Kali ni aku nak kongsi satu website icon iaitu RSS, bagaimana dan kenapa kita perlu guna RSS ini untuk subscribe content blog atau website yang menjadi kegemaran kita. Macam biasa, aku akan gunakan bahasa kampung sahaja. This posting will be presented in Malay language, those who cant understand Malay, you can search elsewhere. Otai-otai tumpang lalu, penerangan ini hanya untuk mereka yang baru nak berkenalan dengan blog, sama macam aku lah.
Apa itu RSS?
RSS ni singkatan untuk RDF Site Summary, Rich Site Summary atau Really Simple Syndication. Symbol RSS ni biasanya berwarna orange seperti image sebelah kanan ni.
Kegunaanya
Kegunaan RSS ni ialah untuk membolehkan kita (sesiapa yang suka sangat baca blog, website atau video blogs dan podcast) melanggan atau subscribe content yang yang ada di dalam
website atau blog kegemaran kita. Jadi bila kita dah subscribe, kalau ada cerita baru, movie baru ka atau apa-apa sahaja yang baru di post kan di blog atau website kegemaran kita tu, RSS feeder ini lah yang akan sampaikan pada kita, tanpa perlu bukak website atau blog tersebut.
Bayangkan kalau kita ada 20 - 30 website dan blog yang kita selalu tengok, hari-hari duk bukak.. letih juga, nak click satu-satu.. apatah lagi kalau time streamyx cam siput. So bila kita subscribe tu, tak perlu lagi duk bukak website tu semua. Buang karan jer.
Cara nak subscribe
Mula-mula kita kena ada RSS Reader atau aggregator. Antara RSS Reader yang ramai orang guna ialah :
Rojo Netvibes Bloglines iGoogle
Image Source
Atau kalau nak check yang lain boleh ke www.listible.com.. boleh pilih sendiri.
RSS reader ini akan personalize kan semua title dari semua blogs atau websites yang kita subscribe tu. For example tengok image kat bawah, ini yang aku punya, aku guna Google Reader.
So bila dah setup tu, boleh lah masukkan address blog, atau website, atau vlogs ke reader itu. Lepas tu .. enjoy.