Archive for August, 2007

Merdeka seorang aku

Posted eddyra by on Sketsa

Aku duk mencari-cari apa yang merdeka sangat sana sini merdeka, pasang bendera atas bumbung kereta. Pacak bendera tepi “sebeng” motor. Ke hulu hilir duk tayang bendera merdeka dia, merdeka sangat la tu.

Dua tiga tahun lepas banyak juga aku tengok banner bendera Malaysia atas bonet kereta. Aku duk terkial-kial terfikir sorang-sorang apa kejadah sampai kain bendera pun dah jadi banner kat bonet depan kereta. Setakat pacak bendera kecik atas bumbung tu ok lagi.

Tapi tahun ni dah kurang sangat, apa pasal ekk.. takde sponsor kut, atau mereka pun dah jadi macam aku. Aku tak ler sakit mata, tapi bagi aku, aku ulang sekali lagi bagi aku tak payah ler sampai beria-ria sangat, kalau orang Ganu kata menebeng sangat la tu. Pasang bendera ke tak pasang ke, bagi aku sama jer. Itu pandangan peribadi aku dan bukan bermaksud aku ni menentang arus.

Merdeka dah pun merdeka, yang berbendera tu betul-betul ke ada feel kemerdekaan? Cakap elok-elok.. Pada aku, hanya mereka yang benar-benar berada di zaman peralihan dari penjajahan British jer yang ada feel kemerdekaan yang sebenar, sebab dia tengok, dia rasa pahit maung, susah payah dan sebagainya.Umpamanya bila nak sambut hari raya puasa, kita ada rasa feel nak behari raya, ada mari gitu. Sebab, sebab kita rasa letih, penat, malas dan sebagainya selama sebulan ‘dijajah’ so semakin dekat nak raya, feel tu semakin kuat untuk menyambut hari raya. Itu message aku.

Kalau tanya generasi baru macam aku ni, aku percaya jawapannya adalah sama. Entahlah kalau ada sebahagian yang tak sabar-sabar nak menyambut hari kemerdekaan tu. Ada ke sesiapa yang tak sabar-sabar menanti hari kemerdekaan? So di mana silapnya, aku ke yang silap, atau peredaran masa membuatkan feel itu hilang.

Bagi aku kemerdekaan yang sebenar ialah Tanah Melayu di bebaskan oleh penjajahan British pada 1957. Macam photo Tunku Abdul Rahman ni, ini lah photo kemerdekaan yang sebenar.

Dan pada pandangan aku lagi, erti kemerdekaan sebenar untuk golongan muda hari ni lebih kepada nak ajak mereka supaya memahami susah payah hidup dijajah, mengekalkan kemerdekaan dengan cara hidup yang sejahtera, harmoni antara kaum, belajar elok-elok, majukan negara bla bla bla bla.. dan yang pasti ada unsur-unsur nasihat supaya sokonglah kerajaan. Well thats fine lah.

Aku hargai orang dulu-dulu bersusah payah nak memerdekakan Tanah Melayu, aku berterima kasih, syukur alhamdulillah aku lahir jer ketika Malaysia sudah lama merdeka, tapi hari ini kalau orang tanya apa itu hari merdeka, aku jawab ‘public holiday’..

Offshore Life..

Posted eddyra by on Offshore

Sebenarnya, bekerja di offshore platform ni tidak lah seteruk yang digambarkan. Sehari sebelum berlepas ke offshore, orang sebelah sini cakap ‘naik offshore‘ atau ‘naik laut‘, kita akan diberitahu check in time untuk keesokan harinya. Check in time biasanya pukul 6.00 pagi, 9.00 pagi, 1.00 tengahari. Nasiblah kalau kena pukul 6.00 pagi, kena bangun awal jam 4.30 pagi bagi mereka yang tinggal jauh dari helibase atau airport yang terletak di Kerteh, Terengganu. Kalau crew ke Talisman platform, departure point ialah Lapangan Terbang Pengkaley Chepo Kelantan.

Sampai di helibase Kerteh tu, macam naik flight commercial jugak lah kena scan luggage yang kita bawak tu. Mancis, lighter,dadah termasuklah daun ketum,senjata api,beer, dan peralatan memancing tidak dibenarkan dibawa ke platform.

Dah selesai scan tu baru boleh check in, kalau sebelah platform Petronas Carigali mesti tunjuk safety passport manakala sebelah Exxonmobil pula sekadar IC dah boleh diterima. Ketika check in inilah despatcher akan tahu kalau kita ni tak pernah ambil safety course ka, safety course dah expire ka.. then bila semua dah OK dia akan issue kat kita boarding pass, macam flight commercial juga. Masa check in ini jugalah, kita akan dapat tahu samaada kita bounce ke tidak, kalau bounce kena tunggu pukul 9.00 pulak ler. Aku pernah kena bounce sampai pukul 4.00 petang, boring jangan cakap lah duduk kat helibase Kerteh yang takde apa-apa yang menarik tu. Kalau chopper ada problem, maka ramailah yang tak leh ke offshore pada hari tu. Itu dah jadi kebiasaan bagi kami akhir-akhir ini.

Lepak dulu sambil tunggu announcement ke bilik briefing tu, perhati pokok-pokok, awak-awek cleaner dan kereta motor yang ada depan mata, sebab lepas ni tak nampak dah semua tu. Kemudian bila dah announcement tu, beratur la sekali lagi untuk body scan pulak. Masa ni la kalau nak kena tahan kalau ada bawak lighter.

nuri

Dulu kita orang sempat naik spesis NURI ni.. sekarang dah takde dah

Berjalan terus ke bilik briefing, duduk diam-diam sambil tengok video keselamatan mengenai adab dan tatasusila ketika berada di atas chopper, atau helicopter. Ada ler 15 minutes, lepas tu masuk ke bilik berlepas, tunggu announcement untuk naik chopper.

offshore04.jpgBila chopper dah tiba tu, pakai life jacket jalan tunduk-tunduk menuju ke chopper. Pakai seat belt and earmuff. Lepas tu pilot akan bawa kita bersiar-siar di udara sambil melihat air laut biru selama hampir 45 minutes hingga 1 jam lebih.

Ketika menjalani safety course di TSTC hari tu, kami dinasihatkan supaya tidak tidur ketika di dalam chopper. Sebab, chopper hanya mengambil masa 15 second untuk jatuh ke permukaan laut dari ketinggian yang biasa. So dalam masa 15 second tu kalau kita tidur, kita akan lebih panic beruk dari mereka yang tidak tidur.


Siapa sangka di tengah-tengah laut yang jauhnya beratus batu dari daratan ini ada manusia yang tinggal di sini. Di kelilingi lautan di bumbungi awan……. pehhh.

Ok chopper sudah sampai di platform dan landing atas helideck. Helideck crew datang menghampiri chopper dan membuka pintu chopper, kita turun, ambik luggage kita dan turun ke bilik briefing. Tulis nama dalam incoming personnel log book dan tengok saftey video lagi. Abis safety briefing, medic akan bagi kita no bilik, dan bilik itu lah kita akan berkongsi dengan kawan-kawan lain selama kita berada di sana.

Aku ambil suasana di platform Exxonmobil dan Petronas Carigali, lain-lain platform seperti Talisman, Shell etc wallahuaklam aku belum pernah sampai lagi. So.. bermula lah kehidupan di rumah yang jauh dari rumah kita.. Macam dalam satu poster yang menyambut kedatangan kita

“This is our home away from home.”

Gambar seribu makna

Posted eddyra by on Sketsa

n_pg19aziz.jpg

Photo ni aku dapat setelah merayap di blog saudara Khairul Faizi. Di dalam photo di atas, Tuan Guru Nik Aziz nak start off Kelantan Open Snooker and Billiard Championship, di Kota Bharu, Kelantan.

Apa yang menarik ingin aku berkongsi di sini ialah sikap keterbukaan, sporting dan hemah yang ada pada beliau turun ke bawah untuk bersama-sama dengan rakyat. Janggal pulak rasanya, seorang tok guru bermain snooker yang biasanya menjadi mainan set-set kutu, tapi itulah reality Tuan Guru Nik Aziz.

Mungkin message yang ingin disampaikan oleh beliau ialah bermain tidak salah tapi jangan lupa akhirat.

Kerja di offshore : Position yang ditawarkan

Posted eddyra by on Offshore

Salam..

Di topics yang lalu aku ada menceritakan basic requirement untuk mereka yang berminat untuk bekerja di offshore. Oleh kerana ada yang menghantar email bertanyakan apa lagi lepas tu, itu dan ini, maka aku sukacita meneruskan topic offshore ni. Kali ini berkenaan dengan position yang ditawarkan di offshore platform.

List di sini mungkin tidak lengkap, tetapi ini adalah antara regular position yang ada di offshore.

Helper - kalau bahasa kasarnya kuli, macam aku lah. Helper task dia membantu sesiapa sahaja yang perlukan bantuan, tak kira apa task sekalipun. Kerja biasanya lebih kepada nak memudahkan kerja-kerja orang lain, termasuklah tukang angkat spannar, bersihkan working area dan housekeeping. Ramai adik-adik lepasan SPM yang apply kerja ni.
Estimated Salary : RM40.00-RM50.00, offshore rate, 12 hours working time.

Rigger - Atas sikit dari helper, nak jadi rigger pun kena join rigging course, bukan boleh pakai redah jer. Tasknya lebih kepada ringging job, lasak, seperti menarik dan menolak bebanan yang berat yang biasanya crane tak boleh operate. Kelebihan untuk mereka yang bertubuh sasa, mat fit tak sesuai.
Estimated Salary : RM80.00-RM100.00, offshore rate, 12 hours working time.

Rigger Scaffolder - Rigger juga tetapi specialize dalam erect scaffolding, bahasa baku panggil perancah, tapi jangan ler sesekali sebut perencah kat offshore, nanti kena gelak dik. Tugasnya erect scaffolding untuk jadikan access platform dan panjat tempat tinggi menggunakan safety hardness.
Estimated Salary : RM80.00-RM120.00, offshore rate, 12 hours working time.

Fitter - Fitter kerjanya fit up weld steel pipe atau structure, biasanya satu team dengan welder.
Estimated Salary : RM90.00-RM130.00, offshore rate, 12 hours working time.

Welder -Welder, tugasnya menyambung pipe atau structure yang telah di fit up oleh fitter. Post ni boleh tahan, kalau banyak “lesen” boleh buat duit banyak. Lesen ni datangnya dari Welder Qualification Test (WQT) .. haaa translate la sendiri, memang dah gitu term nya. Kalau banyak lesen dipanggil multi skill, boleh weld material carbon steel, stainless steel, duplex, cuni etc ler. Orang kampung aku cakap juruteri.. wahaha.
Estimated Salary : RM100.00-RM300.00, offshore rate, 12 hours working time.

Blaster – Blaster kerjanya blasts metal surface dengan menggunakan blasting equipment sebelum painter paints sesuatu surface, pipe ke structure ke.. mana-mana lah. Pakaian macam orang nak kebulan, rimas la sikit. Perlu ada IMM courses.
Estimated Salary : RM70.00-RM90.00, offshore rate, 12 hours working time.

Painter – Painter pulak sambung kerja yang blaster dah buat, dia apply paint pada surface tu. Sama la kena pakai pakaian ke bulan jugak. Perlu ada IMM courses.
Estimated Salary : RM70.00-RM90.00, offshore rate, 12 hours working time.

Electrician – Nama pun electrician, kerja-kerja berkenaan dengan electric di platform.
Estimated Salary : RM100.00-RM120.00, offshore rate, 12 hours working time.

Instrument Fitter – Instrument fitter tasksnya berkenaan dengan bahagian instrument, process, tubing etc. Rilex jer kerja ni, tak berat langsung.
Estimated Salary : RM90.00-RM100.00, offshore rate, 12 hours working time.

Crane Operator - Operate platform crane.. huii kena ada course ni, kalau boleh bawak crane di onshore belum tentu boleh bawak crane di offshore.
Estimated Salary : RMxx.00-RMxx.00, offshore rate, 12 hours working time.

Roustabout -
Roughneck-
Derrickman
Driller/Assistant Driller
Toolpusher -
Storeman -
Mud Logger -
Production Operator -
Maintenance personnel -
Divers-
Catering staff -

Professional posts - Graduates from Chemistry, Physics, Engineering, Mathematics, Geology, Geophysics and Petroleum Engineering courses are all of interest to offshore companies in exploration and production activities such as:

Geologists and Geophysicists
Reservoir engineers
Drilling engineers
Petroleum engineers

Kelayakkan untuk berkerja di offshore
Berminat bekerja di offshore?

Kalau berminat boleh lah apply dengan mana-mana company kat bawah ni. List yang ringkas namun nilah regular players kat sebelah Kemaman ni. Ada banyak lagi offshore company.

Vastalux Sdn Bhd
Work Location : Kemaman, Labuan.
Di Kemaman, currently ada contract dengan Petronas Carigali Sdn Bhd selama 5 tahun. Construction and painting job activities.
Website: www.vastalux.com.my/site/index.php
Email : enquiry@vastalux.com.my

Sarku Engineering Services Sdn Bhd
Work Location : Kemaman, Terengganu.
Currently ada job dengan Exxonmobil under FCB037 contract, Topside Major Maintainance - construction and painting untuk 5 tahun. Boleh lah apply untuk position dari rigger, scaffolder, fitter, welder,blaster painter. PMT pun boleh apply, workpack engineer, draughtman, technical clerk etc. Now company ni under Sapura.
Website : http://www.sarku.com.my
Email : hr-sarku@sarku.com.my

Intraline Resources Sdn Bhd
Work location: Kemaman.
Now di Kemaman project under DPD Exxonmobil untuk hook up and comissioning exxonmobil platform. Duration, 5 tahun.
Tell : 03-7880 4410
Fax : 03-7880 4710

Ramunia Fabricator Sdn Bhd
Work Location : Kemaman dan Teluk Ramunia,
Banyak job dengan Talisman

TJ Oilline Sdn Bhd
Work Location : Kemaman,
Contract dengan Talisman dah nak expire. Boleh cuba apply.

Sime Offshore Sdn Bhd
Last job dia orang buat ialah huc di Guntong E, Exxonmobil platform.

Shapadu Energy and Engineering Sdn Bhd
Location : KSB, Kemaman.
Sekarang ni job pun dah kurang, buat masa ni rilex dulu dan tak perlu apply lah.

Lain-lain company ialah seperti Geowell, Schlumberger, Weatherford, Anadrill,Tioman dan banyak lagi lah. Semua service company ni susah sikit nak join sebab kebanyakkan positionnya perlu ada pengalaman. Kalau nak join mungkin boleh tetapi start dari bawah lah.

Adsense: How to block fraud clicks from my Adsense?

Posted eddyra by on Adsense

Actually blog aku ni bukan ler blog menjana duit ka, blog cari pitih ka. Aku created blog ni bukan sebab aku nak kejar ke adsense tu.

Tapi kalau takde ads nampak kosong tak bermaya la pulak blog aku ni, dah le nak gelap mata cari satu-satu content. Tapi takpe, aku nak kongsi email dari Google Adsense pasal fraud click ni.

Aku ada terbaca dalam satu posting yang dibuat oleh Khairulazmi. Beliau punya adsense sudah kena banned. Ini ada besar kemungkinannya disebabkan oleh oleh fraud click atau pun unauthorize click.

So teringatlah aku, aku pernah hantar satu email pada adsense. Dalam email tu aku mintak pihak adsense block mana-mana click dari IP office dan rumah aku. harap-harap boleh lah kan. Maka selang beberapa hari Adsense ada replied :

I understand that you’d like to prevent certain IPs from generating clicks or impressions on your ads. However, because IP addresses can be allocated from various sources, and because valid clicks may be blocked as a result, we’re unable to block IP addresses provided by publishers.Thanks for your understanding.

For additional questions, I’d encourage you to visit the AdSense Help
Center (
http://www.google.com/adsense_help), our complete resource center
for all AdSense topics. Alternatively, feel free to post your question on
the forum just for AdSense publishers: the AdSense Help Group
(
http://groups.google.com/group/adsense-help).

Sincerely,

Kevin
The Google AdSense Team

Please think about our humanity..

Posted eddyra by on Sketsa

Just look at those pic..

I Promise will you……..?

Posted eddyra by on Sketsa

A friend sent me an email with the following quoted:

“Dear God,
I promise I will never waste my food no matter how bad it can taste and how full I may be. I pray that He will protect this little boy, guide and deliver him away from his misery. I pray that we will be more sensitive toward the world around us and not be blinded by our own selfish nature and interest.”

poorboy.jpg

So very sad, the harsh reality and suffering really shows in this picture. Its so sad I couldn’t look at i.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me