Sibuk seorang aku..
January 1st, 2009 | 04:44 pmPosted by eddyra on Story
Salam semua.. salam maal hijrah and happy new year 2009. Apa cerita kita kali ni, aku ada banyak cerita nak disampaikan kat blog cap ayam kapang ni.. tapi entah ler boleh ke tak aku tulis panjang-panjang memandangkan aku amatlah sibuk di tika dan saat ini cewah. Kalau boleh aku nak tulis cerita kali ni siap dengan date, macam diary gitew sebab banyak sangat perkara-perkara menarik (bagi aku lah) yang berlaku sepanjang sebulan dua ni.
Apa-apa pun, terima kasih kerana masih lagi duk layan blog aku ni, tengok macam sehari dapat 2000 hits hehehe.. email pun banyak aku tak reply especially yang hantar resume, yang tanya itu ini berkenaan dengan oil & gas, maaflah aku tak berkesempatan nak reply. Berbanyak-banyak maaf. Alhamdulillah, walaupun blog ni nampak bodo dan poyo jer tapi sekurang-kurangnya ada seseorang telah mendapat manafaat darinya, beliau telah berjaya dalam interview dan kini dah join sebuah oil and gas company di Miri setelah duk tengok iklan walk-in interview di sini.
Setahun dah sejak aku buat title Happy New Year 2008 sehingga ke hari ni, macam cepat jer masa berlalu pejam celik pejam celik dah setahun.. adeh umur pun dah bertambah setahun .. tapi aku tak kira sebab birthday aku bulan August hehehe..
Ok la brader and sisters,
.. lepas jer aku gi site visit di Cakerawala Platform pada 15th December 2008, aku terus ke main office di Seri Kembangan tepi tasik mines tu.

Office building yang besar di tepian tasik bekas lombong bijih timah, mak aiiii rasa terus jatuh cinta kat area tu.. cool dan memang mententeramkan jiwakacau aku ni.

Tak sangka pulak kat KL ni ada area yang cool macam ni, kalau tak hari-hari mata ni duk tengok plaza tol, lepas tu plaza tol kemudian plaza tol lagi.. jalan lain sikit nampak awek massage kat Bukit Bintang Walk, jalan-jalan lagi apek tegur “mau amoi ka?”.. jalan lagi nampak KLCC.. ish ingat best sangat ke tengok KLCC.. macam batu nesan jer.

Jalan lagi nampak mat black nigger, nampak pak arab dengan mek arab yang hilang purdah, nampak indon, nampak mat hippies punk macam ayam belanda, err set punk ni ada class apa lepak kat tepi bank.. wahaha set punk lepak tepi bank.. jalan-jalan lagi nampak kereta jam memanjang, adehh bosan sial.

OK lah, aku masih kat opis ni walaupun orang lain semua tengah cuti sambut new year, tapi aku kena perabih kan tender work aku ni.. bini aku pun dah bising lama sangat kena tinggal.. dia cakap tak payah balik terus pun takpa wahaha.. nanti aku sambung lah entry ni, malam ni ke kat hotel kalau takde kerja nak buat.. banyak photo nak aku upload.. tunggu …
21hb December 2009 - Ahad
Aku drive ke KL sorang diri. Sampai di KL terus ke Sunway gi tengok kereta baru wife aku. Aku bawak pomen kereta, pomen UMW. Dia test drive, dia kata kereta OK boleh beli. Honda Jazz 1.5 vtec. Spec biasa lah tapi owner dulu sudah pasang banyak barang lah, K&N filter, Tanabe punya spring, spoon parts.. Spoon N1 Muffler, Spoon Extractor, Spoon Spoiler, Spoon Front Strut bar, Spoon front lower arm bar.. Summit Crank Pulley. Dulu aku fikir apa kejadah lah duk tulis ’sudu’ kat rear screen tu.. heheh

Boss sudah bising suruh aku masuk office di Seri Kembangan sebab tender preparation work masih tak berjalan, adeh aku masih dalam cuti la bosss.. Malam tu check in hotel kat Bukit Bintang.. Malam takde apa nak buat aku keluar cuci mata dulu. Tengok orang-orangan yang mundar mandir.. tengok live band kat tepi BB Plaza, ok lah boleh lah layan kepala sambil minum kopi O mamak kat tepi tu. Syok jugak tengok puak-puak tu tarik shisha, ceh apa kejadah.. kalau campur ganja OK la jugak. Kalau lah zaman bujang dulu aku jumpa shisha ni, aku modify buat dapur ganja hehehe..
Macam biasa pemandangan aku tertumpu kepada live style orang-orangan KL ni, pukul 1.00 am pun masih duk bersembang sambil makan-makan. Aku boring nak mampus sebatang karat duk kat kerusi gerai mamak tu. Nak bersembang dengan sapa? Takde siapa nak bersembang dengan aku, boring nak mampus, kalau aku cakap kat bell boy hotel kang dia suruh aku cari ayam jer.. apa kejadah.

Last-last aku gi McD, mintak fillet O fish, bubur and kopi O.. aku dah serik makan makanan mamak, sakit perut bang.. entah berapa hari punya kari laa.. Maka duduk lah aku kat McD sambil mengharap ada aweks-aweks malang yang sudi temankan aku makan.. tapi hampeh. Oh baru aku tau rupanya kopi O kat McD boleh refill wakakaa..
Abis makan aku blah, lalu kat depan Maybank, ada street show bebudak perform apa kenama aku tak reti nak tulis, ada yang tiup buluh, ketuk gendang, tambourine.. adik perempuan tu hantuk tambourine.. kalau kat UK dulu macam gang-gang homeless atau pun hippies gitu.

Aku jalan lagi lalu depan BB Plaza tengok massage kaki punya business duk tarik customer. OK lah tu foot reflexology, body massage etc.. entah lah ada urut batin ke tak kekeke.. ada satu group yang berpakaian sexy abissss..
‘mau massage body enche. .. ?’
OK aku nak tido dulu.. esok aku kena hadir di sebuah big oil and gas company untuk menjadi saksi kepada domestic inquiry.. aku tak bleh tulis nama company tersebut..
esok aku sambung.













