Archive for January, 2008

Cerita-cerita orang offshore

Tuesday, January 22nd, 2008

Posted eddyra by on Offshore

Orang offshore banyak cerita. Cerita-ceriti tentang apa saja, tentang pekerjaan, kehidupan, anak bini yang ditinggalkan di rumah, tentang ubat tahan lama, atau apa saja cerita-cerita yang boleh menghilangkan boring mereka selama mereka berada di sana.

Bayangkan kehidupan di tengah laut selama 3 minggu, atau lebih. Sambil makan mengadap TV sambil bercerita tentang nak tukar engine turbo ka vtec ka.. Sambil hisap rokok di smoking room bercerita tentang keletah anak-anak, kisah awek-awek, kisah-kisah hantu di sea deck dan macam-macam.

Aku pernah duduk hampir 2-3 jam bersembang dengan seorang pekerja Exxonmobil, orang lama dalam lingkungan 50 an. Pengalamannya hampir 22 tahun turun naik offshore sejak dia anak teruna lagi. Dari anak teruna, berkahwin, dapat anak sampai lah dia dah nak pencen ni. Rezeki dia di laut, tinggalkan anak bini demi anak-anak. 22 tahun maknanya separuh darinya tinggal di offshore, dan separuh lagi di daratan. Pehh.. kalau aku seminggu pergi dah tak nak pergi lagi.

Cerita beliau lagi, semua tu adalah kehidupannya, life at offshore. Jumpa anak dua minggu sahaja dalam sebulan, peluk bini pun dua minggu je lah. Kalau time balik rumah dapat bendera Jepun, wahaha biasa la tu. Itu kalau 2 minggu di offshore dan 2 minggu di darat, kalau 3 minggu di offshore lagi ler siksa. Ibarat air naik kepala lah.

Soal anak-anak, semua wife yang handle. Sakit pening anak-anak, makan minum, sekolah, wife yang jaga, suami 2-3 minggu di offshore. Bila dapat berita anak sakit, nak kerja pun dah tak senang, nak balik susah tak balik pun hati tak senang. Nak tak nak kena balik juga, kalau position kita ada orang boleh ganti tu Ok lah, kalau takde susah lah.

Soal kesetiaan wife di rumah sepanjang ketiadaan kita, boleh ke dia tunggu kita balik. Kita ke offshore cari rejeki, awak di rumah jaga diri baik-baik. Pun begitu ada kes bini buat hal sepanjang suami cari duit di offshore, scandal dengan jantan lain.

Soal suami katanya ke offshore, rupa-rupanya kat ‘offshore’ lain pun ada, kerja-kerja korek minyak di tempat lain huhuhu…

Cerita apa lagi, cerita lucah lucu yang direka-reka di kala keboringan. Cerita tak masuk akal tetapi di ada-adakan sambil-sambil hisap rokok di smoking room atau masa nak tidur.

Alhamdulillah ada juga yang menghidupkan malam dengan berkiamulail pukul 2-3 pagi, bangun sorang-sorang suspend juga kalau-kalau nampak hantu ka apa ka.. wahaha biasa la tu. Ada yang nasihat menasihati di dalam usrah antara mereka di surau living quarters, ada ceramah undangan yang di import dari mana-mana jabatan.

Kalau gang-gang tabligh, mereka banyak menghabiskan masa dengan berkumpul dan berbincang mengenai plan-plan nak ‘keluar’ 3 hari atau 40 hari, fikir dan amal tuan-tuan.. kalau ziarah bilik dia orang ni, banyak lah boleh jumpa kitab-kitab, surah-surah al quran dalam almari atau di kepala katil mereka.

Gang-gang PAS dan gang-gang UMNO bercerita tentang politik lah, mu pemimpin mu aku tok guru aku. Wahaha.. cerita tentang politik di kampung masing-masing.

Kalau tidak berkumpul dengan kawan-kawan, lagi lah cepat rasa sunyi. Rasa nak balik pun ada. Mood dia orang ni boleh berubah setiap minggu. Mula-mula sampai muka tak berapa ceria jer, apatah lagi kalau seminggu masa nak datang tu, ada masalah di rumah, atau pun ada bendera Jepun (kuikukui).. masuk je minggu kedua, dah ok dah sikit. Masuk hari-hari terakhir, wahaa ceria macam anak teruna nak masuk bilik pengantin. Kalau dah set nak balik hari Ahad, mintak tolong lah jangan difer ke hari Isnin atau Selasa, atau minggu satu lagi. Dalam kepala dah set hari Ahad nak balik, aku tak kira aku nak balik!

Bila jadi ginilah, kalau tak boleh balik, muka tensen, kerja dah takde mood, bengang stress semua ada dan soal safety mula timbul. Buat kerja pun lebih kurang dan banyak terjadi kes-kes accident, sebab otak kita dah tak berada di situ.

Ini lah lebih kurang cerita-cerita orang-orang offshore sesama mereka, kawan-kawan lah yang akan selamatkan kita kalau apa-apa berlaku di sana. Kawan-kawan lah tempat bercerita, tempat mengadu dan tempat kita salahkan kalau terjadi satu-satu masalah di tempat kerja.. aa? Biasa la kan.. mana-mana tempat pun ada. So bila berkawan, maka banyak lah kita bercerita antara kita.

Sebenarnya sukar untuk aku gambarkan tentang kehidupan di offshore ni, memang isolate lah. Apatah lagi kalau hanya kita 2-3 orang yang berada di satelitte platform, siang malam asyik tengok muka dia, dia dan dia jer. Entah apa yang mereka bualkan….

Pontianak Terlampau..

Wednesday, January 16th, 2008

Posted eddyra by on 18SX

Aaaa…

Sebenarnya aku malas nak menulis tentang artis dan gossip artis dalam blog aku ni. Boring lah pasal artis artis ni.

Tapi, entry ni agak special kerana artis ini bukan sekadar artis, tetapi juga seorang pontianak.

So apa yang specialnya, rasanya semua orang dah tahu dengan tersebarnya beberapa photo pontianak terbabit yang beraksi dalam aksi-aksi yang terlampau, dan err.. boleh tahan lah.

Aku tak kata photos tersebut adalah photos original, dan aku tak pula kata photos tersebut tu superimposed. Hanya tuan empunya body ajerlah yang tau apa kebendanya tu kann..

So kalau lah photos tersebut merupakan memang superimposed, makanya settle lah, tutup cerita. Bagaimana sekiranya photos tersebut adalah original.. huhuhu..

Adehh.. sekiranya benarlah dakwaan ini, bagi aku itu soal personal. Cuma hairan, macamana photos itu boleh tersebar. Sendiri sebarkan ke, atau MMS, atau camera hilang hahaha.. anyway the damage is done.

Di mana Sharlinie ….

Monday, January 14th, 2008

Posted eddyra by on news

Orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat di mana Sharlinie berada supaya menghubunginya di talian 016-2709096 atau 016-2583450.

Belum pun case penculikan dan pembunuhan misteri adik Nurin Jazmin Jazimin yang menghantui para ibu bapa kemudian diikuti pula dengan Nur Fatiha Zaidi, terbaru melibatkan seorang kanak-kanak yang bersusia 5 tahun, Sharlinie Mohd Nashar.

Entah la, apa yang dia nak dari kanak-kanak yang tak berdosa tu.

So, apa masalahnya di sini.. masalah ibu bapa? Masalah social? Politik? Tak laksana undang-undang Islam? Atau pun trend terkini?

Soalnya, mengapa ini berlaku?

Pagerank tips

Tuesday, January 8th, 2008

Posted eddyra by on website

People said its work, so lets try.

Go to www.digg.com
Choose pages 365 older and find comments of those stories and take a look. You will see high page rank pages, most of them PR4 and up….

What we have to do now is make a comment and post your url like this http://www.eddyra.net.
That’s it.

Our link is now on a high page rank page for free. Now just search around and keep looking. Try to find some pages that are really really high page rank such as pr8, Pr7 and more.

It is believed that the way to get a high PageRank (PR) is to get quality websites with high PR scores to link to you, thereby increasing your PR by “sharing” theirs.

Adbaaz.com Redirects Sites

Sunday, January 6th, 2008

Posted eddyra by on website

WTH with this. My site was redirected to an Adbazz.com URL..

Solution : Edit or remove Advertlets script. I choose REMOVE!

Offshore Series

Friday, January 4th, 2008

Posted eddyra by on Offshore

Untuk memudahkan anda mencari article/entry yang berkenaan dengan offshore, aku memudahkan pencarian anda dengan meletakkan satu slot di sebelah kanan sidebar blog ni.

DS Chua Soi lek: Sex scandal and resignation

Wednesday, January 2nd, 2008

Posted eddyra by on politic

Bermula dengan penyebaran vcd lucah dan pengakuan berani dan gentleman Menteri Kesihatan, DS Chua Soi lek telah membuat keputusan untuk melepaskan semua jawatan yang disandangnya. Beliau yang sebelum ini menjawat jawatan Menteri Kesihatan turut melepaskan jawatan berikut:

  • Ahli Parlimen Labis
  • Naib presiden MCA
  • Pengerusi Perhubungan MCA Johor
  • Ketua Bahagian MCA Batu Pahat

OK, the damage is done. Setuju dengan beliau, siapa yang edar tu tak penting, yang buat tu pun tak penting. Yang penting sekarang message yang beliau sampaikan tu. Beliau berkata, ramai lagi pemimpin lain kalau nak dikatakan ‘tidak bersih’. Adakah ini bermaksud terdapat ramai lagi pemimpin atasan yang mempunyai scandal seumpama itu.. huiiiii.. atau scandal rasuah, atau scandal-scandal yang sewaktu dengannya.

Bagaimana sekiranya beliau mendedahkan satu persatu scandal pemimpin lain lepas ni.. haru biru ler. Jaga-jagaaa..

Pendapat aku, scandal sex beliau adalah hal peribadi dan tidak perlu orang lain masuk campur. Akan tetapi disebabkan beliau merupakan seorang menteri, scandal tersebut bertukar menjadi isu besar kepada negara. Maka bertepuk tanganlah tukang skodeng dan orang di belakang tukang skodeng tersebut.

Tohmahan aku, ada hantu atau lebih tepat lagi ada pesaing politik beliau yang mahukan beliau jatuh. Tapi siapa? Yang itu biar polis cari jawapannya. Cuma hantu tersebut kurang bijak mengedar vcd tersebut di waktu ini, sebaik-baiknya dekat dengan pilihanraya atau pemilihan parti. Pendapat orang awam macam aku lah kan.

Cara beliau dijatuhkan cukup kotor..

From news.
Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Kesihatan dan semua jawatan dalam parti serta anggota Parlimen Labis berkuat kuasa serta merta.

Beliau sendiri membuat pengumuman peletakan jawatan itu pada satu sidang akhbar di Kementerian Kesihatan di Putrajaya pada jam 3.35 petang. Difahamkan Dr Chua, 61, mengambil keputusan itu selepas dinasihatkan oleh jemaah menteri yang mengadakan mesyuarat mingguan hari ini.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me