Archive for May, 2008

Karpal gets death threat

Posted eddyra by on politic

Bukit Gelugor MP Karpal Singh received a death threat with a live bullet enclosed on Tuesday afternoon.

The death threat and bullet, sent in a yellow envelope, were hand delivered to the DAP chairman’s office by a man at about 12.30pm.. full story here.


Photo source : thestar

The note warned him not to question Malay rights and the sultans’ constitutional powers. It reads:

Kau jangan cuba mempersoalkan keistimewaan orang Melayu (Don’t try to question Malay rights).

Kau jangan cuba mempersoalkan kuasa raja-raja Melayu (Don’t try to question the sultans’ constitutional powers).

Kalau kau tak berhenti!!!! Peluru ini akan melekat pada kepala dahi kau (If you don’t stop, the bullet will be lodged in your forehead).

Ingat kau Bengali! Jangan lupa!!!! Ini adalah amaran pertama…. (Don’t forget, this is the first warning).

Gezzz.. who did it..

Jiran Cina Jiran Melayu

Posted eddyra by on Sketsa

Aku rasa ada dalam comments aku dulu aku sebut aku pindah rumah, ntah kat mana punya entry. Aku dah pindah dari taman perumahan yang aku duk selama 6 tahun, berpindah ke kawasan taman perumahan juga ler.

Taman perumahan lama tu, aku tinggal berjiran dengan kaum Tionghwa, kiri kanan dan belakang rumah aku semua kaum Cina lah, cuma depan jer mix indon dengan Cina. 80% taman perumahan tu terdiri dari kaum Cina. Sebelah kiri rumah aku, tokey kedai hardware. Sebelah kanan rumah aku seorang auntie tua, anak-anak semua berharta punya orang. Belakang rumah entah tak tau kerja apa tapi anak perempuan dia sexy abis kui kui kui..

3 jiran Cina aku ni semua OK takde masalah, aku hormat dia orang dan dia orang hormat aku. Maknanya dia orang tahu aku punya batasan ugama, dan aku tahu dia orang punya kehendak-kehendak ugama dan budaya mereka. Raya Cina dia orang pong pang pong pang main mercun, aku tak kisah sebab Raya Aidilfitri aku bising jugak layan mercun dengan anak aku. Time dia orang buat majlis rumah baru, dia orang bawak tarian singa degung degang degung degang, aku rasa takde hal pun, anak-anak aku pun boleh tumpang tengok singa he he he. At least setiap raya cina auntie sebelah rumah beri aku limau. Ok la tu.

Petang-petang anak aku boleh main depan rumah join anak-anak Cina tu sekali sekala, aku boleh sembang-sembang dengan Cina-Cina tu, apa saja topic termasuk politik.

So hampir 6 tahun aku kat situ, maka terasalah nak berpindah untuk berjiran dengan bangsa sendiri, nak bergaul dengan masyarakat Islam Melayu. Mak aku dah letih sound aku suruh aku cari rumah yang dekat dengan orang Melayu Islam, biar ada rahmat katanya.

1st May 2008 aku pun berpindah ke taman perumahan Melayu, 100% rumah kediaman Melayu. Rumah baru ni, sebelah kiri dan kanan rumah aku ni rumah keluarga Melayu. Aku tak sempat nak berkenalan pun di awal-awal tu sebab masing-masing busy dengan hal masing-masing. Cuma sekadar angkat tangan gitu gitu jer lah. OK takde masalah nampaknya.

Hampir seminggu jugaklah keadaan begitu, jadi aku berpakat dengan wife aku untuk berkenalan dengan keluarga sebelah kiri dan kanan. Agak mendukacitakan juga bila aku tahu jiran aku kiri dan kanan sudah tidak bertegur sapa hampir 5 tahun!!

Aduhai.. dengar cerita sebelah pihak, punca masam muka disebabkan hal anak-anak jer. Hal budak-budak tapi mak bapak yang masuk campur. Abis tu camana.. aku pulak rasa kekok duk kat tengah-tengah tu. Ingatkan duk berjiran sesama bangsa ni semua akan rasa persaudaraan, tapi tak juga rupanya..

Hari-hari berlalu, aku balik kerja terus masuk rumah, kalau ada orang sebelah rumah aku tegur atau senyum. Kalau takde aku buat bodo jer lah. Nampaknya kena buat hal sendiri, lu lu punya pasal, wa wa punya hal. Bagi aku, aku akan tetap berjiran dengan rumah kiri dan kanan, itu masalah mereka. Cumanya aku perlu berhati-hati bila berjiran dengan mereka..

Tun Mahathir keluar UMNO

Posted eddyra by on politic

Politik Malaysia semakin menarik bila Tun Mahathir keluar dari UMNO. Tun Mahathir keluar dari UMNO sebagai protest kepada Pak Lah supaya melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Ini semua kerana kegagalan Pak Lah dalam pilihanraya umum lalu mengekalkan kemenangan tradisi yang mereka perolehi selama ni.

Penentangan Tun Mahathir terhadap pemerintahan Pak Lah berterusan sehingga beliau keluar dari UMNO pada 19 May 2008. Tun Mahathir bukanlah pemimpin UMNO yang pertama bertentangan arus, Dato Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn, semuanya keluar UMNO.


Photo source : thestar

Apa kesannya bila Tun Mahathir keluar UMNO, adakah Pak Lah akan mengalah dan seterusnya meletakkan jawatan? Pintu PAS terbuka untuk Tun Mahathir walaupun beliau kata keluar UMNO hanya sementara menanti Pak Lah meletakkan jawatannya.

UMNO semakin parah, perjuangan UMNO untuk membela Melayu semakin kucar-kacir. Apakah akan ada bangsa lain akan muncul untuk membela Melayu dan menjaga Islam selepas ini dan? Kenapa pemimpin UMNO masih nak bertekak sesama sendiri sedang di masa yang sama bangsa sendiri merintih di tanah sendiri.

Aku teringat pesanan Allahyarham Dato Fadhil Noor, beliau pernah berdoa supaya Tun Mahathir dipanjangkan umur dan dapat dia melihat kesan-kesan pemerintahannya selama 20 tahun di Malaysia.

39 Sebab Kenapa Tun Mahathir Keluar Umno yang di petik di sini - http://www.chedet.com

(more…)

TMpoint suck.

Posted eddyra by on internet

I am really pissed off. Yes, piss off.

Let me share with you the dates and chronological order of how this happen to me.

27 April - I went to TM Point Chukai, Kemaman to transfer the phone line and Streamyx account to the new house. This kakak asked me to fill up the transfer form or whatever form name I didnt bother to know. OK everything will be OK, RM50.00 will be charged to my next tmnet bill and RM30.00 to TM contractor. I have to wait for 3 to 7 working days for the transfer of the account. Gezzzz…

1 May - I moved to new house.

4 May - TM appointed contractor called and did something to the telephone pole. Tried connect to the internet but can’t. DSL light on modem not present. Maybe not yet ready.

13 May - 20 days after filled up the form, my house phone is activated. Fcuk la.. its take 20 days to make it. Tried connect to the internet again but DSL light on modem not present as well. I called tmnet customer service 1300-88-9515. OMG he said that the streamyx account still using my old house address, what I have to do is go to TMpoint and ask them to transfer the streamyx account to the new address!

14 May - I went to TMpoint again and told the same kakak that the streamyx is still under old house address. You know what she said?

“Akak lupa nak key in la dik.. ni akak buat sekarang..” (I forgot to key in the new address, I do it now”)

Aduhaiiii… now I have to wait for 7 days working time.

Update**

18 May 2008 - I went to TMpoint again to check the status. They put me under waiting list for available streamyx slot. Gezzz.. almost 3 weeks now.

This is not what they potrayed in the media, fast, effective and all the bullshits..

SMS karut..

Posted eddyra by on Life

SMS karut..

Kepada semua kawan-kawan yang dikasihi . Jika anda mendapat panggilan telefon yang bernombor panjang contoh : +62852731520946 dan nombor itu berwarna merah, diharap sangat-sangat jangan diangkat dan dijawab panggilan itu. Ini kerana di Indonesia sekarang, sekumpulan penuntut ilmu hitam sedang menguji ilmu mereka melalui telefon.

Jika sesiapa yang menjawab panggilan itu, mulut akan berbuih dan akan mati selepas itu. Di Indonesia sudah 9 orang mati dan malam tadi di Puchong 2 orang mati. Ini benar-benar terjadi.

Tolong Sebarkan.. (Tak payah lah sebarkan..)

Semalam aku MC..

Posted eddyra by on Life

Semalam aku MC. Gi klinik kat town, ada appointment dengan doc untuk blood test. Last week aku gi berbekam kat kepala tapi darah keluar sikit, tukang bekam tu kata darah aku pekat. Homoglobin lebih. Last 3-4 years pun aku pernah derma darah, tapi dapat sikit jer, doc kata darah aku beku. Ceh ingat darah ikan ka apa.

Selesai amik darah dan bayar RM100.00 kat doc, dan mintak MC sekeping. Dapat. Yahoo! Dapat MC.

MC ni kalau ikut term yang aku paham ialah Medical Certificate. Bukan Menstrual Cycle, bukan Metallochaperone dan bukan MC Hammer. Bagi aku MC ialah ‘aku malas nak gi kerja’. Dan MC bukanlah bermaksud aku akan berbaring atas katil, atau baring atas sofa depan TV di rumah dengan tuala lembab atas dahi. Aku malas nak kerja sebenarnya semalam. Tapi tensen jugak bila hp berbunyi client call. Layan jer lah.

Memang lately aku malas nak gi kerja. Bukan aku malas nak kerja, tapi malas nak gi kerja. Aku malas nak gi kerja sebab aku bimbang. Aku bimbang kalau aku terajang orang. Wah, kuat sangat ke aku sampai nak terajang orang.. dulu aku pernah terajang lembu masa aku form 3. Aku pun tak tahu kenapa aku terajang lembu tu. Kasihan lembu tersebut.

Berbalik kepada cerita aku MC tadi, aku malas nak gi kerja sebab aku bengang dengan seseorang yang telah membawa mulut dan mengadakan cerita yang tidak masuk akal pasal aku. Aku ingat perempuan jer yang suka bawa mulut, suka tabur fitnah, lelaki pun ada rupanya iyer. Mengalahkan perempuan-perempuan yang bermesyurat tingkap tu. Kalau dia bercerita tu takde orang percaya, syok juga aku gelakkan dia, masalahnya orang lain percaya bang.. adulaaa.. Sorang, dua orang sudah tarik muka tak bertegur dengan aku.

Am I loser? NO! Aku bukan sore loser bang. Aku tak pi kerja sebab aku malas nak berconfrontasi dengan dia. Kalau aku rasa bengang dengan cara dia, adakah aku loser? Kalau ikutkan cara Ahli Sufi, mereka tak bengang dengan perbuatan manusia, sebab bagi mereka semuanya itu adalah dari Allah. Semua yang datang adalah ujian untuk mengetest keimanan mereka.

Aku bukan Ahli Sufi, atau gang-gang tasauf yang boleh tersenyum kalau didatangi ujian. Aku bimbang kaki akan bercakap. Salah kah aku kalau kaki bercakap.. sakit hati punya pasal ni ada yang aku bongkarkan dia punya corruption ni kang..

Aku bukan lah baik sangat pun, tapi takde lah nak fitnah, nak membawa mulut menjaja cerita macam CNN. Cerita aku ni begini dan begini dah pun sampai di KLCC, nun di Petronas Twin Tower tu. Aduhai, kalau ler dia orang kat sana pun percaya jugak.. mmm.. susah jugak tu.

Fikir-fikir punya fikir, kenapa aku mesti rasa bengang pada orang macam dia, kenapa aku perlu bertindak seperti itu kan, yang best punya solution untuk sedapkan hati ialah kenapa aku mesti layan orang macam dia.. jangan sama kan taraf dia dengan kita.. he he he

Cuma aku berharap, Tuhan akan membantu orang yang teraniaya err macam aku ni, kebenaran pasti datang, bak kata orang-orang tua kampung aku, the truth will prevail. Cewah..

56 things to make woman happy

Posted eddyra by on Life

No, I won’t list all 56 things to make woman happy but you can read them at blogger cikgu waliz here. walizdiary.blogspot.com

waliz.jpg

waliz

Now, what I can say, thats true women want everything in this world. OMG!

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me