Menjalankan ibadat puasa di atas platform minyak pada hakikatnya sama sahaja di onshore seperti orang Islam lain. Berpuasa dalam erti kata menahan makan minum, menahan keinginan merokok, kalau dihuraikan lagi menahan segala-galanya yang berkaitan dengan nafsu yang tak elok tu termasuklah mulut, mata, telinga etc.

Di atas platform minyak di tengah laut urusan kerja seharian tetap berjalan seperti biasa, walaupun letih penat berpuasa. Bahkan ada antara mereka yang perlu berpakaian macam orang nak ke bulan seperti blaster painter. Panas dan rimas jangan cakaplah, kalau boleh nak minum air setiap kali selesai satu kerja.
Kalau perlu buat vessel cleaning, biasanya ketika platform shutdown, rigger vessel entry akan enter vessel dan membuat cleaning. Panas dan of course you must wear a gas mask, semuanya ini boleh melemahkan semangat mereka yang sedang berpuasa, tapi puasa tetap puasa.
Apatah lagi dengan gang-gang drilling dan workover yang kerja di bawah terik matahari panas dan angin masin .. silap-silap boleh masuk ke galley pekena air dulu.
Pengalaman aku berpuasa buat pertama kali di Platform Tiong, Petronas Carigali sekitar 1997. Bersahur bermula pukul 3.00 pagi, galley room dah siap dengan makanan. Apa yang ada di sini, sebenarnya lebih banyak makanan sahur jika dibandingkan dengan di rumah. Nasi dengan 5-6 jenis lauk, budu, sambal belacan, ulam, dessert, panas-panas lagi. Roti, cake, maggie mee, biscuits dan malas la aku nak tulis semua.. kalau nak dibandingkan dengan rumah sewa bujang aku masa dulu, nasi sejuk goreng telur je bang.
Lepas sahur, sambung beradu, dan seperti biasa masa ni lah kalau nak tengok insan-insan terpilih yang sedang solat sunat, berzikir di surau mencari keredhaan di bulan mulia. Aku? Aku lepas makan terus masuk bilik dan tido.

Kira-kira jam 6.30 petang, waktu kerja dah habis maka berduyun-duyun lah pekerja-pekerja di atas platform tu menuju ke galley, beratur untuk mengambil nasi dan juadah lain untuk berbuka. Sesetengah platform ada yang bertahlil pendek sebelum berbuka. Kebiasaannya waktu berbuka di sini cepat sikit berbanding di onshore Kuala Terengganu.
Selesai berbuka puasa, satu lagi area yang akan menjadi tumpuan manusia, smoking room. Mana-mana smokers yang bingung disiang hari, macam aku ni, akan memenuhi setiap ruang lantai smoking room ..mana boleh tunggu-tunggu. Masa ni lah kalau nak tengok orang lemas dalam asap rokok huhuhuhu… smoking room ni terhad. Kalau di Lawit Platform, Exxonmobil, boleh la 10 orang sekali merokok. Tapis B Platform 4-5 orang, Larut Platform pun 4-5 orang. Kalau yang besar sikit macam di Guntong A Platform. Nak merokok di luar platform pun boleh, tapi esok kena hantar balik rumah lah.

Smoking room at Lawit A
OK seperti di onshore, di offshore juga ada solat tarawih. Suasananya sama seperti masjid-masjid dan surau-surau biasa. Ada bilal yang melaungkan selawat kemudian disambut oleh makmum dengan meriah. Tak juga yang solat Tarawih, ada yang buat dan macam biasa lah ada yang lepak depan TV. Itu masing-masing punya hal takde orang nak ambil pusing.
Ada tak yang tak berpuasa di sana? Jawapannya macam aku katakan tadi, keadaan berpuasa di offshore sama je keadaannya dengan onshore.
Menghampiri 1 syawal merupakan saat-saat yang paling getir sepanjang berada di sini, terutamanya bagi mereka yang dah planned beraya di kampung. Banyak keadaan yang membolehkan kita TERpaksa berhari-raya di atas platform. Salah satunya, chopper movement.
Chopper atau helicopter ni kadang-kadang buat hal juga, kalau betul-betul ada problem keutamaan untuk pulang berhari raya diberikan kepada client. Apa nak buat. Kalau ada rezeki boleh lah balik ke kampung, sebaliknya menangis lah sorang-sorang atas helideck. Berlainan pula bagi mereka yang perlu stay semasa hari raya, terutamanya client personel. Dia orang ni dah biasa berhari raya di atas platform. Bayangkan seorang pakcik ni, aku pernah duduk bersembang mendengar pengalaman selama 23 tahun di bekerja di sana. Katanya, boleh dikatakan separuh dari tahun-tahun tersebut di berhari raya di atas platform. Pehh..
Antara lain, kalau platform perlu adakan shutdown ketika Hari Raya Adilfitri, pun perlu stay juga. Maka contractor-contractor yang terlibat akan berhari raya sekejap, dan terus menyarung coverall ke tempat kerja, buat kerja seperti hari-hari biasa. Yang bestnya, dapat duit raya antara RM300 – RM500 seorang.