UMNO ditubuhkan sebagai kesatuan Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan dari British. Semenjak ia ditubuhkan pada 11 Mei 1946, UMNO tidak pernah sunyi dengan permasalahan kepimpinan dan perebutan kuasa.
Ia bermula apabila Dato Onn Jaafar, pengasas UMNO meninggalkan perjuangan UMNO kerana wujud percanggahan pendapat di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO ketika itu.
Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang-orang Melayu. Pada tahun 1954, Dato Onn meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955.
Pada Tahun 1987, sekali lagi UMNO bergolak apabila Tengku Razaleigh Hamzah bangun bangkit menentang (Tun) Dr. Mahathir Mohamad kerana ketidak-puasan hati terhadap dasar-dasar yang digubal oleh Dr Mahathir.
Maka terbentuklah Parti Semangat 46 dan Melayu UMNO terpecah kepada dua. Parti Semangat 46 yang dibarisi oleh `team B’ sama ada di peringkat pusat mahupun negeri mampu merubah senario politik negara ketika itu.
1998, Dato Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO dan Kerajaan di atas beberapa tuduhan yang sama sekali tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Sekali lagi senario politik di Malaysia menjadi panas. Demonstrasi jalanan menjadi popular dengan tiba-tiba.
UMNO berada pada tahap yang paling teruk selepas kemerdekaan. Ahli-ahli akademik dan tokoh-tokoh masyarakat yang selama ini merupakan penyokong UMNO keluar beramai-ramai ke barisan pembangkang, parti Keadilan Rakyat ditubuhkan yang di ketuai oleh Datin Seri Wan Azizah.
2003, Tun Dr Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Pak Lah secara rasmi. Tidak lama selepas pilihanraya 2004, pelbagai isu-isu dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed terhadap kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dari isu AP, Proton, jambatan bengkok dan sebagainya. Ini dihangatkan lagi dengan isu-isu yang dikaitkan dengan menantu beliau, Khairy Jamaludin.
2008, pilihanraya kedua Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Krisis dalaman Umno bermula sejak memilih calon-calon berkelayakan untuk bertanding pada pilihan raya umum, 8 Mac 2008 lagi. Bermula dengan cerita-ceriti Dato Seri Shahidan MB Perlis yang berulang kali mengadap Pak Lah untuk memohon perkenan list calun yang akan bertanding bagi negeri Perlis, di masa yang sama beberapa pemimpin tertinggi Perlis sedang bertelagah.
Di Terengganu menyaksikan demo bantahan kepada Dato Seri Idris Jusoh terhadap calun yang bertanding bagi Negeri Terengganu, beberapa orang lama tersingkir. Di Selangor dan Kelantan, UMNO turut bergolak antara satu sama lain.
Analysis pilihanraya ke 12, 2008 banyak menyentuh kepada kegagalan kerajaan Barisan Nasional menyelesaikan masalah rakyat, kenaikan harga barang, pemimpin rasuah, scandal pemimpin, hubung kait dengan menantu Pak Lah.
Buat pertama kalinya selama hampir 50 tahun sejarah pilihanraya, Barisan Nasional gagal mendapatkan 2/3 majoriti di parlimen, dan kehilangan 4 buah negeri serta gagal merampas Kelantan dari PAS. Rakyat telah hilang kepercayaan kepada Barisan Nasional, dan sebagai protes sebahagian rakyat Malaysia telah memilih pembangkang.
Senario ini merancakkan lagi krisis dalaman Barisan Nasional serta UMNO yang diterajui oleh Pak Lah. Bermula dengan ucapan Tun Mahathir sebagai kritikan dan mendesak Pak Lah berundur sebagai Perdana Menteri. Diikuti dengan surat dari Datuk Mukhriz Tun Mahathir, turut mendesak Pak Lah meletakkan jawatannya.
Prowaris menyusul menyerahkan surat meminta Pak Lah membuat perkara yang sama. Desakkan demi desakan kedengaran supaya Pak Lah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dengan tergantungnya banners sekitar KL.
18 March 2008, Pak Lah mengistiharkan barisan kabinet untuk penggal 2008 - 2013 yang terdiri dari orang lama dan baru. Ekoran daripada pengistiharan tersebut, dua orang ahli parlimen telah menarik diri atas alasan tidak berpuas hati dengan position yang diberikan.
Di susuli dengan peletakkan jawatan Setiausaha Agong UMNO & BN Dato Seri Radzi Sheikh dan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebagai Pengerusi UMNO Selangor pada 19 March 2008.
Terkini, Tengku Razaleigh Hamzah telah menyatakan kesediaannya untuk mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi jawatan presiden Umno. Beliau akan bertanding menentang Abdullah jika pencalonannya cukup untuk melayakkannya bersaing merebut jawatan teratas Umno. Sekiranya ini berlaku, nescaya keadaan akan menjadi semakin parah.
Apakah yang akan berlaku seterusnya… ?