Cerita layan kepala..
Sunday, July 13th, 2008Posted eddyra by on Story
Aku ke Institut Jantung Negara (IJN) di KL selama 4 hari, bertolak hari Isnin 8th July 2008 dan balik ke Terengganu hari Khamis 10th July 2008. Mmm.. banyak cerita yang nak aku kongsi bersama anda semua.
Malam pertama tu aku lepak depan Hotel Putra, depan IJN tu lah. Sedang aku duk menunggu kawan aku datang ambik aku, aku bersembang dengan seorang Sarjan Polis yang telah berkhidmat dengan PDRM selama hampir 25 tahun di Balai Polis xxx di KL. Mungkin dia tengok aku ni bukan dari kalangan warga KL, slang pun slang Ganu jadi dia tidak ada masalah untuk bercerita kepada orang yang baru sampai ke KL seperti aku. Banyak yang beliau ceritakan dari cerita Botak Chin, Bentung Kali, Prebet Adam, Reformasi 1998 sampailah cerita terbaru iaitu isu Balasubramaniam dan DS Anwar Ibrahim punya isu liwat.
Semua yang dia cerita tu aku tak mampu nak ingat semua, banyak sangat cuma ada satu soalan yang membuatkan dia agak tersentak, aku tanya pendapat dia, adakah DS Anwar Ibrahim benar-benar meliwat… jawapan beliau dari semua siasatan dan kajian yang dibuat semenjak DS Anwar Ibrahim di MCKK dulu memberikan satu gambaran bahawa ‘itu’ sudah menjadi tabiie DS Anwar Ibrahim. Wallahuaklam, jangan tembak aku. Aku cuma quote pandangan dari seorang Sarjan yang aku tidak tahu latar belakangnya.
Aku tak sempat nak tanya nama beliau, kawan aku dah datang ambik aku. OK abis part tu, jangan diperbesarkan kes tadi, anggaplah ianya satu pembukaan.
Kereta Proton Iswara aeroback membawa kami ke Restoran Rasa Sayang di tengah-tengah KL tu. Lepak sambil minum kopi O, tetiba aku terpandang kawan lama masa sama-sama belajar di KUSZA dan di Newcastle Upon Tyne dulu. Dia datang dengan kawan dia, orang Dungun. Mai aiii sudah mabuk.. bau arak yang cukup kuat. Aku ajak dia duduk sekali sambil borak-borak.
Takde apa sangat yang kita orang bualkan dan selepas kawan aku yang satu kolej tu blah, maka kawan yang sorang lagi pun start bercerita. Ceritanya berkisarkan kawan aku yang baru blah sebentar tadi.
Nasir (bukan nama betul, kena sue nanti bang) bercerita tentang kawan aku tu, tiap-tiap malam tonggang arak. Orang bujang katakan, umur awal 30an. Abis kerja jam 5 petang turun office terus order arak, office pulak kat Jalan P.Ramlee, The Beach ada, Modestos ada, Rum Jungle ada.. tak payah susah-susah drive. Turun office jer kat bawah dah tersedia pub, bar dan disco. Sekali minum sampai malam abis RM700.00 - RM1000.00 .. mak aii.. for sure sebulan sekitar RM20,000.00 untuk tonggang arak sahaja. Awek keliling pinggang, time minum sedang stone tu nampak awek yang baikk punya dia akan tackle, bawak balik rumah dan hantam. Dapat awek, bawak balik rumah dan.. hantam.
Life mann.. life. Aku ni ibarat orang kampung datang ke kotaraya yang terpegun mendengar ceritanya, walhal cerita macam ni memang aku biasa dengar. Hidup di KL. Aku cuba nak menyelami life kawan aku ni, apa yang dia cari, apa yang dia kejar dalam life dia. Oil and gas engineer macam dia, gaji sebulan lebih kurang RM40,000.00 selepas convert sekitar £7,000.00 tapi duit sentiasa tak cukup. Orangnya muda lagi, ada rupa, ada gaya, ada pangkat, ada nama, ada duit yang bertimbun tapi jiwanya kosong. Dia cakap dia boring, sunyi, bila orang suruh kahwin dia kata sapa nak ka dia, yang nak kat dia semua jenis nak kikis duit.
Nasir bercerita lagi, sesekali bau arak menggangu perbualan, busuk yang amat. Aku pasti apa yang Nasir cerita tu adalah benar belaka, orang tengah mabuk ni ceritanya lurus.. layann.
Nasir ni pun awal 30an, dah berbini, anak 4 orang paling kecik setahun setengah. Cerita Nasir, dia pun lebih kurang sama ceritanya dengan kawan aku tadi. Seminggu 3-4 malam tonggang arak, abis RM400.00 - RM500.00 semalaman. Dapat awek, bawak balik hotel dan hantam.. aku tanya ada pakai sarung ke, dia jawab mana sempat nak fikir itu semua.. wahaha apa punya orang semua sapu.. macam DBKL.
Aku tanya ada artis yang pernah mabuk sekali dengan dia, dia jawab si polan si polan si polan dan si polan. Aduhaii.. minah tu rupa cantik, cakap punyalah lembut tak sangka pulak jenis layan air kencing jugak. Menariknya bukan dia orang yang bayar bil, tapi lembu-lembu yang bayar. Nasir sebut lembu-lembu, aku tolong tulis jer. Menteri pun ada yang pernah minum semeja dengan dia tak yah la aku tulis nama, biasa lah nak project nak contract kena la join datuk-datuk kan.
Apa lagi cerita Nasir malam tu.. bebudak Melayu seawal umur 14 tahun sudah masuk disco pub etc, dah kena lanyak dengan lelaki. Hancus gelebeh bang.. yang pakai salib pun ada yang bertatto pun ada, bila di tanya katanya style bang.. style. Style kepala lutut..
Sambung Nasir lagi, kalau bebudak perempuan Melayu pub disco tu boleh mengucap pun dah dikira syukurlah, kira OK la tu. Kalau tengah-tengah mabuk tu kaki terpeliot boleh terpancul ‘Allah’ kat mulut tu kira sudah baik, kalau tak default word akan keluar fcuk, shit semua tu lah.
Nasir ni cerita lagi walaupun mabuk tapi dia tahu asas ugama sebab dulu masa sekolah dia sekolah ugama. Tahu basic halal haram walaupun dia tonggang arak, tapi tak lah sampai pakai rantai salib semua tu. Wahaha orang mabuk bercerita apa saja. Kalau balik rumah, dia akan pakai kopiah dan ajar anak mengaji, kalau balik rumah mak ayah, mak ayah ajak gi surau, dia akan ikut. At least dia tahu asas. Tu dia cerita dia..
Aku tanya Nasir, mak bapak dia orang tak tahu ke kegiatan anak-anak muda jantan betina dia orang, kebanyakkannya tahu dan dia orang tak mampu nak marah lagi especially anak-anak perempuan, kalau marah bimbang lari dari rumah. Nak buat camana lagi.. tengok je lah. Jangan terkejut ada kalangan mak ayah yang takut anak-anak mereka tertangkap dengan penguatkuasa lalu menyuruh anak lelakinya bawak balik jer awek tu ke rumah mereka. Nak hantam, hantam je kat rumah. Biasanya golongan VIP yang ada nama, bimbang nama mereka tercemar macam si polan dengan anak menteri tersebut. Lagu tu pun ada ekk..
Mungkin anda rasa cerita aku ni macam cerita orang kampung yang terlepas ke bandar dan membawa cerita pengalaman di bandar ke kampung untuk orang-orang kampung terpegun. Itu tidak menjadi masalah, cerita Nasir memang cerita benar segelentir kehidupan orang KL, walaupun mungkin sebesar bunga kuku jer namun bagi orang kampung seperti aku, sudah cukup untuk membuatkan aku rasa kekok. Rasa janggal.. but I am proud of it.
Aku rasa satu anugerah yang tiada nilainya Tuhan letakkan aku di Terengganu jauh dari kotaraya seperti KL ni. Walaupun nampak kolot dan tidak bertammadun. Sesekali aku ke KL, jalan-jalan layan kepala melihat kehidupan orang KL ni. Jalan-jalan di tepi lorong belakang mati, Lorong Pak Haji Taib, rumah urut Brickfields, red light Bukit Bintang. Lihat mat pet yang jaga parking, mintak seringgit dua. Tak beri alamat calar lah kereta. Jalan-jalan ke Chokit tengok kaum Indon jual buah, tengok orang kita angguk kepala sebagai signal mau barang ka.. adehh.. life man.. life.
Jalan-jalan di Bintang Walk, sesekali di sapa bapak ayam, ‘mau amoi ka..?’
Mau lah. Melayu ada?
‘Ada-ada..!’ Melayu ada, Philipin ada, China ada..
Nak makan nasi pun susah, situ kari mamak sini kari mamak. Aduhai.. nak makan di kedai Melayu ori pun gi Kg Baru je lah, indon jugak yang mintak order.
Sesekali duduk depan Modestos jam 3.00 pagi tengok adik-adik kita terhuyung-hayang keluar dari disco. Aku pernah tengok seorang perempuan Melayu di papah keluar dari Modestos ke kereta yang sedang menunggu.
Perempuan tersebut disandarkan di seat belakang, pintu kereta tak tutup rapat mungkin sebab nak tunggu orang lain, lalu perempuan tersebut terjatuh menjulur kepala keluar dari kereta lalu terhentak ke atas jalan.. huhuhu mabuk punya pasal. Kepala terhentak ke jalan pun masih tak sedar lagi, over dose agaknya. Aku mengiling-ngiling kepala melihat aksi yang cukup sedih tu.
Apa lagi eh.. nanti lah aku sambung.
Part 2..
A day after that, aku ke IJN hantar brader in law aku. Punya lah ramai orang yang queue untuk register, appointment dan follow-up. Maknanya punyalah ramai yang ada masalah dengan jantung. Pukul 11.00 am register, pukul 4.30 pm baru dapat masuk ward, bayangkan lah punya lah slow service di IJN ni, masuk pulak ward ICU sebab ward biasa sudah full house. Nak critic lebey-lebey pun nanti kalu aku sakit jantung pun kat sini gak aku kena gi kan.. huhuhu.
Sekitar 7.00 petang aku terima SMS dari wife aku, dia punya tok (nenek) sudah masuk ICU di hospital Kuala Terengganu ekoran dari masaalah jantungnya. Dia punya tok, kira aku punya tok juga lah, dan beliau lebih mesra dengan panggilan Mok (Mak).
Actually Mok aku ni ada appointment dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu pada hari tersebut. Mok ke sana hanya untuk appointment tetapi pihak hospital mengarahkan Mok ditahan di ward disebabkan masaalah jantungnya.
Selepas Mok solat Asar, Mok dah tidak berapa stabil dan bergantung kepada bantuan pernafasan. Aku dah suspen dah, nak balik Ganu tapi aku di IJN kena tengok abang ipar aku, wife aku pulak ada di KB sedang menziarahi abahnya.
Allah maha kuasa, Dia lah yang menentukan segalanya. Tak siapa sangka kedatangannya ke sana rupanya untuk menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mok pergi buat selama-lamanya jam 3.30 am. Aruah Mok pernah berkata, kalau boleh dia tak mahu sakit yang berpanjangan, dia tak mahu susahkan orang lain. Yes, Allah perkenankan doa aruah Mok. Sekitar jam 10.30 am keesokan harinya, jasad Mok selamat di semadikan di sisi pusara Allahyarham suaminya.
Well.. that’s life my friends. This is hard time for us after losing our loving and caring grandma / mom at the age of seventy eight. May Allah grant her the highest jannah and re-unite her with her family. Amin!














