdeka itu bermaksud bebas, jiwa yang merdeka ialah jiwa yang bebas dari perkara-perkara bodo yang ada di dalam jiwa kita.

Aku turut mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua umat Islam yang akan mula berpuasa pada hari Isnin 1hb Sempember 2008. Merdekakan diri kita dari bisikan syaitan, Syaitan confirm tak merdeka selama sebulan Ramadhan.

Terima kasih.

Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh

Tuesday, August 26th, 2008

Posted eddyra by on politic

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PULAU PINANG P44:PERMATANG PAUH

1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi

Source : anwaribrahimblog.com

Cerita jiwang karat..

Monday, August 25th, 2008

Posted eddyra by on Story

Bila rindu ku tersebut namamu, cewah…

Dah lama aku tak menulis pasal benda-benda karut ni, dah nak puasa kut itu yang jadi blues sikit. Masa korang muda-muda belia dulu aku pasti korang pernah mengalami sindrom rindu-rinduan dan cintan-cintan bodo ni. Aku terkecuali dalam hal ni sebab dulu aku mat rock, so cerita-cerita ni takde kena mengena dengan aku. Kalau ada yang berkaitan dengan aku, itu aku kira kebetulan sahaja. Wah baik punya disclaimer.

Zaman kita sekolah menengah dulu kan, form 1 sampai form 6 sekitar tahun 1980an hingga tahun 1990an lebih kurang lah, ada kejadian-kejadian pelik yang berlaku yang melibatkan soal hati dan perasaan antara kita dan si dia. Si dia tu maksud aku kawan sebaya perempuan atau lelaki lah. Bukan mak cik tukang masak hostel atau pun warden asrama pulak, tak tau lah kalau korang ada yang lain dari yang lain.

Untuk adik-adik yang membaca entry kali ni, pak cik nak ceritakan pengalaman abang-abang dan kakak-kakak korang masa dia orang muda-muda dulu. Untuk adik-adik level Gang Bas Sekolah, ini cerita zaman mak ayah adik-adik ni. Untuk anda pembaca seusia yang sudi baca entry aku kali ini, ini cerita kita.



Orait..

Masa baru sekolah menengah dah pun ada hati nak berkasih nak bercinta. Belajar belum habis dah sibuk nak bercouple. Sama lah macam hari ni, minat kat budak sekelas, budak kelas sebelah, admirer kat orang tu dan secret admirer kat orang ni. Tapi dulu punya cerita, email takde SMS apatah lagi so kalau minat tu mintak tolong kawan-kawan kirim salam jer lah. Lagi famous orang tu, lagi lah hari-hari orang kirim salam, nak berkenalan nak jadi adik abang angkat, nak jadi bopren dan gepren.

Lepas tu hantar surat, nak berkenalan. Bau surat mak aiii.. wangiiii, envelope warna biru muda atau pink. Huhuhu.. yang low budget pakai letak bedak cuticura je.

“Salam di angin lalu membawa kata-kata rindu ku buat mu. Semoga kau tenang di samping tugasan seharian. Ku pohon maaf seandainya warkah ini mengganggumu…”

Perhh.. karang bang.. karat. Sorry lah aku tak pandai nak karang surat macam ni, ayat tu pun dia datang sendiri jer tapi itulah lebih kurang surat jiwang yang dia orang tu tulis, aku tolong tuliskan jer. Majalah Remaja masa tu banyak menyumbangkan idea-idea kepada puak-puak jiwang karat ni, aku pun baca jugaklah yang kakak aku beli.

Lepas tu bila hujung minggu pergi dating. Kalau di Kuala Terengganu dulu, tempat yang paling jadi tumpuan golongan jiwang ni ialah di A&W kat tengah-tengah bandar KT tu, Pantai Batu Buruk, Taman Bunga Shahbandar dekat Istana Maziah, panggung wayang Rex dan Cathay, library awam dan Emporium Hock Kee Seng hehehe..

Nanti lah aku sambung.. cari feel dulu.


Kan aku dan cakap.. dulu aku mat rock kwang kwang kwang

Sekali lagi aku ulangi, cerita-cerita ini tidak ada kena mengena dengan aku, kalau ada hanyalah secara kebetulan saja.. he he he.

Orait aku sambung, bila chenta diterima oleh semek ni (Sebelah Terengganu membahasakan girlfriend sebagai mek / semek) maka tak senang duduk lah mamat ni, sure berangan punyalah, diriku sudah berpunya. Semek tu aku punya. Muka berseri macam pengantin baru nak masuk bilik. Alangkah indahnya donia ini..

Kalau tidurmu tiada lena bukan kerana panasnya malam…. tapi itulah tandanya… aku mengingatimu.. Kalau tidurmu termimpi akan diriku, itulah tandanya… aku merinduimu.

Ehem..

Kalau jenis mamat yang overacting sikit boleh tengok lah creativity dia menyonteng dinding bilik hostel atau bawah katil double decker. Aku tau lah banyak sangat lah graphic-graphic bodo ni kat hostel aku dulu. Aku conteng jugak tapi aku suka conteng benda lain… Din-Liza wuz ere, loveU4ever.., Still loving you.. peh karat abih.

Rela aku hidup kesepian agar aku bisa merinduimu setiap detik. Aku hanya tahu menyintaimu, merinduimu dan aku membilang hari dan saat sampai kita ketemu.. ayat ni aku copy paste dari satu blog page.. bukan aku punya pun.

Kalau nama lelaki tu Din, nama perempuan Liza, jadilah Dinza. Jiwang betul puak-puak ni. Merata ceruk lah dia tenyeh nama gabungan tu, atas meja sekolah, dalam buku, dalam locker, kat dinding.. Madi dengan Husna jadi Diena.. perhh. Eddy dengan Azira jadi Eddyra.. wahhaa. Contoh je la.

Perangai budak-budak angau ni memang kelakar, baru bercouple di sekolah tapi dia punya kemaruk tu ngalahkan orang dewasa bercinta. Yang mana tak pernah ada diary wow siap beli diary nak tulih dia punya perasaan dan tarikh-tarikh penting. Tarikh mula-mula berkenalan sekian-sekian, tarikh semek tu terima nak jadi girlfriend sekian tarikh, birthday dia lah, birthday anak kambing dia lah.. macam-macam dik peel abang kakak korang dulu. Zaman ni dah ada Ipod, tak main dah diary nih. Cinta yang tak bertepi.. kadang-kadang geli geleman kalau terbaca diary dia orang ni.

Tambah syok tengok bila nak dekat 14 February, macam nak sambut raya Deepavali. Siap beli card Valentine Day yang ada music tu, orang kampung aku kata ada bunyi-bunyi tu…

“..be my Valentine”… perhhhhh! Yang syok tengok kalau gang-gang lebai kata “hishh sambut Valentine Day haram tuuuu…” huhuhu..

Bulan puasa pulak, dia punya angau tu masa beli card raya. Kata-kata yang spesis jiwang ni cari, Untuk kekasihku, Salam lebaran untuk kekasih .. lebih kurang gitu lah. Card raya pulak yang ada bunga-bunga dan ada music.. dalam card raya pun ada jugak warkah cinta terselit dan duit kertas yang diphotocopy.. duit raya la tu.

Biasalah orang tengah angau, aku cukup suka tengok spesis yang berubah perangai disebabkan chenta monyet ni. Suka nyanyi-nyanyi, lagu pulak lagu yang ada unsur-unsur chenta punya lah. Tak pulak aku dengar orang yang sedang angau ni bantai nyanyi lagu Selimut Putih.

Kalau mat rock pun, at least mesti layan perasaan dengar lagu rock jiwang jugak, jangan nak chong aku lah. Apa lagu nostalgia zaman tu eh? Bulan Madu di awan biru, Rozanna, Gadisku, Masih Aku Terasa, Srikandi Cintaku, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Nyanyian Dalam Sepi, Still Loving You, Right Here Waiting, banyak lagilah. Jangan suruh aku tulih tajuk lagu Siti Fairuz, Jamal Abdillah, Naseer wahab, Shidee semua tu.. aku tak tahu deh.

Lagu tema, pehh.. lagu ni saya tuju kat awak. Kalau awak terdengar lagu ni, awak ingatlah saya pun suka lagu ni.. haha.

Demi cintaku padamu
Ku korbankan jiwa dan raga
Biarpun harus ku telan lautan bara
Bulan madu di awan biru
Tiada yang mengganggu
Bulan madu di atas pelangi ………

Gang-gang sewaktu dengan aku mesti ingat lagi lagu Search ni.

Itu tak kira yang tulih lirik lagu kat dinding.. yang ditampal kat depan buku dan dalam warkah chenta untuk si dia.. karat bang. Zaman aku tuh film Suara Kekasih dan Azura tengah top, makcik Ogy punya zaman muda. Siap bawak awek tengok wayang bangg.. wahahha. Dalam panggung ni ler ada yang cuba belajar geli-geli, beromen siap lentuk atas bahu boyfriend. Masing-masing cuba mengenali bentuk tubuh badan pasangan masing-masing, yer lah zaman dulu mana ada internet nak search gambar blue.. Sebelum film tamat, dia orang blah dulu takut ada orang kenal.. penuh dengan kulit kuaci.

Nak keluar dating pun pun satu masalah, nak kena kelentong mak ayah lagi. Cakap nak gi townlah, gi library lah.. especially budak perempuan.

Zaman tu transportation tak macam hari ni ramai yang dah pakai motor atau koman-koman pun Kancil, zaman tu naik bas jer kalau nak gi dating. Kalau tempat lain aku tak tahu lah, kalau sebelah Ganu dulu, gitu lah. Masa first date tu, duduk satu bangku pun jauh-jauh, kalau berjalan mesti ada gap, kalau lembu lalu kat tengah pun muat, malu la kunun. Biasalah Ganu ni masa tu conservertive sikit, tak macam hari ni. Atas riba pun bole duduk dik. Masa dating tu time makan ka, tengok wayang ka, biasanya lelaki ler yang kena keluar pitih. Jaga maruah.. natang.

Siang dah jumpa kat sekolah, petang dah jumpa kat town, tak puas lagi. Handphone takde, internet takde so guna public phone je lah untuk bergayut, sebijik macam mawas. 1-2 jam tu biasalah. Sakit hati woo kalau kena turn kita nak guna tu mawas-mawas ni duk bergayut. Dapat jer kat kita mak aiii busuk punya bau ganggang telepon, romen ganggang agaknya..

Gi sekolah dengan baju dan seluar sekolah yang bergosok, siap ada line tajam lagi. Nak tunjuk dia dah berubah.. kalau semek suruh berenti hisap rokok pun sanggup berenti, tapi mak bapak marah langsung tak layan.. girlfriend tak suka kita buat itu, ikutt, tak suka buat ini, ikutt.. everything has changed since I met you.. perhh!

Specis jiwang karat ni at least ada ler benda yang dia hadiahkan kepada couple masing-masing, paling bodo pun gelang tangan stainless steel (bangle) yang boleh engrave nama atas tu. I LOVE YOU, I MISS YOU macam-macam lah.. aku rasa ada RM10.00 harga masa tu, aku agak je lah sebab aku tak beli pun natang tu. Tapi dia orang ni nak tunjuk chenta dan sayang ni, habis duit belanja sekolah takpe punya. Masa tu RM10.00 besar woo. Selain gelang tu, key chain kayu varnish tu, apa lagi haaa.. lupa la pulak.

Dalam duk jumpa hari-hari pun warkah chenta tetap ada punya. Kalau nak tulis satu page pun dah berapa sheet yang kena peronyok, sebab tulisan tak cantik atau idea tak mari. Itu yang banyak ciplak ayat-ayat bunga dari majalah Remaja tu. Hairan aku dia orang ni boleh tulis kadang-kadang sampai 5-6 pages. Ayat-ayat berbunga abiss. Janji nak sehidup semati, aku rindu lah, sayang, chenta, tak jumpa sesaat rasa setahun cehh. Macam buat essei. Lepas tu, beri kat posmen yang tak bertauliah. Silap hari bulan posmen tu jugak yang jadi boyfriend / girlfriend dia..

Masa kawan aku kena kantoi dek cikgu dulu, cikgu jumpa gambar boyfriend dia dan di belakang gambar tu ada ler beberapa ayat. Cikgu tu kata kalau gunung baca, boleh cair gunung tu. Ada surat-surat budak ni yang kena rampas masa spot check. “Kenapa abang tak lalu dekat kelas saya hari ni”.. Wahaha..

Zaman sekolah memang dilarang berchenta, bercouple-couple, tapi apa yang cikgu boleh buat kan.. dia orang pun dulu masa sekolah pun berchenta jugak entah-entah lagi teruk. Biasalah kalau ada couple sekolah yang kena panggil ke bilik guru, kasi counseling sikit. Nasihat concentrate pada study, masuk U dapat kerja nanti boleh lah kalau nak bercinta pun. Ayat default dia orang la tu.

Menariknya ada antara dia orang ni yang bercinta sampai abis serahkan body. Tahun sekitar 80an tu kalau budak perempuan sekolah dah lakukan sex ni memang dah dikira punah dah, dapat pulak jantan yang jenis bawak mulut.. abis. Mula-mula tabur janji, lepas tu tabur benih.. sampai mengandung pun ada. Dan spesis tu tidak berhenti setakat tu, malah spesis macam tu makin hebat di zaman millenium ni.

Bila ada je problem, dinding jugak jadi tempat lepaskan perasaan. Abis kena conteng. Apatah lagi kalau putus cinta, macam mawas tertelan ganggang telepon tadi. Memang nampak bodo lah. Kelas ponteng, belajar apatah lagi, sampai menangis bangg.. sampainya hatimu buat aku begini, betapa dalamnya aku benamkan belati cintaku di dada ini hingga akhirnya aku yang terluka… itu yang syok tengok kalau kat asrama, duduk sorang-sorang layan perasaan. Sebab tu agaknya Ustazah aku dulu ada cakap, lelaki ni tau buat perempuan menangis jer..

Bila dah frust ni banyaklah ‘club-club atau persatuan’ baru dibuka seperti kelab Jiwaluka, Kelab Jiwalara, Angkatan Pemuda Insaf (API). Banyaklah slogan-slogan baru.. Perempuan sama saja, Aku Anti Wanita, No Woman No cry, lelaki playboy, buaya darat etc.

Masuk tahun-tahun awal 90an.. zaman banyak berubah. Kita tinggalkan zaman persekolahan dan masuk kolej. Masa tu buat diploma. Cara budak U bercinta banyak kelainan sikit, tak macam bebudak sekolah tu. Posmen-posmen tak bertauliah masih ada. Duit biasiswa ada, sewa kereta ke sana sini bawak awek ke hulu ke hilir. Walaupun masih belajar tapi dah takde sapa nak larang.. masing-masing dah boleh sharing apa saja, masalah peribadi, financial, apa saja lah.

Bercinta bagai nak rak, abis diploma kita buat degree lepas tu kita masing-masing bawak diri. Kita tak sehaluan, ada baiknya kita bawa haluan masing-masing. Kau tidak dilahirkan untuk ku, aku bukan untuk mu. Terima kasih kerana pernah singgah di hati ini dan membahagiakanku walau seketika.. hek eleh.

Kadang-kadang bila dah tua-tua ni ditakdirkan berjumpa semula dengan mereka-mereka yang kita pernah sayangi dan rindui ni, rasa malu pun ada. Janji sehidup semati masa form 5, nak bertunang lepas SPM, nak masuk U sama-sama, lepas dapat kerja nak pinang dia. Hidup aman damai hingga anak cucu.. abis je SPM entah ke mana.

Last-last jumpa dia bawak anak berderet, kita bawak anak berderet sebelah isteri yang sedang sarat mengandung.. Kalau masa jumpa tu masih slim macam dulu OK lah kan, kalau berubah jadi macam tong drum tu rasa bersyukur pulak tak ditakdirkan bersama.. wahahaha..

A hard disk failure - I lost my head!

Wednesday, August 20th, 2008

Posted eddyra by on Tips

I recently (18/08/08) had a major hard drive situation. I accidentally moved the files to wrong hard drive partition, and erased 7 years of photos and datas. All priceless family photos, data, oil and gas doucments etc. All gone. I was sunk. I know there maybe proffesional IT would recover all my data with some money.

So sad my friends.. so sad. I was heartbroken.. la la la. I spent a very restless that night thinking about all the data I lost into thin air! Tried CHKDSK but not worked.

So I looked for software. There are a lot of ‘files recover’ software available. A Google search on files recover software returns a long list of software, err I looked for ‘cracked’ one lah.. I tried several different programs, and none of them retrieved all my data, and none of them can recover my file structure. I thought it would never be possible to recover me data.

Finally I found one program, EASEUS Data Recovery Wizard Pro v4.3.6, the cracked one.. thanks hackers!!

So I downloaded this software and it did reconize the hard drive. After doing a deep scan on the drive it identified the files it could recover. After about 5 hours of processing, this software recovered about 99% of the data. I promply copied the data off to a fresh drive. I figure recovering 99% of something is better than 100% of nothing.

So.. back up your datas.. even if you have 99% of your materials backed up there is always something you forgot to back up.

Akukah yang terliwat…

Monday, August 18th, 2008

Posted eddyra by on politic

Beberapa hari lalu rakyat Malaysia menyaksikan, dan menjadi saksi kepada upacara angkat sumpah (mubahalah) seseorang yang dikala ini menjadi terkenal dengan tiba-tiba. Apa yang menariknya, sumpah laknat yang dilaksanakan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan ini, memperjudikan nasibnya sehingga kiamat.

“Bismillahir rahmanir rahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, nombor kad pengenalan 850706-01-5687, sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:

“A’uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismillahir rahmanir rahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya.

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga kiamat. Wallahualam.”

Aku tak nak komen samaada benar atau tidak kejadian terliwat ini berlaku, sebab aku tak berada ditempat yang dimaksudkan, lainlah kalau aku yang skodeng. Takda orang yang tahu melainkan Saiful sendiri, atau DS Anwar sendiri. Wallahuaklam.

Kepala otak aku berpusing-pusing memikir hal ni.. betul ka DS Anwar Ibrahim telah meliwat Saiful? Banyak sangat cerita-cerita dari internet yang menceritakan keperibadian beliau yang sukakan lelaki lembut ni. Sejak dari MCKK lagi.. kalau tuduhan ini tuduhan politik maka cerita ini aku anggap cerita politik.

Betul kah si Saiful ni dulu homosexual, rejected Uniten, Saiful mintak biasiswa, Saiful balaci UMNO, Saiful muda dan perlu melawan .. entah banyak sangat cerita-ceriti yang ditambah perisa. Sama jugaklah, bagi aku ini pun cerita politik maka jadilah modal politik.

Malas lah aku nak tulis pasal 2 orang VIP ni. Berani buat berani tanggung. Sendiri punya cakap sendiri mau ingatlah. Tok guru aku cakap akhir zaman ni Tuhan delay kan bala kepada hambanya.. tak macam zaman para anbiaa dulu kalau buat terus kena. Apa yang kita buat hari ni lain hari Tuhan kasi tunjuk video clip tu semula kat kita. Cerita politik hari ni memang cerita busuk, jangan marah. Memang cerita busuk..

Saiful bersumpah beliau tidak rela dan diliwat secara paksa, sedangkan di dalam pertuduhan ke atas DS Anwar Ibrahim adalah seksyen 377B iaitu dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful secara sukarela.. mana satu betul daa?

Harap aku tidak terliwat untuk menulis cerita terliwat ini.

Tapi kenapa mesti meliwat aaa.. Tuhan dan jadikan baik punya tunnel, tunnel lain jugak yang di pi hantam. Best agaknya. Kalau aku gay boleh jugak aku mendalami hati dan perasaan gay nih.. tapi aku bukan gay huhu. Aku normal. Aku tak boleh dan aku mintak Tuhan jauhkan aku dari kaum ni. Apasal ehh.. entah aku rasa geli geleman… eiii. Banyak benor photo sodom dalam internet, geli tekak aku.

Mesti ada rahsia di sebalik liwat ni.. hahaha…

First Anniversary

Saturday, August 16th, 2008

Posted eddyra by on Blog

Today, one years ago, mark the very first post I made on this blog, set up this domain, blog on this address using independent hosting, and using WordPress as the blogging platform.

Eddyra.net has had 245,382 page views since launch. Thanks to all the ’special readers’ out there. Thank you to all my fellow readers for keeping this blog alive all this while.

Bicara tentang wanita

Friday, August 15th, 2008

Posted eddyra by on Life

Salam,

There are 3 things that can ruin a man’s life: power, money, and woman. Aku nak bercerita tentang bagaimana orang pompuan ni menjatuhkan lelaki. Orang kata behind every man’s success is a woman, and behind every success man there is a woman who is ready to destroy his success. That’s the power of woman my friends, the most beautiful creations walking on the earth. Pergh.. tangan yang menghayun buaian mampu menggegarkan dunia.. nampak lemah lembut tapi heavyweight boxer Mike Tyson pun boleh tewas dengan wanita. Wow..

Banyak cerita kita dengar pasal lelaki yang hancur disebabkan wanita ni. Adam a.s was the first man to fall at the hands of a woman, everyone knows this. Syaitan goda Adam a.s, failed bang.. failed. Hawa pujuk Adam a.s and he chose to listen to Hawa when he knew he shouldn’t have to. Because of that they were cast out of the paradise. Sebab apa jadi gitu, sebab wanita tau how much men love them, sebab mereka tahu lelaki akan kalah dengan pujuk rayu wanita.

Don’t worry ladies, I am not blaming you, without you, life would not be perfect. I know woman is not really that cause of man’s downfall, it is love and passion that destroys a man.

I am sorry if I had hurt anybody’s feelings.

Sejarah silam menceritakan lelaki gagah seperti Julius Caesar dan Mark Anthony pun boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Napoleon Bonarparte, one of the greatest military leaders in history boleh jatuh ke tangan Josephine. Samson yang mampu membunuh singa dengan tangan kosong pun boleh kalah dengan Delilah.

Nazi leader Hitler boleh tewas dengan Eva Braun, Eva bunuh Hitler, lepas tu bunuh diri sendiri. Itu belum cerita orang lelaki yang tergoda dengan awek GRO dangdut lagi.. tumbang bang.. tumbang. Belum cerita mat rempit berambat sebab nak dapat hadiah seorang perempuan.. sampai nak mampus kan diri.. perempuan punya pasal. Apa kejadah.

Demikian hebatnya wanita ni tuan-tuan.. Romeo sanggup minum racun sebab tengok Juliet dah mati. Dah mati cari lah yang lain, apa ke bodo nak sama-sama mati.

Kadang-kadang aku pelik, nak launch kereta baru pun model perempuan yang lebih-lebih, kalau beli kereta dapat hadiah model tu takpa la jugak, boleh bawak balik suruh basuh kereta ka.. Iklan minyak pelincir moto pun ada perempuan, maka berbondong-bondong lah mamat rempit beli minyak pelincir. Entah apa kaitan perempuan dengan minyak pelincir tu. Masa di fiesta apa entah aku lupa, sekitar 90an di KL nun, berbaris panjang lelaki ni, ingatkan apa rupanya berbaris nak bersalam dengan model rokok. Adehh..

So apa sebenarnya yang kita nampak di sini.. the power of a woman my friend readers. Lelaki ada satu nafsu sembilan akal, perempuan ada sembilan nafsu satu akal. Satu nafsu lelaki inilah yang banyak duk terangsang ke arah object sex. Sembilan nafsu perempuan ni macam korang tau lah, nafsu kepelbagaian.. cewah. Nak manja, nak gedik-gedik, nak tunjuk lawa, nak gelang beso lengan, nak kereta besar, nak perabot, nak mewah, nak mengata, nak menggatal.. ish banyak lah pulak.. Dia orang perempuan ni bernafsu kepada semua benda tetapi perlu ingat dia orang ni tidak mudah dimusnahkan oleh semua benda. Lelaki nafsunya satu, yang satu ni lah kebanyakkanya musnah dengan wanita..

Lelaki ni malas nak bercakap pasal langsir ka, perabot ka, pampers anak ka.. cuba ajak cakap pasal cara-cara nak memanjang atau nak tahan lama.. wahaha kui kui kui. Lelaki cari kerja yang best-best, nak income yang besar, nak pakai kereta yang besar, rumah yang besar-besar.. sebab apa, sebab nak dapat perempuan yang besar besarrr..

Lelaki selepas penat buat business, layan karaoke dengan GRO. Entertain client sampai ke Hadyai, sebab apa sebab nak suruh client approve proposal. Lelaki sama lelaki pun tahu mereka akan tewas dengan wanita, sebab itu lah dijadikan wanita ini sebagai satu fitnah yang amat besarr..

Dijadikan sebagai makhluk yang cukup hebat sehingga lelaki akan tewas dengan pujuk rayu seorang wanita. Tuhan dah jadikan mereka gitu.. itu lah kelebihan mereka. Kalu gi tang Koto Bharu, masuk abe nok beli gapo.. wah lembutnya ayat.. mati kutu bang.. sampai makcik hok tuo-tuo pun pangge kawe abe.. kui kui kui..

Dah berbini anak lapan pun kalau orang perempuan lain beri perhatian, tanya apa khabar, dah makan ke, sihat ke, ambil berat sikit, tunjuk concern sikit.. jatuh hati jugak. Ish sama la dengan perempuan, kalau lelaki caring sikit pun jadi jugak kan…

Makhluk Tuhan yang paling cantik, dengan senyuman, lirik mata, suara yang lunak, manja .. luruh jantung lelaki dik. Jangan salahkan seratus peratus kepada lelaki kerana tak boleh nak control semua ni, .. sebab lelaki ni lemah dengan sifat-sifat wanita ni. Itu lah pasal Tuhan beri guide supaya kita tak terpengaruh dengan perkara-perkara yang boleh membinasakan ni.

Apatah lagi kalau perempuan tu berhias macam lupa esok nak mati, touch up situ touch up sini. Pakai baju ketat sampai nak terkeluar buah betik. Seluar ketat kain ketat sehingga menyiksakan mata lelaki yang melihat. Jalan goyang-goyang punggung pakai kasut high heel ketup ketak ketup ketak.. menggoda nafsu lelaki. Ini agaknya orang kata makhluk Tuhan yang paling seksi..

Ini permerhatian aku sendirilah, kat opis ka, kat sekolah ka, kat shopping complex ka, kat mana-mana lah.. perempuan ni suka menonjolkan apa-apa yang boleh ditonjolkan untuk public. Tak payah lah aku detailkan, lu pikirr la sendiri. Jawapan default .. I bukan nak menunjuk-nunjuk, untuk kepuasan diri. Yer ker hahaha… patut ler banyak sangat kedai salon, pusat-pusat kecantikan, barangan cosmetic wanita di dunia ni. Semuanya mempunyai target yang sama, mau kasi body mantap punya. Elok lah tu, bukan untuk orang lain, untuk lelaki jugak kan. Dia orang abis ribu-ribu pun untuk kita jugak walaupun yang kena keluarkan duit tu.. kitaa jugak. Dia orang pakai baju singkat nampak pusat nampak seluar dalam bukan nak tunjukkan pada perempuan lain pun. Dah berlaki pun masih berpakaian yang menggoda lelaki lain, itu yang jadi laki orang syok kat bini orang, bujang ada affair dengan bini orang.

So antara sifat-sifat kejadian wanita ini lah boleh menghancurkan hidup lelaki kalau lelaki tu dari kalangan lelaki yang bodo. Seganas-ganas lelaki pun hancur hanya dengan kecantikkan rupa paras dan pujuk rayu wanita. Walaupun perempuan tu tak cantik, muka berjerawat batu sekalipun kalau kena caranya lelaki cerdik sekalipun boleh jatuh ke tanah juga.

Dasyat betul perempuan ni..

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me